Showing posts with label chilling waterfall. Show all posts
Showing posts with label chilling waterfall. Show all posts

Thursday, June 25, 2009

Trip to Sungai Chilling memang Chill!



Lama aku tak update blog ni. agak sengal and serabut lately. Last 2 weeks aku berkesempatan ke Sungai Chilling. Actually tunang aku pelawa aku join dia punya company punya outing. So since aku pun serabut sgt dgn office keje apa semua. Aku decided why not join dorang ke Sg Chilling dah lama aku tak melayan mandi air terjun melayan sungai melayan jungle trekking. So aku pun ajak laa adik aku si naim pun join sekali trip tu. Tunang aku drive Kenari dia pagi tu menghala ke Selayang stop dekat Petronas dekat Giant bawah flyover sampai tengok semua geng2 opis dia dah sampai memang sah kami kantoi terlambat akibat aku sedap terbongkang haha.

So ari tu dalam 5 biji kereta.Semuanya ofismate tunang aku. So kami bergerak menuju ke Sungai Chilling yang terletak di Kuala Kubu Baru. Perjalanan mengambil masa selama 1 jam juga. Melalui selayang.. rawang time ni teringat macam nak balik Penang ikut jalan
lama .. lama aku tak balik penang hmm..


View My Saved Places in a larger map





Sebelum sampai ke Sungai Chilling dorang stop kejap dekat empangan kalau tak silap aku. Masing2 melayan ambil gambar. One of opismate tunang aku baru angkat SLR so melayan menembak laa mamat tu. Masyallah indah betul pemandangan kat situ..



Aku pulak ambil peluang ni untuk berkenal kenalan dan juga beramas ramas mesra dengan opismate2 tunang aku.



Aku suka gambar ni. Ini adalah kesan2 apabila overdose tido dalam kereta




Sempat posing before meneruskan perjalanan. Aku tengelam di belakang sibuk duk tengok bawah geram tak bawak rod mancing confirm Toman bermaharajalela.



Akhirnya sampai. First time aku sampai sini. Dari pemerhatian aku.. tempat tu takde area parking lot main redah ja parking tepi jalan. Entrance masuk pula berada betul2 di tepi jalan.



Entrance ini betul2 terletak di tepi jalan. So dari sini kita perlu berjalan menyusuri denai menuju ke pintu masuk Santuari Ikan Sungai Chilling.



Menuju ke Pintu Masuk aku rasa jaraknya 100 meter dari entrance gerbang tadi




Akhirnya sampai ke pintu masuk Sungai Chilling. Boleh nampak memang betul2 ada pintu pagar so memang bukan boleh sesuka hati saja boleh masuk.



Beberapa larangan sewaktu aku sampai di Pintu masuk. Since tempat tu pun Santuari Ikan memang dilarang keras memancing.



Setiba di pintu masuk, kami diminta untuk mendaftar nama kami berserta IC dan juga no telefon just incase kalau something happen sesat tak jumpa jalan ker .. so ada laa nanti rescue party on da way. Selepas mendaftar masing2 duk warmup.. since tempat yang ditujui masih jauh lagi. Ada beberapa member opismate tunang aku yang dah pernah sampai so dorang tau la.Bagi aku.. pergh lama gila aku teringin nak melayan jungle trekking.Jauh dari hiruk piruk kota.. jauh dari phone yang berdering2 dengan segala bermacam2 critical issue yang serabut mabut malam2 jauh dari asap2 kenderaan yang berhamburan asap2 yang terpaksa aku menyedut.





Kami meneruskan perjalanan selepas perut dah diisi bagi memperkuatkan tenaga untuk berjalan.Kami melalui titi ini. Titi entrance untuk menuju ke Air terjun itu. Aku pun mula2 heran apasal Pakcik guard tu cakap cuma boleh lalu 4 orang dalam satu masa. Rupanya takut runtuh pulak jambatan tu. Tambah2 pulak muatan aku ni pun dah boleh kira macam 2 orang punya lalu haha. Aku tengok jambatan ni... teringat Penang Bridge haha.. dengar jer air sungai.. pooooffff ilang tensen ilang serabut pala kejap.. dengan bau hutan..






Kami meneruskan perjalanan. Rata2 perjalanan mengambil masa 30 min - 1 jam. Memang serius single trail.Di kelilingi hutan. Memang kiri kanan tak nampak ada trail lain




Denai2 pun agak lecah memang time ni.. kasut abis basah belasah jaa macam laa tak biasa layan MTB pun sama saja. Tapi aku kagum dalam duk redah2 selut dengan lopak2 air ni. Takde pulak lintah dgn pacat.So aku rasa ok laa sgt sapa2 yang nak datang. Pegi dan balik memang lintah takde satu pun yang menyedut darah aku.






Setelah penat berjalan akhirnya kami sampai ke satu river crossing either way memang kami kena lalui laluan ini untuk ke Air terjun tu. So far the first river crossing ni memang takde hal. Memang sampai betis jer. Aku dah garu pala dahconfirm beku telur aku kena air.




Then meneruskan perjalanan kembali.. dalam waktu perjalanan memang banyak betul obstacles pokok jatuh.. ada yang lalu celah2 pokok ada yang lalu celah2 batu.



Sampai ke river crossing yang kedua. memang banyak betul river crossing. pergh.. sejuk telur.



Kelihatan salah seorang dari anggota expidisi cuba untuk mencari ikan untuk di buat asam pedas





Lalu kami masih meneruskan perjalanan kami.





Kami tiba lagi ke satu lagi river crossing. Kali ni agak mencabar jugak since arus deras. Arus yang deras membuatkan badan tak brapa balance.






Then river crossing yang terakhir. Memang dalam betul. Sampai paras pinggang dah. Air memang sejuk gila.Arus deras betul time ni. Memang rasa tak brapa nak balance. Beg masa tu pun memang kena angkat tinggi kalau tak memang confirm basah.Memang banyak river crossing sebelum sampai ke air terjun Chilling. Aku rasa 6 kali jugak merentas sungai untuk ke sini.



Alhamdulillah finally sampai. Masyallah memang tinggi betul air terjun tu. 100 meter ada kot dengan bunyi air terjun yang kuat. Pergh memang teruja time ni. rasa nak londeh semua pi terjun trus. Tapi memandangkan aku bukan berseorangan, tabiat dan tabii aku perlulah dijaga. Kalau aku sorang confirm kanak ribena dah..




Memang ramai orang time tu. Tempat dia tertumpu disitu saja. Memang tak boleh ramai laa sgt dalam satu masa. Air jangan cakap.. memang sejuk teramat.. aku tengok ramai terketar2 time tu. ada yang mandi kejap pastu give up trus naik atas haha.



Aku paling suka swim menuju ke tempat air terjun.Sapa2 datang try laa dulu. Gila kuat arus.. aku punya laa swim.. ke situ. Tak sampai2 tensen aku. Pastu aku tengok pakcik tua selamba jer sampai situ sentuh batu tu. Pergh.. tercabar jugak time tu.. umur dia pun aku rasa dalam 50an pun steady jaa belah arus.. aku keep on mencuba dan mencuba tak boleh2.. last2 pakcik tu tegur aku.. " You jangan try surface cuba dive.... bawah current not strong at all.. " aduh.. nape aku tak fikir pasal tu patut laa dia dive jer ke sana.. then aku trus cuba.. seriously memang rilek jaa kalau dive swim dari bawah.. memang tak perlu banyak effort. Memang so far kenangan yang paling best. Memang betul2 retreat vacation ilang segala problem kejap. Apa2 pun.. memang aku rekemen datang.. quite a nice place.Insyallah aku nak ripit lagi.. nak lawan arus haha. To my syg, Thanks baby for a wonderful retreat :)









Posing sebelum pulang




Mangsa penderaan. salah sorang owner opismate tunang aku. Memang total loss.. akibat redah sungai