A Confessions of an ex-smoker Part 6
The smoker
Aku mengadap pantry pagi tadi akibat kekurangan kalori disebabkan workout swimming sebanyak 15 lap semalam.Di depan meja pantry, tersusun rapi bungkus2 nasi lemak yang telah sedia utk ditelan oleh beruang2 yang berlegar2 mengelilingi meja itu.. masing2 sibuk membuat air, berbual.. dan ada yang mata terpalit ke TV menonton rancangan2 yang disediakan oleh Astro... aku melihat kembali nasi2 lemak tu.. mungkin setahun yang lalu.. itu merupakan makanan ruji pagi ku.. angka 1 bagi bungkusan itu.. tidak ada dalam kamus pemakanan aku sekurang kurangnya.. 2 bungkus mampu meredakan gejolak nafsu ku akan makanan berkarbohidrat itu..
Meja pantry ini menyaksikan.. kotak Dunhill 20 batang dan lighter Cricket menjadi peneman setia di atas meja pantry menunggu tuannya selesai melengkapkan nafsu sarapan pagi. Aku memerhatikanya..
Yeah .. Dunhill..20.. rokok....Lighter cricket sudah sempurna dan lengkap satu proses atau ritual pembakaran bagi setiap perokok2 tegar .. rokok dan lighter ... 2 jisim yang masing2 mempunyai fungsi yang berbeza tetapi mempunyai matlamat yang sama.... yang sememangnya tidak dapat nak dipisahkan.Kedua-dua2 nya sama penting.. saling memerlukan antara satu sama yang lain... umpama laila dan majnun, Peter and Jane, Kien Keat and Boon Heong, Lembu dan tali, Upin dan Ipin,Ultraman dan raksaksa, Gaban dan dunia terbaliknya.. apa gunanya rokok kalau tiada api..? apa gunanya api kalau tiada rokok..
Aku tersentap dari lamunan pabila lighter yang tersusun rapi di atas kotak rokok itu di ambil lalu tuannya keluar untuk melengkapkan proses transformasi menjadi Naga sakti selepas makan.Aku paham apa yang dia rasa.. aku jua pernah melaluinya.. ia adalah satu kuasa dan mistik.. yang tak dapat nak diperjelaskan.. betapa nikmatnya menghisap rokok selepas makan.. seolah2 nikotin,tar,tembakau dan segala bahan2 ramuan yang berada dalam segulung kertas itu cuba menghantar mesej kepada otak untuk ditafsirkan sebagai satu term yang di panggil Kesedapan.. itu sebab kita dapat melihat perokok2 tegar akan lebih gelisah selepas makan apabila rokok tiada.
Aku kembali menyambung suapan sandwich yang ku bekalkan dari rumah.. sambil melayan surat2 khabar yang tersedia di pantry.. sedang asyik aku melayan surat khabar
Budak dept Japan: oit.. jom lepak luar.. sap okok
Salah seorang perokok tegar dari unit lain yang kebiasaanya merokok bersama ku sebelum ini.
Aku : haa jap lagi aku sampai.. ko gi laa dulu
Aku keluar menuju ke area parking lobby tempat dimana segala persatuan naga bersatu berkumpul bagi berkongsi segala sisa2 baki2 asap2 seperti Marlboro, Winston, Dunhill, Camel.
Budak dept Japan : sejuk sungguh pagi ni weh.. macam nak ujan jaa..
Sambil mengeluar kotak rokok Dunhill dari poket atas....
Aku : hmmm mati keras laa kita sat gi layan aircon opis yang sewel tu..
Aku mengetap bibir pabila dia menyalakan rokok Dunhill yang merupakan salah satu rokok yang aku mula2 berkecimpung dalam arena Pernagaan ini.
Aku teragak2 pada mulanya.. bila setiap lebihan hembusan asap itu melalui rongga hidung ku.. trus menangkap segala sarap2 otak ku itu.
Otak ku mula memainkan peranan dalam memproject kan segala drama2 serta alasan utk aku mencuba.. kembali.. aku masih melihat dia berbual dengan ku.. cuma apa yang keluar dari mulut dia.. seolah2 aku pekak waktu itu.. mata ku hanya tertumpu pada lingkaran asap di celah2 jari dia.
Budak dept Japan: tak hisap ker..?
Suaranya kembali jelas menerpa ke telinga ku..
Aku: haaa nak hisap laa ni..
Aku memejam mata ku seketika.. sambil menarik nafas sedalam yang mungkin.. lalu menyeluk seluar ku.. mengeluarkan kotak yang ku beli di stesen minyak sebelum ke pejabat.
Budak dept Japan: Apa nih...?
Dia tergamam kejap melihat aku..
Dengan raut wajah ku yang seakan akan hero Tamil Rajnikhan dalam Sivaji Da boss
Aku berkata...
Aku : Ini lah rokok aku.. hang mau ka...?
Budak dept Japan: ???
Friday, March 27, 2009
Labels:
confessions of an ex-smoker

12 comments:
alkisah nak tipu org idup .. muahahhahahahahahha. kesiaaaannnn...
hahaha.. aku suka baca entri nih!! saspen ja! haha..
go! go! go bro!!! cekalkan diri anda dari merokok!! perggh! ko mangkin ensom di mata aku.. adehh.. haha..
heh heh... bikin saspen jer :)
saspen siut.
aku respek la integriti kau, ke arah kehidupan yang lebih sehat.
keep it up, bro!
nice writing, by the way.
bagik yg kaki merokok silakanlah merokok ikut sesedap rasa, kalau tak nanti tutuplah kilang tembakau /rokok tu. lagikpun lambat sgt pulak nak rosak peparu kita yg tiada gantinye ni,
bagi aya...takde maknanye..
salam kenal dan kunjung balas dari hakak
hohoo..training tok stop smoking ke? caiyok2;)
hai..salam balas ziarah ;)
wei...hang world la.....suspek la aku kat
hang...eh..silap..respek...hehehhe...
balik penang aku lanjer laksa pokok gajus na...
Heheh..
Cam tuh la rasa kalau org yg sedang berdiet..kih3.
Anyway..keep it up!!.
Do organic fasting to detox your body. Will help to reduce rasa ketagih..but mind control penting jugak..Dah x rasa ketagih tp saja nak isap..then useless la..
huhu..bgus!sungguh cekal dan tabah!!teruskan perjuangan bro..
yana sentiasa support dr blakang..ahaks;)
Alangkah nikmatnyer xxxxx selepas mencekek nasi kadaq..pekena sebatang fuhhh tak terkata nikmatnyer!!warrggghhh3x psikologi jer tu..aku menyaport dari belakang usaha murni tu! Teringat waktu di Eureka dulu bilik rahsia or bilik meeting kita hahahaha..bulan posa muka sorang2 macam hampeh!!
wat de... hang dah berenti ka???
Caya lah bro....tabik springgg!!
Post a Comment