Friday, March 11, 2011

Chiang Mai Trip - Part 2 - Bo Sang Home industries


Tengahari misi kami adalah ke Bo Sang Home industries. Salah satu tempat di mana terdapat berbagai perusahaan/kilang seperti , pembuatan kulit, silk, gems, jewelery, kraftangan kayu dan juga pembuatan payung kertas. Ini merupakan salah satu tour yang aku rancang. Kami dapatkan tour ni dari salah satu tour agency di Chiang Mai. Tour yang kami gunakan adalah Sabai tour agency. Kos untuk trip ke Bo Sang industries adalah 150 baht (RM15) untuk sorang. Untuk trip ni dorang sediakan Van berhawa dingin. Nama driver kami Mr Toa. So far english dia pun ok.. mudah untuk kami bertanya.

Lepas naik van..kami diberi senarai tempat yang ingin kami lawati. Di sebabkan seluruh kawasan kilang perusahaan hanya beroperasi sehingga pukul 5. Kami cuma memilih beberapa tempat yang kami rasa berminat nak lawati. Kalau diikutkan banyak lagi tempat yang menarik. Masa tak mengizinkan. So far memang tempat yang menarik untuk sapa2 yang first time datang ke sini.

Dalam perjalanan menuju ke Bo Sang Home Industries
Destinasi pertama kami adalah ke Kilang Pembuatan kulit.Sampai saja di sana dah ada staff tunggu untuk beri penerangan dan pengenalan berkenaan perusahaan dorang. Macam2 kulit ada kat sini. Kulit buaya, Kulit lembu, Kulit Ikan pari, cuma kulit babi jer takde kat sini.


Kedai barangan kulit. Harga memang mahal. Tapi ada juga yang berpatutan. Aku tak beli apa2 kat sini.. lebih kepada ronda2.. Tapi kulit ikan pari memang cantek dorang buat wallet.


Van yang kami naik



Trip seterusnya adalah ke Thai Silk house. Tempat perusahaan sutera. Sama juga macam perusahaan tadi sebelum di bawa ke tempat jualan. Mereka akan beri penerangan bagaimana sutera dibuat. Ada juga demonstrasi dan pembuatan sutera.


Demonstrasi bagaimana untuk mendapatkan sutera.

Ulat sutera


Destinasi yang seterusnya di Gems Gallery. Mula2 aku ingat dah di Syurga.. hahah bulat jer mata wife aku.. bila aku duk perati jer awek2 siam ni. Besar tempat ni. Kami di bawa melalui tempat kerja dorang untuk melihat proses2 Gem2 di buat. Memang detail keje dorang. Selepas tu kami di bawa ke tempat jualan.. memang terpegun aku sebab kawasan tempat jualan gem dan berlian memang besar.. memang kami tak dibenarkan ambil gambar. Tapi dalam dia memang lawa.. dengan akuarium ikan yang besar2 meja2 yang penuh dengan berlian2 bersinar2.. memang salah satu tempat yang heaven buat kaum wanita. Harga pun agak berpatutan.. ada yang serendah RM80.


Tempat kerja dorang. Pekerjaan dorang yang memerlukan ketelitian dan hasil kerja dorang memang superb.. bayangkan bekerja dengan space yang kecil buat benda yang halus2 detail2.. fuhh

Batu2 jade yang asal di ukir menjadi patung2



Selepas tu kami ke Umbrella Handicraft centre. Tempat perusahaan kraftangan payung. Macam2 jenis payung ada dekat sini. Harga pun murah. Semua payung ni dibuat dengan tangan Handmade.Memang kreatif orang2 siam ni..cari rezeki asal benda yang boleh menjimatkan kos dorang buat. Bayangkan keseluruhan payung ni dari kertas payung, batang payung semuanya dari buluh. Kertas untuk payung tu pun hasil dari buluh.

Tempat membuat payung hasil kerja yang teliti banyak masa dihabiskan untuk membuat payung ni. Tapi harganya? terlalu murah kalau nak dibandingkan dengan masa mereka menghabiskan memang tak berbaloi dengan harga yang mereka jual.

Yang menarik di kawasan ni. Ada sekumpulan pelukis yang melukis apa saja yang kita mintak. Bawak la apa saja yang korang ada.. handbag, pouch bag, wallet handset, t-shirt, payung semua dia boleh lukiskan.Kalau nak beli dekat sana pun boleh.. ada t-shirt kosong dan barang2 lain yang dijual di sana. Harga untuk sesuatu lukisan pulak dorang tak tetapkan.. tapi jangan pulak amik kesempatan mintak lukisan yang besar2.. then bayar 10 baht ( RM1 ) memang melampau laa.. silap2.. dia muay thai balik korang. So rata2 dalam range 50 - 100 baht ( RM 5 - RM10) adalah cukup untuk dorang.. bergantung lukisan yang di lukis kalau nampak macam besar.. complicated.. maybe boleh bayar lebih.

Wife aku ambil peluang ni untuk mintak dia lukiskan dekat bag pouch dia. Kami bagi 100 baht (RM10)


Bag yang dah siap di lukis. Memang kreatif dorang ni

Dari pembinaan batang buluh untuk payung hingga ke proses melekatkan kertas mengambil masa 1 hari untuk satu payung yang besar

Next stop ke Perusahaan kayu. Memang power dorang ni ukir. Dari kayu boleh ukir dalam bentuk 3D lagi, Harga boleh mencecah sampai RM5 - 10 ribu

Kami di bawa ke ruang kerja di mana mereka bekerja.


Ukiran untuk hiasan meja bulat. Memang mereka ni mempunyai kemahiran yang tinggi.

Dalam kayu biasa pun depa boleh ukir. Smart.
Lepas balik dari trip, driver kami menghantar kami di depan Guesthouse yang kami tinggal. Perut pun mula terasa lapar.Mula terbayang pure tomyam di Chiang mai. perghh leleh ..berpandukan GPS Garmin yang aku bawa dan juga peta yang aku print sendiri. Kami mula mencari tempat makan islam di kawasan kami tinggal. Dari research yang aku buat sebelum aku ke Chiang mai.. kawasan tempat yang kami duduk memang ada lokasi masjid dan juga kawasan perkampungan islam. Masa untuk menjelajah .. yeahhh


Laluan yang kami jumpa menuju ke Masjid Cina Banhaw

Kami mula berjalan di sekitar kawasan Charoenprathet road. Lalu sebelah hotel PornPing. Nampak ada laluan kecil.. menuju ke pintu kecil..kami cuba melalui kawasan tu..sambil mata meliar mencari Kubah masjid... at last dari jauh dah dapat lihat Kubah masjid.. Alhamdulillah.. seronok rasanya.. bila dapat ziarah Masjid di sini. Terasa macam di tempat sendiri.



Masjid Cina Hidayatul  Islam Banhaw. Sedang dalam pembinaan untuk memperbesarkan bangunan masjid

Alhamdulillah sempat juga aku singgah di kawasan masjid ni. Di sekitar kawasan masjid ni ada perkampungan islam dan juga deretan kedai makan islam. Cantek dapat juga kami merasa masakan thai islam.



Di Lorong ini terdapat segala kedai2 makan islam dan juga kedai2 biasa yang sepenuhnya dimiliki oleh orang islam disana. Lega kami lepas ni boleh makan dengan selesa di kawasan ni. Dekat sini kami  cuba kedai pertama dekat situ iaitu Restaurant Sophia.Kalau tengok umat2 islam kat sini rata2 semua muka macam cina. Apa lagi masa yang di tunggu.. terus kami order Tomyam..


Kedai makan Sophia. Rata2 kalau nak kenal pasti kedai makan islam kebiasannya mereka akan letak gambar bulan bintang tu.


Suasana dalam kedai yang simple

Menu tak perlu risau..ada dalam bahasa melayu,english.Owner kedai  pun paham sikit2 memang ramah orangnya

Nahh menu kami hari pertama di petang hari. Tomyam dan telur dadar. Perghh memang layan tomyam siam.

Lepas makan sempat kami survey hotel2 sekitar kawasan ni.. rasa lebih selesa kalau dapat dekat dengan masjid.. Azan pun berkumandang setiap waktu di sini. Kami dah jumpa few hotel dekat sini.. esok dah boleh checkout cari yang berdekatan. Senang nak makan sini. Hari pun dah nak senja.. masa untuk kami pulang ke guesthouse

Bersambung


Wednesday, March 02, 2011

Chiang Mai Trip - Part 1 : The Arrival


Alhamdulillah setahun aku menunggu untuk merealisasikan percutian aku ker chiang mai akhirnya terlaksana jugak.Kalau ikutkan perancangan sebelum kahwin lagi. Even ticket pun dah beli sebelum kahwin .Kebetulan waktu tu tiket murah utk 2 orang pegi dan balik dalam RM700. Tapi disebabkan hal hal yang tak dapat nak dielakkan akhirnya aku tunda ke tahun depan. Banyak sebenarnya dugaan dalam tahun lepas.. tapi Alhamdulillah dapat juga aku dan isteri harungi. Kalau dulu plan bercuti cuma 5 hari.. tapi disebabkan postpone.. aku dapat bercuti selama seminggu. Alhamdulillah rezeki kami berdua. Allah Taala pun pernah cakap.. "Dalam setiap kesusahan ada kesenangan" Aku pegang kata2 tu..

So dalam masa terdekat ni.. akan banyakla entry berkenaan travelog aku di chiang mai. So kalau rasa membosankan.. maafkan laa aku.. since blog aku bukannya seratus persen berkenaan basikal ada kalanya aku berblog berkenaan life aku.. . So jemput2 lah ke blog basikal2 yang lain yang lebih hardcore dari aku untuk mendapatkan daily dosage of cycling.

17 FEB 2011 - Khamis


Kami bertolak dari rumah sekitar jam 3.30 pagi. Aku mintak adik aku hantarkan.. memang agak awal .. terpaksa keluar awal disebabkan adik aku kerja pagi tu. So kira dari LCCT dia terus gerak ke ofis. Awal kami sampai di LCCT. Rata2 memang penuh umat di airport.Di setiap tepi dinding penuh dengan orang yang tidor di atas lantai. Besar kemungkinan menunggu flight keesokan hari atau pun flight delay. Dengan keuntungan berlipat ganda yang AirAsia dapat.. alangkah bagusnya dapat sediakan tempat berehat untuk penumpang2 yang kurang berkemampuan.. Aku rasa peruntukan untuk kemudahan tu tak banyak mana pun berbanding keuntungan yang dorang buat.



Flight kami delay sedikit atas sebab teknikal dengan kapal terbang. Aku mula cuak laa part2 ni.Sekuat mana pun Superman lembik jugak dengan kriptonite, segagah mana Ultraman.. kelip2 jugak lampu dia.. begitu juga dengan aku.. Sebesau mana pun aku ni kelemahan aku adalah naik flight haha. Tapi alhamdulillah dalam 7.15 flight AK762 pun berlepas. Perjalanan ke Chiang mai mengambil masa 2jam 45 minit.


Apa pun.. gua tetap menten...

selamat landing di Chiang mai airport

Alhamdulillah kami selamat mendarat ke Bumi Chiang mai. Sesampai di airport dah ada driver yang tunggu. Pegang sepanduk yang tertera nama aku "AFREZAL KARIM" fames kejap aku terasa macam orang pegang sepanduk AFUNDI AFREZAL sewaktu Akademi Fantasia ..mula2 aku buat2 tak nampak jer.. Driver ni aku uruskan sebelum aku sampai di Chiang mai.Cuma Book pakai email. Nama Driver ni Mr Ting yang bekerja untuk Vanilla guest house yang bakal kami menginap hari ni. Kami duduk di Vanilla Guesthouse. Ini lah satu satunya guesthouse yang menawarkan free pickup service ke guesthouse mereka. Tapi service ni ditawarkan pada customer yang menginap lebih dari 2 hari di guesthouse mereka.So since kami cuma menginap sehari di guesthouse ni, kami dikenakan tambang sebanyak 120 baht (RM12). Target aku nak cari hotel yang lebih murah. So its better bila sampai dah secure tempat menginap.. memudahkan urusan kami nak mencari tempat lain.

sempat berposing dengan Tuk tuk merah Vanilla Place ( Songtaew Daeng )

Suasana dalam tuk tuk yang selesa dan luas
Kami dibawa menaiki Red tuk tuk ke guesthouse yang kami tempah. kalau dalam bahasa siam  depa panggil "Songtaew Daeng" yang bermasuk Tuk Tuk Merah. Suasana di bumi chiang mai agak dingin.. walaupun cuasa panas.. tetapi sejuk.. macam di cameron highlands best gila rasa.. sejuk dan nyaman. Aku paling suka tengok morning life di sini.. terasa tidak banyak beza dengan tempat kita.


Pandangan dari dalam tuk tuk

Kami sampai di Vanilla guesthouse.Mr Ting membantu mengangkat barang2 kami. Service agak bagus. Masuk jer dalam guesthouse dia terus bau Vanilla menusuk lubang hidung kami...serius memang relaxing. Akhirnya aku berjumpa jugak dengan Mr Kem owner guest house ni....memang friendly orangnya.. even wife dia Mrs Kat dan anak dia Miss Pim pun sama. Aku dapat tahu guesthouse ni daripada Tripadvisor. Rata2 ramai yang bagi good review tentang guesthouse ni..so aku rasa nak cuba jugak.Kami duduk di meja Mr kem. Dengan sabarnya dia explain pasal Chiang mai.. bersembang2 dulu. Guesthouse ni memang family run business. Mr kem dan wife dia dan juga anak dia yang uruskan. Rumah dorang dan pejabat adalah di tingkat bawah. atas semuanya bilik2.

Pemandangan depan Guesthouse yang kami duduk

Bagus Mr Kem ni.. walaupun kami cuma menginap sehari dia memang explain detail. Dia bagi kami map chiang mai dan explain dekat mana kami sekarang dan juga segala tempat2 yang menarik yang boleh kami lawati. Dia juga bagi kami map yang dia lukis sendiri dengan segala details dalam bahasa thai incase kalau kami tersesat kami just tunjuk dekat tuk tuk driver. Ada setengah tuk tuk driver yang masih tak boleh baca dalam bahasa english. Orang tua punya style.. cermat dan teliti dan very detailed

Mr Kem berbincang dengan Mr Ting driver Tuk tuk kami

Then kami dibawa oleh Pim anak Mr kem untuk melihat bilik-bilik yang ada di guesthouse ni sebelum kami membuat keputusan untuk memilih. Ada dua jenis bilik dekat sini.. standard room berharga 900 baht (RM90) dan superior room berharga 1100 baht ( RM110) . beza Standard dgn superior standard takde tingkap dan fridge dan Superior ada tingkap bilik. Bagi yang claustrophobic aku suggest amik yang superior sebab ada tingkap. Tapi yang standard pun masih ada tingkap.. cuma tingkap dekat tandas. So since target trip kami adalah utk versi budget kami decide ambil bilik yang 900 baht (RM90) cuba untuk jimat dekat bahagian lodging coz boleh dikatakan setiap hari kami akan menghabiskan masa dia luar.. balik cuma untuk tido dan berehat jer.

Standard room tempat yang kami menginap cuma 900 baht ( RM90). Simple2 jer .

Hall di luar bilik kami. Masih lagi ada tempat duduk diluar untuk bersantai. Sepanjang laluan berbau vanilla. Dorang letak aroma burner yang berbau vanilla.

Once dah bayar kami check in, letak backpack kami, then turun ke bawah kembali since Mr kem jemput kami makan. dorang sediakan light refreshment dekat cafeteria dorang. ada laa buah buahan.. boleh bakar roti sapu dengan jem.. ada water heater,  boleh buat instant milo,nescafe sendiri since semua dah disediakan.. sesuatu yang aku rasakan selesa buat kami sebagai orang muslim yang makan disana. Di guesthouse ni memang feel dia macam kat rumah.. itu concept yang Mr Kem dan anak dia cuba ketengahkan. Korang turun jer tempat makan tu. semua ada. Bahan bacaan novel, buku2 travel, ada dapur , ada peti ais yang kami boleh boleh letak air kami sendiri. ada Home theatre dengan list of DVD kalau malam rasa nak turun bawah nak layan movie, ada CD lagu kalau nak layan lagu, ada Internet station. Owner pulak senantiasa ada since dah memang dorang tinggal kat situ.. ramah pulak orangnya.. pulak tu membantu..waktu kami makan pun Mr kem datang lepak sembang2.. bagi info mana tempat2 best nak pegi, mana port nak shopping.. sesuatu yang aku rasa belum tentu dapat kalau duduk di hotel memang takkan dapat service yang sebaik ini.. memang cun laa port ni.


Ruang cafeteria dan juga tempat bersantai di Vanilla Guesthouse.  Memang feel macam kat rumah sendiri


 Melayan Roti bakar. Dekat sini juga boleh layan movie macam2 movie ada. Ada wireless access. Semuanya free.


Air dalam peti ais suka hati jer nak amik. tak perlu bayar dah cover sekali dgn harga bilik

 Buah-buahan, Jem, butter, sachet milo,nescafe, tea.. semua self service. Simple dah lebih cukup untuk kami.

Toaster roti, air panas semua dah tersedia.

macam2 style meja makan.. dan tempat lepak.


Lepas makan misi kami seterusnya adalah untuk ke Bo Sang Home Industries.



Tuesday, March 01, 2011

Critical Mass Horror in Brazil



Last Friday 25th February 2011 a Critical Mass event was held in Porta Alegre in Brazil, A car driver deliberately drives at high speed through the crowd of cyclists and keeps on going. I was a bit shocked to see this footage.

Suprisingly no one was killed, eight were injured, one female was seriously hurt. The driver later abandoned his car and fled the scene. My heart goes out to every cyclist that was there.