Friday, May 28, 2010

BIG BALLS ?


Nice One :)







Tuesday, May 25, 2010

Swimming @ Precint 6


Sabtu dan ahad lepas aku layan swimming lagi. Tapi minggu ni memandangkan Bukit Jalil Aquatic center ada tournament sampai hari ahad, pool ditutup untuk orang awam. So aku cuba search on the web mencari tempat pool yang terdekat. So turns out aku jumpa satu pool.. olimpik size di Precint 6 Putrajaya lebih kurang dalam 17KM dari rumah aku.


Seriously memang aku pun tak pernah tahu dekat area Putrajaya pun ada public pool. So since pool tu buka sampai 10.00 malam.Set coordinate dalam GPS aku then shoot ke sana.. memang first time lalu kat sana.. even aku pun tak tahu yang dekat situ boleh ada Hotel. Swimming Pool ini terletak di kawasan PULLMAN Lake Side view bersebelahan dengan PULLMAN Lake Side hotel.

PULLMAN Lake Side View Hotel

Bangunan Kolam Renang Precint 6

Memang ini kali pertama aku sampai ke sini.. first impression, tempat memang lawa.. macam kawasan resort. Kawasan di jaga dengan baik.. facilities seperti tempat salin baju shower macam Fitness Center. Pool pulak open dan luas takde bumbung.. compare dengan Bukit Jalil means.. di bukit jalil waktu hujan masih lagi boleh swimming. Dari segi air di pool.. suam jugak.. tak macam di Bukit Jalil.. sejuk yang menyegarkan.. mungkin juga disebabkan kawasan terbuka tidak berbumbung.. kawasan putrajaya pula tempat panas.. so kesan panas di siang hari membuatkan air di kolam tu berasa suam sedikit.Tapi so far pool bersih kawasan pun bersih.

Kolam Renang Precint 6

Part yang paling best.. dengan facilities yang top sebegini.. bayaran masuk cuma RM2 seorang.. dengan bayaran sebanyak RM2 anda akan diberikan sticker band untuk di pakai. Macam masuk sunway lagoon jer
Sticker band yang dipakai.. kelihatan aku tidak keseorangan kali ni.. hmmmm siapakah gerangannya



Akibat dari Entry Klorin membersihkan mata. Akhirnya aku mempersembahkan Juara Renang Freestyle yang menemani aku kali ni Wife tersayang.. dengan Complete suit Muslimah tuuuu :). AWAS !! Jika anda melihat Nemo berwarna Kuning ini di mana2 kolam renang sedang melakukan gaya freestyle.. sila berikan laluan..

Ni kira wife aku  mula berkecimpung kembali dalam swimming.. dulu sebelum kahwin pernah masuk class swimming sekarang kira consider start balik develop balik stamina dia. Bukan main happy  wife aku bila dapat swimming balik.. dah lama tinggal.. dulu dah jadi routine.. at least sekurang kurangnya dapat dia isi masa lapang.Hari pertama memang semput..tapi masuk hari kedua dah mantap.. boleh complete full lap tuuu.. cayalah dear. 

Pergh memang best bila dapat swimming.. tambah2 kalau lepas kerja layan swimming.. memang menyegarkan.. hilang segala stress dan serabut. So far aku memang recommend tempat ni.. facilities yang baik.. shower room yang bersih.. pool yang bersih memang sesuai untuk riadah swimming dengan family

Sukerr laa tuuu dapat complete lap


Useful Information

Kompleks Renang Awam Precint 6, Putrajaya
GPS Coordinates :- E 101 40' 1.9" / N 2 54' 6.5"

Waktu Operasi :


Selasa - Ahad
Sesi 1 : 9.00 pagi – 11 pagi
Sesi 2 : 1.00 petang – 3.00 petang
Sesi 3 : 5.00 petang – 7.00 petang
Sesi 4 : 8.00 malam – 10.00 malam

Isnin - TUTUP

Selasa dan Khamis - Wanita Sahaja

Bayaran Masuk :

Dewasa : RM2
Kanak- Kanak : RM1




Friday, May 21, 2010

Skitch of the Day : The Lowloader Trailer

Wednesday, May 19, 2010

Share The Road


California DMV released this video 2 weeks ago, perfect timing for Bike to Work month. Enjoy!




Kat Malaysia..? Kirim salam laaaa

Tuesday, May 18, 2010

Selamat Hari Guru


Buat guru-guru ku yang ku kasihi,


Doa untuk mu agar diampunkan dosa, dikurniakan kesihatan yang baik, dan senantiasa dilindungi oleh Tuhanmu

Maafkan aku andai kiranya aku menyakiti hati mu.. tidak menghubungi mu seolah2 sudah lupa pada mu.

Andai kita bersua kembali, akan ku ucapkan "Terima Kasih Cikgu"


Sedikit Coretan sengal masa lalu tentang Guru

Selamat Hari Guru
Flashback







Monday, May 17, 2010

Bukit Jalil National Aquatic Centre


Minggu lepas cuaca agak tidak menentu. Adakalanya hujan di pagi hari.. adakala hujan di tengah hari. adakala panas terik membahang.. membuatkan seminggu aku tidak ride to work. Tapi tidak menghalang aku untuk tidak membuat workout sepanjang minggu. Jadi sepanjang minggu aku beralih arah ke swimming. Fuhh dalam lama tak swim.. dulu waktu kat apartment lama.. ada swimming pool.Sebelum pergi kerja..sempat buat 10 lap.. sekarang dah tak tahu kat mana nak layan swim. Then macam mana aku boleh tak tahu dekat dengan rumah aku sendiri ada swimming pool. Dekat pulak dengan tempat kerja aku. Tempat yang aku maksud kan tu adalah di Bukit Jalil National Aquatic Centre.



Bukit Jalil National Aquatic Centre terletak di Kompleks Sukan negara di Bukit Jalil.. dan juga bertentangan dengan Stadium bukit jalil.. dan bersebelahan dengan Stadium Putra Badminton tu.Pool di buka untuk orang awam dan dikenakan bayaran sebanyak RM4 untuk hari biasa dan RM5 untuk hari minggu. Saiz pool memang ala2 olimpik. Ada tiga pool kat situ .. satu pool untuk public lagi dua untuk athlete training. Size pool adalah 50M x 25M dan kedalaman adalah 1.8M tapi boleh laras level dia. Selalu kalau waktu cuti floor pool tu boleh dinaikkan untuk budak2 mandi.

Memang puas sangat2 bila dapat pool macam ni.. dalam..dan jauh... takde laa macam pool kat apartment aku dulu.. dengan traffic bebudak mandi. pergh memang penat mengelak.So far air pool pun tak terlalu sejuk tak terlalu suam. Klorin pun tak banyak .. so far di jaga dengan rapi.. memang rasa segar layan pool kat sini.



Opening Time
Day Time
Monday to Thursday 2.00 pm - 4.30 pm
5.00 pm - 7.30 pm
8.00 pm - 10.30pm
Friday (Free) 8.00 am - 9.30 am
10.00 am - 11.30 am
3.00 pm - 4.30 pm
5.30 pm - 7.00 pm
Saturday, Sunday & Public Holiday 9.00 am -11.30 am
12.00 pm - 2.30 pm
3.00 pm - 5.30 pm
6.00 pm - 8.30 pm


Category Ticket Price (Monday-Thursday) Ticket Price (Saturday, Sunday & Public Holiday)
Children under 12 year Free Free
Youth (13 - 17 years) RM 3.00 RM 4.00
Adult (18 - 54 years) RM 4.00 RM 5.00
Disabled RM 3.00 RM 4.00
Goverment Servant RM 3.00 RM 4.00
Senior Citizen (55 years and above) RM 3.00 RM 4.00

Kemudahan lain yang ada ..surau, tempat mandi, tempat tukar baju .. lepas mandi.. kena shower masuk keja memang segar.. lebih fokus buat kerja..  So far aku memang highly recommended kalau nak datang sini.. satu lagi.. yang sihat tentang swimming... boleh cuci mata.. err maksud aku.. klorin membersihkan mata..


mati kalau wife aku baca entry ni..


Friday, May 14, 2010

Ride To Work : The Solutions Part 8 - Cycling Eyewear

My Safety glasses MR Mark cost me RM10


If  you do a lot of commuting, there is one safety equipment that you should never be without: a pair of cycling glasses.I've been doing a lot of commuting...and all i can say about it is that it is important to wear a cycling glasses to protect your eyes from blowing wind, rain, flying debris, dirts, glass, insects, or anything else that gets kicked by the tire. For the past year i've been commuting, ive been stung by a bee (thank god its in the forehead fuh), bugs/insects in my eyes, dirts,glass,smoke.. can you imagine.. how would you react if something got stuck in your eyes while you are going downhill and you keep shutting your eyes. I've been through that situation before..  it freaks me out.. i almost hit by a car.

Cycling glasses such as Oakley, Rudy Project  is kinda expensive for me. For me a cheap solution for this is to buy a safety glasses from the hardware store.A little known secret in the construction and manufacturing world is that you can get an incredibly safe, stylish set of clear lens glasses for under RM10. That’s right…not $100, $74 or $43…under RM10. I bought mine MR Mark Brand cost me lest than RM10 and i've been using it until now. Mine is using clear lenses since im using it during night ride to the office

There are a variety of extremely cheap, comfortable safety glasses on the market that are perfect for mountain biking. It doesn't have any super techy features you are used to seeing on name brand riding glasses like polarization, photochromatic lens, etc., but what you will get is a highly safe and functional set of riding glasses that you do not have to worry about on a constant basis.But hey.., there are so cheap that you won't mind if they get stepped on, scratched, or lost :)

Till we meet again...

Ride safely.. and happy commuting.


Ride on



Tuesday, May 11, 2010

Pablo Garcia Explores World Cultures By Bicycle


35 year old Argentinian, Pablo Garcia, made a life changing decision in 1999 when he gave up everything he was doing to pick up a bicycle and trot the globe.

His mission, one he set in Brazil before pulling out of there, was to explore world cultures and traditions and pen them in the form of a book. As it is, he was a cycling enthusiast, who refused to use buses in his college days to travel the city by bike. So, the new mission set well with a growing obsession.

Since then, Pablo has covered more than 65 countries on his bicycle. His website documents the adventures and mileages. If you were to visit it right now, it would tell you that he's currently somewhere between Hanoi and Cat Ba in Vietnam. The distance he has covered, which is regularly updated, stands at 78,398 km (48,714.3 mi).

The simplicity in his travels is fresh. Pablo apparently rides a modest, 50 pound, 27 geared bike with Shimano Deore components. It has a gel seat and front suspension. On it, he carries 121 pounds worth of supplies including his tent, mattress, tools, clothes, a diary, a laptop, extra batteries, sandals, and cameras. He also carries safely a pile of brochures to introduce his "project" to people he meets.

The videos Pablo places onto Youtube are well made, and give a glimpse of the places and faces of his travels. Better still are his elaborate diary entries of the feelings and opinions of local people.

For instance, he writes here about Raifed, an Iraqi he met in Bahrain, who told him why American arrogance and show of power made his country a jungle. Or of Francesco, an ex-mafia cum political sciences student in Italy who exchanged his knowledge about the origins of the mob. Here he writes about the conflicts in Sudan, here about seeing the Swayambhunath temple in Nepal, and here about his dissatisfaction with the touring experience in Athens, Greece.

If you have something to tell Pablo and want him to come visit your hometown, you can even write a him a proposal!




How I wish I could ride around the world too.



Thursday, May 06, 2010

SizeMyBike


 
 

SizeMyBike computes the optimal geometry of your road or mountain bike's frame that is ideal to your morphology. Six body measurements (height, inseam, sternum, arm length, foot length, and shoulder width) allow for an accurate computation of the best geometry. This information is useful in choosing the right frame size and obtaining an excellent adjustment for your bike.






Wednesday, May 05, 2010

Weekend Happenings


Last weekend aku balik Beserah rumah mertua aku. Lama sebenarnya tak jumpa anak2 buah aku. Rindu pulak kat dorang. Selalu juga kadang2 call tanya bila ayahde dan makde nak balik sana. Jumaat malam lepas settle hal2 rumah. Aku dengan wife bertolak ke beserah. Kami bertolak agak lewat dalam pukul 12 lebih baru bertolak. Ikutkan plan nak balik keesokan paginya. Kebetulan pulak aku mc hari jumaat tu. Aku demam tak pasti apa sebabnya.. tapi aku suspek sengatan lebah tu yang merenjat sistem imun badan aku. Masuk keje malam tu pun seram sejuk.. tapi alhamdulillah pekena antibiotik dan beberapa lagi ubat.. demam aku dah kebah.

Wife aku pun malam tu tak brapa sihat.. asyik penat dan mengantuk.. memang awal2 lagi dah cakap kat aku memang dia surrender nak drive malam tu.Kalau ngantuk suruh aku berhenti rest tido di RnR. So far malam tu alhamdulillah aku boleh drive. Shoot sampai dalam pukul 4 pagi. Mak abah pun dah bangun awal buat solat sunat apa semua.


Day 1:
Lepas solat subuh aku sambung tido balik. Terbongkang penat di campur dengan demam yang beransur pulih. So far hari ni digunakan sebaik-baiknya untuk aku recover demam aku. Anak2 buah aku Aleeya dan Ateerah pun ada pagi tu..sibuk kejutkan aku heh.. aku memang dah tak sedar mana...sorry aleeya ateerah.. ayahde penat skit hari tu.

Petang skit dalam pukul 3 aku dengan wife keluar ke pasar Atap biru kat sebelah Kg jambu. Pukul 3 merupakan waktu nelayan baru naikkan ikan.. ini laa masanya untuk membeli ikan. Selalu kebiasaan kita ke pasar waktu pagi beli ikan.. tapi kat sini.. ikan yang fresh adalah waktu petang. Bayangkan ikan2 yang masih baru.. turun dari bot terus atas pasar. Dan sememangnya rasa ikan2 baru memang berbeza.. lebih segar dan lebih sedap. Aku paling suka Pari Lang( Pari Biru) pergh kalau dibakar makan dengan nasi cicah dengan air asam.. memang tangkap leleh. Abg ipar aku cekapla membakar ikan dengan ramuan yang dia pakai.

Sebelah malam pula aku buat Trifle untuk family mertua aku especially anak2 buah aku bagi dorang merasa... dibantu pula oleh Wife aku yang waktu tu amik peluang untuk belajar buat trifle. Tapi ingredient kali ni berbeza sebab aku tak dapat nak cari perfect ingredient yang biasa aku pakai. Cocktail Buah jenis lain, Swiss roll pulak tak dapat cari yang Strawberry end up pakai yang orange punya. Alhamdulillah the next day aku buat dua tray first tray dah clear sekali harung.. seronok tengok dorang makan..tengok anak2 buah aku suka.. bagi aku satu kepuasan bila dapat tengok dorang puas and enjoy apa yang aku buat.

Day 2:
Sebelah pagi aku dengan wife membantu abah mencuci kolam ikan abah. Perghh bau.. dengan ikan2 yang mati dengan sisa makanan dan berlumut.. memang stock fear factor.Mak pun sibuk membantu membakar sampah2 .Kami bersihkan dua kolam ikan untuk make way untuk stok ikan2 baru abah. Dengan plan nak masuk ikan haruan..pulak.

Sebelah petang aku dan wife dan juga anak2 buah aku ke Pasar kembali untuk membeli stok2 ikan untuk di bawa balik ke KL. Lepas tu bawak anak2 buah aku berjalan ke Pantai Batu Hitam....layan bersantai menikmati udara nyaman di tepi pantai.



Pantai Batu Hitam , Beserah

Aku bersama anak2 buah ku Aleeya dan Ateerah bukan main suka bila jumpa pantai sibuk mencari kulit2 kerang

my wife bersama anak2 buah

posing akak dengan angah

"Layang2 ayah de!! Burung2.." Riuh rendah budak kecik ni bila tengok orang main layang2.. ada jer benda membebel







Tuesday, May 04, 2010

Standard Chartered KL Marathon 2010


Alhamdulillah aku dah register untuk KL Marathon on 27 June ni. Insyallah aku dah decide untuk masuk 10KM individual. Aku masih tak yakin untuk go for Half Marathon 20KM. Dah lama sebenarnya aku tak masuk event macam ni..Asyik kayuh jer.. sekali sekala nak jugak cuba masuk event macam ni. Nak cuba ukur fitness level aku sekarang. Last Run event yang aku masuk adalah Siemens Run tahun lepas 10KM juga. Alhamdulillah dapat complete. Tahun ni aku akan pastikan juga aku akan complete Race ni. Tinggal 52 hari 20 jam 2 minit lagi. Aku kena mula training jog setiap petang mulai sekarang.

For more info : http://www.kl-marathon.com/

Monday, May 03, 2010

Ride To Work - Daily Stats 03/05/2010


Route : Puncak Jalil - Bukit Jalil TPM
Distance : - 5.52
Avg Speed : - 15.1
Max Speed: - 49.8
Time: - 0:24:30
Tire setting :
Knobby tires Continental Vapor
Number of doggies : -
Riding Mood :
Relax

Hari ni adalah Ride to work yang pertama bagi bulan May. Ride malam ni agak santai.. kemungkinan juga di sebabkan hari ni adalah hari Isnin.. hari yang paling bosan dalam segala hari.orang puteh kata Monday Blues lately ni bila fikir pasal kerja yang berlambak di opis.. rasa malas saja nak bekerja. Tapi disebabkan Ride to work.. hati aku senantiasa enjoy untuk ke opis.. itu lah satu2 nya mekanisme yang menguatkan aku untuk ke opis. Tak sabar pulak menunggu habis kerja sebab nak layan kayuh balik ke rumah haha.


Trafik malam ni agak serabut.. banyak kereta yang macam kelam kabut, laju macam terburu2 mengejar sesuatu.. hari ni juga jalan di penuhi dengan bas bas.. express kemungkinan di sebabkan oleh Stesen Bas Pudu sementara yang di tempatkan di kawasan Stadium Bukit Jalil.. jadi mungkin ini laluan mereka keluar masuk. laluan simpang keluar  untuk melintas ke seberang di kawasan esso rumah aku ditutup. Penuh dengan tali rentang dan juga kon kon menutup laluan situ bagi pembaikan jalan. Hari ni aku tak perlu berkongsi jalan untuk melintas ke seberang.. jalan memang aku conquer habis. Hari ni juga aku di hon dua kali.. aku tak pasti sapa.. tapi memang aku bukan berada di laluan bertentang atau menganggu lalu lintas. Mungkin juga geng2 yang berbasikal.

Fitness level so far so good aku masih lagi memanjat bukit Puncak Jalil masih lagi mengikut route yang sama.Penurunan berat badan tak se agresif tahun lepas kemungkinan juga metabolisme aku lembap nak pickup di sebabkan faktor umur yang meningkat ?.. hari ni aku start weight training balik.. cuba untuk boost kembali metabolisme. Standard chartered KL Marathon tak lama lagi.. closing date lagi beberapa hari.. aku still tak decide lagi samada nak go for 20KM run or 10KM run. Running and cycling adalah dua situasi yang berbeza.. fitness level yang berbeza.. 20KM di atas basikal mungkin dirasakan kacang.. tapi 20KM running..? perghh.. 10KM siemens run dulu pun kejung habis satu badan. Aku perlu decide .. .. tak lupa juga.. aku perlu training.. damnn i need a new pair of running shoes.