Showing posts with label fishing. Show all posts
Showing posts with label fishing. Show all posts

Wednesday, April 07, 2010

Memancing di Sungai Long



Ahad lepas aku berjalan2 dengan wife aku di Giant beli barang2 dapur. Sekali dapat text from Sajen. Member lama se permotoran dahulu dan juga Bisnesman yang ada business Home deco dan juga Tinted kereta. Ajak aku memancing dekat area rumah lama dia.


My wife yang sama2 turun memancing. Haiii ngantuk tak tuu hehe 

Dah lama sebenarnya aku tak layan mancing. Satu masa dulu waktu aku duduk di Damansara Damai. Kolam memancing di Kg Desa aman itu sudah sememangnya menjadi rumah kedua aku di situ. Mana tak nya kerja dulu banyak cuti..malam tak boleh tidur saja terus aku capai kunci joran terus ke Kolam mancing. Damn.. aku rindu zaman tu.. Sebelum aku mengenali mountain bike...pada masa tu hobi memancing bagi ku adalah salah satu cara bagi aku untuk menghilangkan segala serabut mabut dan juga kekalutan dan jugak stress di pejabat. Bila balik kerja .. bila dapat tengok ikan.. dengan deruan air yang di jana dari pam air ... dalam keadaan serabut dan stress, secara automatik semuanya hilang.

 menyiapkan peralatan memancing, kelihatan sajen sibuk membancuh resepi umpan POWER

aku dan sarjen Bersiap untuk bertempur 

Dah lama tak spend time lepak2 dengan member2 lama..Wife aku yang sepatutnya kerja pagi keesokan hari pun turut sama menemani aku memancing. Kami memancing di Kolam Memancing Taman Rakan di Sungai Long. Lama dah aku tak datang sini..dulu2 kami layan siakap sebab kolam air masin.. sekarang dah downgrade main air tawar balik. Kira ok laa cost pun tak mahal compare dengan mancing air masin ni. Mancing air tawar dekat sini cuma RM5 sejam tapi perlu diletakkan deposit sebanyak RM20 takut2 korang terbabas tak dapat2 ikan lagi.

 memasang umpan

menunggu

Sampai di sana kami siapkan segala peralatan, memasang mata kail sebelum masuk memancing, sajen pulak bawak dedak dengan Kerisek POWER iaitu umpan special resepi yang di gaul dan di bancuh oleh dia. Malam ni tak berapa ramai orang memancing.. Mancing kali ni sangat teruja bayangkan dalam masa 3 jam saja kami dapat menaikkan 4 ekor ikan.Pertama balingan aku.. mengena .. dapat seeko rohu yang agak besar layan juga tarik.. kali kedua giliran wife aku pula memancing rezeki yang tak diduga.. naik lagi seekor... lepas tu aku mula bagi wife aku yang memancing ternyata rezeki menyebelahi dia..naik lagi seekor..Memang rezeki wife aku la malam tu :). Suka dia bila dapat rasa feel tarikan ikan.

Ikan pertama yang naik :)

Di ikuti ikan kedua oleh wife aku :). Bukan main suka.. ngantuk tak tuu hehe :)

Sajen sedang bertarung dengan ikan yang ketiga :)

At last dapat pun dengan rokok kat mulut lagi.. 

Hasil tangkapan pada malam tu


Total untuk semua ikan yang ditimbang.



Wajah2 kepuasan yang telah berpuas hati kerana masing2 dapat merasa tangkapan ikan. Aktiviti tamat pada pukul 3.30 pagi dalam keadaan yang mamai dan mengantuk. Yang buat peace kat tengah tu akhirnya kecundang di dalam office.. hehe..sorry sayang.Next time kita mancing awal skit :)




Wednesday, March 05, 2008

Fishing time :)







suspek2 yang terlibat:

Aku,
Aldrin
Murali

Lokasi yang di syaki:

Kolam air masin, Kg Desa Aman


Bahan bukti/hasil tangkapan:

2 ekor Siakap putih
2 ekor Siakap merah


Hmm.. semalam.. dlm kul 11 lebih..aku tak tahu nak buat apa.. just lepak di rumah.. sambil mengosok baju haha.. keje siang memerlukan aku memakai pakaian casual.hujan di luar masih hujan lebat lagi membuatkan aku rasa malas untuk keluar.Tetiba kedengaran bunyi henset buruk ku menjerit2.Check pada henpon aku.. , contact no "HP Aldrin". Aku mengangkat.. dalam talian,

aldrin : Alluuuu muthuuu..
aku : gampang... apa cita...?
Aldrin : tak buat apa.. duk gentel telur jer
aku : buduhhh..
aldrin : Jom mancing.... kat tempat ko nak bawak aku tuu... aku bawak member aku sorang lagi.. apprentice aku murali...
aku : ooo so.. ko datang sendiri..?
aldrin : aku datang dgn apprentice aku..
aku : orait meet you there...

ushar kat tingkap... finally hujan dah stop..grab my keys,sweater and fishing box and rod aku.. terus menuju ker Kg Desa aman.Sampai sana.. park tepi kolam mancing.. tengok2 dorang tak sampai lagi.. ciss awal nyer aku gerak.. kalau aku tahu tadi.. aku lepak dulu kat rumah layan citer cina apa ntah.. lawak gila.So aku lepak laa kejap dekat situ.. duduk di meja makan sambil aku menyandarkan joran mancing dan toolbox..order teh o suam... dalam keadaan suasana yang sejuk dlm pukul 12 ni.. dengan angin2 yang membawa bahang2 dingin.. membuatkan aku merasakan.. betapa nikmatnya.. teh o suam segelas itu.. sambil menghembuskan.. asap yang keluar dari rongga2 hidung dan mulut ku aku mula membelek2 jorang ku.. menyambung tali mancing dengan cincin untuk mengikat perambut menunggu bebudak dua orang ni tak muncul2 lagi.

Akhirnya.. muncul.. si aldrin dgn.. murali.. Aldrin siap bawak donut JCO lagi.. sambil memancing.. layan jer mancing sambil makan donut.Kitaorang pun cari lokasi yang bak kata cina.. lokasi yang ada ONG bukan Ong bak .. dan juga bukan Ong ka ting.. tetapi ONG.Masing melabuhkan jorang di rail yang di sediakan.. sambil mencangkuk umpan2.. Alhamdulillah rezeki yang tak diduga2.. baru seminit aku membaling umpan ku ke dalam kolam.. akhirnya mengena Siakap yang beratnya 2.5 kilo.Selepas tu agak slow skit... kitaorang memancing dari pukul 12 hingga ker 7 pagi :). Aku bercadang nak layan 2,3 jam jaa mancing.. and aku expect dlm masa tu.. aku dapat laa barang 1,2 ekor.. tapi bebudak ni masih takde apa2 yang naik.. dlm pukul 4 pagi aku cuba menukar lokasi.. mana tahu.. ada rezeki.. and akhirnya.. naik lagi sekor siakap.. lebih berat dari yang pertama tadi.. aduh dah dua.. ekor.. aku rasa bebudak ni dah berbulu dgn aku.. hahaha.. so aku ajak bebudak ni ubah port ke tempat yang aku dapat ikan tadi.. alhamdulillah naik laa 2 ekor siakap merah.. oleh si Aldrin tu.. haha.. Si murali .. at least kena2 laa juga strike.. dia pun first time layan.. mancing.. last2.. ketagih pulak.. sampai sedar2 aku dgn diaorng.. dah mancing dekat pukul 9.

Aku dah ngantuk ni.. ikan dah slamat dalam fridge.. gua mau sambung tido..


au revoir