Showing posts with label raya. Show all posts
Showing posts with label raya. Show all posts

Wednesday, September 08, 2010

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin


Hari ni last aku berkerja. Esok dah cuti.. malam ni lepas kerja start pack barang untuk balik kampung beraya. Kali ni first time aku beraya dengan keluarga baru sebelah wife aku. Confirm aku rindu kampung tok aku di parit buntaq.. rindu malam sebelum raya.. rindu takbir dari rumah ke rumah.. rindu suasana pagi raya.. rindu tok,ayah,mama,adik2, rendang tok aku.. rindu nak kayuh basikal pusaka Arwah tokwan aku kayuh dalam taman. Apapun.. ini adalah satu fasa baru dalam hidup aku yang perlu aku lalui sebagai seorang suami.. aku dah ada dua keluarga sekarang yang betul2 aku kena jaga dan sayang. Insyallah mudah-mudahan setiap apa yang aku lakukan Allah senantiasa permudahkan.

Di kesempatan ini aku ingin memohon maaf buat sahabat2 handai yang mengenali aku.. pembaca2 blog aku.. rider2 yang hardcore yang penah bersua dan juga tidak pernah bersua.. andai tersalah tutur kata mahu pun terkasar bahasa maafkan laa aku.. Insyallah andai aku masih lagi bernafas kita berjumpa lagi selepas raya. Ya Allah kau panjangkan umur ku sehingga dapat aku kecapi ramadan Mu yang yang akan datang Insyallah.

Buat sahabat2 dan juga pembaca2 blog aku diluar sana yang akan balik beraya di kampung.. pastikan la rumah-rumah anda dikunci dengan baik semua diperiksa sebelum pulang beraya. Lakukan solat hajat sebelum keluar dari rumah mohon diberi perlindungan semasa dalam perjalanan dan juga rumah kita diperlihara dari di masuki pencuri. Pandu la dengan cermat. Senantiasa menghargai nyawa.. dosa kita masih banyak.. masih banyak lagi masa yang kita perlukan untuk memperbaiki diri ini..sebelum kita mengadap Allah. Fikir-fikirkanlah



Ok laa aku nak dah nak gerak balik ke Berserah. Doakan aku suami isteri selamat pulang dan selamat balik.





Wednesday, September 16, 2009

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin

Once Upon a time Raya 1988 ( Cuba teka mana aku)

Tak lama lagi kita akan menyambut bulan syawal menyambut raya yang akan tiba. Aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana memberi nafas kepada ku untuk mengecapi setahun lagi bulan ramadan kali ni.. Alhamdulillah. Insyallah aku mula bercuti Jumaat ni. Rasa sebak jugak.. since ini laa Raya terakhir aku bersama Keluarga.. tahun depan memang aku dah beraya dengan keluarga baru.. :).

Di kesempatan ini juga.. aku menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada semua kawan2 blogger sahabat2 handai,Ex awek-awek aku.. Seluruh Rakan2 MTB tanahair rakan taulan yang mengenali diri ku ini.. andainya sepanjang kita berkawan,berkenalan ada tersalah tutur kata,perbuatan dan seumpamanya.. maka maafkan laa diri ku ini.. aku doakan semua korang selamat pulang ke kampung halaman moga berbahagia bersama keluarga tersayang.. insyallah..pesan aku.. jgn lupa service keta, check kereta anda.. check minyak itam.. check alignment keta.. check angin tayar tu.. dan yang penting skali.. beraya laa dengan sederhana.. makan untuk hidup.. bukan hidup untuk makan.. akhir kata dari Blog Balada Seorang Programmer Jalanan Kontrak, Selamat Hari Rayaaa.


Check out this clip.. Kenangan Main Mercun Bulan November Tahun 2005 got it from Ajonz. Kids do not try this at home :). Experimenting the AIR BOMB @ SADAM. MERCUN MEMBAWA PADAH...



For more story visit Ajonz 's blog


Friday, October 10, 2008

Few days before Raya.



Lately.. aku agak bz sedikit.. dgn keje.. aku perati ramai member2 blog dah bising2.. suh aku hapdet.. sorry laa guys.. lepas raya aku sibuk skit.. acctually banyak yang nak diblogkan.. so aku blog laa skit.. dulu :).. nanti ada time aku update lagi pasal Raya.Gian nak blog.. cam brader penyu,ena.. aku tengok ada jer new entry.. hehe.. so few days before Raya hari Sabtu, lepas keje aku shoot ke kuantan hantar tunang aku balik ke kampung berbuka puasa and terawih beraya skali with future inlaw.. then aku shoot balik ke KL.. on the same day.. since esok aku nak bertolak pula ker Penang.. beraya.Nasib baik tak kena tahan dgn parents tunang aku.. sebab dorang beriye2 suruh aku balik esok.. hehe.. Allhamdulillah terlepas gak aku balik malam tu.. bukan apa.. aku nak get rest before aku balik ke penang.. since adik aku pun menumpang aku.. esok pagi.

So malam tu sorang2 laa shoot balik ke KL.. layan corner kat highway Pantai Timur.. karak.. fuh.. berkokok2 tayar aku layan corner.. kalau balik penang.. mana ader can beb nak sebat corner.. and time ni laa merasa nak mempraktikkan advance driving skill.. amik corner tambah pulak dah setting suspension.. :). So alhamdulillah slamat sampai ke Kl.. dapat pulak call from member.. ajak pegi jalan tar since dia nak carikan baju raya utk mak dia.... aku ikutkan jer..lagi pun teringin nak tengok life di Jalan Tar.. chowkit.. menjelang hari raya yang tak lama tiba ni.

so snap few pics..


Area chowkit

Susunan kuih raya yang bertingkat2


Jagung bakar yang lazat


Another stack of kuih raya.. gilos


Jalan yang sesak


Lampu2 raya






Jalan Tar yang beroperasi 24 jam..


The street




Abis punya marketing laa ni :)