Wednesday, April 15, 2009

A Confessions of an ex-smoker Part 7

The Loner



Jam di dinding tepat menunjukkan pukul 12 malam... petanda bagiku untuk menggerakkan diri aku pulang.Aku keluar menerusi beberapa pintu yang memerlukan aku menggunakkan tag pass untuk keluar ke pintu hadapan.Sebelum menuju ke kereta, aku ke tandas membuang kandungan sisa toxic yang berliter2 aku tangguhkan sebentar tadi hanya kerana khusyuk dengan meng'configure' sesuatu di meja office aku.

Aku terbau... terbau bau bauaan.. yang cuba mencuit dua corong lubang idung ku yang amat peka akan bauan tersebut.. satu satu bauan yang biasa aku sedut tidak lama dulu.. ternyata ia datang dari 2 manusia yang sedang enak melayan rokok di depan bangunan. Aku mengetap bibir pabila keluar dari tandas... aku menarik nafas sedalam yang mungkin lalu menghembuskan perlahan2.. lalu meneruskan perjalanan ku melalui kedua2 perokok tegar itu.. aku berlalu dengan tenang.. " brooo.. rokok dulu laa sebelum balik" salah seorang staff yang aku pun tidak berapa pasti dari dept mana.. tapi aku pasti sebelum ini dia pernah melihat aku sebagai perokok tegar yang menghuni depan bangunan sebelah tong sampah hijau itu tiap kali selepas makan... aku cuma tersenyum sambil mengangkat tangan tanda menolak pelawaan itu dengan cara yang paling terhormat lalu menuju ke kereta ku.. aku membuka pintu kereta... melabuhkan bag aku di atas seat recaro fishnet di sebelah penumpang. Aku mula menghidupkan engine lalu membiarkan engine warm up beberapa minit sebelum aku meneruskan perjalanan pulang..

Aku masih memerhatikan kedua2 mereka berbual2 di selang seli dengan setiap sedutan lalu menghembuskan lebihan asap.. dalam hati aku.. berkata.. pergh sedap korang melayan penangan nikotin. Aku memasuki kedalam kereta lalu memasukkan gear reverse mengundurkan kereta dan seterusnya memasukan gear satu lalu meluncur keluar dari bangunan itu... aku senyap di dalam kereta.. otak aku masih membayang mereka yang melayani sedutan asap sebentar tadi.. aku akui aku masih lemah lagi... withdrawal simpton masih lagi aku alami.. rasa sunyi.. emptiness.. jiwa kosong.. aku masih lagi merasakannya.. tapi agak kurang dari mula2 sewaktu aku berhenti... memang aku tak dapat nak gambarkan bagaimana perasaan yang aku lalui.. seolah2.. tiada kawan tiada member sunyi sesunyinyaaa.. pada sesiapa yang dalam proses untuk cuba berhenti.. aku pasti korang akan mengalami benda yang sama.. idup seolah2 kosong.. jiwa kosong.. i know how you all feel dude.. bagi yang tak merokok.. korang takkan paham.. susah untuk diperjelaskan..

Rokok ... bagi seorang perokok.. tanya laa sapa yang merokok.. rokok itu umpama member or machaa yang paling kamcing.. lebih kamcing lebih rapat lagi dari awek sendiri keluar laa dengan awek.. samada makan atau jalan2.. aku pasti rokok tidak dilupakan.. kenapa aku panggil rokok itu member yang paling kamcing.. ? well... rokok itu.. tiap masa dengan kita.. time kita sedih.. time kita frust.. time kita happy.. time kita nak celebrate something.. time kita takut time kita makan..time kita sunyi.. dia senantiasa ada.. meneman.. even dalam jamban.. sebelum tido.. bila bangun tido dia senantiasa ada bersama kita.. bayangkan begitu kuat penangan rokok sampai seseorang itu susah untuk meninggalkan habitat mereka.. yeah.. aku masih mencuba.. dan aku agree.. aku masih lagi merasakan kekosongan dalam hidup.. tapi aku cuba membuatkan diri aku sibuk setiap masa.. tapi aku tak dapat lari dari merasakan itu semua..

Aku tersentak.. apabila kereta di belakang aku membunyikan hon.. aku melihat tiang yang mempunyai 3 ketul lampu itu berubah ke hijau.. lama kah aku mengelamun..? aku bertanya.... sebelum sampai ke apartment, aku singgah sementara di kedai 24 jam.. membeli beberapa barang seperti roti, susu, cornflakes.. untuk sarapan keesokan pagi.Aku ke kaunter untuk membayar barangan yang dibeli.. aku terpandang kotak2 yang berwarna warni tersusun rapi di belakang cashier itu.....lama jugak aku memandang.. aku perhatikan kotak2 rokok yang terbaru.. hmmm tiap kotak rokok itu sekarang sudah tertera gambar2 yang agak ngeri kesan2 akibat dari merokok. Aku tersenyum aku pasti.. gambar2 itu tidak mematahkan semangat perokok2 tegar untuk tidak membeli rokok2 itu...aku berani jamin.. hanya will power dgn azam yang bersungguh2 mampu untuk stop benda2 tu.

Aku masih memerhatikan rokok2 itu.. hati dan nafsu aku tergerak untuk membeli sekotak.. aku berkata pada diri ku.. kalau aku hisap pun sapa yang kisah.. sapa yang tahu.. ala sekotak jer.. duit sudah pun berada di tangan.. aku mengetap bibir ku... " Encik.. rokok apa mau..." mamat pakistan yang menjaga kaunter itu menyapa aku.... aduh.. aku telah ditanya satu soalan bonus.. .. aku berpeluh pada waktu itu.. tangan mula terketar2.. air liur ku seolah2 terasa kering.. seolah2.. kita melihat jeruk atau asam sebelum di makan.. aku kaku buat sementara..aku cuma nampak Dunhill bersaiz 20 yang merupakkan kegemaran aku.. .. aku cuba memikirkan secara rasional.. aku mula berfikir sudah 58 hari aku meninggalkan benda ini.. jgn disebabkan hari ni.. 1 hari ini.. 24 jam ini.. merosakkan 58 hari yang aku berjaya tinggalkan.... aku senyum kembali kepada cashier itu lalu aku berkata.. "NOT Today My friend.." lalu aku membayar apa yang telah aku beli.. lalu pulang ke rumah..

Aku masih lagi terasa seperti seolah2 kehilangan sesuatu.. aku juga masih tidak dapat melelapkan mata lagi.. tidak mengantuk.... ntah mengapa.. mungkin disebabkan konfrontasi yang aku alami dengan beberapa element yang aku jumpa hari ini melemahkan semangat ku. Selepas solat Isyak, aku memanaskan air lalu membuat green tea..duduk di sofa ku.. aku mula menyibukkan diriku.. menyibukkan diri dengan membersihkan segala component.. basikal aku.. sambil melayan movie di laptop ku.. Alhamdulillah.. i survived for another day.. its a new day tomorrow with a new challenge.... bring it on dude.. bring it onn...


11 comments:

thanezra said...

seperti roti, susu, cornflakes. <---sejak bila nih?

dan yg pelawa tuh tentu fabian kan?

INTAN said...

aku bangga la gan hang...sob sob sob....aku doa hang terus kental gitew....

ProgrammerWifeDaughterSister said...

alhmdulillah...!!!!

Syabas!!! Syabas!!!!

aku bangga dgn hg weyhh!!!!

your cycling activities tak sia2 utk badan hg...

sia2 ja klu cycling tp isap rokok!!! takdak impak~~~malah mmburukkn kesihtn.... kan kan kan

akmalhizam said...

itu hari aku nak bayau minyak kat kaunter, ada terbaca notis harga rokok 14 btg sudah rm6.60.

aku tengok kat belakang tu pulak, berderet-deret kotak rokok bergambar extreme. aku tak kesah pasal tu. you're right, it would take more than that to make ppl quit melardos.

yang aku tekejut ialah harga rokok sudah naek jadi rm9 untuk 20 btg. sudah nak sama dgn harga blackmarket kat asrama aku lebih limablas tahun dulu. maunya tokan lardos kat asrama seantero mesia sekarang tekan sebatang singgit (i would!).

syabas atas kegetiran kau melawan nafsu menghindar nikotin (dan berpuluh chemicals yang laen).

mun-e said...

bravo! syabbas betta!

Jard The Great said...

waa.. dasat godaannye ek?? ku bangga dgn mu!

dugaan paling besar bg manusia ialah melawan nafsu.. bagus.. bagus..

keep it up!

Yana Ismail said...

Teruskan perjuangann..huhu

Ryehanna said...

aku bangga!!
semoga hari2 yg mendatang yang penuh sgt dgn cabaran tu dpt kau tempuhi tanpa tewas pada keinginan mahu merokok!

wahh ayat skema lak aku.. :P

Alimuddin Shahid said...

teruskan... buatlah sesuatu utk dkt dgn teman yg hakiki, yg lagi satu itu yg selalu org alpa, takkan sunyi inshaAllah. aku juga bekas perokok tegar, kini mangsa asap (makanan jin ni hehehe) rokok org lain

LiFe Is BeAuTifUl LyRiC said...

CONGRATS..!!..

Mas Rahim said...

woit..baguih2! keep it up!