Petang Sabtu aku bertolak ke Seri Iskandar untuk Seri Iskandar MTB Exploration. Ini merupakan Jamboree pertama aku dalam tahun 2010 ni. Kali ni juga aku tak keseorangan.. since wife aku menemani aku.
Sepanjang perjalanan, aku diam.. memikirkan.. boleh ker aku layan 50 KM offroad ni.Seramai 780 peserta yang akan bertanding...dengan faktor fizikal muka bumi perut aku yang dah makin advance kedepan seolah2 dah 5 bulan mengandung kata wife aku. Dengan berat yang dari 95 kilo yang boleh consider slim dulu sebelum kawin hingga meningkat mendadak ke 105 kilo hasil ternakan wife aku dan juga nafsu serakah makan yang tiada tandingnya. Tiada lagi weekend offroad ride.
cuma berbekalkan light running dan Ride to work setiap hari yang mulanya 20km pegi balik.. sekarang hanya 10KM. Mampu ke beb nak layan semua ni.. aku bukan macam dulu lagi.. memang tak sempat nak get into shape macam dulu2.. sebelum kawin. Perut serius makin boroi.. terpaksa aku heret lemak2 tepu ni harung esok.Stamina ntah macam mana.. ahh aku memang buat gila..
Aku sampai ke persimpangan gopeng.. masuk ikut sini.. sepanjang hidup aku.. aku rasa ni laa pertama kali aku masuk gopeng rasanya.. sama jugak dengan wife aku.. dua2 first time. Aku stop kejap di Stesen Petronas menunaikan solat Maghrib. Then teruskan perjalanan menuju ke Bandar Seri Iskandar.. aku cuma ikut signboard UITM alhamdulillah sampai di kawasan Seri Iskandar.
So trus check in Home Stay yang wife aku dah deal sewaktu dalam perjalanan tadi. Memang banyak Home stay kat sini since Hotel takde kat sini.. hotel yang paling dekat pun dalam 30KM.Dapat laa rumah teres. Owner Homestay pun tinggal sebelah rumah jer. Kawasan ok laa kiri kanan depan semua ada jiran. Rumah ada 2 bilik 2 bilir air.. ada fridge.
Lepas dah check in kami trus ke Tempat pendaftaran untuk ambil goodies since kaunter pengambilan goodies tutup dalam pukul 10.30. Ramai jugak malam tu yang datang ambil goodies. Tapi cuma slack Jersi takde stock lagi. Ramai jugak yang tak dapat.. tapi organiser akan postkan nanti.
Goodies yang dapat hari tu. Limau MRCB,pamplet education, 2 cloud9 , Choki Choki pun ada , mug dan no penyertaan

Aku sampai dalam pukul 7 di tempat permulaan. memang ramai betul umat.Rata2 semua dah pulun duduk di depan2 starting line.Mengikut list from SIMTBE seramai 780 peserta yang bertanding hari ni.Waktu ni terjumpa member yang pernah ride sama2 sewaktu offroad di Bukit langkap brader Azhar . Bike setup aku masih lagi pakai 7 speed masih lagi standard. Itu laa bike buat pi kerja itu laa jugak bike buat layan offroad. Insyallah memang kena cari satu yang betul2 untuk buat layan offroad nanti. Buat masa ni biar laa aku pakai bike cap ayam ni frame berat ni.
Trail Overview
Trail adalah sejauh 50km. Terdiri dari route kelapa sawit, route yang berbukit bukau, route pokok getah, jalan raya.Route yang mempunya scenery yang menarik tak lupa jugak downhill yang agak teknikal
Permulaan offroad terpaksa menolak since terlalu ramai yang berpusu2 masuk ke track offroad. ramai yang melepak di tepi jalan tunggu laluan clear. Memang potong stim sebab baru nak mula climbing masuk trail dan kena turun bike. Downhill permulaan yang agak layan tetapi sangkut kembali di bawah sewaktu ramai2 tengah queue untuk masuk ke single trail.
Menunggu giliran memasuki single trail selepas downhill
Single trail agak enjoy.. fast flowing.. mostly canopy ride.. memang enjoying.Aku masih bertenaga lagi waktu ini track di CP 1 memang mengasyikan.. aku ambil peluang ini sambil kayuh sambil menikmati keindahan trail yang sejuk di pagi hari.

Bukit pertama yang aku tempuhi.. ketinggian yang masih lagi landai still rideable. Tapi penat jugak dengan 7 speed. Sedap bila tengok muka sekor2 yang pakai 9 speed dengan frame2 yang ringan2 rilek jer climb bukit ni.ada jugak yang pakai frame2 ringan2 macam santa cruz giant still menolak.. musykil sungguh aku.

Bukit pertama yang aku tempuhi.. ketinggian yang masih lagi landai still rideable. Tapi penat jugak dengan 7 speed. Sedap bila tengok muka sekor2 yang pakai 9 speed dengan frame2 yang ringan2 rilek jer climb bukit ni.ada jugak yang pakai frame2 ringan2 macam santa cruz giant still menolak.. musykil sungguh aku.
Dalam perjalanan menuju ke CP2. Route kali ni agak flat fast flowing memang seronok.. aku ambil peluang ni untuk memecut selaju yang boleh so that aku kill time dekat sini untuk beri masa waktu climbing nanti.. aku tau sesetengah tempat aku memang tak mampu nak ride the speed yang macam ni.
Route yang redup di pagi hari
Dari tengah2 kawasan kelapa sawit.. tiba2 keluar ke kawasan yang terbuka memang pandai geng2 SIT memilih laluan.. terasa lapang bila dapat tengok kawasan yang seluas macam ini.
Checkpoint ke 2 makin dekat waktu ni saiko jugak bila tengok Check point kedua berada di atas puncak bukit tu.. dari jauh dapat tengok beberapa rider yang sedang memanjat bukit.
Bukit tak mencanak.. tapi memanjang.. memang memenatkan. Aku tak sempat ambil gambar di CP2.Kedudukan CP2 memang tinggi di atas bukit. Aku puji dengan water station dorang yang provide 100 plus dengan air yang mencukupi. Waktu ni memang agak penat nak ke CP2 aku stop sementara untuk refill air dalam bladder pack aku dan jugak botol air dekat bike aku.. sambil tu makan roti yang aku bawa. Aku tak lengahkan masa disini.. since masih jauh lagi perjalanan.. bila aku tengok ramai yang tergolek rebah berehat.. aku ambil peluang ni untuk teruskan ..

Perjalanan dari CP2 ke CP3 agak mengerunkan apabila disajikan dengan downhill yang agak teknikal.Berbatu2, struktur permukaan tanah yang tak rata, dan juga berlongkang. Memang agak sesuai bagi yang memakai bike full sus memang tak terasa. Bagi aku.. downhill kalau di compare event2 yang aku masuk sebelum ini.. Route downhill yang SIT cari adalah yang terbaik.Senyum memanjang sepanjang menuruni bukit sesekali tu berasa gerun jugak.. sebab berada tinggi di atas bukit sambil boleh melihat gaung ditepi downhill.
Berada di puncak bukit, aku suka view ni.. dari sini boleh nampak sayup jer nak ke bukit sebelah

The Boroi Cycling Club wanna join ?- Gila boroi aku sekarang lepas kahwin
Di CP2 aku mula terasa penat. Nak downhill pun terasa penat dah nak berdiri.. kalau duduk mau telur pecah.. pakai pulak hardtail gegar abis satu badan.Termasuk perut aku yang boroi ni.Downhill disini agak teknikal waktu turun dah kena decide which line nak ikut then nak tengok ke depan so that boleh decide nak ikut line mana..kalau tidak memang alamat tersembam laa. Banyak longkang2 sepanjang downhill memang cuak.

Selepas turun dari bukit keluar ke jalan raya ride sampai ke hujung then masuk ke hutan yang seberang.. disitu laa terletaknya checkpoint 3 untuk refill air. Kalau di perhatikan kat sini.. boleh nampak bukit tadi yang aku panjat view dari bawah jalan raya yang sayup tadi tu. Bayangkan betapa jauhnya.
selepas memasuki hutan berdepan lagi dengan climbing yang agak curam.. ramai jugak yang kecundang tapi still ada lagi rider2 yang berusaha untuk climb bukit tu. Matahari dah mula naik.kehangatan makin terasa. Aku dah penat gila waktu ni.. tapi aku saiko kan diri. Rata2 ramai yang stop berehat di kaki bukit. tapi aku teruskan perjalanan their rest is my gain.. lagi ramai aku tengok org lepak lagi ramai aku kitai untuk rangking haha. Checkpoint 3 berada di atas bukit ini.
selepas memasuki hutan berdepan lagi dengan climbing yang agak curam.. ramai jugak yang kecundang tapi still ada lagi rider2 yang berusaha untuk climb bukit tu. Matahari dah mula naik.kehangatan makin terasa. Aku dah penat gila waktu ni.. tapi aku saiko kan diri. Rata2 ramai yang stop berehat di kaki bukit. tapi aku teruskan perjalanan their rest is my gain.. lagi ramai aku tengok org lepak lagi ramai aku kitai untuk rangking haha. Checkpoint 3 berada di atas bukit ini.
Aku tiba di Checkpoint ke 3. Sampai saja pelekat checkpoint 3 di lekatkan pada bike aku menandakan aku dah complete ke Checkpoint 3. Salah satu checkpoint yang paling sempoi yang menjadi buat mulut2 setiap rider2 yang dah complete ke sini.. semua di jamu dengan 100plus, air mineral dan juga buah epal. perghh bila dah penat2 pekena pulak epal.. memang betul2 menyegarkan hilang penat. Aku basahkan kepala dengan botol mineral yang dapat...terasa segar balik. Itu menunjukkan water supply mencukupi. kalau event2 sebelum ni tak merasa la nak buat macam tu. 100plus aku refill dalam botol.Event kali ni memang aku play safe bawak muatan berat janji tak kering tekak or dahaga. Biasa terkena dulu waktu Presidential Ride aku tak cukup air memang mental betul
Selepas refill di checkpoint 3 aku melalui satu downhill yang agak curam.Tak berapa teknikal tapi tanah berbatu mudah untuk tergelincir . Memang pengalaman yang paling best dalam hidup aku.. pemandangan yang lawa. Downhill di tepi lereng.. gaung jer sebelah tu. Gerun pun ada..
Laluan CP3 agak memenatkan.. mostly banyak kawasan berbukit. Disini laa bukit yang paling tinggi aku climb. bayangkan dari jauh sayup2 jer boleh nampak rider lain atas bukit.Memang waktu ni ramai betul yang berehat di kaki bukit. ada yang sampai tertido pun ada.. memang route kali ni lebih kepada endurance. So bukit ni la yang paling tinggi. Waktu climb dari jauh boleh nampak rider turun downhill yang curam perghh.. pengalaman yang memang aku tak boleh nak lupakan. Insyallah track ni kena repeat lagi.
Rasa macam tak puas sebab target nak habis cepat. Aku banyak habis masa waktu climbing since memang aku dah tak mampu nak bawak dengan 7speed. So aku pulun downhill selaju yang boleh untuk kill time aku. Alhamdulillah so far still tak injured mana2 lagi.. cuma permulaan cp1 aku tergolek waktu ride bukit.
Laluan CP3 agak memenatkan.. mostly banyak kawasan berbukit. Disini laa bukit yang paling tinggi aku climb. bayangkan dari jauh sayup2 jer boleh nampak rider lain atas bukit.Memang waktu ni ramai betul yang berehat di kaki bukit. ada yang sampai tertido pun ada.. memang route kali ni lebih kepada endurance. So bukit ni la yang paling tinggi. Waktu climb dari jauh boleh nampak rider turun downhill yang curam perghh.. pengalaman yang memang aku tak boleh nak lupakan. Insyallah track ni kena repeat lagi.
Rasa macam tak puas sebab target nak habis cepat. Aku banyak habis masa waktu climbing since memang aku dah tak mampu nak bawak dengan 7speed. So aku pulun downhill selaju yang boleh untuk kill time aku. Alhamdulillah so far still tak injured mana2 lagi.. cuma permulaan cp1 aku tergolek waktu ride bukit.
Di CP4 Alhamdulillah still ada waterpoint.Aku rasa ada 2 waterpoint yang dijaga oleh brader2 polis siap dengan senjata lagi.Walaupun bukan 100 plus , mineral water pun sudah mencukupi. Bayangkan air dalam bladder dgn botol air pun masih ada air. So far di CP4 dah start masuk kawasan hutan. Route di CP4 still berbukit masih ada lagi bukit2 yang tinggi. Downhill dalam hutan memang layan.Downhill juga agak teknikal dan berbatu2.
Ikut kan dah penat sgt2 nak melayan Downhill.. kaki aku tak mampu lagi nak berdiri sambil melayan downhill.Lenguh cram semua ada. RD aku mula jam selepas downhill.. besar kemungkinan RD tourney aku di belasah cukup2 waktu downhill tadi.. nak shifting gear pun dah tak masuk. So aku stuck di gear 3. macam2 bunyi dah keluar dari gear blakang.. bunyi seolah2 rantai bergesel frame panel jockey tu. Aku check tapi dah ejas balik tapi still x dapat nak shift ke gear lain. Nak taknak aku teruskan jugak.. masih ada berbelas kilo lagi. Rugi kalau tak habis kan. So aku teruskan dengan gear 3 speed tu. Walaupun gear ringan. dapat kayuh pun dah bagus sngt. Aku perlu habis kan.
Akhirnya aku keluar ke kawasan UTP. memang lega sangat2.. sebelum tu masih lagi duk bila laa nak sampai.. memang terasa route kali ni gila2 jauh. Aku tak sempat ambil gambar time ni. Laluan blakang UTP berbatu2 tapi jalan flat. So aku ambil keputusan untuk speeding selaju yang boleh.. hingga sampai ke pintu UTP melalui Masjid Terapung dan juga bangunan UTP. Waktu tu dah nak masuk pukul 2 petang dengan bahang jalan yang panas.. cuaca yang panas terik .. memang rasa pedih lengan2 tangan dan muka.
Akhirnya sampai ke pintu keluar UTP. Di tunggu oleh awek2 UTP dengan staff2 UTP. Complete Checkpoint 4. Siap ada orang sembur air lagi. macam tau2 aku dalam kepanasan. Time ni rasa macam MOTOGP pulak dengan payung awek pulak ada sebelah. Still dekat sini dorang provide air lagi nak menuju ke garisan penamat.

muka dah tak boleh blah. penat, panas, semua ada

At last Alhamdulillah complete jugak. Sepanjang ride selalu selisih dengan sorang rider ni.. yang asyik tegur aku.. at last baru aku teringat ni member blogger MTB jugak. suheilmy 'The 2nd Best thing in life' rider kuat ni.. selamba kitai bukit.
Sampai dekat tempat berkumpul tunggu lucky draw tu.. tiba2 tayar pancit.. perghh memang betul2 ghaksi laa kata orang utagha.. Thanks buddy. Memang betul2 berjasa. Ride To work , offroad bersama
Overall Event kali ni.. memang best. Track yang bagus, downhill yang superb belum penah aku merasa, Pemandangan scenery yang lawa. Water refill yang banyak. Water refill tu kalau dijaga.. semua orang akan berpuas hati.In terms of jersey.. memang tak dapat lagi itu saja yang slack.. yang lain memang mantap!!.Harap next year SIT boleh anjurkan lagi.
Overall Event kali ni.. memang best. Track yang bagus, downhill yang superb belum penah aku merasa, Pemandangan scenery yang lawa. Water refill yang banyak. Water refill tu kalau dijaga.. semua orang akan berpuas hati.In terms of jersey.. memang tak dapat lagi itu saja yang slack.. yang lain memang mantap!!.Harap next year SIT boleh anjurkan lagi.
Complete all checkpoint. Dapat medal lagi
Aku berpuas hati tahun ni sebab dapat complete semua checkpoint. Boroi2 aku pun abis jugak.
Part yang paling best skali.
Part yang paling best skali.






8 comments:
yeahhhh congrazt berjaya abeskan. layannnn je bace ceta ni. hehe.
besh besh~
Tahniah Rizal.
Masa Putrajaya Night Marathon aku tgk yg tua2 pun boleh habiskan lari 42km, hang yang muda naik basikal musti la lagi boleh kan.
Kui kui kui... Seri Iskandar tpt aku study dulu weh.
syabasss bro...kip p dup..
aku akan johin nanti...tp x tahu bila..
Perlis Jamboree weh!!! jgn lupa....
Salam... Tahniah.... Budak-budak la ni kata "Waa Caya la sama lu" respct abis... Sayangnya kita tak berjumpa dan berkenalan.
mak aihh.. 105kg..
..patut yg preggy wife hang...nih hang yg preggy dulu..ishhkk2..
pancit sebab hang berat kot..kekek..
walau pa per pon.. syabass..keep it up... Fat Boy Rule katanyerr!!.. hiksss..
pakai full sus la weih...baru layan...downhill pun best...heheheh
wow!! mencabar. congrats riezal... maksu takat jadik tukang pom pom kat tepi jalan aje ler ;)
Post a Comment