Wednesday, July 28, 2010

Satu Hari Satu Kuliyah - Tautan Kasih





  • Penceramah: Ustaz Kazim Elias
  • Tajuk : Tautan Kasih Download Download
  • Kitab: Muhimmah
  • Tempat: Surau Kemensah Height





Tuesday, July 27, 2010

Majlis Makan Malam Petugas SMBC10


Sabtu lepas aku dan wife di jemput ke Majlis Makan Malam Selangor Mountainbike Challenge 2010 untuk meraikan Petugas,Penaja dan Media. Entah macam mana 2-3 hari sebelumnya aku dapat email dari pihak pengurusan Selangor Mountain Bike Challenge 2010 yang menjemput aku ke majlis makan malam ni. Sempat jugak aku text pihak pengurusan dorang just nak tanya kot kot tersilap jemput haha..rupanya memang betul. Syukur Alhamdulillah rezeki yang tak di duga..so kami pun join laa memeriahkan majlis err lebih kepada makan laa

Dewan MPS selayang

Malam tu ada juga beberapa club MTB yang dijemput ada jugak dari pihak2 penaja. Jamuan malam tu sebenarnya untuk memberi penghargaan dan jugak meraikan petugas2  dan juga penaja yang bertungkus lumus menjayakan Event SMBC10.Ada petugas2 yang mendapat penghargaan malam tu.Makan malam pun agak layan western food daging kambing,ayam panggang siap dengan coleslaw semua. Majlis bermula dengan ucapan dari YB yang di jemput.. selepas tu layan video Selangor Mountainbike Challenge 2010 yang di ambil hari tu. Aku paling gelak part ada rider sorang ni angkat wheelie jatuh terduduk waktu nak sampai penamat. Aduhh sapa laa rider tu haha.Malam tu sempat juga jumpa member baru Azahari Rider selayang yang baca blog aku. Sempat ajak aku ride di FRIM hehe.. insyallah nanti kalau aku nak ride sana aku roger ko bro.

 Petugas Majlis Perbandaran Selayang yang bertugas malam itu

Yang tak diduga Pihak SMBC10 sekali lagi buat cabutan bertuah. Banyak hamper2 malam tu.Hadiah grand prize malam tu adalah basikal cruiser yang di taja oleh pihak Imcyclist.

Nampaknya Bukan rezeki kami malam tu. Number yang menang basikal malam tu adalah 24. Aku dengan wife aku 25 & 26 haha... apa pun.. kepada Pihak SMBC10 yang membaca blog ini, aku dan wife mengucapkan ribuan terima kasih kerana menjemput ke majlis jamuan tu.

Bersama orang kuat yang menjayakan SMBC10. Pengarah SMBC10 En. Zulnizam Shahrani

Lucky draw number aku dan wife yang nyaris2 sipi2 nak dapat bike tu haha

Sessi tontonan video Selangor Mountainbike Challenge 2010

Pergh kambing tu memang layan...

Dalam perjalanan balik,

Aku : Yang

Wifey : yerr

Aku : Abg rasa laa kan dorang jemput abg.. sebab abg mewakili media rasanya.. abg kan blogger

Wifey : CEHH!!!!! PERASANNN!!!






Bike to work



Bringázz a munkába (Bike to work) by Csáki László from Laci Falvay on Vimeo.




Satu Hari Satu Kuliyah - Petua Untuk Anak-anak



  • Penceramah: Ustaz Kazim Elias
  • Tajuk : Petua Untuk Anak-anak Download
  • Tempat: Kedah


Friday, July 23, 2010

Its your ride - Urban Biking Video




It's Your Ride from Cinecycle on Vimeo.

When i first saw this video, i was totally stoked. What a nice bike flick. It was directed by Daniel Leeb of Cinecyle Productions funded by Hutchinson tires. This video illustrates how much cycling can mean to two completely different individuals.

The guy on the video who ride the Masi Fixie has some pretty sick skills to make thing even better. He makes it look so easy.

This short film features Alfred Bobe Jr. and Fatimah Durkee. The film spins a visual ballad between the two cyclists experiencing the city in their own unique ways. Both cyclists are city dwellers who amidst the chaos of the concrete jungle have created a private and peaceful psychological space as they traverse the streets. They are both alone and yet they are both very much aware of each others presence. The film speaks to the harmony with one’s environment that can be found while riding a bicycle in a city and the synchronistic connection we can have with those we have not even met. The short was commissioned by Hutchinson tires.


This is one of the best promotional vids i have ever seen for tires.

Damn i'm starting to like this fixie bike.. hmmmm :)


Satu Hari Satu Kuliyah - Kelebihan Qiamulail




  • Penceramah: Ustaz Kazim Elias 
  • Tajuk Kuliyah: Kelebihan Qiamulail Download 
  • Kitab: Surah Al-Lail 
  • Tempat: Masjid Ar Rahman, Pulai, Johor

Thursday, July 22, 2010

PEDIH The return


Kalau dulu benjol di Dahi. Sekarang lagi advance gua kena hentam dekat pipi pulak...

Akibatnya :
berguling2 mengerang menahan kesakitan seolah2 tebuan tu tahu berapa dosage bisa yang perlu untuk merebahkan aku.

Kesannya :
Satu suntikan di Bontot ku dan seggengam paket ubat untuk meredakan kesakitan.



Thats it.. tebuan akan masuk list musuh2 aku di atas jalan selain anjing.


Aku suspek.. tebuan betina ni.. damnnn..

Wednesday, July 21, 2010

Ride To Work - Daily Stats 20/07/2010


Route : Puncak Jalil - Bukit Jalil TPM
Distance : - 5.52
Avg Speed : - 14.4
Max Speed: - 43.1
Time: - 0:25:23
Tire setting :
Knobby tires Continental Vapor
Number of doggies : - 0
Riding Mood :
Relax


Aku keluar awal malam ni. Ride malam ini agak santai  saja nak menikmati alam persekitaran sepanjang perjalanan ke opis. Cuaca malam ni agak sejuk.. disebabkan petang tadi yang hujan agak lebat.Jalan pun masih basah lagi.Memang aku enjoy ride malam ni... dengan suasana selepas hujan yang menenangkan, udara yang nyaman, bau jalan tar yang bercampur dengan hujan.. memang tak dapat aku nak terangkan macam mana aku rasa.Apa yang aku boleh cakap.. aku memang enjoy ride to work.


Jalan lengang di bukit puncak jalil...kurang kereta yang lalu. Sunyi jugak malam ni..cuma kedengaran crank sendiri yang memecah kesunyian dengan bunyi kreok kreok.Hari ni aku cuba laluan lane seberang. Memang ternyata emergency lane sebelah kanan lebih luas kalau dibandingkan dengan sebelah kiri. Memang selesa ride sebelah sini.. cuma risau kereta atau lori yang datang dari belakang. So buat permulaan aku layan ride atas divider dulu.

Ride to work bagi aku adalah satu benda yang aku really enjoy. Kadang2 bila aku rasa bosan atau takdak semangat nak ke opis.. bila memikirkan aku nak ride ke opis, trus automatik memotivasikan diri untuk ke pejabat. Memang satu nikmat yang tak dapat aku nak gambarkan.. cuma sapa yang ride ke opis saja yang paham macam mana aku rasa.


Bila atas jalan..aku rasa syokk..  aku rasa bebas.. bebas sebebasnya.. takde sapa nak larang aku nak buat apa.. belasah turun tangga, layan wheelie bila orang sangkut dalam jem.,bila jalan sehala.. aku belasah melawan arus, mencelah deretan kereta yang tersengguk2 dalam jem., skitch segala kenderaan atas jalan, bila jalan terlalu sesak aku belasah naik divider jalan, sesuka hati nak patah balik..takpun selamba buat shortcut sendiri.

Bagi aku satu kepuasan bila tiada satu benda pun yang menghalang laluan aku ke pejabat. Yang paling aku suka..stress pun kurang.. xde nak marah2 orang waktu dalam jem takde nak tension2 nak masuk queue nak potong queue.Satu lagi tak perlu nak pening2 nak isi minyak.. keluar 20,30 ringgit untuk isi minyak tambah pulak sekarang dah naik 5sen heheh...  sapa2 yang dekat dengan tempat kerja tu.. cuba cuba laa kayuh ke opis...aku rasa korang tak rugi apa2 pun.



Tuesday, July 20, 2010

Ride To Work - Daily Stats 19/07/2010


Route : Puncak Jalil - Bukit Jalil TPM
Distance : - 5.52
Avg Speed : - 15.6
Max Speed: - 52.7
Time: - 0:20:47
Tire setting :
Knobby tires Continental Vapor
Number of doggies : - 1
Riding Mood :
Relax


Aku terpaksa kerja malam untuk minggu ni. Ride to work malam ni agak selesa. Cuaca pun agak baik kalau dibandingkan dengan minggu lepas yang boleh dikatakan setiap petang dan malam hujan.Aku enjoy ride malam..suasana sejuk udara nyaman di malam hari membuatkan aku selesa ke pejabat.Badan pun kurang berpeluh.

Seperti biasa aku masih melalui jalan Puncak Jalil menuju ke TPM. Trafik malam ni agak serabut ntah kenapa aku rasa malam ni sekor2 kereta atas jalan raya macam kurang berpelajaran. Keluar simpang membabi buta tanpa melihat aku yang agak laju menuruni bukit .. kereta2 yang terlalu rapat dengan aku yang berkayuh di bahu jalan.

Bukit Puncak Jalil agak gelap malam ni.. lampu basikal aku yang samar2 menerangi jalan di bukit puncak jalil.. sesekali kereta melepasi aku membantu menerangi jalan raya. Besar kemungkinan lampu di atas bukit rosak. Hari ni sewaktu aku sedang mendaki bukit aku di tegur oleh dua brader yang pakai Superbike. Sorang pakai pakai superbike, sorang lagi moto scrambler.. membuntuti aku yang sedang dalam posisi berdiri menghenjut pedal melayani bukit.

Mula2 cuak jugak.. sebab kedua2 moto tu slow saja ikut belakang aku.. lepas dorang melepasi aku kedua2 brader tu sempat angkat tangan sambil sorang lagi tunjuk "Thumbs up" kat aku. Fuhh aku ingatkan apa tadi. aku pun angkat laa tangan.. dalam hati aku.. boleh laa duk angkat tangan..sebab pakai moto hehe.. try tengok panjat bukit dengan basikal.. haha mau ada yang semput.

Aku dah loss 5kg dari 105kg skang dah 100.. punya laa payah untuk aku turun berat badan selepas kahwin.Most probably metabolism pun dah lembap kot skang.. insyallah next target aku loss another 5kg




Monday, July 19, 2010

American IDOL ?

Company aku mengadakan audition untuk AIGSS IDOL. sebijik macam American IDOL tapi agak sengal yang bertambah sengal lagi.. masih sempat budak2 hantu dalam office aku yang telah menominate aku sebagai salah seorang peserta untuk Pertandingan itu.Bukan setakat member2 aku yang nominate aku... bahkah.. Makcik HR pun sibuk paksa aku masuk..damn... aku pasrah.. aku rasa disebabkan sebelum ni aku pernah mewakili team aku sewaktu Happy Halloween di ofis aku

Apa yang aku buat ?

Aku belasah lagu Black Dog Done  - Gadis Ayu versi William Hung

Aku kagum..bila pihak judges pun terpegun dengan nyanyian aku berserta tarian 70 an aku..yang agak cacat itu sampai tak berhenti2 ketawa...sampai salah sorang judges cakap " I think you should stop now"

Last skali.. aku terkeluar..


Aku tau.. kenapa aku terkeluar...

Sebab aku nyanyi lagu melayu...depa tak paham..


perghh selamat akuu







Saturday, July 17, 2010

Satu Hari Satu Kuliyah - Ustaz Kazim Elias - Anak Derhaka



  • Penceramah: Ustaz Kazim Elias
  • Tajuk Kuliyah: Anak Derhaka Download


Friday, July 16, 2010

Tutorial : Menjana Pasif Income melalui Nuffnang : Part 1

Salam buat sahabat2 di luar sana. Sorry sebab aku lambat update pasal tutorial ni.. since kerja quite berlambak lately.. balik dah terbongkang.Tak sempat aku nak mengadap blog aku ni.. buat brader2 yang yang komen entry sebelum ni... macam Misai Tangloong yang sememangnya misai dia macam tangloong pun :) makin slim dah skang, sunmelon, corneamelayu, Akmal Hizam rider yang tak jemu2 ride ke opis..dan juga mommy areshie , AdzRa insyallah nanti aku masukkan ceramah Ust Shamsuri. memang salah satu ustaz yang aku slalu duk dengaq jugak. tak lupa juga member sengal aku si reza yang slalu duk post comment2 sengal.. . gua ucapkan terima kasih.. thanks for the feedback..

So artikel hari ni.. kita akan buka account baru di Nuffnang. langkah mudah bagi yang dah biasa.Tapi bagi yang belum pernah buka account. aku cuba guide dekat sini

Langkah 1 - Daftar account baru di Nuffnang

Pergi ke website Nuffnang utk mendaftar dan buka account baru di Nuffnang. Website Nuffnang http://nuffnang.com.my
Di muka depan website Nuffnang, sila klik di "Sign up" dan seterusnya klik "blogger". Harus diingat pada sesiapa yang masih belum ada blog.. sila create satu sebelum mendaftar ke nuffnang.


Once dah click anda akan dipaparkan borang seperti di atas.Lengkapkan borang tersebut.. isi segala maklumat berkenaan diri anda serta blog anda. Apa yang paling penting dekat sini pastikan Nama penuh dan alamat rumah diisi dengan betul. Sila pastikan dan periksa berulang kali maklumat yang diisi itu adalah tepat. Alamat tu periksa betul2 sebab cek nanti akan dihantar ke alamat yang kita nyatakan di sini. Aku pernah jumpa member nuffnang yang ada masalah nak dapatkan cek dari nuffnang di sebabkan alamat atau butiran tentang diri dia tak update dengan betul. Jadi periksa laa dulu segala maklumat sebelum di hantar.

Jika segala butiran telah lengkap klik butang "Sign me up"

Selepas itu browser akan memaparkan page Account Activation seperti imej di atas. Pada peringkat ini. Pihak nuffnang akan menghantar email ke email address yang ada telah anda nyatakan di dalam borang tadi. 

Langkah 2 - Buka email anda

Kebiasaannya selepas activation page tu, email nuffnang telah pun sampai di email anda. Jadi sila check email anda untuk email yang datang dari Nuffnang.Jika masih belum ada email dari Nuffnang, harap dapat bersabar kadangkala ia memakan masa sedikit untuk sampai ke mailbox anda.. jangan tanya aku kenapa lembap.. tapi sepanjang aku daftar untuk kawan2 blogger aku sebelum ni.. semuanya berjalan lancar.

Jika semuanya berjalan lancar anda akan terima email yang bertajuk "Nuffnang Blogger Account Activation" apa yang perlu anda buat sekarang ialah klik link seperti di atas untuk mengaktifkan account nuffnang anda.


Walaaa!! jika anda mendapat page ini.. bermakna anda telah pun berjaya mengaktifkan account nuffnang anda. Tahniah aku ucapkan.. seterusnya klik "click here" seperti yang tertera di atas

Langkah 3 - Jawab survey



Anda akan dipaparkan dengan Blogger Profile survey. Trick Di sini kalau boleh isi laa seberapa banyak yang boleh.. contoh macam hobbies tu.. tulis segala hobby anda.. sebab segala maklumat anda akan digunakan oleh agency pengiklanan yang ingin mengiklan kan di dalam blog anda. Sebagai contoh, kita minat memasak, besar kemungkinan iklan2 berkenaan makanan akan di iklan kan di blog anda. Selain tu.. minat memancing mungkin iklan2 yang berkaitan, hobby gadget maybe iklan2 mobile phone,telecommunication.

Jadi isi la survey ini dengan sebaiknya.. anda boleh menambah dan edit segala maklumat survey dari masa ke semasa.


Langkah 4 - Daftar Blog anda dengan Nuffnang



Selepas itu anda akan di bawa ke blog manager.Apa yang perlu anda buat di sini ialah mendaftar blog anda dengan memasukkan maklumat berkenaan blog anda seperti nama blog anda, alamat URL blog anda sebagai contoh, aku letak Blog name "KayuhGerek Mountainbike Club" , Blog URL "http://kayuhgerek.blogspot.com" dan selepas itu klik di "Add New Blog".

Jika sekiranya anda mempunyai lebih dari satu blog anda boleh tambah di blog manager ini.




Selepas mendaftar blog anda. anda akan dipaparkan dengan Blog survey seperti di atas.Di survey ini laa kita dapat specify apa jenis ads yang kita tak nak diiklankan di sini contohnya iklan perjudian, iklan arak, iklan tembakau.Sekurang-kurangnya hasil duit dari check tu kita tau hasilnya bersih sebab kita tak bersubahat untuk mengiklankan benda2 yang haram.

Jadi nasihat aku di sini cuba lengkapkan borang survey ni. Blog survey ini amat berguna untuk pengiklan dan juga bagi pihak nuffnang. Dari sini pihak nuffnang akan membuat review berkenaan blog kita.

Selepas habis menjawab survey. klik pada butang "Submit"





Walaaa! blog anda telah di senarai dalam Blog manager  Step kita belum habis lagi. Selepas ini kita perlu memasukkan code nuffnang ke dalam blog kita.Macam mana nak masukkan code nuffnang dalam blog kita..?

Tunggu  Tutorial : Menjana Pasif Income melalui Nuffnang : Part 2

kalau ada apa2 masalah atau ingin bertanya.. drop message dalam comment box aku. Insyallah aku cuba menjawab.. membantu korang.

So selamat mencuba.




Monday, July 12, 2010

Tutorial : Menjana Pasif Income melalui Nuffnang : Intro




Salam buat reader2 Hardcore dan juga reader2 santai di luar sana..

Hari tu aku dah janji nak ajar macam mana nak setup Iklan Nuffnang dan sekaligus dapat kita menjana income Dari hasil pengiklanan yang kita iklankan di dalam blog kita.Insyallah aku cuba buat step by step buat member2 yang cuba nak jana income macam aku.. aku takde untung apa2 dari sini.. atau buat benda2 macam affiliate yang perlu korang click2 link lepas tu hujung link tu nama aku. Ni lebih kepada membantu kawan2 lain menjana income sendiri.. lagi aku turunkan ilmu moga lagi murah rezeki dan lagi bertambah ilmu aku.. ilmu tu milik Allah.Mungkin juga ada yang dah tahu benda ni.. ada lagi yang masih ragu2 benda ni.. tak tahu macam mana kita boleh generate income. Kadang2.. kita pulun siang malam berblogging cita sampai 2,3 muka surat siap ada part1 part 2 part2.. tapi kita lupa.. ada pembaca di blog korang yang merupakan audience dan pembaca tegar korang.. dengan adanya iklan.. sedikit sebanyak.. pembaca2 sure akan click punya iklan2 dalam blog tu.. tipu laa aku cakap takda sapa yang tak terclick iklan2 tu.. kalau tak masakan blog aku sendiri dapat income dari iklan2 yang diclick oleh pengunjung2 blog aku.


earning baru aku

Aku start blogging sejak 2002 dan pada masa tu.. aku cuma enjoy blogging.. blogging memberi satu kepuasan dalam hidup aku.. dapat mencatat segala benda yang terjadi sekeliling aku dan juga.. segala benda2 yang aku pelajari dalam hidup serta pengajaran di masa lalu.. pada zaman aku tu.. memang kurang menatang2 advertising ni.. aku pulak tak penah amik advantage dengan benda tu.. zaman muda.. habiskan banyak masa menggodek, programming, enjoy dengan apa yang aku buat.. lupa utk aku convert atau tukarkan minat aku kepada sesuatu yang menguntungkan.

Pada zaman aku dulu pengiklanan di blog tak seghairah sekarang .. jadi pada zaman skang ni..aku terfikir.. kenapa aku tak tukarkan sesuatu yang yang aku minat kepada sesuatu yang menguntungkan aku sendiri.. aku enjoy dengan apa yang aku buat.. dalam masa yang sama aku dapat income?.  Tambah pulak skang ni ada company advertising yang berpusat di dalam Malaysia sendiri.. so kita lebih confident dengan pembayaran yang dibuat.Even aku dah berapa check dapat dari Nuffnang ni. Walaupun keuntungan bukan dalam USD.. sedikit sebanyak.. dapat jugak duit kan.Sapa nak bagi bang.. duduk saja blogging sambil korek idung.. picit jerawat.. hisap rokok  dapat RM100. Satu lagi.. mana ada modal yang perlu dikeluarkan. Apa yang korang buat.. tempek iklan dorang dekat blog korang.. dan teruskan berblogging..
 
Cukup saja RM50 anda dah boleh cash out kan duit anda..kalau lebih lagi best :)

Aku tak pernah pulak terfikir brapa income aku.. dapat dari iklan yang diiklankan di blog aku.. apa yang aku buat.. aku teruskan berblogging.. buat apa yang aku suka.. sedar tak sedar blog aku sendiri bekerja utk aku.. bagi income.. walaupun ciput.. tapi still berbaloi.. duit yang dapat tu boleh kita beli benda2 yang kita perlu.. contoh macam aku... duit yang dapat tu.. aku guna utk beli part2 bike aku.. beli tube spare.. utk Ride to work aku setiap hari.. beli tayar baru. Nak bayar bil letrik, bil air mungkin juga dengan duit yang dapat tu dapat meringankan beban ada sendiri.. belanja rumah, belanja anak sekolah, beli susu takpun club2 basikal dapat buat tabung sendiri utk belanja makan selepas ride, beli jersi baru utk ahli kelab korang, sebagai duit transportation untuk ke jambori2 yang jauh.....  sekurangnya.. ada passive income yang kita secara tak sedar kita tengah jana. Dengan pendapatan yang tak seberapa yang dapat itu.. sedikit sebanyak dapat kita enjoy duit yang kita dapat tanpa.. mengeluarkan duit gaji or duit poket sendiri.. itulah yang dinama kan passive income.. :)


Insyallah tunggu Tutorial :Jana Income melalui Nuffnang Part 1 akan menyusul






Friday, July 09, 2010

Satu Hari Satu Kuliyah - Ustaz Kazim Elias - Lelaki Dayus




Penceramah: Ustaz Kazim Elias
Tajuk Kuliyah: Lelaki Dayus


Ilmu itu adalah cahaya hati.. pengubat dan penawar segala masalah hati. Dah lama sebenarnya aku tak hadiri segala majlis-majlis ilmu.. alasan yang paling cilaka yang dapat aku berikan.. adalah kesuntukan masa.. apa nak jadi dengan aku Hati pun dah keras.. ..astagfirullah.. malu beb

Kata ulama, sapa yang tidak menghadiri majlis ilmu selama 40 hari (sesetengahnya mengatakan 7 hari) maka hati seseorang akan keras. Lately ni aku cuba isi masa kerja ku dengan mendengar ceramah2 yang ada di Internet.. dari asyik.. melayan lagu2.. rock kapak.. jiwang.. tu.. sekali sekala .. tu.. biar laa ada pengisian sedikit di hati tu.. banyak ceramah yang agak interesting.. yang lawak.. buat kan kita enjoy untuk mendengar. So aku kongsikan buat sahabat2 lain di luar.. moga dapat manfaat dari ceramah2 ini.. untuk pengisian jiwa kita..



Thursday, July 08, 2010

Aku masih di sini


Agak lama aku meninggalkan blog ini tanpa catatan.. Setiap manusia yang Allah cipta di muka bumi ini senantiasa akan diberi musibah. Tipula kalau ada orang tu berkata dia tidak pernah dilanda musibah atau masalah. Kalau orang tu takdak masalah itu bukan manusia namanya.

Setiap orang ada masalahnya yang tersendiri.Saban hari Allah menguji setiap orang dengan berbagai-bagai ujian dari segi kesihatan,kewangan,kehidupan,kemewahan,
kesusahan,kesakitan,kesedihan dan bermacam2 lagi.

Tapi pernah tak kita terfikir kenapa Allah memberi ujian.. memberi dugaan kepada kita..?. Allah menguji seseorang itu kerana Allah SWT mempunyai rahsianya tersendiri.. kadang2 apa yang berlaku.. senantiasa ada hikmah.. Allah pernah berkata.. dalam setiap kesusahan akan ada kesenangan.Jadi dalam setiap apa yang berlaku.. kita perlu bersangka baik dengan Allah.

Bila kita dilanda musibah, kadang2 kita tertanya2 dan mempersoalkan kepada Allah kenapa harus aku diberi ujian sebegini.. tidak redha dengan ketentuannya.. kenapa jadi sebegini kepada kita.. ?. Itu laa sebabnya Allah memberi dugaan dan ujian kepada kita.. supaya kita senantiasa ingat kepada Allah senantiasa Taat kepadanya.. senantiasa mengadu kepadanya.. Allah saja tempat kita bergantung.. 

Bila Allah menguji kita.. dengan setiap apa yang berlaku bermakna dia memberi perhatian kepada kita.. Dia mengambil berat tentang kita.. Dia ingin menguji sejauh mana keimanan kita terhadapNYa..

Jadi apa yang perlu kita lakukan.. adalah senantiasa berdoa kepada Allah. Allah saja tempat kita mengadu, tempat kita memohon bantuan.. memohon perlindungan..memohon apa jua yang diinginkan. Allah itu tidak pernah jemu mendengar segala masalah kita.. Allah itu maha pendengar.

Aku bersyukur atas apa yang telah terjadi.. mungkin aku nampak hikmah di sebalik apa yang terjadi.. apa yang penting semua selamat. Syukur Alhamdulillah

Jadi rajin2 laa berdoa dan beribadat kepadanya.. semoga Allah menyelesaikan segala masalah kita.. dan juga mempermudahkan segala urusan kita.

buat sahabat2 blogger yang mendoakan .. yang mengambil berat.. aku ucapkan terima kasih .. kerana memberi sokongan kepada aku dan wife...semoga Allah membalas jasa2 sahabat2 pembaca di blog aku ini


Rabbi yassir wala tu'assir..

Doa mudah ini menjadi amalan harian aku. Bacalah jika anda memohon diberi kemudahan dalam segala urusan.


insyallah aku akan kembali menulis...