Sunday, May 31, 2009
A Confessions of an ex-smoker Part 10
Hari Tanpa Tembakau Sedunia 2009
Pada saat ini.. pada detik ini pada waktu ini tercatat laa sejarah.. setiap tahun Hari Tanpa Tembakau sedunia. So sebagai bekas perokok tegar, aku menyeru sahabat-sahabat aku yang merupakan perokok2 tegar dan juga perokok2 tegar yang membaca blog aku ini.. cuba2 dan bawak2 laa berhenti. Tak rugi pun berhenti.. malah lebih menguntungkan..duit yang tiap2 hari digunakan untuk membakar rokok pun dah tak perlu di belanjakan lagi.. malah anda merasakan tiap2 bulan, duit anda ada lebih.. percaya laa cakap aku.. coz aku dah melaluinya.. tiap2 bulan ada jer lebih cash kat tangan.. kadang2 aku pun heran macam mana ada lebihan duit setiap bulan.. bila aku fikirkan balik.. baru aku sedar duit lebihan itu datangnya dari tidak merokok.
So kawan2.. fikir2kan kan laa.. cuba fikir balik.. kemana rezeki yang Allah Taala berikan pada korang.. apa yang korang buat dengan rezeki yang Allah Taala berikan. Dengan duit yang tiap2 bulan kita tak merokok.. apa yang boleh kita dapat..jika sekiranya kita tak merokok ? setiap bulan kita belanjakan untuk rokok contohnya 400 ke 500 ringgit sebulan.. bayangkan setiap bulan kalau kita tak merokok.. kita dapat simpan 500 ringgit sebulan. Kalau setahun kita simpan sebanyak 500, kita dah ada simpanan sebanyak 6000 ringgit. Itu belum masuk compounding interest atau dividen lagi. Bayangkan kalau kita dapat menten dalam masa lima tahun untuk tidak merokok. Setahun 6000 ringgit.. kalau 5 tahun secara sedar tak sedar anda dah berjaya menyimpan sebanyak 30,000. kenape..? tak percaye..?
30,000 beb.. dalam masa 5 tahun.. macam aku cakap tadi jugak.. itu belum masuk lagi dividen bonus yang bank berikan .. contohnya ASB.. 8 to 9% dividen.. cuba korang amik calculator tu dan mula mengira.... nganga korang wa cakap lu.. aku pun terlopong jap..
Macam tu juga sebaliknya.. kalau selama 5 tahun korang sambung hisap rokok.. 30,000 korang dah rugi dalam masa 5 tahun.. dah laa duit abis pastu mula duk batuk keh koh keh koh keh.. duk urut2 dada.. pagi2 duk buang kahak.. sakit pala blood pressure duk naik jaa.Dalam 5 tahun aku rasa macam mana laa organ2 part2 dalaman korang time tu.. bila aku tengok balik gambar2 yang duk pelekat kat kotak2 tu .. aku pn seram.. bila fikir balik brapa lama dah aku berkecimpung dalam arena merokok ni. Aku duk terbayang.. macam mana paru2 aku.. hitam sgt ker..dah reput ker.., jantung aku... dah problem ker..
Bagi aku 5 tahun bukan satu masa yang lama.. dan dalam 5 tahun tu jugak .. brapa juta batang rokok dah korang selamat hisap... dan brapa cantek paru2 korang.. brapa cantek organ2 dalaman korang waktu tu.. aku pun kadang terfikir.. makin kita tua.. makin truk tubuh badan kita.. sedangkan kita sendiri boleh mengubahnya.. sepatutnya makin tua makin kita cuba fitkan badan kita.. bila dah tua.. time tu.. dengan semputnya.. wayar berselirat masuk kot lubang idung, masuk kot mulut.. terlentang atas katil.. dengan macam2 machine yang korang nampak semuanya graf duk naik turun.. dan masa tu.. baru nak rasa menyesal?. Organ2 dalaman dalam tubuh kita ni.. bukan macam kedai halfcut.. rasa radiator kong.. boleh jaa pi cari pilih2 yang mana2 berkenan tengok spare part mana yang boleh tukar.. kalau paru2 kita pun ada kat kedai halfcut aku rasa ramai dah buat macam tu.. bila kita dah sakit dan terlentang atas katil.. bila masa kita boleh beribadat waktu tu..? Nak tunaikan rukun islam ke 4 menunaikan Ibadah Haji pun aku rasa dah tak boleh dah.. baru nak menyesal..?.
Aku rasa masa tu dah terlambat beb. Kadang2 cuba fikir balik kemana masa dan tempoh Allah Taala berikan pada kita dimuka bumi ini.Apa yang dah kita buat selama kita hidup di muka bumi ini.
Apa pun tak rugi mencuba untuk berhenti... yang penting cuba.. aku dah laluinya.. so far Allhamdulillah.. aku dah tak rasa ketagih dah.Aku akui memang betul2 susah untuk berhenti.. dan aku pasti sapa2 yanng melaluinya.. confirm akan rasa sesuatu yang hilang korang akan rasa diri macam tak best.. tiap harap korang akan rasa life tak bermakna.. hidup sunyi.. dan masa tu korang akan kena depress murung.. rasa tak guna.. rasa tak tentu arah.Tapi korang kena mencuba.. bila dah lepas benda tu insyallah korang takkan rasa dah lepas tu.. infact korang akan kagum.. fuhh banyak ari tak merokok tak sedar pun yang korang perlukan rokok ..even tak terfikir pun. Cubala untuk sehari dan setiap hari cuba tambahkan hari untuk tidak merokok.. cari aktiviti2 yang korang berminat yang korang rasa boleh habiskan masa dekat situ.Mintak dengan Allah berdoa supaya kurangkan rasa ketagihan tu.. Allah tu Maha Mendengar.. Dan cuba slalu ingat brapa banyak yang korang boleh simpan dalam masa 5 tahun berapa banyak hutang credit card/personal loan rumah korang yang boleh korang selesaikan.. insyallah you are one step ahead to financial freedom.
Read my other stories on smoking sempena Hari Tanpa Tembakau sedunia
A Confessions of an ex-smoker - The Beginning
A Confessions of an ex-smoker - Part 1
A Confessions of an ex-smoker - Part 2
A Confessions of an ex-smoker - Part 3
A Confessions of an ex-smoker - Part 4
A Confessions of an ex-smoker - Part 5
A Confessions of an ex-smoker - Part 6
A Confessions of an ex-smoker - Part 7
A Confessions of an ex-smoker - Part 8
A Confessions of an ex-smoker - Part 9
Labels:
confessions of an ex-smoker

3 comments:
tahniah rezal! sebab dah bjaya benti 100%.
bile la encik rizal ku nak benti jugak ni? huhuhu. susah la smoker ni. kalo kite bising2 dikate bebel plak. padahal, kite risau psl mase depan die jer. hmmmm
utk perokok tegar... kompem tak lalu nak pegang rokok
http://farizansalleh.blogspot.com/2009/03/awas-perokok.html
mun-e/
Thanks mun-e benda ni takleh push2 dia sgt its better dia sedar sendiri.. kesedaran tu penting.. once diri dah sedar insyallah takyah nasihat apa pun dia dah leh fikir sendiri. neway slamat berusaha memberi sokongan pada dia untuk quit :). Chaiyok2
Post a Comment