Monday, March 30, 2009

Selangor Mountain Bike Challenge - D-DAY



Aku bukan seorang insan yang bernama atlet.. mahu pun seorang Ironman dalam Triathlon.. apa yang pasti aku dapat jugak menghabiskan race ini.. and i'm not the last person to finish the race.. aku rasa ada lagi 20 orang blakang aku.. aku masuk category open.. yang sebanyak 116 peserta... apa yang aku boleh agak.. aku maybe yang ke 96 yang sampai. Sekurang kurangnya .. dapat aku mengukur sejauh mana ketahanan badan stamina aku dalam race ini. Apa yang aku boleh cakap pasal race ni.. fuhhh..Track dia memang lasak gila.. mencabar mental seriously.. dengan most of the track banyak bukit yang tinggi2 ditambah pulak sehari sebelum hujan lebat yang amat.. so waktu dalam hutan jungle trekking memang track lecah dan becak berselut.. menyukarkan lagi kayuhan.. ntah brapa kali aku tungging terbalik tergolek sebab licin.. badan dah macam kerbau bergelumang dengan lumpur dan selut.Apa2pun.. ni laa first time aku masuk race and complete.. 25KM yang penuh dgn track berbukit.. apa2pun memang puas hati dapat merasa... yang paling penting.. aku dapat buktikan.. badan bulat macam aku pun boleh lepas.. apatah lagi yang slim :)



Category open dilepaskan


Race bermula dengan melalui jalan depan Hospital Sungai Buloh.. menuju ke Kg Melayu then melalui kawasan sekitar Kg melayu.




melalui sebuah kawasan yang aku tak pasti ..dekat mana tapi kiri kanan dorang tengah semai rumput..


Melalui bawah jambatan yang rendah.. terpaksa tunduk time ni :)


melalui perkampungan Orang asli




Part ni agak tricky .. licin dan berlumpur.. banyak kali aku tergolek




Melalui sungai





Then part yang paling tak best adalah waktu ni..ada sessi jungle trekking.. mengangkut basikal sambil memanjat bukit.. slow sampai terpaksa beratur.. haha sebab dekat atas.. dalam hutan berapa ramai dah tergolek sebab licin.Aku rasa time ni memang mencabar sebab bagi aku frame beskal aku memang berat gila.. orang lain aku tengok sangkut dekat bahu jaa sambil panjat bukit..




peserta2 lain di belakang aku yang turut menolak


Selepas menuruni bukit tadi.. tiba pada 1st checkpoint.Itu laa bukit yang aku menapak hangkut beskal aku.. sakit bahu time ni sebab lama galas basikal atas bahu.Aku rasa banyak habis masa mendaki dengan bertarung dengan bukit yang licin..


menuruni bukit



Lepas melayan downhill, tiba masa untuk memanjat.. aku nampak bukit tu dengan beberapa kerat rider atas bukit tu ....memang dah saiko aku time tu.. tapi alhamdulillah.. berkat hari2 memanjat puncak jalil walapun tak tinggi macam ni.. aku dah overtake lagi beberapa peserta yang kecundang menolak basikal time ni.



Lepas melepasi bukit.. aku menuruni melalui kawasan pekuburan cina.. memang laluan dia di celah2 kawasan pekuburan.. ramai pulak orang pi kubur time2 ni.. depa pun heran ramai duk kayuh lalu area tu


Tengah syok2 layan turun bukit ..dari jauh aku dah nampak lagi bukit.. memang mental betul.. time aku lalui kawasan tu sebelum mendaki bukit tu ada pondok.. ramai duk melepak dekat situ brehat.. aku potong lagi beberapa rider..


penonton2 disekitar kawasan tuu..



Lepas corner kawasan tu.. aku tergamam kejap time ni.. bukan aku saja.. peserta2 yang berada dibelakang aku yang sama2 menuruni bukit.. juga terstop kejap bila tengok bukit ni.. tinggi gilaa..



Waktu ni aku duk dengar ramai mengeluh.. ada jugak yang mencarut tak hingat.. mana tak bukit saja berturut.. turut.. siap dari atas bukit tu ada org menjerit " Mintak nyawa" haha


Memang aku tak ready untuk ni semua.. rasa macam nak give up pun ada.. tapi aku remind diri aku.. one step at a time.. apa pun its all in ur head..



Aku stop atas bukit.. ada jugak few rider yang stop amik nafas.. aku amik peluang ni ambik gambar.. bila lagi nak merasa gambar kat sini.Ada jugak few riders siap bergambar beramai2..hehe.. kira ni yang lebihan yang tertinggal jauh :). Waktu ni air dalam backpack aku dah abis.. takdak bekalan air sepanjang ride aku.. kering gila.. memang rasa saiko...


Rider di belakang aku


Downhill jalan konkrit tak siap.. agak cerun.. aku nyaris2 tergolek.. akibat tak dapat nak control bike aku.



Bukit yang terakhir aku climb.. lepas Checkpoint yang kedua menuju ke penamat


Finally.. aku semput gila time tu.. memang panas tak terkata


Aku yang dah macam kerbau penuh dengan selut.. organiser tolong amik gambar time ni dia kata aku yang bulat ni pun boleh complete.. . apa2pun thanx pada yang amik gambar. ada kenangan bagi aku







Makanan yang disediakan.. sambil makan.. menunggu acara cabutan bertuah. Alhamdulillah.. tak sangka.. rezeki aku murah.. Nombor aku dipanggil for cabutan bertuah.. aku dapat Glove folker haha.. sekurangnya aku tak balik dengan tangan kosong. harga glove pun dah cover balik yuran penyertaan :)



Last pose bergambar dgn Laura from Folker Team the 3rd winner for Women's Category



Abis berselut..



Sourvenir Selangor Mountain Bike Event. Ada lagi dekat bahu

Apa pun tak rugi aku join.. pengalaman tu yang penting.. insyallah next time aku kena train lebih lagi for my stamina.. so aku lebih prepare for bukit2 yang merepek macam ni lagi.. haha..

So ni laa hadiah yang aku dapat.. from Selangor Mountain Bike challenge


Fuh.. boleh aku pakai waktu pegi balik keje :)


More stories and pictures :
Kayuhan Selangor Mountain Bike Challenge by Ijas
Selangor MTB Challenge 29th March 09 by gerekgunung
Selangor MTB Challenge 2009 - Foto dulu nanti cerita by AS SAKINAH Cycling Club
Selangor MTB Challenge:My ride and climb.. by Adib The Trek Rider


Saturday, March 28, 2009

One day before the race




Aku ke sungai buloh hari ini untuk mengambil baju serta barang2 untuk perlumbaan esok.Aku kena ambil dekat Pejabat Ketua Kampung area Kampung Melayu...lalu depan Damansara Damai teringat zaman2 aku menyewa sana... fuh aku memang suka life kat sana ntah pasaipa.Aku gerak lewat skit tadi since aku masuk office kejap ada kerja yang perlu disetelkan.. gelap pulak tadi macam mana ntah esok.. berkayuh laa aku dalam hujan nanti...harap2 tak hujan esok.Waktu aku kat sana sempat aku pegi reccee track dan tempat starting tu. Doakan aku selamat... pegi dan balik.. wish me luck guys.. to all geng2 kayuh.. all the best guys.. see you all there..


Entrance ke Pejabat Ketua Kampung


Dah sampai.. tengok ramai orang duk tunggu turn ambik goodies


Menunggu turn aku...


Wakil dari PowerBar.. kelihatan Tokey Powerbar bersedia utk posing


Turn aku mengambil baju and goodies. Nama aku listed.. utk category Open. Tag no aku A081


Lepas dah amik baju pegi redah recce tempat starting


Entrance Starting and ending.. nanti


Aku tak jadi masuk track tu.. since hujan lebat waktu tu.. apa yang aku nampak.. trail tu menuju ke bukit belakang tu.. fuhh tinggi

Friday, March 27, 2009

A Confessions of an ex-smoker Part 6

The smoker



Aku mengadap pantry pagi tadi akibat kekurangan kalori disebabkan workout swimming sebanyak 15 lap semalam.Di depan meja pantry, tersusun rapi bungkus2 nasi lemak yang telah sedia utk ditelan oleh beruang2 yang berlegar2 mengelilingi meja itu.. masing2 sibuk membuat air, berbual.. dan ada yang mata terpalit ke TV menonton rancangan2 yang disediakan oleh Astro... aku melihat kembali nasi2 lemak tu.. mungkin setahun yang lalu.. itu merupakan makanan ruji pagi ku.. angka 1 bagi bungkusan itu.. tidak ada dalam kamus pemakanan aku sekurang kurangnya.. 2 bungkus mampu meredakan gejolak nafsu ku akan makanan berkarbohidrat itu..

Meja pantry ini menyaksikan.. kotak Dunhill 20 batang dan lighter Cricket menjadi peneman setia di atas meja pantry menunggu tuannya selesai melengkapkan nafsu sarapan pagi. Aku memerhatikanya..

Yeah .. Dunhill..20.. rokok....Lighter cricket sudah sempurna dan lengkap satu proses atau ritual pembakaran bagi setiap perokok2 tegar .. rokok dan lighter ... 2 jisim yang masing2 mempunyai fungsi yang berbeza tetapi mempunyai matlamat yang sama.... yang sememangnya tidak dapat nak dipisahkan.Kedua-dua2 nya sama penting.. saling memerlukan antara satu sama yang lain... umpama laila dan majnun, Peter and Jane, Kien Keat and Boon Heong, Lembu dan tali, Upin dan Ipin,Ultraman dan raksaksa, Gaban dan dunia terbaliknya.. apa gunanya rokok kalau tiada api..? apa gunanya api kalau tiada rokok..

Aku tersentap dari lamunan pabila lighter yang tersusun rapi di atas kotak rokok itu di ambil lalu tuannya keluar untuk melengkapkan proses transformasi menjadi Naga sakti selepas makan.Aku paham apa yang dia rasa.. aku jua pernah melaluinya.. ia adalah satu kuasa dan mistik.. yang tak dapat nak diperjelaskan.. betapa nikmatnya menghisap rokok selepas makan.. seolah2 nikotin,tar,tembakau dan segala bahan2 ramuan yang berada dalam segulung kertas itu cuba menghantar mesej kepada otak untuk ditafsirkan sebagai satu term yang di panggil Kesedapan.. itu sebab kita dapat melihat perokok2 tegar akan lebih gelisah selepas makan apabila rokok tiada.

Aku kembali menyambung suapan sandwich yang ku bekalkan dari rumah.. sambil melayan surat2 khabar yang tersedia di pantry.. sedang asyik aku melayan surat khabar

Budak dept Japan: oit.. jom lepak luar.. sap okok

Salah seorang perokok tegar dari unit lain yang kebiasaanya merokok bersama ku sebelum ini.

Aku : haa jap lagi aku sampai.. ko gi laa dulu

Aku keluar menuju ke area parking lobby tempat dimana segala persatuan naga bersatu berkumpul bagi berkongsi segala sisa2 baki2 asap2 seperti Marlboro, Winston, Dunhill, Camel.

Budak dept Japan : sejuk sungguh pagi ni weh.. macam nak ujan jaa..

Sambil mengeluar kotak rokok Dunhill dari poket atas....

Aku : hmmm mati keras laa kita sat gi layan aircon opis yang sewel tu..

Aku mengetap bibir pabila dia menyalakan rokok Dunhill yang merupakan salah satu rokok yang aku mula2 berkecimpung dalam arena Pernagaan ini.

Aku teragak2 pada mulanya.. bila setiap lebihan hembusan asap itu melalui rongga hidung ku.. trus menangkap segala sarap2 otak ku itu.

Otak ku mula memainkan peranan dalam memproject kan segala drama2 serta alasan utk aku mencuba.. kembali.. aku masih melihat dia berbual dengan ku.. cuma apa yang keluar dari mulut dia.. seolah2 aku pekak waktu itu.. mata ku hanya tertumpu pada lingkaran asap di celah2 jari dia.

Budak dept Japan: tak hisap ker..?

Suaranya kembali jelas menerpa ke telinga ku..

Aku: haaa nak hisap laa ni..

Aku memejam mata ku seketika.. sambil menarik nafas sedalam yang mungkin.. lalu menyeluk seluar ku.. mengeluarkan kotak yang ku beli di stesen minyak sebelum ke pejabat.

Budak dept Japan: Apa nih...?

Dia tergamam kejap melihat aku..

Dengan raut wajah ku yang seakan akan hero Tamil Rajnikhan dalam Sivaji Da boss

Aku berkata...








Aku : Ini lah rokok aku.. hang mau ka...?


Budak dept Japan: ???







Tuesday, March 24, 2009

Utara Connection



Lately ni aku jarang kayuh on the road. Habis kerja ja. dengan basikal aku siap2 dalam kereta, aku terus shoot ker Putrajaya Challenge Park (PCP) tempat bebudak kaki offroad, downhill duk melayan saban hari.. walaupun tempat tu belum lagi 100% siap... tetapi ada jaa pengunjungnya setiap hari.. termasuk laa aku yang setiap petang duk training. Basically, aku nak sesuaikan diri aku dengan trail, track offroad dan juga belajar segala technical trail yang ada kat situ.Ye laa kebanyakan masa aku hanya berbasikal atas jalan jaa so offroad ni jarang sgt at least dapat memantapkan skill offroad, downhill sekurangnya dapat bersedia untuk race yang mendatang ni






Isnin lalu aku berkenalan dengan geng2 mountain bike belah utara dekat PCP. Masa tu aku dah perasan depa2 ni duk ke hulur ke hilir yang aku heran duk memusing dekat bawah.. ada jugak aku selisih dengan depa sebab aku baru lepas turun bukit so aku lalu balik main road tu. Last2 dorang tegur aku tanya kat mana trail2 yang bebudak kat sini slalu duk layan.. so aku tunjuk laa tempat2 biasa aku duk layan.. so berkenalan laa dengan depa2 ni .. mizi dan rizal tandop kebetulan pulak nama kita sama eh.. bila dah kenal baru laa aku tau depa ni laa organiser Jamboree Kulim Hitech hari tu pergh.. otai2 brader2 ni.. tapi depa ni semua sempoi ramah.. macam dah kenai lama.


Yearghhh at last ada gak gambar aku in action..thanx to mizi and rizal



Hari tu kami sama2 melayan downhill trail2 kat PCP... ada gak teman.. kalau tak petang2 dekat senja2 tu aku sorang2 jaa duk melayan trail.. kadang seram gak masuk hutan yang dah gelap skit tu. 2 hari sebelum tu waktu melayan sorang2.. nyaris2 nak kena serang dengan 2 ekor babi hutan fuh berderau jugak time tu. Nasib baik aku tak duk laluan dia.. kalau tak abis dengan aku2 kena sondol.. sondol sepasai laa nak samak apa semua tu yang aku tak sanggup. So kali ni aku pi PCP ada laa gambar yang dorang ambil.. kalau aku sorang memang tak dapat laa nak ambil gambar sendiri melayan kat PCP. Masa tu pun dah dekat pukul 7.30 kawasan pun makin gelap.. trail menuju ke dalam hutan dah jadi samar2 so kami mengundur diri dari PCP.. tapi aku duk tengok muka depa dua tu.. macam tak puas melayan.. sebab datang pun dah lewat... hehe. Takpa lain kali hangpa mai.. bawak satu bas kasi runtuh bukit PCP tu haha.

Lepas tu aku bawak depa pi minum dekat area tu dan tunaikan solat maghrib kat situ.Apa2 pun its good dapat berkenalan.. dapat member baru nanti insyallah kalau aku turun belah kulim or kedah tempat rizal boleh laa hangpa jadi tuan rumah pulak bawak aku layan offroad.




Salah satu trail.. dekat trail ni laa babi2 hutan melintas depan aku..


Steady laa hangpa angkat beskal frame ringan.. kena macam aku mau semput nak angkat :)


Panjat jangan tak panjat :)





For more pics and videos lawat blog rizal tandope