Friday, August 28, 2009

Tazkirah Jumaat - Kelebihan Berzikir dari Sudut Sains



Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabk an untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.

Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.

Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.

Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.

Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

courtesy of halaqah.net



Thursday, August 27, 2009

Ride To Work : The Solutions Part 4

5 tips riding to work during fasting in Ramadan





Being a muslim, fasting in ramadan does not stop you from riding to work. I still ride to work during fasting. Here are some tips that i would like to share with all the riders out there who rides to work.

Tip #1 Consume foods that make you full

During Ramadan, always take your sahur.Never ride with an empty stomach unless you are trying for a weight loss. But for us, we just wanna ride to work so let skip that for the next month. During Sahur, It is best to consume some of the foods that really make you full for the entire day. To give you energy during the ride.Personally i found that eating capati or roti nan during sahur will make you full for the entire day . Other than that




Oatmeal : is a complex carbohydrate which takes longer to digest — hence it releases energy slowly, keeping you feeling full for longer. It also keeps blood sugar and insulin levels stable, which helps prevent fat storage. Oatmeal is the most satisfying breakfast cereal, providing more protein per serving than any other grain. Mix it with yoghurt or skimmed milk and it’ll keep you full all morning.




Apple : High water content and ample fibre is the reason why you feel full after eating an apple. An apple’s skin contains pectin soluble fibre that is a natural appetite suppressant. Seems like an apple a day keeps the weight away.




Dates(Kurma) : Normally, it is observed that one may feel hungry if sugar levels are reduced in the body irrespective of the condition of the stomach. Dates can well serve the purpose, because these provide energy.


Tip #2 Drink plenty of water




Energy - During sahur, is best to drink up plenty of water to keep your body properly hydrated. You don't want to get thirsty when you are riding to work during fasting.Being dehydrated can sap your energy and make you feel tired -- even mild dehydration of as little as 1 or 2 percent of your body weight. If you're thirsty, you're already dehydrated -- and this can lead to fatigue, muscle weakness, dizziness and other symptoms.



Tip #3 Easy ride/Leisure Ride



Ride slow or at a measured pace. You will not work up too much of a sweat.
Try to get out early from your normal day since you're riding at a slow pace. You might not want to get into the RUSH mode.. thus making you increase your pace.


Tip #4 Plan a new route



Try to plan a new route for example if previously your path requires you to climb few hills, try to find another route with less climbing. Take a bit of extra time and enjoy the ride


Tip #5 Reciting Zikrullah

Since we are in the Holy Month of Ramadan, why not we fill our time while cycling with zikrullah (
SUBHANALLAH,ALHAMDULILLAH,ALLAH HU AKHBAR, Insyallah the journey will be a blessed one.




Wednesday, August 26, 2009

Ramadan Day 5 - Retro tanpa risiko - Batal Puasa


pic courtesy of hurulaini.net

Sementara menunggu waktu berbuka, fikiran ku menerawang kembali ke zaman persekolahan ku dulu. yeah.. aku masih ingat lagi.. sewaktu darjah 3. yaaa kelas 3 kuning .. Sekolah Rendah Kebangsaan Sungai Nibong. Pulau Pinang.

Lokasi : Di belakang sekolah mengadap parit besaq


Saiful Bakhtiar : " Wehh.. aku lapaq laa weh.. smalam mak aku kejut soq(sahur) tapi aku malaih nak bangun"

Aku : "yaka.. aku pun sama.. mak aku lambat kejut ( Pura2 jaa padahal melantak licin soq tadi) lapaq jugak ni ' , Sambil duk petik daun pokok satu persatu

Saiful Bakhtiar : "Hmm.. kita batal posa nak.. kita tak salah pun sebab tak kita tak soq. Mak aku cakap mana larat nak posa kalau kita tak soq."

Aku : " Boleh jugak tu.. aku pun dah dahaga sangat. tengok budak cina tadi minum sempoi sungguh habaq hang. Kalau hang nak aku nak pi beli ayaq kat kantin ni .. nak pi belakon sakit perut tak boleh posa kat makcik kantin hehe"

Saiful Bakhtiar : Wehhh!!!! hang nak pi mana..? hang lupa kaa.. kita kena batal posa dulu... baru boleh makan..

Aku : huh!!!.. nak buat macam mana tu..?

Saiful Bakhtiar : Tu laa hang dalam kelas ustazah ajaq hang tak mau dengaq. Hang ingat kan Ustazah ada habaq.. perkara2 yang membatalkan posa.

Aku: oohhhh aku tak ingat apa dia ( mendengar dengan khusyuk sambil tangan masih memetik daun di pokok yang hampir separuh botak)

Saiful Bakhtiar : Haa Ustazah ada habaq tadi salah satu benda yang membatalkan posa ialah memasukkan sesuatu dalam rongga seperti hidung dan telinga.

Aku : ohhh camtu.. habih tu kita nak buat camna..? nak bok masuk apa bagi batai ..?

Saiful Bakhtiar : haaa kita kena korek idung dulu bagi batal posa .. baru boleh kita pi beli ayaq.

Aku : ohhhh camtuuu..


Tatkala itu, kedua2 budak yang mengikut ajaran songsang itu sibuk mengorek idung di blakang sekolah sunyi sepi dengan penuh rasa tawaduk dan rendah diri demi membatalkan puasa.

Aku rasa bersih serombong punya duk servis.


Daif sungguh aku time tu...







Tuesday, August 25, 2009

Ramadan Day 4 - Kronologi Seorang rider dalam mendirikan masjid




Isnin 17/08/09

Shoot ke Jabatan Agama Islam Selangor di Bangunan Sultan Idris di Shah Alam untuk ambil borang permohonan berkahwin since menetap di selangor kena mohon dan dapat pengesahan pemastautinan di Selangor. Ujan lebat sangat... tak dapat parking yang dekat so parking tempat yang jauh sekali. Pakai payung sambil meredah ujan dengan muka jambu. Hujan lebat .. ribut teruk payung terkuncup ke atas akibat bertarung dengan ribut. Baju basah kuyup. Ambik borang permohonan berkahwin 3.. ehh silap.. berkahwin 1. Dalam opis sejuk gedi mengigil awek kaunter depan dah pandang lain.. musti dia ingat aku mat gian. Balik sangkut dalam jem. Lupa pulak kencing awal2 cuba cari rubber band dalam kereta nak ikat tapi tak jumpa. Urat pundi kencing kremmmm!!!

Selasa 18/08/09



Temankan tunang uruskan insuran dengan member dia si Zul ex officemate dia. Then shoot ke Klinik Kesihatan Cheras di PGRM untuk buat ujian HIV. Penuh umat semua pakai mask. banyak kes demam n batuk. Kiri kanan aku duk kohh kohh kehhh kehh bersin selsema.. cuaq gak siap uncle tu srettt hingus calit kat kusi.. Mujur beli mask kat 7E bawah.





Amik no giliran kat kaunter, Jururawat sempat main2 mata sambil pakai mask... sempat duk melawak lagi dengan member dia. Cek balik no whattttt!!! ada lagi 90 orang duk tunggu turn. Last2 terbongkang atas kusi sedar2 semua perati aku... sah confirm aku berdengkur kuat habis segenap floor tu dengar. Kemaluan sungguh hari tu.. mujur pakai mask.. kalau tak confirm nganga lagi luas..



Turn dah sampai masuk dalam balik no 6. Ada sorang medical officer dalam tu. Muka macam brutal pakai smart.. skali dia bukak mulut.. lembut pulak.. aduh .. harap misai jaa lebat. Sebelum buat HIV test, explain about HIV, AIDS.. bagi penerangan. Then sambil tu selit2 tanya pasal aku.. duk mana.. keje mana lain macam ja aku tengok sotong ni. Then do the HIV test. Rupanya test dia bukan macam amik darah yang banyak kat lengan tu. It just macam orang check for sugar glucose level kena ketip skit kat hujung jari.. sempat lagi cakap tu.. " Jangan terkejut yer.. saya buat pelan2 untuk awak" then boleh cakap.. " Hmm lembut tangan awak" apakahhh!! Silap timing ada yang terselit celah meja. Then lepas tu darah tu.. drop atas the test kit. Within 10 minutes dah dapat result. So far Alhamdulillah negatif .. im free of HIV beb.. Then dapat surat doctor challoooo


The test kit on the right tempat drop darah. Then on the left is the indicator. If 1 line appears means negatif if two line appears.. positive of HIV


The test kit


Rabu 19/08/09



Masih lalok.. tak cukup tido hari ni. Since smalam stay up work late in the office. Borang pemastautin dah isi.. Kena jumpa dengan Nazir masjid untuk dapat kan pengesahan. Looks like kena ada sorang saksi. Then kontek Hafiz tikus member PMC . Jumpat dekat Padang makan skali dengan dia dapatkan salinan IC and tandatangan sebagai saksi. Still aku tak sure mana Masjid di area Equinne Park... so aku teringat area bandar kinrara tempat aku slalu slalu after work. Shoot ke sana.. sampai tanya tok siak.. mana Nazir masjid. Tok siak cakap.. tengah dok golek tido. Tok siak pulak tak mau kejut.suruh bagi setengah jam lagi.. damnnn.. so tunggu dalam setengah jam aku tunggu. Dalam masa yang ada uruskan other paper work susun apa2 yang patut. Nazir dah bangun dengan lalok2 sign and cop apa yang patut.. Alhamdulillah pemastautin dah selesai. Still tak boleh nak proceed ke JAIS harini coz masih perlu 2 orang saksi kena bawak dan sign depan imam juru nikah.


Khamis 20/08/09

Still tak boleh proceed jumpa imam juru nikah coz saksi sorang lagi ada kerja.


Jumaat 21/08/09

Kontek no phone Imam Juru Nikah yang Nazir Masjid Bandar Kinrara. Bercakap dengan ustaz. Cuba tanya samada kalau saksi tak perlu datang hanya dapat kan tandatangan. But still tak boleh perlu kedua dua saksi datang dan sign di depan Imam. sigh.. then imam tanya

" Kamu duk mana" ,

" saya duk di Equinne Park Ustaz"

" Dah tu kenapa kamu mohon pemastautin di Bandar Kinrara ni bukan dalam qariah saya"

"Huh...? saya mohon sebab tak pasti mana masjid yang boleh saya dapat kan pengesahan pemastautin"

" Cuba contact Imam Juru nikah untuk qariah kamu borang pemastautin kamu tak boleh pakai ni kamu kena dapat pengesahan dari Masjid dalam qariah yang kamu tinggal"

" aduhh terima kasih Ustaz

Pening pala.. bercampur penat. Call Jais mintak no Imam Juru Nikah di kawasan Equinne. Rupanya ada. kenapa time aku pegi JAIS hari tu cakap takde pulak.I'm confused. Then contact Imam Juru Nikah. Rupanya aku perlu dapat kan pengesahan pemastautin di Masjid UPM Serdang.Shoot ke sana dalam pukul 3. Trus ke Pusat Islam UPM serdang. Dekat kaunter makcik tu cakap.. Nazir ada mesyuarat. Tak tau bila habis. Menunggu aku lagi kat situ... duk kat sofa.. since malam tak brapa cukup tido.. aku terbongkang lagi kat sofa tu. Sedar2 bilik tu penuh dengan orang.. yang baru keluar mesyuarat sibuk dengan jamuan. Kemaluan lagi aku hari ni. Alhamdulillah at last dapat jugak pengesahan from Nazir masjid. Jam di tangan sudah pun pukul 5.40. So tak sempat nak settle dengan imam jurunikah n bawak 2 orang saksi untuk tandatangan. Sighhh fight another day

Selasa 25/05/09


Menyerbu rumah Imam Juru Nikah

Call Sajen and Hafiz dua orang member aku sebagai saksi aku.Alhamdulillah dua2 free so shoot gi amik sajen di kajang si Hafiz pulak drive sendiri dgn wife dia. So meet up depan Petronas Equinne then shoot ke Taman Universiti jumpa Imam Juru Nikah yang bernama Hj Sakdon Bin Wasbor confirm JOWO ni.. haha.

Tuan Hj Sakdon di Office depan rumah dia.. haha muka serius jaa



Apis Tikus Saksi Pertama aku


Sajen Saksi kedua aku


Sampai bagi salam.. takde sapa sahut.. kalu ketiga baru Tuan Haji keluar. Muka serius sungguh. Salam dengan Tuan Haji then pass semua form kat dia. Semua senyap termasuk dengan 2 saksi. Ustaz duk sibuk membelek segala borang2 yang aku tulis.Sekali dia sound dengan suara garang.. " NI BETUL BUJANG!!" . Gulp jap aku.. " ye ustaz bujang trang tang lagi.. " . Then mintak turun tandatangan pemohon then diikuti dgn 2 orang saksi muka sekor2 cuak jer bila jumpa Hj Sakdon tu.. garang betul.

Then once dah di cop di sahkan oleh Imam Juru Nikah. Salam member2 kasi upah something skit.. hantar sajen balik.. aku trus shoot ke Shah Alam balik ke JAIS untuk submit permohonan untuk mendapat kan Surat Kebenaran Berkahwin.



Once dah sampai amik Temp Pass kat kaunter then naik ke tingkat 6. Sunyi jer offic tak ramai orang. Jumpa awek kat kaunter. Happy semacam jer sengih jer.. ntah apa dia duk syok aku tak tau.






Proses untuk mendapat surat kebenaran memakan masa less than 1 hour. Maybe becoz tak ramai kot. At last Syukur Alhamdulillah selesai part aku.. fuhh.. dah dapat kebenaran kawin ni.. siot jer member aku siap cakap.. "haaaa dah dapat kebenaran kawin dah ni.. boleh kawin macam Akil Hayy dgn Waheeda kat siam" .. hahaah.. " Kelapa hotak luuuu "


Surat Kebenaran berkahwin

Lengkap Kronologi aku. Lepas ni pass kat pihak perempuan pulak uruskan.

Kesimpulan :

Selangor menetapkan 2 orang saksi macam leceh sikit. Even wilayah persekutuan takde saksi langsung. Coz timing saksi2 pun tak tentu. Bukan senang nak dapat 2 orang serentak spare their time keluar waktu kerja nak uruskan hal ni.

Kena make sure betul2 tahu which qariah yang kita betul2 duduk dan di mana sepatutnya Masjid yang berada dalam qariah kita.

Ya Allah permudahkan dan lancarkan segala urusan ku.




Sunday, August 23, 2009

Ramadan Day 1 - Berbuka bersama family, Settle urusan kahwin, jalan2 cari makan



Sabtu pagi lepas kerja, aku, tunangku dan kedua2 adik ku gerak balik ke Penang. Since hari ni merupakan hari pertama berpuasa, aku decide nak balik berbuka bersama family.Lama dah tak berbuka bersama.. lagi pun depa berdua jaa di Penang.Ini laa masanya nak berbuka bersama keluarga tersayang.Driving pagi tadi agak mengantuk bagiku.. since smalam bersengkang mata agak lewat settlekan issue di office. Aku redah jugak mulanya drive since semangat nak balik hometown. Tapi dalam keadaan lalok ngantuk.. aku terpaksa akur akan sifat semulajadi tubuh badan kita yang penat selepas seharian bekerja. So stop tepi jalan, Aku pass kat adik aku drive pulak. Sepanjang perjalanan memang aku lelap saja.. sekali skala terjaga bila adik aku melayan merembat dengan kereta aku.. aku celik jaa aku sound "HAIPPPP!!!"

Aku balik kali ni jugak untuk uruskan baju kahwin sebelah aku nanti. Serius lama dah tertangguh kak kiah yang merupakan wed planner aku pun dah lama tak jumpa last jumpa pun waktu aku mintak extend kan tarikh perkahwinan since aku perlu uruskan hal kesihatan Ayah aku pada waktu tu. Insyallah aku berdoa agar kali ni semua akan berjalan lancar. Doakan aku kawan2.




Alhamdulillah disebabkan driver merupakan driver F1 jadi kami semua selamat sampai dalam pukul 11 lebih. Lama dah aku tak balik kampung ku.. kalau balik pun sebab nak jadi driver mak ayah aku jer ke KL. Kira cuma tadi import driver. Pegi naik bas..sampai Penang angkut semua jadi driver dorang ke KL pulak. Kali ni merasa laa dapat berbuka bersama family.

Tapi kali ni agak special skit coz ni pertama kali tunang aku berbuka bersama family aku.Bagi sapa2 yang masih ada mak ayah tu bawak2 laa balik ingat mak ayah.. kesian berbuka berdua.. skali skala kalau kita dapat berkumpul ramai2 terubat rindu depa hilang rasa sunyi tu.. aku akui memang sapa2 pun akan berasa sunyi.. kebiasaan dari kecil kita berbuka bersama2 mak ayah sanggup sediakan juadah untuk kita sanggup beli itu ini semata2 kerana kita berpuasa.Membaca doa berbuka bersama2.. riuh rendah di dapur meja makan dengan suara anak2. Kalau nanti mak ayah dah takdak tak guna dah time tu.. so masa depa ada laa kita patut buat semua tu. Aku cuba mengingatkan kawan2 tak lupa juga pada diri aku sendiri. Selalu aku ingatkan diri aku.. anything FAMILY 1ST!!. Itu satu2nyaa anugerah Allah Taala pada kita. Cuba bayangkan brapa ramai tahun ni yang menyambut ramadan tanpa mak ayah. Bagaimana mereka rasa.. apakah perasaan mereka pada waktu itu.. Ramadan takkan sama.. seperti tahun2 yang lain. Begitu jugak apa yang aku rasa.. Tahun lepas aku kehilangan Tokwan yang disayangi. So tahun ni maybe tak sama dengan tahun2 yang lain. Kurang satu Ahli keluarga.. yang pasti tahun ni sure rasa kehilangan arwah tokwan.

Once dah balik berehat dulu dekat rumah then lepas zuhur shoot ke kedai kak kiah di area PISA.Nak pegi discuss and decide bout wedding aku. Fuhh.. memang lawa kedai kak kiah skang lepas berpindah macam butik dah haha.. neway kagum aku tengok org melayu yang berjaya dalam business dalam Penang. Rata2 nak tengok orang melayu betul2 maju susah since apapun kena compete dgn Cha nun alif tuu.


Di butik kak kiah.. haha masih lagi belum decide which colour

Aku still tak decide lagi apa kaler nak pakai haha.. belah pompuan dah confirm.. aku ni part2 benda2 camni serius mana tau sgt. So hari ni aku dengan tunang aku membelek2 laa baju2 and also decide dari segi catering apa semua. So far alhamdulillah dah dapat decide hari tu. Finally.



MERE NAM' .. Inspektor SAHABBB BOMBAY POLICE STATION HEYY

Waktu berbuka pun makin hampir.. lepas uruskan hal kahwin, masa yang ditunggu2 telah tiba.. dah lama tak menjenguk suasana pasar ramadan di Penang. So we all shoot ke Pasar Ramadan kat Masjid Bayan baru. Yeah bila tiba bulan Ramadan like we all expect memang macam2 laa makanan yang ada.. ni laa masanya nak merasa makanan yang lama ni duk ngidam haha :) Lets check out apa makanan yang menarik di Bazar Ramadan di Masjid Bayan Baru :)



Macam biasa setiba di perkarangan Masjid menuju ke Bazaar Ramadan.. kami di sambut dengan asap2 yang membawa bau bauan yang mampu mengoyah iman.. yaaa Ayam percik.. banyak betul aku tengok dorang panggang hari tu. Terdapat berbagai2 saiz dan bentuk harga bergantung pada size ayam.. ada kepak, ada dada bermacam2 lagi.



Sedang menyerbu gerai2


Krohhh... krohhh naim.. abg perlu cari popia dan karipap giant ini soal hidup dan mati ni... krohh krohhhh



Popia Basah


Popia Goreng

Finally jumpa salah satu faveret aku haa kalau belah utara.. especially penang.. memang fames dgn popia.. slalunya ada dua jenis.. satu basah satu goreng.. kalau yang basah tu means.. dia raw dari kulit popia tu dan inti dia ussually inti dia taugeh,udang bawang goreng. Kalau yang goreng macam biasa laa digoreng. Perghh dahsyat aku tengok dia goreng popia betapa banyaknya..



Ini pulak dia panggil kuih onde2.. maybe ramai yang biasa tengok kan. Ussualy kuih ni luaran dia disalut dengan parutan kelapa dan isinya pula diisi air gula. Best makan kuih onde2 ni.. kalau makan depan membe2 pastikan anda mengunyah perlahan2.. kalau tak bila kunyah nanti dia CREETTT!! air gula kena member hangpa




Ini pula kuih yang di panggil pan cake atau pun habuk2. Kerana bentuknya seperti debu2 habuk2.. sapa2 yang tak pernah cuba aku suggest korang cuba.. inti dia disalut dgn isi kelapa dengan gula.. slalu waktu aku kecik2.. aku slalu cakap kuih ni kuih yang ala yang makcik2 slalu duk make up2 tempek2 muka tu .




Mana chef punya topi dia kebas waktu masak murtabak



Ini orang belah utara orang panggil Tepung talam. ada tepung talam ubi kayu, tepung talam keladi. Seri Muka pula ada kaler hijau which is pandan n kaler brown.




ayam2 yang telah terkorban. maka jadi laa ayam golek




Ini pulak serabai . Sejenis makanan yang diperbuat dari tepung.. agak nipis skit dari lempeng. Ussually jarang nak nampak time bulan biasa. Time ramadan laa baru menjelma kuih ni. Kuih ni biasanya di makan dgn kuah sirap gula melaka or kuah durian. Memang layan serabai ni. Teringat dulu time keja USM aku slalu beli dekat area Taman sardon tu.




Haa ni pulak kuih koci. Kuih yang diperbuat dari tepung jugak tapi dalamnya mempunyai inti kelapa manis. Then disalut pulak dengan santan sebelum di balut dengan daun pisang. Slalunya orang takdak gigi boleh laa makan gonyeh kunyah jgn tak kunyah..



krohhh krohhh makanan sudah berada didalam tangan.. ada tunggu apa lagi.. mari balik berbuka.. krohhh krohhhhh Selamat berbuka geng..





Friday, August 21, 2009

Tazkirah Jumaat : Ramadan dan Keistimewaannya




Muqadimah :

Setiap tahun Ramadhan al-Mubarak disambut meriah sekali dengan pesta makanan yang terdiri daripada pelbagai juadah dan cita rasa serta jamuan berbuka puasa. Bazar-bazar Ramadhan juga tumbuh bagaikan cendawan pada musim hujan. Alangkah ruginya kita jika itu sahaja yang diraikan tanpa amalan yang berlipat kali ganda kerana Ramadhan telah diiktiraf sebagai bulan yang terbaik daripada bulan-bulan yang terdapat dalam Islam. Oleh itu, rebutlah peluang pada bulan Ramadhan untuk melipat gandakan amalan kerana ia terlalu istimewa.


Keistimewaan Bulan Ramadan

Ramadhan al-Mubarak mempunyai banyak keistimewaan dan kelebihan. Di antaranya ialah :-

1.
Bulan untuk memperbanyakkan dan menambahkan pahala.

Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:-

Sekiranya hamba Allah mengetahui hakikat kelebihan yang terdapat pada bulan Ramadhan sudah pasti mereka mengharapkan supaya bulan Ramadhan itu kekal sepanjang tahun”.
(Riwayat At-Tabrani)

2. Selamat daripada gangguan syaitan

Maksud Hadis Nabi S.A.W.

Apabila tiba sahaja bulan Ramadhan maka terbukalah pintu syurga, tertutuplah pintu neraka dan terbelenggulah (diikat) akan syaitan ”.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

3. Bulan yang dapat menghapuskan dosa

Maksud Hadis Nabi S.A.W.

Solat lima waktu (yang didirikan) dan dari satu jumaat ke satu jumaat, dari satu Ramadhan ke satu Ramadhan menghapuskan di antaranya dosa-dosa (kecil) selama mana dijauhi dosa-dosa besar”.
(Riwayat Muslim)

4. Pahala amalan wajib yang dilaksanakan seperti pahala melakukan tujuh puluh amalan wajib manakala pahala sunat yang dilaksanakan mendapat pahala seperti amalan wajib.

Maksud hadis Nabi S.A.W:-

Daripada Salman r.a. ia berkata: Telah berkhutbah Rasulullah S.A.W. pada hari terakhir bulan Syaaban dan sabdanya:- Wahai manusia sesungguhnya telah datang kepada kamu satu bulan yang agung lagi penuh keberkatan (bulan Ramadhan) iaitu bulan yang ada padanya satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan, bulan yang Allah jadikan berpuasa padanya suatu kewajipan dan berqiamullail (beribadat pada malam-malamnya) sebagai amalan sunat. Sesiapa yang mendekatkan dirinya kepada Allah pada bulan itu dengan melakukan amalan kebajikan (amalan sunat) maka ia mendapat pahala seperti melaksanakan perintah yang wajib dan sesiapa yang melakukan suatu amalan yang wajib pada bulan Ramadhan maka ia mendapat pahala seperti orang yang melakukan tujuh puluh (70) amalan fardhu.”

*courtesy of Jabatan Agama Islam Pulau Pinang





Wednesday, August 19, 2009


PCC Presidential Ride 2009 - D day



Bangun seawal pagi tido2 ayam jaa brapa kali terjaga aku rasa pukul 4 baru tido.. serius tak boleh nak tido.. mengenangkan Event jamboree yang akan aku sertai.. perghh ramai siott..berdebar2 duk membayangkan segala cabaran yang aku akan tempuhi. Lepas solat subuh aku turun ke parking lot dengan bike aku dan segala equipment .. sumbat semua dalam kereta. Then shoot ke Maulana Serdang ambil Haitsan since dia naik dengan aku lepas tu shoot trus ke Broga lalu LEKAS highway. So far cuaca pun ok .. harap2 tak hujan.

Dah sampai dekat Nottingham University dekat pukul 8.00 dah coz lambat sebab tunggu member haitsan yang tak muncul sorang lagi. Kelam kabut jugak setup bike semua... dari jauh dah dengar macam semua rider dah dilepaskan.. aku kayuh menuju ke tempat start tu dengan member sorang lagi.. skali depan aku beratus2 rider kona menyenget depan aku.. Sahh!! dalam hati aku confirm dah start ni.. apa lagi cilok join trus laa


Terbahagi kepada 4 stage


Stage 1 - (21KM)

Start keluar dari entrance Nottingham University perghhh.. bayangkan beribu umat kalau tak silap aku 1 ribu lebih peserta hari tu.. tayar mountain bike yang gedabak tu semua dah bunyi macam landrover.Sampai dekat section offroad.. memang kena beratur laa masuk sesak since terlalu ramai.Laluan bagi stage 1 tak lah teruk sgt.. eventho ada bukit tapi landai.. so far memang layan banyak lalu kawasan pokok getah . Downhill single trail pun teknikal memang layan. Stamina aku time tu masih boleh menten lagi.. food supply powerbar, Powerbar triplethreat masih tak sentuh.. air pun masih banyak bila sampai kat CP1.


Sesak waktu permulaan



Waktu aku kat Stage 1 sempat berkenalan dengan rider2 lain. Tapi serius terkejut jugak aku mula2.. since ramai yang tegur and kenal aku.. aku pun tak kenal sapa2 tengah duk pulun ride sekali ada orang tegur aku.. " Ni bro rezdrake kaa Balada Programmer Jalanan tu.. aku slalu follow blog ko" dalam hati aku.. pergh.. ada jugak orang baca blog aku hahaha. Ada yang dari jauh duk jerit riezal!! pada yang jerit2 nama aku ari tu.. sorry laa tak sempat nak berkenalan tapi aku perasan korang panggil tu dari jauh.. aku ada angkat tangan.Tak sangka sebenarnya ada jugak yang baca blog aku yang merepek tu.Apapun.. thanx for the support..Ramai jugak yang tegur aku hari tu ada yang dari JB, Penang, Perlis.Dan tak lupa jugak member2 yang aku kenal bebudak from PCM, Akmal from akmal's bikepark pun turun.. hehe at berjumpa jugak, MKA dari geng PERS(Putrajaya Easy Rider)



Ni salah sorang member yang tegur aku kenal dari blog aku..tak silap aku nama dia Najib dari JB ingat lagi waktu dia tegur " Rim beskal macam penah tengok, beskal ni macam kenal, arm warmer pun ye jugak.. sah.. Balada programmer jalanan ni kan" adehh lekat nama tu trus. Siap jemput aku ke JB lagi.. ride kat sana.. beskal pun dia supply haha.. nice to me you bro.. insyallah ada kelapangan aku turun kesana nanti.

Akhirnya aku berjaya sampai ke CP1 so far tak brapa rasa penat lagi.. bagi aku CP1 tu easy flowing bukit pun tak brapa tinggi.. tapi trail dan track memang aku happy sgt memang serius layan.. macam nak kena ripit lagi ni next time.


Sampai ke CP1 refill water supply dengan pisang


Suasana di CP1

Then lepas dah refill air.. makan apa semua.. aku proceed ke Stage 2

CP2 Stage 2 (19KM)

Since Stage1 tadi aku dah push diri aku.. all out for stage 2 memang aku kena slowkan pace aku.. serius stage 2 memang aku rasa sangat2 mencabar banyak climbing so far bukit semua rideable .. cuma tahan dengan tak tahan jer. Brapa kali jugak aku berhenti tapi cuba berhenti sekejap saja.. cuba lawan mind aku cuba untuk completekan.. eventho 19KM tapi aku rasakan lebih lama compare dari stage 1 perhaps trail yang berbukit2 membuatkan kita rasa lama. Memang saiko betul bukit2 dia bayangkan tengah climb.. bila sampai ke satu puncak ingatkan dah masa untuk downhill skali ada sambungan naik lagi.. pergh itu yang menambahkan penat..

kali ni di stage 2 aku berasa tergugat.. panik pun ada since water supply aku hampir habis.. gelabah jugak since memang takde water supply di mana2 lagi unless di CP2 nanti. Powerbar pun makin berkurangan ditambah pulak dengan cuaca yang panas terik tiada lagi canopy.. pokok2 untuk berteduh since dah banyak track yang open.. memang dah rasa penat sangat.. aku cuba redah jugak setapak demi setapak.. cuba untuk kurang berhenti..


Trail yang open dengan cuaca yang panas terik

Alhamdulillah aku selamat jugak sampai ke CP2. Waktu tu memang dah lemah gila 2kilo terakhir dah kering waterbag aku.. bila sampai ke CP2 tengok ramai berkerumun makan macam setahun tak makan.. menimbun botol2 air yang dah abis.. punya laa banyak pisang2 tapi yang special dekat CP2 compare CP lain.. depa serve tembikai.. aku pun tak leh bajet apa yang aku dah bedal.. macam2 yang dah disumbat disebabkan lapar dahaga haha.. tapi aku sempat sampai sebelum 12.30 since every checkpoint akan ada timing.. jikalau melebihi masa dari yang di tetapkan, kita tak dibenarkan continue ke stage seterusnya. Dalam hati aku waktu tu.. rasa macam nak teruskan jer Stage 3 tapi rasanya memang dah tak terdaya.. aku dah banyak waste tenaga di CP2 disebabkan sesat jalan.. so aku ambil keputusan tamat di CP2.



Suasana di CP2


Baru sampai





Stage 3, Stage 4 cehh buat malu jaa.. puikkk!!!


Mka, aku dengan Akmal tiba di CP2.. baru laa sempat nak berborak.. since masing2 merehatkan diri setelah bertarung di CP2. Aku perati organiser dah mula tutup laluan track untuk stage 3 so.. memang melepaslaa.. aku hajat di hati nak belasah tapi bila fikir memang dah tak mampu lagi.. so aku stop laa kat sini.



aku dengan MKA member yang baru kenal


Cepat jaa botol clear




Details for the next stage di CP2


Dengan bro Ibrahim geng baru kenal jugak


with Akmal's Bikepark dari JB tu mai..


Total time for 40KM - 4:30

So lepas melantak tak hengattt, aku dengan MKA gerak balik mengikut Chicken loop yang telah disediakan menuju ke Nottingham University. Kena kayuh lagi 10KM untuk balik pergh time tu perut dah penuh.. penat ye jugak panas terik jugak time tu.. stop kejap dekat Bus Stop pekan Broga berehat. Still ada saki baki yang melalui kawasan tu memang boleh agak semua quit kat CP2 ni. Last2 aku dengan MKA decide skitch satu kereta slow satu uncle ni untuk balik.. panas jer bebudak yang duk kayuh balik . Aku tengok si MKA duk kembang idung jaa kat blakang.. dia pun duk skitch sama hahaha.


Aku skitch di depan


MKA skitch dari blakang haha..







Apa aku rasa...? aku still frust coz aku tak dapat nak complete lagi dua stage padahal stage 3 tu cuma 9 Kilo bukit takde tinggi sangat and ramai yang cakap Stage 3 tak seteruk Stage 2 adeh.. kena tunggu next year untuk cuba lagi.. insyallah next year aku try to complete kesemuanya. Tapi aku still frust.. damnnn..