Showing posts with label best blogger. Show all posts
Showing posts with label best blogger. Show all posts

Friday, February 25, 2011

Top 50 Bike Commuting Blogs

Recently My blog have been listed as a TOP 50 bike commuting blogs worldwide and have been published on Carbusters and also http://www.mastersdegree.com/blog/top-50-bike-commuting-blogs/. Fuhh.. never thought that someone outside of Malaysia reading my blog. To Amanda harris who compiled the list, Thanks again for listing me in the list :). Thanks to carbusters for publishing the list on your site.





Gila ..lepas ni nampak gaya speaking LONDON laa aku


Monday, April 26, 2010

Selangor Mountainbike Challenge 2010 - D-DAY Edisi boroi



Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana dapat juga aku menghabiskan Race di Selangor MountainBike Challenge 2010 di bukit lagong. Aku masuk kategori Open sejauh 30KM dengan berplet no A025.Walaupun bentuk fizikal muka bumi perut aku masih boyot dan boroi,.. stamina aku pada tahun ini lebih bagus berbanding pada tahun lepas. Banyak bukit yang berjaya aku panjat tanpa perlu turun dan menolak dengan hanya berbekalkan 7 speed yang masih lagi aku gatal tak menukar bak kata Azizan Fixie ( lagi 2 speed tu datang dari kaki )...aku berpuas hati dengan race kali ini sebab aku sempat berada di tempat permulaan untuk sama2 dilepaskan.. berbanding dulu..yang disebabkan aku lewat dan ditambah pula sesat...aku dengan beberapa orang tertinggal jauh melalui sisa2 trail yang telah dilalui oleh peserta.

Aku berjaya menamatkan perlumbaan dengan catatan masa 2 jam 20 min dan dengan ranking yang ke 129.Alhamdulillah lebih baik dari yang tahun lepas.Apapun bagi aku yang penting macam mana lembap lambat atau slow kita kayuh yang penting kasi habis.. jangan putus asa. Jangan hiraukan orang sekeliling.. your enemy is you.. bukan orang lain.. so fight dengan diri sendiri cuba untuk tidak quit..putus asa. Event kali ni aku puji kerana semua peserta dilepaskan serentak.. tak seperti tahun lepas, peserta di lepaskan berperingkat peringkat mengikut kategori. Kali ni juga ada Lead car yang kita kena follow bagi aku sesuai diadakan bagi mengelakkan kemalangan sewaktu permulaan.



Aku bertolak seawal pagi.. kali ni aku tak berkeseorangan since wife aku dan adik aku datang menemani aku dan juga menjadi supporter aku heh. Sampai di sana lebih kurang pukul 8 pagi. Kawasan di sekitar tempat permulaan sudah di banjiri peserta yang kemungkinan datang lebih awal pada pagi itu. Kereta-kereta penuh di kiri kanan bahu jalan.. aku cuba mencari tempat parking. Alhamdulillah aku dapat di hujung kawasan yang masih tak tidak dipenuhi dengan kereta. Aku mula menyiapkan bike aku... sesekali aku perhati peserta2 yang sedang memanaskan badan berlegar2 melepasi aku berkali2 sambil memerhatikan aku.. pergh masing2 dengan bike high end Giant, Merida, Banshee, Scott, Santa cruz semua bike yang bukan calang2 bike.. bike yang beriban2 harganya.. aku senyum tiap kali mereka melepasi aku.. dalam hati aku ada skit berdebar.. rasa yang tiap kali aku akan berdepan.. apabila tiba pertandingan sebegini.

Bersama isteri yang dikasihi penguat semangat

Aku sudah siap.. lalu aku wife dan adik ku bergegas ke tempat permulaan kerana tidak lama lagi mereka akan melepaskan peserta.Bila sampai disana, kelihatan sejumlah umat yang begitu ramai.. sampaikan peserta yang lewat duduk di depan tempat permulaan. Aku terpaksa juga duduk depan dorang.Di depan ramai2 peserta yang mantap2.. yang kurus.. sesekali aku di perhati atas dan bawah oleh peserta2 di situ memandangkan badan aku yang bulat dan boroi..duduk pula di dalam kelompok rider2 yang slim dan mantap.. aku hanya senyum.. lantak laa apa yang orang kata.. yang penting aku buat ini semua untuk diri aku.. for my own sake..sewaktu di sini canopus from XCRIDER salah satu sahabat MTB dan juga blogger menegur ku.. sambil2 berbual sebelum acara bermula.. aku rasa inilah kali pertama bersua dengan dia. selalu hanya cuma berbual di chatbox dan comments.


Acara bermula lead car mula bergerak perlahan2 sambil memegang bendera merah yang menandakan kita perlu berada di belakang lead car pada masa ini.. kesemua peserta di lepaskan.. bayangkan beramai2 dilepaskan.. Gelabah jugak mulanya.. cuba untuk tidak berlanggar dengan sapa2 waktu ini.. sebab terlalu rapat dan pack .. aku cuba untuk mencari ruang kosong dan menten kayuh. Semua peserta melalui jalan tar mengikuti Lead car di hadapan..ramai juga yang merempit waktu ini.. meter mula mencecah ke 30kmh.. aku masih lagi dengan pace yang rilek.. cuba untuk menyimpan tenaga untuk digunakan semasa offroad nanti.

Ada yang juga rider yang suruh aku ketepi.. mentang2 semua mantap2.. bila dilihatnya budak bulat di hadapan cuba berkayuh dapat aku mentafsir dalam kepala otaknya itu budak boroi macam ni pun ada hati untuk berlumba... umpama aku ini bukan seorang peserta dihari itu. Aku kayuh di paling hujung bahu kiri jalan.. memberi laluan pada rider2 yang mantap untuk terus memecut.. Kami masih mengikut Lead car.. sampai di depan Hospital Buloh.. satu pelanggaran berlaku didepan mata aku sendiri.. sekumpulan basikal berlanggar sesama sendiri.. sampai terpelanting dan tercampak kedua2 basikal diikuti pulak peserta2 yang laju di belakang menghentam lagi rider yang sudah rebah di atas jalan.. aku memberhentikan basikal aku.. meletakkan di tepi bahu jalan.. lalu aku dan beberapa lagi rider yang sama2 sanggup dan sudi berhenti untuk membantu.. ada yang juga menjerit untuk memberi amaran kepada rider2 yang di belakang yang masih laju.

Bertindan basikal dan juga rider yang terhimpit di bawah basikal.. aku mengangkat beberapa basikal ke tepi jalan.. cuba untuk clear jalan kembali.. supaya tidak berlaku lagi kemalangan.. memang tak sangka..walaupun masih mengikut Lead car pun masih lagi ada yang boleh berlanggar..Alhamdulillah dalam masa itu geng2 Motocross staf SMBC2010 yang bertugas dah sampai. Aku meneruskan kembali kayuhan aku.Aku dah tak sedar berapa ramai rider yang telah melepasi aku.. apa pun.. aku teruskan kayuhan.. target aku cuma untuk memperbaruhi timing aku.. cuba dengan sebaik mungkin untuk menamatkan perlumbaan dengan secepat mungkin.. untuk mengukur sejauh mana tahap aku sekarang.

CP1


Lead Car menurunkan bendera menandakan perlumbaan bermula.. lead car beransur-ansur ketepi memberi laluan kepada rider2 untuk membelasah dan merempit sekuat yang boleh.Boleh di katakan kesemua laluan di CP1 adalah laluan jalan bertar.. pengendalian trafik oleh pihak SMBC2010 pada waktu itu yang membuat sekatan sementara kepada kenderaan2 lain  untuk melalui kawasan pada waktu itu sangat memuaskan.Kami melalui kawasan2 perindustrian yang terdiri dari kilang2 dan kawasan perusahaan. Aku masih lagi menten pace kayuhan aku.. cuba untuk mengambil peluang untuk kill time disini dengan mempercepatkan kayuhan. So far laluan adalah biasa jalan agak flat.


Aku mula melalui laluan jalan kampung.. sesekali melalui satu kedai kopi atau kedai makan yang penuh dengan orang.. ramai yang duduk di tepi jalan sambil memerhatikan.. satu demi satu rider yang melepasi kawasan mereka.. aku suka laluan ni.. even aku enjoy ride kali ni sambil sesekali makcik2 menyorak.. melambai2.. pagi dengan udara yang sejuk dan nyaman menyelusuri kawasan kampung.. membuatkan aku selesa berkayuh.



Aku terjumpa rider ni sewaktu aku ride melalui kawasan tu. turns out dia pun join ride sama.. dengan berkonsepkan touring.. aku tabik spring sama brader ni.. coz dia pun sama2 complete race ni.. walaupun tak masuk bertanding.. reason cuma suka2 nak berkayuh ramai2.. apa pun.. aku respek dengan rider ni..




Laluan masih lagi berkonsepkan jalan bertar.. penghujung CP 1 adalah di puncak Kuari dimana  Sticker pertama dan Water Refill station di tempatkan.  So far stamina aku masih bertahan..



Aku melalui downhill jalan bertar..sambil melayan pemandangan yang menghijau di pagi hari. Sampai dibawah kayuhan di teruskan dengan memanjat bukit pula menuju ke Puncak Kuari. Walaupun bukit agak mencanak alhamdulillah kali ni aku berjaya untuk tidak turun dan tolak.. dan berjaya menghabiskan climbing sampai ke puncak.Sungguhpun aku berusaha untuk memanjat bukit tersebut.. tidak seorang pun Photographer Cycling Asia yang mengambil gambar ku memanjat dengan tekun.. mungkin juga disebabkan faktor boroi ku ini yang aku rasakan tidak sesuai untuk di ambil gambar hahaha.. memang betul2 diskriminasi aku rasa.. rider didepan yang kurus memanjat.. gambar di ambil.. sampai part budak boroi yang macam dugong ni.. dia buat taktahu saje sambil membelek2.. gambar di dalam SLR dia.. hahaha..


Aku sampai di Puncak Kuari sticker dilekatkan tanda CP1 telah selesai aku kerjakan. Berjumpa dengan Arue sahabat MTB yang baru aku kenal semalam.. rupanya lagi mantap dari aku sebab sampai dulu di Puncak Kuari.. congrats bro :). Aku tidak membuang masa selepas minum.. aku turun kembali  melayan downhill

CP2


Laluan offroad bermula, aku menyelusuri kawasan-kawasan penyemaian pokok-pokok hiasan Nurseri dan juga rumput2 semaian. Laluan tidak teknikal cuma laluan gravel yang biasa saja.Lebih kepada offroad santai. Aku cuba mengambil kesempatan ini dengan meredah dengan secepat yang mungkin.


Memang betul2 layan laluan ni. Jarang sekali dapat pengalaman melalui kawasan2 yang di penuhi dengan nurseri2 pokok hiasan kiri dan kanan.. boleh dilihat disini kawasan Tol di seberang sana.. sesekali kawasan disini dipenuhi dengan lopak air.. nak tak nak memang dah kena redah.. so far kali ni lebih ok berbanding dengan tahun lepas yang kebanyakkan kawasan disini dipenuhi dengan lopak air.. menyukarkan lagi pengerakkan.


Ada juga kawasan yang bertakung air.. aku meredah kawasan ini.. aku suka mengambil gambar2 tempat2 yang pelik.. bagi aku unik.. ada juga rider2 yang dah kecundang berhenti untuk berehat dan berteduh.. Berkenalan dengan rider boroi ni jugak.. salute dengan dia.. sebab amik inisiatif untuk berubah.. mungkin satu masa nanti aku boleh tubuhkan THE Boroi Racing Club ahaha.


Aku mula memasuki kawasan hutan Perkampungan orang asli.. in the end route masih sama seperti tahun lepas.. bagi aku sampai di sini aku dapat membayangkan track yang bakal disajikan.. seperti biasa jalan agak becak dan berlumpur.. kasut lusuh yang dipakai untuk ride to work setiap hari gagal untuk memberikan grip yang terbaik sewaktu ini.. faktor permukaan yang licin.. tanah selut yang agak tebal.. membenamkan tayar Continental Vapor aku .. menyukarkan lagi untuk aku berkayuh.. apatah lagi bila aku turun dan menolak.. keadaan menjadi lebih teruk lagi.. terasa bike menjadi berat.. kaki yang memijak lumpur menjadi berat untuk mengangkat.


 badan dan kaki terasa makin penat.. penat disebabkan melayani lumpur yang licin., dan berat.. ditambah pula badan aku yang sekarang yang mencecah ke 105 kilo membuatkan kaki aku lebih dalam membenam ke dalam lumpur.. menyukarkan lagi aku bergerak.. aku terpaksa menolak bike aku ... memang tiada ruang bagi ku untuk meneruskan kayuhan disini.. aku cuba sedaya upaya untuk menolak.. setapak demi setapak.. kelihatan rider2 didepan aku ada yang silih berganti menyembah muka di lumpur bersama bike mereka.. ternyata banyak tenaga dan masa di habiskan bertarung di sini.

Melalui titi yang dibina untuk ke seberang.


Akhirnya aku sampai di bukit licin ini.. selepas setahun.. aku berjumpa kembali dengan bukit ini.. bukit yang beberapa kali aku tergolek dan berguling kebawah bersama bike aku.. disebabkan bukit yang berlumpur dan licin.. sama seperti tahun lepas.. kali ni aku tergolek jugak.. bersama rider2 lain.. memang memberi satu cabaran yang membuatkan aku ingat tiap masa.. sesekali ayat2 negatif yang keluar dari rider sedikit sebanyak mempengaruhi aku.. ajak untuk berehat.. berhenti seketika .. aku kuatkan diri untuk meredah juga.. walaupun hanya dapat berginjak seinci tayar.Walaupun dalam kepenatan..kami yang terdiri dari sekelompok rider yang bertarung untuk memanjat.. Alhamdulillah kami dapat bekerja sama.. dengan saling bantu membantu mengangkat dan menarik bike rider2 ke atas .. apa pun aku puji dengan kawan2 yang sama2 meredah bukit tu.. semua tak pentingkan diri sendiri masing2 tahu.. pada waktu itu.. team work perlu ada untuk sama2.. capai matlamat kita.. jgn jadi bodoh sombong. Kami meneruskan perjalanan menuruni bukit licin lalu sampai ke CP2 untuk mengambil sticker.

CP3

Selepas melalui Bukit Licin, aku masih menuruni bukit ini.. kawasan agak curam.. turun hingga ke bawah.Lalu masih segar dalam ingatan ku yang selepas ini akan ada sesuatu yang mengujakan dan memenatkan

Selepas menuruni bukit.. aku disajikan lagi dengan climbing yang agak tinggi. Sesiapa yang pertama kali melayan aku pasti akan rasa tersaiko bila nampak route ni. Kelihatan beberapa kerat rider yang masih bertarung memanjat bukit di sebelah sana.

Melihat kembali puncak bukit yang tadi aku berada disana.

Alhamdulillah dengan 7 speed aku ni.. aku masih mempunyai kudrat untuk memanjat bukit ini tanpa menolak bagi aku satu pencapaian untuk diri aku.. mungkin setahun yang lalu aku cuma menolak hingga ke atas.. tidak berdaya untuk berkayuh.. tapi kali ini kaki ku kudrat ku dapat aku memanjat bukit ini.

Matahari mula meninggi bahang panas terik mula terasa boleh di anggarkan sebanyak 80% trail adalah terbuka dan 20% lagi berkanopi.. badan aku mula terasa pedih bila panas mula mencucuk kulit ku.. ditambah pulak sewaktu itu perlu climbing.. membuatkan aku tak dapat memberi perhatian kepada kayuhan ku..kerana rasa tak selesa.Aku menuruni bukit melalui kawasan perkuburan cina.

Sekali lagi disajikan bukit yang tinggi. penat menguasai diri.. cuba untuk mempengaruhi diri untuk berhenti seketika.. aku cuba untuk melawan kembali.. aku dah tak berdaya lagi untuk berkayuh lalu turun.. tolak sedikit demi sedikit sehingga sampai ke puncak.. dalam keadaan penat.. aku menuruni bukit dekat kelajuan yang laju.. perlahan2 brek di lepaskan menyebabkan aku meluncur laju menuruni bukit itu.. aku tiba di kawasan lapang bertanah merah yang melekuk2.. dengan kelajuan yang gak laju.. aku cuba melakukkan bunny hop cuba mengelak lekuk pertama.. berjaya.. lekuk kedua berjaya.. tapi lengkuk ketiga agak dalam brek di genggam rapat membuatkan tayar aku membuang.. akibat tanah yang berpasir.. lalu aku melambung ...kepala dan pipi mencium tanah merah di situ.Blur kejap aku sambil masih berbaring..kepala terasa terawang.awang.. pipi dan gusi mula terasa sakit kepala aku mula terasa pening.. aku cuba bangun untuk duduk..tapi lutut sebelah kanan juga mencium tanah..aku mengerang kesakitan.. kawasan agak sunyi.. tiada langsung rider2 yang melalui lagi kawasan ini.. dalam hati aku syukur alhamdulillah helmet membantu dalam hentakan ke kepala tadi.. kalau takde helmet.. mau pecah kepala aku.

Aku bangun perlahan2 menuju ke basikal aku yang tercampak beberapa meter dari tempat aku berbaring cuba untuk memeriksa bike aku.. dengan jari2 yang masih luka glove yang separuh terkoyak akibat menahan dengan tapak tangan sewaktu jatuh tadi.. fork aku jam.. cable yang menghubungkan ke fork hampir2 putus..brek sebelah kanan dah pecah sedikit.. meter velo aku tercabut.. aku cuba membetulkan apa yang dapat di betulkan..ahh rosak skit.. perlumbaan mesti di teruskan.. dengan terenjut2 aku menolak basikal aku.. fork level menurun ke bawah.. dari yang asal.. seolah2 berada di paras 80mm aku cuba membetulkan .. alhamdulillah berjaya kembali kedudukan asal.. sewaktu itu baru lah ada seorang rider yang melalui kawasan itu bertanyakan keadaan aku..

Dengan lutut and pipi yang masih sakit.. aku terus kan ride.. menuruni bukit yang separa tar dan berbatu menuju ke CP3.Ramai yang berehat di rumah di kaki bukit tersebut.. berteduh dari cuaca matahari yang terik. Setelah sticker di tampal.. aku tidak membuang masa.. meneruskan ride dengan memanjat bukit yang tinggi itu.

CP4


Aku kembali melalui kawasan kampung.. cuba berkayuh perlahan2.. sesekali terasa pedih dan sengal di kepala lutut akibat jatuh tadi.mula kepala memikirkan untuk quit saja race ini... tapi bila melihat.. budak2 yang menunggu di tepi jalan.. yang menyuakan tangan membuatkan aku semangat kembali meneruskan ride aku.. dalam hati.. rugi beb... setahun sekali.. kalau tak complete sampai bila2 kita ingat kita tak complete.. aku mahukan satu perubahan dalam hidup aku tahun ni.. itu yang aku pegang.


Kali ni di CP4 menemukan aku kembali dengan Bukit yang bagi aku setahun yang lalu merupakan bukit yang tinggi sekali untuk di panjat.Dulu bukit ni cerah.. sekarang dah dilitupi semula dengan pokok2. Tapi laluan kali ni melalui jalan bawah...




Track Tahun lepas 2009


Selepas melalui kawasan ini .. aku melalui kawasan kebun kembali menuju ke CP4. So far laluan agak mudah.. masih lagi ada climbing tapi masih rideable.. aku tak sempat ambil gambar lepas ni.. penat bercampur dengan sakit..kepala yang pening akibat hentakkan kuat tadi.laluan CP4 adalah berbentuk loop.. sekali sekala berselisih dengan rider2 yang dah complete ke CP4 buatkan aku rasa panas jer.. bersemangat aku untuk habiskan ride ni..Alhamdulillah kali ni bila aku sampai ke penamat masih lagi ada orang yang ambil timing.. kalau dulu aku sampai takde sapa dah.. semua sibuk ada dekat tempat lucky draw dah hahah :)

Alhamdulillah aku selamat sampai


Terbongkang keletihan


supporter aku hari tu.. menunggu lucky draw. Muka kepanasan semua adik aku duk bengang dengan MC yang ntah apa2 Yahudi Tua, anak itik, janda satu.. aku pun tak paham

Bergelimpangan basikal2 selepas ride

Dan yang tak disangka2.. aku telah memenangi Selangor Mountainbike Challenge 2010 - BEST BLOGGER. Tergamam juga bila dipanggil nama aku naik ke podium memang tak terfikir pun nak menang.. coz aku tahu aku cuma solo rider. Ramai juga undi aku time tu.. aku dapat undian sebanyak 50 undi. Apa apapun aku ucapkan thanks buat pembaca2 blog aku yang sudi mengundi aku hari tu.Memang terharu sebab masih ada yang sudi mengundi aku.. untuk blog aku yang lebih kepada benda2 merapu..


Kepada Pihak Penganjur SMBC2010. Aku ucapkan ribuan terima kasih atas award dan penghargaan yang di beri. Insyallah kita berjumpa lagi di 2011.

Friday, April 23, 2010

Selangor Mountain Bike challenge 2010 'Special Award' - Best Blog




Baru ni aku dapat sms dari penganjur Selangor Mountain Bike Challenge 2010 yang mengatakan aku dicalonkan untuk Special Award sebagai salah satu Best Blog. Hehe.. memang tak pernah gua sangka orang boleh calonkan blog aku yang agak sengal ni.

Bagi aku inilah pertama kali aku lihat satu penganjur yang berani membuat satu perubahan dengan menawarkan award buat blogger2 mountainbiker di luar sana.Good job kepada penganjur kerana dapat membuat award yang unik macam ni.Apa apa pun.. aku ucapkan ribuan terima kasih buat pihak penganjur kerana mencalonkan blog aku sebagai salah satu Best Blog.

Di Petik dari Selangormtb.com.

Best Blogger - Special Award 2010

Selangor Mountain Bike challenge 2010 'Special Award' - Best Blog
Special Award, atau 'Hadiah Khas' ialah sebagai satu anugerah khas dan 'Terima Kasih' kepada Mountain Bike team, group, peserta yang telah memberi 'Maklumat, info, gambar, dan catatan berkaitan acara Selangor Mountain Bike Challenge 2009 yang lepas melalui 'Blog' masing-masing. Dengan paparan acara Selangor Mountain Bike Challenge 2009 di 'Blog' masing-masing, kami sebagai penganjur menghargai apa yang 'Blogger' berikan kepada kami. Sebagai tanda iklas dan terima kasih kami memperkenalkan 'Special Award' untuk 'Blogger' yang telah kami nilaikan selama 1 tahun melalui semakan dari masa ke semasa. Kriteria Penilaian dan Keputusan :
  1. Penilaian Oleh Penganjur Selangor Mountain Bike Challenge - 50 %
  2. Penyertaan 'Blogger' Yang Di Senarai Menyertai SMBC 2010 - 10%
  3. Undian Peserta SMBC10 ketika proses mengambil Godies Sahaja - 40 %
Berikut adalah 'Best Blog' yang telah di senarai untuk peringkat akhir 'Best Blog' Selangor Mountain Bike Challenge 2009.


Keputusan akan di maklumkan pada 25 April 2010 sempena Selangor Mountain Bike Challenge 2010.



Buat reader2 aku diluar sana.. sudilah apa jua kiranya untuk mengundi aku untuk Pilihanraya Hulu Selangor Selangor Best Blog special award hahaha.. akhir kata majulah sukan untuk negara