Wednesday, September 30, 2009

Bengang


Dah di kopak

Semalam aku tak sempat nak update blog.. since banyak pulak kerja.. dari semalam lagi aku dah bengang.. hangin satu badan.. aku tak tau laa malaun mana yang dah curi cover oldskool cermin segi tiga saga aku..awal pagi semalam bila aku pergi ke parking lot nak ambil kereta dekat apartment.. cover tu dah kena kopak.




yang pasti yang curi tu memang cilaka.. aku tau ko nak pakai kat keta ko.. sebab benda tu memang rare payah nak cari.. kalau nak sangat tanya laa aku.. tak payah laa hang pi kopek dari kereta aku.. dah sama2 minat pakai saga.. aku boleh tolong recce carikan.. bukan amik jalan singkat pi curi barang kereta orang. Dah laa aku payah nak cari cover tiga segi tu. Cover tu zaman2 Saga lama pakai dulu.. memang retro. Sanggup pi tanya pakcik2 yang pakai saga lama yang ada cover tu.. tanya dorang nak jual ke idak.


Contoh Cover Segi tiga

Aku memang suspek orang dalam apartment aku jugak. Dah lama dia duk perati kot. Apapun.. hang buat laa kerja terkutuk tu.. memang tak berkat apa benda yang hang buat.. maybe hari ni hang curi barang orang.. Insyallah satu masa.. barang kereta hang pulak kena curi.. itu aku pasti. Moga Allah membuka hati ko yang gampang dan bangang tu.


Friday, September 25, 2009

On the Road again( Still Raya Mode)


Riding thru Pekan Serdang

Alhamdulillah setelah beberapa hari beraya di kampung akhirnya aku berada di KL balik menyambung semula riwayat hidup.Raya tahun ni aku tak amik banyak cuti pun coz nak simpan cuti untuk kahwin aku nanti. Tahun ni adalah tahun last aku balik beraya di Kampung Parit Buntar Perak. Tahun depan insyallah aku akan beraya dengan keluarga baru di Beserah pulak. Tahun ni memang rasa sebak skit sebab aku tahu tahun ni tahun terakhir aku beraya bersama keluarga aku. Cair tok aku bila aku cakap ni laksa terakhir aku haha..

Tahun ni beraya ala kadar saja. Cukup dengan apa yang ada. Raya tahun ni pun aku takda pun beli baju raya.. baju melayu pun aku pakai balik baju melayu yang aku beli untuk kenduri Mak sedara aku jidah tu. So save laa skit lagi pun buat apa laa kita nak membazir. Nak pakai pun waktu semayang raya beraya .. lepas tu dah tak pakai dah.Kali ni aku cuma bagi laluan kat adik2 aku.. beli baju raya depa sendiri.Aku pulak mana yang boleh di jimat.. aku jimat. Duit raya kali ni kat mak ayah aku pun kurang skit dari tahun lepas.. ye laa aku kena berkorban skit tahun ni.. saving untuk kawin. Tapi aku pastikan semua dapat duit raya tahun ni. Even sepupu2 aku namin, nana yang dah kerja pun aku kasi gak. Eventho amount skit tapi aku rasa ceria seronok bila bagi duit raya kira consider kita buat amal jariah bersedekah.. berkat rezeki kita murah lagi rezeki kita insyallah.

Teringat lagi time dalam family aku yang mula2 kerja dulu.. masa tu aku kerja kat USM. Gaji pun ciput tapi berbesar hati bagi duit raya kat sepupu2 aku adik2 aku, mak ayah tok maklong paksu semua aku bagi duit raya. Terasa puas ati semua dapat buat macam tu. Maklum laa tiap2 tahun sebelumnya dorang dah bagi duit raya. kali ni turn dorang pulak merasa duit raya :).

So malam ni start ride to work balik. jalan lengang...kereta pun masih tak banyak since semua amik cuti direct sampai isnin.Perghh memang raya sakan dorang. Balik ke kl hari tu pun takdak mood since semua duk sibuk beraya.. aku pulak dah bersiap2 nak balik bertugas di KL. Kali ni ride to work.. rasa macam berat pulak mana tak nya.. brapa batang lemang aku dah telan.. berpuluh2 peket nasi impit aku dah sental.. kuah kacang pun licin aku jilat. Tu belum lagi cerita Laksa.. laksa tok aku yang special.. gerenti licin pinggan.

Sudah menjadi tradisi dalam family aku tiap kali raya memang tok aku akan buat laksa.Ntah berapa pinggan aku dah sental.. aku pun dah lupa.. yang aku tahu.. makan tido makan tido waktu raya.. pergh bila di fikirkan balik.. memang tak sihat langsung.. abis segala training aku. Mana tak nya.. setahun sekali beb nak merasa makanan ni semua mana boleh miss beb... apa2 pun masih dalam mood raya.. lepas ni kena kasi fit balik cycle more swimming. Janji fit..



So malam ni aku bawak kuih raya ke Office.. kasi bebudak kat office ni merasa :).

Sedikit kuih raya,tart nenas, samprit, home made bauhulu and kuih kapit.. nampaknya tart nenas mendahului yang lain. Licin!!!

Chowww




Thursday, September 17, 2009

Melunaskan Hutang 'TAG' si Are Shie's

adoi.. dah nak dekat raya pun sempat lagi duk mengetag aku. Haa sorang lagi si Farahperypery tu. Farah hang punya tag aku langsai kan lepaih raya naa.. kot takdan haha.Sat laa hangpa.. nanti aku buat tag sempoi untuk hangpa pulak. Si Are shie's ni ex officemate lama aku kat USM dulu. Kira pegawai aku tuu.. aku cuma progammer kontrak pencacai ja . So mari tengok apa aku jawab pasal TAG dia



1. Sila ambil gambar beg yg anda bwk gi kerja :)




Ni la gambar beg yang aku bawak pi kerja. Laptop Bag Brand HP. Hadiah yang aku dapat sempena bekerja di HP selama 2 tahun. Dah berusia 2 tahun.



2. Kemudian sila ceritakan sedikit apa yang terkandung dalam beg anda. Sila sertakan gambar sekali kemudian terangkan secara detail isi beg anda.



Ini laa segala isi perut beg aku.. yang aku bawak setiap hari pegi keje. yaaa memang berat.. untuk segala detail sila mouse over ke gambar tu. Segala detail kat situ



3. Nyatakan sebab2 anda suka beg anda itu



Aku suka beg ni sebab HP menghargai aku dengan menghadiahkan laptop bag atas dedikasi aku yang suka mengular dan tido di surau dan menghabiskan segala bandwidth HP dengan melayan streaming youtube.Bag ni pernah lalui hujan panas bersama... Satu lagi yang aku suka tentang beg ni.. dia tahan berkualiti.. sedap bila digalas umpama dipeluk oleh awek.Banyak compartment.. agak stylo water resistant.. dan tidak seperti bag budak sekolah haha. Kalau kat HP sapa pakai bag ni kira rare sebab tak semua org dapat hahaha. Jadi kembang idung skit. Skang aku rasa semua dah dapat cittt..


4. Sila nyatakan kenangan manis atau apa2 yg istimewanya beg itu pada anda.

Macam aku cakap tadi laa.. Company menghargai jasa baik aku. Company lain haram tak buat camni. Selain tu.. redah dalam hujan.. bersama2.. basah bersama2 tapi laptop tak basah.. ahhh indahnyaa. Buat2 tertingal beg kat dalam opis semata2 kasi clue kat junior2 staff yang comel2 aku antar beg kat aku.

Saat indah lain adalah ketika aku dalam jamban takde tempat penyangkut bag.. maka sambil berak.. aku memegang bag aku.. mujur ada tempat untuk melepaskan geram tempat meramas2 sebab cuba mengeluarkan ketulan terakhir yang agak keras. kalau bukan kerana beg tu aku mungkin mendapat penyakit kentut berdarah

Skang eventho aku dah bekerja tempat lain.. bag tu masih lagi tahan cuma koyak skit.. here and there. tapi masih aku buat beg pegi balik kerja yang masih tahan hujan dan panas.



5. Sila TAG org yg lain :

Aku nak tag ....

Ajonz aka Pekanz
Fery Farah
mun-e
SimpleSmarterMe
Rizman
Jardness


Jawab bila korang senang



Wednesday, September 16, 2009

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin

Once Upon a time Raya 1988 ( Cuba teka mana aku)

Tak lama lagi kita akan menyambut bulan syawal menyambut raya yang akan tiba. Aku bersyukur ke hadrat Ilahi kerana memberi nafas kepada ku untuk mengecapi setahun lagi bulan ramadan kali ni.. Alhamdulillah. Insyallah aku mula bercuti Jumaat ni. Rasa sebak jugak.. since ini laa Raya terakhir aku bersama Keluarga.. tahun depan memang aku dah beraya dengan keluarga baru.. :).

Di kesempatan ini juga.. aku menyusun sepuluh jari memohon maaf kepada semua kawan2 blogger sahabat2 handai,Ex awek-awek aku.. Seluruh Rakan2 MTB tanahair rakan taulan yang mengenali diri ku ini.. andainya sepanjang kita berkawan,berkenalan ada tersalah tutur kata,perbuatan dan seumpamanya.. maka maafkan laa diri ku ini.. aku doakan semua korang selamat pulang ke kampung halaman moga berbahagia bersama keluarga tersayang.. insyallah..pesan aku.. jgn lupa service keta, check kereta anda.. check minyak itam.. check alignment keta.. check angin tayar tu.. dan yang penting skali.. beraya laa dengan sederhana.. makan untuk hidup.. bukan hidup untuk makan.. akhir kata dari Blog Balada Seorang Programmer Jalanan Kontrak, Selamat Hari Rayaaa.


Check out this clip.. Kenangan Main Mercun Bulan November Tahun 2005 got it from Ajonz. Kids do not try this at home :). Experimenting the AIR BOMB @ SADAM. MERCUN MEMBAWA PADAH...



For more story visit Ajonz 's blog


Tuesday, September 15, 2009

DIY - Insulation for Kenari cooling systems




Piping aircon yang perlu di balut

Aku suka diy.. lately ni aku rasa dalam bulan puasa ni petang2 sebelum berbuka.. aku suka cari benda2 yang boleh di DIY. Maybe sebab bila kita sibuk dengan DIY.. kita dah lupa pasal lapar dan dahaga haha.

entry ini rentetan dari peristiwa Compressor Kenari tunang aku yang lingkup hari tu. Alhamdulillah dah sejuk sekarang. Tapi akibat dari sifat manusia lumrah hidup manusia yang tidak pernah puas dengan apa yang ada. Aku rasa tak puas hati dengan kesejukan yang ada sekarang. Aku come up dengan DIY untuk menambahkan lagi kesejukkan aircon kenari itu.. haha..


So basically DIY kali ni kita akan buat insulation untuk cooling systems kenari. So mari kita bukak bonet kenari yang comel itu.

Kebiasaannya piping aircon Kenari memang takde langsung insulation.. bermakna piping aircon itu langsung tidak berbalut. So bila tak berbalut, piping aircon yang berada dalam engine bay akan terdedah kepada bahang kepanasan engine jadi apa bila cuaca panas terik, di tambah pula dengan kepanasan engine, piping aircon turut menjadi panas sekaligus menyebabkan kurang sejuk. Aku pun tak pasti kenapa dorang tak buat siap2 haih..


Mengenal pasti piping yang perlu dibalut


Senarai barang-barang yang diperlukan dalam DIY ini.


Barang2 yang diperlukan


1 - Tube aircon Insuflex . ( Boleh di dapati di kedai2 aircon dengan harga 2/sebatang) Terdapat pelbagai jenis saiz. Untuk ini aku pakai 19x9.



2- Cable ties. Untuk mengikat tube tersebut. Boleh didapati di mana2 kedai hardware.

3- Gunting - Boleh di dapati di dapur2 berdekatan.. perlu diingat jgn mencari gunting disekitar waktu petang kerana anda mungkin menyebabkan mak atau bini anda mengamuk kerana kemungkinan mereka tengah memasak.



Tube aircon insuflex tadi di gunting sebelah secukup rasa



Then ditempat yang telah di gunting tadi, masukkan ke piping aircon pastikan tube tadi di balut dengan kemas



Contoh bila dah diletakkan tube insulflex



Pastikan side yang telah di gunting mengadap ke belakang.bagi mengelakan direct contact dengan bahang panas engine.




Selepas tube insuflex telah dibalut. Dengan menggunakan cable tie. Ikat dengan kemas tube2 tersebut.


Waaalaaaaa siapp... cuba laa sure sejuk balik raya tahun ni hahaha

Monday, September 14, 2009

Kayuhan Pecah Lemak Raya @ KPLR 2009



Ride Details

Start and Finish : All rides Start/Finish at Padang Katong, Kangar Perlis
(N6⁰ 26.452 E100⁰ 11.900)
Route : Kangar - Hatyai - Padang Besar - Kangar
Distance : 224 km

Speed Guide Line (MTB average speed) :

  • Slow : 20 ~ 23 km/h
  • Medium : 24 ~ 29 km/hr
  • Fast : 30+ km/h

Closing Date (Registration & Payment) : 28th Sept 2009. Limited to 150 riders.

The Ride :

  • 17th Oct Time 07.00 - Meet at Padang Katong, Kangar Perlis. Short Brief by KGB and zankx. On completion start ride. Route Pdg Katong - Wang Kelian approx. 37 km. Regroup at Wang Kelian for documentation & breakfast.
  • 18th Oct Time 13.00 - Regroup for departure. Route Hatyai - Sadao - Pdg Besar - Kangar approx 92 km. Regroup at Padang Besar for documentation.




Rule of The Road and The Ride :
  • Know ur' pace and be in group i.e. Slow, Medium or Fast.
  • For safety reasons "NO SOLO RIDE" or showing "kamikaze ride".
  • KPLR 2009 @ Long Distance Ride are 'suitable for all level from beginners to hardcore. Rides include some 'moderate' hill climbs.
  • Bring your own snack food, fluids and drink for/on the ride.
  • Spare cash money Thailand Bath at least 300.00 Bath.
  • Bring at least 2 spare tubes, pump, 2 water bottles and some pocket food.
  • Medium group rides are 'recreationa'l and those 'excited'and wanting to test their fitness, join Fast group. No Speed Limit !

Registration :
  • Registration for KPLR : RM 50.00 only including accommodation (sharing - 3 persons), T-Shirt and support car.
  • Accommodation :~ Florida Hotel ~ Hatyai (N06⁰ 59.851 E100⁰ 28.278)
  • If you need 2b alone - let us know. But you have to pay RM 60.00 accommodation, RM 20.00 T-Shirt + RM 10.00 for support team.

Payment :
  • ZanKX ~ h/phone 019 5775488 - Perlis, Alor Star & Jitra - CIMB Bank Acc No: 09020007034057 for HASLIZAN HASSAN.
  • ramly sp ~ h/phone 012 9385016 Ramly Abdullah Affin Bank Acc No: 205110638688 - SP, Baling, Gurun
  • Toki MCT 019 5516368 - Manjung, Perak
  • Estima h/phone 019 5587511 ~ Manjung dan Daerah yg sekitar dgn nya.
  • Tok Megat ~ h/phone 012 4235551 - Kulim, Gerek Gunung, MKH & Penang - MBB Acc No: 107117294127 for MEGAT ABD HALIM.

Before Your Ride :
  • Make sure your bike is in good condition. Get 'slick' or semi-slick tires.
  • Bring/check your spare tubes, pump, some pocket food.
  • Border pass, International Passport, Group Border Pass.
  • Money - at least 300.00 Thailand Bath.
  • Hand phone.

Last But Not Least :
p/s : Visit Our Blog ~ Kaw Kun Kaaap !


Finalised T-shirt Design




Saturday, September 12, 2009

Kompressor Kenari Kong di bulan Ramadan.



Last week tunang aku inform aku pasal Kenari dia tak rasa aircon langsung siap bunyi kecisssss kecisssss Uish kalau diikutkan tahun lepas baru tukar.Dah nak dekat raya ni ada saja benda yang perlu keluar duit. Bengang jugak aku.. kalau main dengan aircon.. memang rabak poket.. tahun lepas saja total damage dah dekat RM900.Kesian jugak dekat tunang aku budget pun lari. Memang kompressor Kenari ni mahal. Ada dua jenis.. satu yang original satu yang recond. Yang recond roughly harga dalam RM600 and yang original boleh mencecah 800. Tu belum upah pasang + masuk gas aircon + extra2 stuff such as cuci radiator servis cooling coil apa semua. So confirm boleh cecah sampai 1k.

So aku bawak kenari tunang aku ke kedai aircond untuk check. Apek tu check aircon test sikit saja. Pastu confirm cakap kompressor rosak. Kena tukar. Total nak tukar dalam 800 skali servis.. gila bapak mahal. Sudah jadi kebiasaan aku atau habit aku.. kalau bab2 repair barang ni, aku takkan settle pada satu kedai. Instead aku kalau boleh cuba cari lagi kedai2 lain bagi puas hati.


Compressor yang problem

Pergi ke second kedai tokey tu check skit2 jugak.. pastu cakap compressor kong.. (gila hapa dorang ni.. semua tak nak pening pala cuba nak untung lebih) . Harga pun lebih kurang dengan kedai pertama. Then aku berjalan lagi.. cuba cari potensi kedai ketiga untuk cuba repair aircon kenari tunangku.Aku stop di kedai ketiga.. feedback yang aku dapat sama jugak.. rata2 kedai aku pergi semua cari jalan senang suruh replace terus compressor baru. Aku tetap tak berputus asa lalu cuba pegi kedai yang ke empat.


Magnet dalam compressor. So far ok

So far pomen cakap kompressor ada problem.. maybe magnet dalam kompressor dah rosak( hmm nampak skit kali ni berlainan skit dari dua2 kedai yang terus suggest compressor rosak). So pomen tu willing nak bukak dan cuba check keadaan compressor tu.Once dah bukak check magnet dia still working. So looks like memang something wrong dengan compressor tu. Then again dia offer new compressor sebab dia cakap tak boleh repair lagi. Hmm at least aku berpuas hati la jugak sebab dia dah test. Tapi harga compressor + services apa semua cecah RM900 pulak. Perghh..


Compressor Daihatsu sebelah kiri. Compressor problem yang sebelah kanan

So memandangkan harga compressor yang merepek2.. aku shoot ke kedai potong/halfcut kereta.. cari compressor untuk kenari. rezeki aku baik .. ada compressor untuk kenari.. tapi model jepun.. daihatsu punya.. condition masih tip top.Harga seken cuma RM150 saja.. siap aku beli lagi 1 biji buat spare kat rumah just incase susah nak cari haha.Yang paling best.. aku dapat compressor yang jepun punya.. bukan made in malaysia or recond punya.. original beb :)


Original Japan beb :)

Then bawak ke satu tempat terakhir kedai aircon yang aku sendiri rasa nak cuba tanya dia.. skali apek tua pomen tuu.. aku mintak dia servis skali compressor daihatsu. Check balik compressor yang baru beli tadi.. bila bukak minyak dalam compressor.. pergh masih jernih lagi.. so tokey tu cakap tak perlu servis memang condition tip top lagi.So dia pasangkan compressor tu dan masukkan gas baru. Part2 lain dia cakap semua ok lagi tak perlu nak servis apa2. So total yang aku kena :

Compressor - 150
Masuk gas - 70
Total = RM220

Fuhh bayangkan kalau aku kena RM 900. Berapa banyak beza then aku bawak compressor lama.. dia cakap boleh direpair.. caittt!!! .. so lepas repair boleh laa simpan buat standby
Lepas dah repair.. pergh memang sejuk..

So Kesimpulannya kadang2 kedai2 pomen ni pun bukan boleh kita harap sangat ada kedai yang nak betul2 amik kesempatan kadang2 barang tu tak rosak cuma kena perbetul skit or repair.. dia akan suggest kita untuk tukar baru.Sometimes kita perlu bijak skit part2 ni.. walaupun memang kita tak tahu sgt.. tapi try to take note try amik tahu..Apa yang perlu ditukar nama jenis spare part tu.. so that next time bila kita pergi ke kedai lain.. kita boleh compare harga spare part di kedai tersebut. Kemungkinan kedai sebelum ni memang nak pancung kita.

Nasihat aku pada korang.. kalau nak repair kereta or something, pergi try check kedai2 lain dulu.. aku bagi tips.. kat korang.. cuba pergi dalam 5 buah kedai.. suruh dia cek apa problem.. kalau rata2 3 daripada kedai tu cakap benda yg sama.. then confirm memang itu laa problem dia. Satu lagi dalam masa kita berada di kedai tu.. cuba perati workmanship dia.. cara dia bekerja.. kadang2 dari situ kita boleh tahu mahir ke tidak sesorang pomen itu.

Selain tu.. bila kita berbual or bertanya pada pomen tu sejauh mana dia willing untuk explain pada kita apa problem tu.Apa yang perlu dibuat apa yang perlu dielak.It shows dia betul2 knowlegeable dan betul2 melayan customer.Sometimes.. dari situ kita dapat ilmu.. then kita boleh ke kedai lain try to compare apa yang diberitahu oleh pomen tu dengan pomen yang sebelum ni.. dari situ confirm kita boleh tahu.. pomen tu nak menipu ke apa ker :).


Friday, September 11, 2009

Tazkirah Jumaat : Mengapa Di wajibkan Zakat Fitrah



Diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a katanya: “Rasulullah s.a.w memerintahkan agar zakat fitrah ditunaikan sebelum orang ramai keluar untuk mendirikan sembahyang Hari Raya.”

Antara hikmah mengapa Allah SWT memfardhukan rukun ini kepada umat Islam, yang keduanya ialah untuk membersihkan hati kita dari sifat terlalu sayangkan harta. Himpunan harta kekayaan yang banyak sudah tentu akan dalam hati kecil kita perasaan sayang, lebih-lebih lagi bila mengingatkan usaha dan komitmen yang tinggi telah kita korbankan untuk menyimpan harta tersebut.

Hati yang terlalu cintakan harta dunia ini, akan menjadi lebih teruk sekiranya tidak disertai dengan rasa ketakwaan kepada Allah SWT.

Sebab itu dalam mendidik jiwa dan hati manusia terhadap harta kekayaan, Allah SWT mewajibkan zakat sebagai satu latihan jiwa kepada kita untuk menjauhkan diri dari terlalu menyayangi harta benda. Dan yang lebih buruk di sisi Allah apabila rasa sayang kepada harta ini akhirnya dihinggapi rasa bakhil untuk mengeluarkan zakat dan bersedekah.

Dr. Yusof al-Qaradawi telah menyebut tentang empat ciri-ciri zakat fitrah di dalam kitabnya ‘Mushkilah al-faqr wa kaifa a’lijuha al-Islam’untuk membezakan kewajipan zakat ini dan zakat harta.

pertamanya: zakat fitrah adalah umpama cukai kepala ke atas individu dan bukan ke atas harta.

Kedua: zakat fitrah ini difardhukan kepada semua lapisan manusia. Rasulullah s.a.w telah mewajibkannya ke atas setiap muslim tanpa mengira sama ada hamba sahaya atau orang merdeka, lelaki atau perempuan dan kaya atau miskin. Zakat fitrah tetap diwajibkan kepada gologan miskin sekiranya mereka memiliki wang yang cukup dan memiliki wang yang cukup untuk keperluan makan minum sekeluarga pada hari raya Aidil Fitri.

Ketiga: zakat fitrah bukan hanya diwajibkan untuk dirinya sahaja, tetapi dia juga perlu membayar zakat fitrah bagi setiap individu yang menjadi tanggungannya.

keempat: ialah Islam telah mengecilkan kadar pembayaran zakat fitrah sebagai satu kemudahan untuk umat Islam menunaikannya.

Rahsia yang kita perolehi daripada ciri-ciri zakat fitrah ini, Allah SWT menghendaki manusia memahami konsep dalam membina hubungan dengan Tuhan, kita juga sebenarnya mempunyai kewajipan yang perlu ditunaikan sesama manusia.

Oleh kerana itulah antara tujuan Allah SWT mewajibkan zakat fitrah untuk semua golongan adalah untuk memberi penjelasan tentang hubungan sesama manusia yang perlu ditunaikan oleh kita. Sebagai manusia kita perlu memuliakan golongan fakir miskin kerana mereka juga adalah saudara seagama kita dan mudah-mudahan dengan pertolongan kita itu akan dapat membantu mereka untuk sama-sama menyambut kemeriahan Aidil Fitri bersama-sama.

courtesy of fitrahpower.com


Thursday, September 10, 2009

Ride To Work : The Solutions Part 5

Riding light to work - Storing clothes at work


Sometimes during my ride to work, i always feel that carrying my extra clothes and also my offices clothes everyday burdens me.It means everyday i had to carry more weight sigh

So how do i solve this issue?. Basically what i do is .. every once a week i'll make a trip to the office with a car to store all my clothes in my drawer(if you have a locker that would be nice).Then at the end of the week to carry back the old one for washing.

Always remember to bring a plastic bags to store the old clothes to avoid odor. Besides that always have another spare toiletries to put in the office rather than need to bring back and forth to the office. So with the less weight to carry in our bag.. now we can rempit more to the office




Wednesday, September 09, 2009

Sepetang di Ofis



Aku baru sampai di depan office, hari ni aku terbang bersama Kenari Turbo tunangku yang laju itu. Turun dari kereta.. lalu menuju ke pintu yang mempunyai access.. lalu aku menempek access card aku yang berkurap itu. Teeeeeeekkkkkk!!!! ... no laluan di tekan...

Aku menuju ke Pintu kedua.. yang still memerlukan access Teeekkkkk!!!. Kad di tempek semula ke tempat pengimbas kad.. kelihatan.. Soo fun.. berada di mejanya seperti biasa dengan muka yang agak serius seolah2 baru kalah dalam pertarungan mahjong semalam.

Aku menuju ke mejanya untuk mengambil temperature. Sudah menjadi policy Company apabila H1N1 berlaku .. policy untuk mengambil suhu badan perlu dilakukan.. jika suhu berada di bawah 38c anda di beri sticker yang berwarna warni setiap hari yang perlu di tempek di mana2 di anggota badan. Jika suhu melebihi 38c, dia tak dibenarkan berkerja dan perlu mengambil mc untuk hari tersebut.

Sticker di beri lalu aku menempek di dahi .. lalu menuju ke pintu ke tiga.. yang masih lagi memerlukan aku menempek access card.. begitulah rutin sengal aku setiap hari.

Kelihatan June, Bobby, Daniel, and Mike sudah pun berada di dalam opis. Aku meletakkan bag aku di bawah meja lalu melabuhkan buntut ku di atas kerusi office ku.. lalu memasukkan kata laluan dan kemudian membaca segala email yang bertimbun2 masuk.. memang membuhsan kan..

Teeettttt pintu berbunyi.. kelihatan Ye lee si boss HR masuk terkocoh2..

" hoiii wheres my sweet"

Dah boleh agak memang mencari makan jer kerja dia.

" Alloo Ye lee.. you check at jaya's table i think still there"

Sambil itu berborak2 bersama akak HR itu..

" Yee lee.. gimme one.. laa "

" Oishhhh you not puasa mehhhh..? "

" I mana boleh puasa today ... "

" Why not.....? "

" I period laa today... "

" Yalahhhh.. tuu.. abis kalau you period.. u keluar mana...? " sambil tergelak terkekek2..


" I spesel skit.. keluar kat buntut "


" CHEEE SINNNNNN!!!! "




Tuesday, September 08, 2009


Solo Ride on US Labour Day 7 Sept 09

Equine Park - Puchong - Kinrara - Puncak Jalil - Equine Park



View Equine Park - Puchong - Puncak Jalil - Equine in a larger map


Date : 7 Sept 2009
Route : Equine Park - Puchong - Bandar Kinrara - Puncak Jalil - Equine Park
Distance : Approx. 31.36 KM
Time : 1.31.36
Avg. Speed : 20.5 km/h
Max Speed : 54.0 km/h
Tire setting: Continental Vapor 26x2.1



Company aku cuti smalam. Since aku kerja dgn salah satu US company di malaysia. Cuti aku pun kena ikut dorang punya cuti. So ikutkan smalam kalau di Malaysia. Cuti Nuzul Quran. Tapi di US cuti labour day. hmm.. kalau raya nanti memang aku kena apply cuti laa.. cuti aku memang langsung tak ikut public holiday malaysia. Apa boleh buat.





Dah lama sebenarnya nak ride jauh.Tumpang cuaca pun ok. Lepas terawih aku go for a ride.Memang layan ride smalam. Dengan udara yang sejuk,jalan yang sunyi tak banyak kereta.Tenang jer ride smalam.. sambil berzikir sambil ride menikmati suasana malam.Next time kena tambah lagi distance. Lepas gian aku berkayuh.



Melalui bawah flyover menuju ke Puchong



Short break di depan Tesco Puchong



Bike aku dengan rechargeable flashlight



Melalui satu kawasan di area Bandar kinrara menuju ke Puncak Jalil. Sunyi gila jalan tu.Dah laa gelap.. cuma nampak lampu aku jer



Melepak kejap di laluan Bandar Kinrara. Kereta pun takde. lengang jalan time tu.



Menyusuri laluan LDP