Monday, October 03, 2011

Chiang Mai Trip - Part 4 - Solat Jumaat di Masjid Cina Hidayatul Banhaw



Aku bersyukur dan bertuah kerana hari ni pada waktu ini aku berpeluang untuk menunaikan solat jumaat di masjid hidayatul Banhaw di Chiang Mai.Wife aku pulak memang confirm dah tak join aku. So melepak jer dalam hotel yang betul2 bersebelahan masjid Seronok sekali bila dapat bersama umat2 Islam di Chiang mai, dapat bersolat sekali, bersalam salaman sesama saudara Islam yang kita tak kenali. Khutbah jumaat yang sudah semestinya di dalam bahasa thai membuatkan aku terlopong seketika...cuba cuba untuk memahami pengisian khutbah hari tu namun aku gagal beb. Rata2 raut wajah mereka kebanyakannya macam cina. Paling menarik perhatian aku waktu khutbah itu, ada seorang ahli masjid yang membawa bungkusan yang berisi kopiah yang diedarkan pada sesiapa yang tidak memakai kopiah. Bagus betul...jarang2 aku lihat di tempat kita buat macam ni.

Pintu masuk masjid yang masih lagi dalam dalam pembinaan

Ruang wuduk

Muazin yang sedang bersiap sedia untuk azan


azan di chiang mai

Ahli masjid yang sedang mengedarkan kopiah untuk jemaah yang tidak memakai kopiah


Benda lain yang menarik perhatian aku.. adalah kemudahan untuk warga tua yang uzur untuk menunaikan solat. Di hujung kiri dan kanan masjid dorang sediakan kerusi untuk warga tua solat. Tetapi bukan kerusi yang biasa kita tengok dia malaysia. tapi kerusi yang custom untuk mereka solat.. yang ada sekali dengan tempat sujud.. bagi aku ni laa first time aku lihat design macam ni.. kreatif dan pratikal.

Tempat duduk solat untuk warga tua yang uzur

Tempat duduk yang masih membolehkan kita untuk sujud.

Keaadan surau agak lama.. tapi sekarang dalam renovation.. ada pelajar tahfiz yang tinggal di sini. Bangunan baru yang bersebelahan memang agak besar. ramai juga ahli jemaah di kawasan ni. Rata2 dekat sini walaupun ada yang miskin.. tapi semua berpakaian smart huh.. malu pulak aku yang cuma memakai baju putih pagoda. ada yang datang berkot berkemeja hehe..

Lepas Solat jumaat, aku siap dijemput oleh ahli-ahli masjid ke dewan makan. Ternyata memang dorang ada jamuan makan. Fuhh semua ahli jemaah dijamu dengan Nasi ayam chinese style tu. Memang sudah menjadi kebiasaan di sini selepas solat jumaat disediakan jamuan makan utk para jemaah secara percuma. Aku tak join dorang since aku plan nak makan dengan wife aku yang ada di hotel cuma bersebelahan saja.

Selesai Solat Jumaat menuju ke dewan makan. Bangunan belakang tu hotel yang aku duduk :)

Dewan makan. Jamuan makan yang disediakan untuk para jemaah secara percuma

Nasi ayam hainan chiang mai.. pergh rugi tak rasa heheh

next story, berbasikal di bandar Chiang Mai




4 comments:

Unknown said...

best2

mamaeesya said...

bagusnya yang kerusi2 tu kan.. kalau kat sini, slalu nampak org2 tua yg uzur bawak sendiri kerusi yg jenis lipat tu.. tambah2 kalau time terawih..

LiFe Is BeAuTifUl LyRiC said...

amboihh..lama nya bru ada sambungann...

Zamzariena said...

backpacking ke nih...just nak share my new blog.
http://zamzariena.blogspot.com