Tuesday, August 31, 2010

Rezdrake's Kitchen : Edisi Raya - Episode Biskut Mazola

Sabtu Ahad lepas merupakan hari yang agak rilek buat aku dengan wife dan juga adik aku yang duduk bersama aku. Minggu ni aku tak balik ke Penang.. mahu pun ke Beserah.. so kami bertiga melakukan sesuatu yang berfaedah.. iaitu membuat kuih raya.

Ini laa pertama kali aku dan wife aku bersama-sama membuat kuih raya..duduk di rumah sendiri.. buat hal sendiri.Dulu waktu aku duduk dengan family, aku dan adik2 laa menjadi assistant mak aku buat kuih raya. Teringat waktu dulu2.. sebelum kawin tolong mak aku buat kuih raya.. siang aku dengan adik tekun bertungkus lumus membuat kuih.. tiba nya waktu berbuka..aku dan adik2 membalas dendam dengan membelasah kuih2 raya yang dibuat pada siang hari..sampai licin.. mau tak mengamuk mak aku waktu tu .Semenjak insiden itu, mak aku pun telah mengetatkan polisi kuih raya dengan menyelotep segala balang2 dan juga bekas kuih raya selepas siap.. akibatnya.. waktu raya laa saja dapat merasa.padan muka haha

So since first time buat kuih sendiri kami bertiga belasah jer.. mujur ada supervisor merangkap Projek Manager iaitu Wife aku haha. So dalam Episode Rezdrake's Kitchen Edisi Raya.. kami membelasah buat Biskut MAZOLA.

Haa tuu supervisor tengah menyiapkan ramuan untuk membuat biskut mazola.

Ini pula Buruh Paksa tak bergaji No 1 aka Naim ShakeJuntson seorang yang cekap berdedikasi dan mempunyai kemahiran membentuk kuih mazola tanpa menggunakan acuan yang dipangil Teknik "GENTELICIOUS" hasil dari perguruan bersama Mak dia selama 5 tahun berturut-turut. Special Power - "Gentel ShakeJuntson"

Ini pula yang berbaju putih.. buruh paksa yang tak bergaji no 2. Salah satu staff yang berkemahiran tinggi yang mendapat pendidikan awal di rumah dalam menghabiskan biskut mazola bila tibanya waktu berbuka. Mempunyai kemahiran dalam mengentel biskut mazola dalam apa jua bentuk..termasuk bentuk umpan dedak untuk memancing. Special Power - Dapat menelan 3 biji biskut mazola sekaligus dalam satu masa.

Kelihatan Supervisor membuat adunan terakhir . Kalau korang perasan first batch biskut mazola rentung.. haha timing tak betul.. Tidak kelihatan - Buruh No 2 yang lebih sibuk memberi arahan daripada membuat kerja.

Hasil dari ketekunan dan juga azam yang gigih mencari setting yang betul.. alhamdulillah jadi juga biskut mazola kami... fuh.. kuih raya pertama dari rumah aku.. freshly baked.. ada sapa2 nak order..? hahaha


Monday, August 30, 2010

DIY : Repair Power Window Saga LMST

Lama betul aku tak update blog.. sedar2 dah 16 hari aku berpuasa.. so far life Alhamdulillah semua dipermudahkan...puasa pun alhamdulillah. berat..? aku masih musykil masih di tokok lama.. tapi nak kata aku craving sgt makanan2 dekat bazaar ramadan.. jarang rasanya.. most probably ambil masa lagi untuk turun.. tapi kira bersyukur laa sebab tak naik masih menten.

Sementara menunggu untuk berbuka.. aku update la kejap blog ni.. Saga aku, power window pulak meragam kereta dah nak masuk 7 tahun.. mula la satu persatu dah mula buat hal biasa laa tu wear and tear aku suspek bracket power window ni dah patah sebab cermin takleh naik. Acctually costing nak upah tukar power window aku kat kedai aku tanya roughly 100 lebih.. gila aku rasa.. bazir aku rasa bagi kat apek2 accessories yang gila duk caj upah pasang yang merepek.

Power window pintu sebelah drive yang bual hal.

Alat2 yang diperlukan

Grease

Bracket Power window yang baru. Aku beli dekat kedai spare part kereta. kos cuma 35 ringgit. Kedai accessories caj aku 80 .. gila
Basically aku cuma beli bracket ni since aku suspek benda ni jer yang rosak atau jem. Motor power window aku akan pakai balik.
Cabut cermin checking on the bracket.

 Confirm memang bracket power window yang patah.Tak tahan betul proton punya part.. kena laa dengan harga dia.So memang confirm kena tukar.

Buka bracket yang patah tadi dari cermin.

Bracket yang patah yang telah dibuka

Lepas tu buka motor power window dari bracket lama

Bracket lama mengantikan bracket baru yang akan di pasang
Sapu grease untuk bracket baru


Selepas dah grease, masukkan kembali bracket ke dalam pintu tadi.

Motor power window tadi dipasang kembali dekat bracket baru tadi

Final adjustment.. insyallah bila dah adjust betul2.. harap2 smooth laa naik turun nanti



Alhamdulillah... its working.. wohooo






Thursday, August 19, 2010

Satu Hari Satu Kuliyah - Penghayatan Ramadan





  • Penceramah: Ustaz Kazim Elias
  • Tajuk Kuliyah: Penghayatan Ramadhan Download
  • Tempat: Surau Menara Celcom
     


Wednesday, August 18, 2010

Ayah yang tidak berhati perut


KUALA TERENGGANU: The woman who was attacked with acid is staying strong – but she will never forgive her husband for scarring their daughter for life.

“I will never forgive the man who harmed my kids. he is not my husband. He is a syaitan (satan). Because of him we are going to have a bleak Hari Raya,” said Che Ku Zaimah Ku Awang when Mentri Besar Datuk Seri Ahmad Said visited her yesterday.
Eight-year-old Nurul Dahyatul Fazlina Khalib was so badly disfigured in the acid attack that Ahmad sobbed openly when he saw her.

Even medical officers and members of the media who accompanied him could not hold back their tears.
But Ku Zaimah was strong. “This is takdir (fate),” she was heard murmuring.Speaking to reporters outside the ward, Ahmad said he was saddened by the attack and would render help to the family.

Even animals have instincts to not harm their offspring. I am baffled how a father could be so heartless,” he said.In the incident, a jobless man splashed acid on his family members after he failed to get a RM30 loan from his ex-wife.

Apart from Nurul Dahyatul Fazlina and Che Ku Zaimah, two others, Che Ku Zaimah’s mother Minah Omar and her brother Mohd Irfan Firdaus, 28, were injured in the 2am attack at their home in Kampung Sekayu in Hulu Terengganu.
The 32-year-old assailant fled shortly after the attack but was detained by police at 12.55pm yesterday at Kampung Kuala Poh, Pasir Nering in Hulu Terengganu.

The man had in his possession a 6cm-long knife, several morphine ampoules and a syringe when he was arrested.State Acting CID chief Supt K. Manoharan said the man tried to escape upon seeing the police team but was detained after a brief struggle.
He tested positive for drugs.

Aku memang tak paham.. dalam kita seronok bergembira menyambut Ramadan.. dalam kita gembira menjalani ibadah puasa.. masih ada lagi Binatang yang tak berhati perut... masih lagi ada syaitan2 berkepala hitam yang belum lagi diikat.... seriously aku memang bengang.. aku terlalu marah.... kenapa seorang Ayah terlalu kejam buat semua ni dekat Isteri dengan anak2 dia.. sanggup simbah acid mencacatkan anak sendiri yang merupakan satu anugerah yang Allah berikan kepada dia.... kadang2 kita lupa.. kita lupa untuk mensyukuri apa yang Allah berikan.Anak yang dikurniakan disia-sia kan macam tu saja..

Sebak aku bila aku baca pasal ni..besarnya dugaan.. besarnya ujian yang di hadapi oleh anak2 dan isteri dia..apa perasaan dorang bila menyambut raya nanti.. dengan muka yang dah cacat dengan hati dan perasaan yang dah hancur..  apa perasaan anak2 dia nanti.. macam mana anak2 dia nak berdepan dengan kehidupan yang masih jauh. Apa dosa anak2 tuu.. apa laa yang dia tahu sgt.. Ya Allah.. kau saja yang maha mengetahui.. Ya Allah kuatkanlah semangat mereka yang dizalimi, kau berikan laa azab yang setimpal dengan apa yang mereka lakukan.. ringankan lah beban.. mereka yang dizalimi dan ditindas.

Aku masih bengang.. marah.. tension.. geram.. lu memang binatang yang tak berhati perut...


Wednesday, August 11, 2010

Satu Hari Satu Kuliyah - Panduan Berpuasa



  • Penceramah: Ustaz Ismail Kamus
  • Tajuk Kuliyah: Panduan Berpuasa Download Download





Keindahan Ramadan


Alhamdulillah.. aku bersyukur..bersyukur ke hadrat ilahi.. kerana aku masih lagi diberi nafas di dalam jasad ku ini untuk mengecapi sekali lagi Ramadan yang telah tiba. Aku bersyukur pada mu Allah.. kerana masih lagi aku diberi peluang sehingga kini untuk aku beribadat kepada mu.. untuk aku menebus segala dosa2 ku... untuk aku meningkatkan tahap ibadat ku terhadap mu.. aku bersyukur kerana dikurniakan kesihatan yang baik untuk aku mengecapi kemuliaan Ramadan.

Tahun ni pertama kali dalam hidup aku menyambut bulan Ramadan dan juga berpuasa sebagai Seorang suami yang ditemani oleh Isteri ku yang tersayang. Aku bersyukur kerana dikurniakan seorang isteri yang baik,yang memahami diri aku,yang penyayang,yang senantiasa memberi sokongan terhadap apa jua yang aku lakukan. Love you dear.Aku bahagia dengan apa yang Allah berikan pada aku sekarang..segalanya cukup buat ku. Apapun.. tahun ni lebih bermakna buat aku.. kerana dapat aku berpuasa bersama isteri ku..berbuka bersama, mengerjakan terawih bersama... subhanallah.. tak dapat aku nak gambarkan macam mana perasaan aku.

Seperti setiap tahun.. apa yang pasti aku mahukan satu perubahan dalam hidup aku.. satu perubahan kearah kebaikan..satu perubahan baru di dalam diri ini. Insyallah dalam bulan Ramadan ini.. aku berazam untuk bangun malam melakukan qiamulail solat tahajudd , solat taubat, solat tasbih. Manfaatkan masa yang ada dengan selalu berzikir..tekun untuk belajar membaca Al Quran dengan lancar. Aku mengharapkan keampunan dari Allah atas dosa2 aku yang lalu.. yang pasti... Aku mengharapkan Ramadan kali ini penuh makna buat ku.. Insyallah..

Buat sahabat2 pembaca2 tegar blog aku.. aku ambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan, Selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh kesabaran. Aku memohon maaf jika sekiranya ada salah dan silap.. salah tutur kata atau ada apa2 yang menyinggung perasaan sahabat2 yang membaca diluar sana.. maafkan laa aku..

Jom kita pulun beribadat :)

 

Friday, August 06, 2010

Satu Hari Satu Kuliyah - Meraih Pahala Melebur Dosa







  • Penceramah: Ustaz Kazim Elias
  • Tajuk Kuliyah: Meraih Pahala Melebur Dosa Download
  • Lokasi: Taman Muhibbah


Thursday, August 05, 2010

Bagaimana Carbon Fiber frame dibuat

Ingin tahu bagaimana Carbon Fiber frame yang ringan tak hingat dibuat ?

Memperkenalkan... "The Stargate"


Here is a photo of their carbon fiber weaving mechanism they like to call “The Stargate”.  Basically, that orange robot arm feeds this silicon sleeve into the Stargate.  All of the carbon strands are then weaved around the silicon sleeve in a pattern dependent on the tube being made.  It’s fascinating to watch.  The whole process from start to finish is a completely new way of frame building, however the first part of the process shown below is similar to that of another manufacturer (as seen in the first 30 seconds of this video) .

Here’s a video of the Stargate at work:



BMC Impec Manufacturing Process from cycling tips on Vimeo.

This is what a carbon weaved tube looks like with half of it resin treated and the other half without treatment. It’s just a flimsy sock until it’s hardened with resin.

The final product

Satu Hari Satu Kuliyah - Bersabarlah Jangan Bersedih






  • Penceramah: Ustaz Ahmad Farid
  • Tajuk Kuliyah: Bersabarlah Jangan Bersedih Download
  • Kitab: Tafsir Ayat 127 Surah An-Nahl
  • Lokasi: Surau Al Iman PJ 19

Wednesday, August 04, 2010

Rocky Mountain Promotional ads




Rocky Mountain Altitude Promotional Video
from Aaron Larocque on Vimeo.


Its a Promotional Video created for Rocky Mountain.I dig the story line. Shows the lifestyle, the fun, how he enjoy riding and fishing.Superb vids directed by Aaron Laroque.



Skitch of the Day : The Tadano Crane

Tuesday, August 03, 2010

Ride to Kindergarten ?


Whoaaaa






How Much Hipster Can You Pack into a Jazz?




Honda is targeting fixie rider..? :) I guess in  2012, they will be loading fixed freestyle bikes onto roof racks for fixed downhilling hahah


Kinda funny commercial :).




Keyword search (rezdrake.blogspot.com)

Heheh.. sedar tak sedar ramai jugak rupanya yang search dekat search engine blog aku. Bermacam-macam keyword yang digunakan untuk cari blog aku. Ini keyword search yang aku pull up from google analytics.


Apapun aku ucapkan terima kasih kerana membaca blog aku yang merepek ni.