Friday, September 30, 2011

Dynamic Views: Seven New ways to share your blog with the world

Currently the blogger team is in the process of bringing the new completely rebuilt, streamlined authoring and editing experience. Well much improved and modernized blogger. The next phase of theres starts today with seven new ways to disply your blog, called Dynamic Views.

Built with the latest in web technology (AJAX, HTML5 and CSS3), Dynamic Views is a unique browsing experience that will inspire your readers to explore your blog in new ways. The interactive layouts make it easier for readers to enjoy and discover your posts, loading 40 percent faster than traditional templates and bringing older entries to the surface so they seem fresh again.



Dynamic Views is much more than just new templates. With just a couple clicks, you’ll get infinite scrolling (say goodbye to the “Older posts” link), images that load as you browse, integrated search, sorting by date, label and author, lightbox-style posts for easy viewing, keyboard shortcuts for quickly flipping through posts, and one-click sharing to Google+ and other social sites on every post.

For more details. Check out blogger buzz





Chiang Mai Trip - Part 3 - Lodging baru dan jalan2 di pasar pagi perkampungan Islam


Hmm.. lama dah aku tinggalkan travelog aku yang tak sempat aku habiskan.. untuk trip aku ke chiang mai. sayang kalau aku tak update pasal trip ni.. since trip ni memang betul2 aku enjoy.. walaupun dah basi haha gua belasah jer.
SAAWAA DEE KAPPP ....a-roon-sa-was Good morning... alhamdulillah sekali lagi Allah memberi nafas kepada kami hari ni untuk meneruskan kehidupan.. untuk mengecapi keindahan yang dikurniakan. Pagi kami dimulakan dengan aktiviti yang menenangkan dengan menunaikan solat subuh. Selepas solat subuh kami turun ke bawah untuk bersarapan. Hari ni kami akan check out dari Guest house ni. Target kami adalah mencari tempat penginapan yang dekat sekitar kawasan masjid dekat dengan perkampungan orang islam dan juga bersolat jumaat di Masjid Hidayatul Banhaw.

Bergambar dengan Owner Vanilla Guesthouse Mr Kem dan wife. Layanan superb di tempat mereka.

On the way to Chang Klan Road heading to perkampungan islam dekat Masjid Hidayatul Banhaw


Alhamdulillah lepas dah survey2 dekat kawasan masjid tu kami jumpa satu hotel Night Bazaar Place yang betul2 berdekatan dengan masjid. kawasan ni terletak di Changklan Road.Fuhh dekatnya memang dekat laa.. memang port terbaik yang kami jumpa. Memang dekat betul masjid dengan kedai makan yang kami makan sebelum ni. Harga semalam di hotel ni untuk untuk bilik Standard double bed adalah 700 baht ( RM70) fuhh dah jimat kami. bilik pun lebih besar dari Vanilla guesthouse, peti ais bapak punya besar macam peti ais rumah haha. Memang dah jimat rm20 untuk setiap hari..boleh guna untuk makan and beli souvenir. Yang paling best azan berkumandang setiap waktu.. macam rasa di tempat sendiri.


Port baru kami Night Bazaar Place




Lokasi di sini memang strategik, easy access berhadapan dgn Shopping complex The plaza, bila malam saja sekeliling kawasan sini depan kaki lima penuh dengan bazaar malam. Even keluar depan hotel saja trus dah ada bazaar.. famous Anusarn market pun bersebelahan hotel yang kami duduk. 2 minit ke masjid.. masjid sebelah belakang hotel, satu lorong tempat makanan islam, 10 minit ke Warorot market/flower market/fruit market, 20 minit berjalan ke tha pae gate. Boleh dikatakan center point untuk segala bazaar di sini.

Lodging Details :

Lodging : Night Bazaar Place Hotel - http://nightbazaarplace.com/

Harga per night: 700 Baht per night ( RM70)

Condition Bilik :
ada Tv, Peti ais besar, Hot shower, katil king size standard room, aircond

Facilities:
Free PC with internet access di lobby , air mineral , breakfast included. Water heater takde tapi boleh mintak di kaunter untuk air panas.



Masjid Hidayatul Banhaw dari tingkap bilik kami yang sedang dalam pengubahsuaian. Sebelah saja.
Rezeki kami memang baik hari tu kebetulan pula waktu itu ada pasar pagi jumaat untuk warga islam yang bertempat di kawasan itu. Alhamdulillah dapatlah merasa berbagai makanan mereka. Pasar pagi mereka kecil jer. Pasar yang menyediakan berbagai sayuran, buah-buahan dan juga makanan... seronok bila dapat explore tempat2 macam ni. Orang dekat sini pun friendly.. ramah walaupun aku tak paham sepatah haram pun apa dorang cakap.aku lebih suka meredah, membelasah kawasan macam ni.. dapat tengok keadaan sebenar life mereka dekat sini...rasa macam kita ni bukan pelancong.. lebih kepada orang biasa. So far aku berpuas hati sebab stok makanan kami mudah untuk di dapat kat sini.. macam2 beli simpan dalam bilik.. buat makan malam.. harga pun harga local since tanda harga dah letak siap2 dekat situ.. so memang tak boleh tipu.



Pasar Pagi Jumaat di belakang hotel kami

Suasana pasar pagi di tempat orang


Strawberry fresh.. musim strawberry kat sana.. dah macam cameron highlands


Masak lempeng pisang. ni berhadapan masjid.
Selepas ke pasar..memandangkan waktu solat jumaat pun belum masuk lagi, kami berehat dan minum di restaurant auntie Sophia sambil tu wife aku ambil peluang untuk membasuh baju layan diri yang disediakan di restaurant tu. Selepas berehat kami explore ke dalam lagi kawasan islam di sini cuba untuk melihat segala kedai yang berada disini sepanjang jalan kawasan masjid tu.. banyak lagi kedai2 makan dekat sini.. ada kedai fotostat, warung rotee yang jual rotee canai versi chiang mai, kedai jahit baju islam, travel and tour boleh dikatakan kami jelajah sampai ke hujung jalan. Sampai di hujung jalan kami terjumpa satu lagi kedai yang menarik.. kedai western yang dimiliki oleh orang islam.. macam2 jenis burger ada.. sempat kami berjumpa dengan owner kedai ni. Mr naseruddin.. ramah dan friendly orang dia.. siap menjemput kami makan di kedai dia.. kami cakap next time kami datang since kami baru jer makan di kedai aunti sophia tadi.

Mesin basuh layan diri di kedai aunti sophia berdekatan dengan tempat kami duduk

Kedai makan berhadapan kedai auntie sophia


Jalan2 di sekitar kawasan masjid. Safe... bebas ronda ke mana2

Kedai fotostat

'ROTEE' Roti canai versi chiang mai

Orange House Muslim western food


Pemilik kedai western food ni. Mr Naseruddin

Next story.. pengalaman aku solat jumaat di Chiang mai



Thursday, September 29, 2011

Cycling For Everyone



Cycling For Everyone from Dutch Cycling Embassy on Vimeo.


My heart does good..... bike heaven.. perghhh :)



Wednesday, September 28, 2011

2 Must Watch Biking videos

There are two videos in the cycling community that have been going viral. One is a play off of serious road bikers with “SRSLY” and the other is an extreme dismount by a rider during a cross race. Here are both for your viewing enjoyment. Hehe nice vid i can say










Tuesday, September 27, 2011

Kembang Kuncup

Zaman2 ride to work aku.

Dah berkurun aku rasa... aku gantung beskal aku.. ride to work yang sudah sememangnya menjadi santapan aku setiap pagi kini bertukar kepada drive to work...dari lubang2 tali pinggang yang masih ada kini terpaksa membuat lubang baru di penghujung tali pinggang... berat semakin bertambah..  dari baju2 yang biasa aku pakai kini terasa sendat di perut.. seolah2 dah macam nangka yang dah di balut... dulu setiap bukit yang nampak.. dengan kondifen nyaa aku leh kitai .. tapi sekarang dari dalam kereta kepala otak aku dah beri negatif feedback yang aku takleh dah nak kayuh jauh..  apa yang pasti aku tak semantap dulu .. tak fit macam dulu2..bebas ride sana sini.. cuba kayuh sejauh yang mungkin. Aku goyang bila berdepan dgn openhouse yang menyajikan pelbagai makanan... makan sepuas hati dan lupa tentang umur aku yang makin lama kian meningkat.. yang sepatutnya aku mula menjaga makan minum aku dengan lebih teratur..  dari mengundang penyakit yang datang.. darah tinggi, kencing manis, jantung..  bak kata penyakit pakej semua dalam satu..

Bukit Langkap , Bukit Mertajam 2009

aku kena bertindak sebelum terlambat.. hidup aku masih lagi jauh.. .. ibadat aku masih belum cukup lagi untuk aku mengadap Pencipta aku... kita lebih banyak habiskan masa dengan Facebook dari menghabiskan masa dengan membaca Quran.. berapa kali kitab tu di selak di baca .. .. berbanding kita habiskan masa surfing membelek2 comment2 orang.. .. aku cakap pun untuk diri aku jugak.

dengan rider2 dari penang . Bukit Langkap. Slim tuuu ahah

Aku kena kembali fit.. demmm.. aku rindu zaman2 fit aku .. zaman2 ride to work aku.. yang tak pernah miss.. rasa segar tiap kali bangun pagi.. dan rasa puas bila dapat tido lena..  apa pun.. aku ni memang kembang kuncup.. kejap slim kejap kembang.. hahah bila tengok gambar zaman2 ride dulu.. gila saikooo..


Dan ini pulak gambar latest zaman2 terbaru membela perut.. hahaha..aku masih slim lagi.. tapi tang jari jaa hahah

Hari Raya 2011 di Parit Buntar

Monday, September 26, 2011

Tak keruan..


Dari semalam hati aku tak keruan.. resah semalam.. lepas dah berjumpa dengan si dia.. lama dah aku tak jumpa.. terlalu lama aku mencari.. terlalu lama tercari2.. akhirnya.. sahabat yang aku baru kenali bawa aku kenalkan dgn si dia.. tak dapat aku nak bayangkan betapa gembiranya aku dalam hati.. terkuntum satu senyuman di muka aku. tak sangka pada umur kita sebegini kita berjumpa bersua.. .. terasa macam kita punya satu tindakan kimia.. bersama.. serasi bersama.Sewaktu bersembang dgn member aku Rais.. kepala aku masih terbayangkan si dia.. badan yang vogue.. kerempeng macam kerengga..bersopan santun caranya..lemah lembut jer berjalan ..   perghh.. hati aku resah tido semalam.. bila kita dapat bertemu semula..

Insyallah tak lama lagi....





Friday, September 23, 2011

Teratak baru


Semalam aku bangun lewat...pala masih berpusing2 . Bangun jer pagi mandi terus shoot pergi tengok rumah yang dah dibeli.Kali ni beli untuk duduk bukan untuk di sewa haha. Alhamdulillah rumah ni aku dah riki sebelum raya lagi segala urusan SNP semua dah diuruskan sebelum tu .Hari ni datang sebab nak tengok orang maintenance pasang segala kepala paip air. Semua kepala paip maintenance yang simpan.. memang kena inform dorang dulu kalau nak pasang paip air tu...then baru dorang datang pasang..bagi mengelakkan dari kena curi.

Sampai sana tengok jiran baru Abg zul ada kat sebelah.. duk jadi supervisor kat indon yang tengah duk buat tembok utk pasu rumah dia. Abg zul lak keje half day hari ni so ada laa rumah.Sempat la aku duk bersembang dengan dia..tanya pasal location ni ..komuniti disini. Aku tengok rumah aku takde sapa lak datang rumah tak nampak pun pintu terbuka.. tanya abg zul dorang pun tak perasan maintenance datang. Aku rasa maybe petang skit dorang datang. So aku masuk dulu rumah tu.. sebab nak ambik gambar segala defect2 utk aku submitkan ke maintenance untuk repair since rumah ni masih lagi under waranty so segala repair masih lagi ditanggung oleh pemaju. Masuk2 tengok segala paip dah siap pasang wooohoo bila pulak dorang buat.. maintenance cakap hari ni baru nak buat.. aku rasa smalam kot dorang dah start buat. So aku test tiap2 paip, tandas check kalau ada leaking ada tersumbat , air slow ker. Alhamdulillah pemasangan memuaskan... lawa pulak kepala paip2 yang dorang pasang stylooo. Lepas tu aku shoot ke maintenance office ambil borang defect.. nak kena isi then pulangkan balik. So rumah ni paip air dah settle air dah masuk.. cuma tinggal letrik jer lagi. Insyallah tak lama aku akan berpindah ke teratak baru. Mudah mudahan segala urusan aku dipermudahkan

lepas dah settle masuk rumah ni.. baru aku leh fokus nak survey2 cari property untuk investment pulak. Hmm aku still.. tengah fikirkan solution utk apartment aku di penang.. since family aku pun dah pindah ke sini.. xde sapa boleh uruskan kat sana.. pening jugak bila nak cari penyewa terpaksa aku ulang alik ke penang.  Fuhh ada sapa2 nak jadi property manager utk aku kat sana hahaha.. market value dekat sana dah cecah 250k dari waktu aku beli 2 tahun dulu 165k atau aku jual beli property dekat sini.. senang aku nak menten..

Orang cakap tak leh sentimental dgn property yang kita suka.. tapi aku memang sayang apartment ni .. tu saja alasan aku untuk turun ke penang makan nasi kandaq.. hhahaha..

 
 


Sunday, September 18, 2011

Misi Menghalau penyewa bermasalah @ Gambier Heights Apartment


Terlampau gila dan terlampau lama aku meninggalkan blog ni tanpa sebarang coretan mahu pun nukilan.. mahupun catatan idup aku. aku rasa dah berbulan2 aku tak menulis.Aku agak sibuk dengan projek gerekgear aku.. sampai banyak masa aku peruntukkan untuk memajukan projek aku tu. Bila lama dah tak menulis kepala pun dah jadi blur nak menibai ayat2 dalam post aku ni. Tiap kali aku terbaca komen2 lama blogger2 lain.. lagi terasa stress.. lagi bertambah terbantut aku nak menulis.. ntah laa maybe disebabkan dah lama aku tak menulis membuatkan aku rasa susah nak memulakan sesuatu. Tapi aku perlu mulakan balik mula ringankan jari aku utk menulis kembali.. buatkan otak aku cargass. Aku rasa by now confirm dah zero reader2 aku kat blog ni hehe.. fine ..i can live with that.. since dari aku mula blogging pun aku dah biasa takde reader.. just me and my blog.. tempat aku melampiaskan nafsu aku menulis.. masalah aku.. life aku.. insyallah aku perlu mula menulis balik.. menulis dgn lebih agresif.

Sabtu lepas aku terpaksa balik ke Penang.. untuk uruskan penyewa yang bermasalah di Apartment sewa aku di Penang.. hari tu aku kena kerja sekerat hari..agak lewat jugak aku bertolak dari KL.. dalam pukul 4 macam tu baru nak shoort ke Penang.. kali ni aku balik dengan wife aku...bawak kenari dia balik.Aku drive dulu then sampai di Sg Perak aku pass kat wife aku drive sampai masuk Penang. So far sepanjang perjalanan memang penuh dengan kereta macam cuti sekolah jer. Heran jugak aku dengan wife aku.. tiap RnR pun penuh.. maybe orang sibuk lagi duk beraya sana sini.. ada yang jauh sampai ke Ipoh pun maybe ada.

Berbalik pada masalah penyewa tu.. kali ni aku balik untuk settlekan masalah penyewa aku. Masalah dengan dorang ni.. dah tak bayar sewa rumah aku dah masuk 2 bulan. Background penyewa aku ni adalah berkeluarga suami isteri and mak dia juga tinggal sekali. Mula2 masuk ok.. payment memang cantik on time.. tapi lama kelamaan payment sewa makin delay.. sampai aku dah kena call depa remind untuk bayar.. depa dah mula buat2 lupa.. bila aku bising2 dorang bankin juga at last. Tapi tiap2 bulan masih lagi menten buat hal yang sama.. tapi dah mula beri alasan ..yang si isteri ni baru tukar kerja payment gaji tak masuk lagi. Aku pun bagi masa kat dorang .. then aku call dorang balik bila still dorang tak bankin kat aku payment sewa. Bila aku call dia bagi alasan gaji dia tak tau bila masuk.. aku pun sound laa takkan tak tau bila exact date gaji masuk.. dia tetap bagi alasan itu ini dia pun susah laa apa laa. Then untuk tidak bagi aku bising, dia bankin kat dulu 300 ke account aku.. itu pun pandai nak tipu aku kata dia cuma boleh bankin pakai cimb.. dengan harapan aku bagi masa kat dia lagi.. tapi kebetulan aku ada cimb account.. terpaksa laa dia bank in jugak.. then dia sms aku cakap yang tertunggak tu dia akan settlekan lepas Raya.

Aku dah rasa macam dorang ni dah biasa buat kerja ni. Tergerak hati aku nak survey kat facebook.. mana tau dia pun ada facebook account.. boleh aku tengok status dorang.. kebetulan memang ada.. tapi status2 update dia di FB dia memang buatkan aku rasa menyirap bengang.. sebab boleh lagi dorang berniaga.. jual itu ini.. then beli barang mewah2.. update makan tempat mewah2.. sedangkan cakap kat aku ada masalah kewangan skang. Bila aku tau macam ni terus aku kol dia bagi tau lepas raya aku nak dia keluar dari rumah aku memandangkan dia takleh nak bayar....mula2 tu rayu kat aku jangan buat macam ni kat dorang.. ada anak , mak kat rumah.. susah dorang nak cari rumah sewa lain.. apa2 pun aku kena tegas dengan dorang.. dah banyak tolak ansur dengan dorang...aku tak peduli dah macam mana pun by hook or by crook.. aku nak dorang keluar on the exact date yang aku agree.

Sehari sebelum aku nak gerak ke Penang, aku dah inform penyewa aku tu.. yang aku nak turun ke penang jumpa dia ambil kunci dari dia. Boleh lagi dia nak berdolak dalih dengan aku.. and bagi alasan.. dorang tak sempat lagi nak kemas2 barang2 utk pindah. Aku macam nak mengamuk jer then aku sound balik aku dah bagi reminder 2, 3 kali dah sebelum raya untuk keluar hari tu... kenapa korang tak prepare awal2. Alasan dorang sibuk dengan kerja.. tak dapat nak uruskan itu ini. Sempat lagi dia suruh aku bertimbang rasa.. fuhhh memang dugaan betul bila dah involve dalam bidang hartanah ni. Aku cakap kat dorang... aku tak nak tahu macam mana hangpa nak settle kan. yang penting.. on 10th sep aku nak hangpa keluar dari rumah aku fullstop.

So on that day.. kami sampai ke penang dalam kul 7 lebih.. kami shoot dulu ke Anggerik Lodging singgah register bilik dan solat dulu.. aku dah booking satu bilik awal pagi tadi alhamdulillah ada laa bilik satu untuk kami.. rate bilik untuk dua orang baru RM80. Bagi aku agak mahal kalau dibandingkan dengan kualiti keselesaan bilik..even di KL pun dalam rm50 pun facilities pun bagus... ahh belasah saja.. aku book sini pun sebab yang penting dekat dah dengan apartment aku senang aku nak pergi.. satu lagi makan senang kat situ.. kalau belah pagi breakfast xde masalah kat situ.. port aku makan dulu sewaktu aku kerja dulu..kat USM  Taman Tun sardon.. sebelah jer anggerik Lodging tuu..

Lepas Solat.dengan keadaan kami yang dah penat.. dan lapar. kami shoot ke apartment Gambier Heights untuk check apartment tu dan jumpa penyewa aku untuk collect kunci daripada dorang. Aku sampai jer depan apartment aku.. tengok pintu masih terbukak.. lepas tu nampak penyewa aku duk terduduk kat dalam penuh dengan barang2 yang tak berbungkus.. haihh tak abis lagi pindah.. aku ingatkan by 9pm tu semua dah settle.. ambik kunci then boleh aku basuh rumah tu terus. Kami masuk dalam jumpa dengan penyewa. Isteri dia dan mak dia ada dalam rumah.. suami dia langsung takdak. Dia bagi tau depa tengah duk pindah sikit2... barang2 dari rumah tu.. so far tiap2 bilik dah kosong cuma dekat hall jer penuh lagi barang depa. Sempat lagi mak dia dan dia cakap.. dorang tak berapa sihat macam nak demam.. mana tak nye demam.. buat keje last minute.. confirm punya laa akan penat... benda ni planning aku bagi masa dalam sebulan untuk settlekan.. bila last minute buat kerja ni laa jadi nya.

Saki baki barang2 penyewa yang belum angkut habis duk ulang trip hantar barang

Aku masuk dalam check tiap2 bilik  check apartment aku.. tengok apa2 kerosakan... then wife dia cakap kat aku.. "err Encik rezal... kami tak sempat lagi nak bawak turun aircon dalam bilik master bedroom." dalam hati aku.. wow.. sesak2 aircon mampu beli lagi.. sewa rumah aku tak reti nak bayar. Aku cakap balik.. panggil laa malam ni... datang bukak.. depa cakap nak panggil pagi tadi sepanjang hari hujan.. malam dah takde orang nak datang. Aku cakap.. nak tak nak esok panggil orang datang bukak aircon tu.. aku tengok muka dia dan mak dia macam blur2.. tak tau sapa nak panggil or maybe duk fikir kos yang nak kena bayar bila nak bawak turun balik aircon tu. 



Aku tanya depa kenapa tak masuk dalam lori sekali harung jer.. tau tak saya ada tenant nak tengok rumah ni malam ni. "Tadi pakai lori.. tapi lori cuma angkut sampai kul 6 saja.. lepas tu kami duk buat trip pindah barang dengan kereta". Aku musykil jugak dengan dorang ni.. tak logik benda2 sikit2 takleh muat satu lori. Aku rasa dorang duk jimat guna kereta pindah keluar barang2 dorang. Then wife dia tanya aku "so macam mana ni rasa kena buat banyak trip lagi ni...kami pun dah penat sangat ni.. kalau tak kami sambung esok or En rezal mai esok ambil kunci dekat saya" fuhh boleh lagi nak kawtim dengan aku selepas dua bulan korang duduk free.. wife aku yang tak tahan dengan perangai dorang.. trus cakap.. takpe laa settlekan malam ni jugak.. kami tunggu.. tengok muka2 dorang macam tak puas hati jaa.

Tengok banyak lagi kena buat trip.. perut aku pulak dah lapar gila.. aku inform penyewa aku yang duk sibuk pindah barang.. aku keluar kejap.. gi makan.. then kami shoot ke Kayu Nasi kandar dekat area bukit jambul tepi vistana tu..gilaaa aaa terubat hati aku yang dah lama tak pekena nasi kandaq...ilang kejap penat aku.. ni pun isi perut siap2 sebab kejap lagi nak shoot balik ke apartment nak basuh cuci rumah. Walaupun penat janji dapat settlekan secepat mungkin hal ni.Aku dah malas nak pening2 pala ni hal ni..settle cepat case closed..


Gila punya ramai beratur.. tengah tunggu turn
Pekena nasi kandaq ilang rasa penat hehe


Kami shoot balik ke apartment..bawak siap2 baldi, mop, penyapu ..barang2 untuk cuci rumah. naik lif ke tingkat 17 .. buka jer pintu lif terserempak dengan suami dia.. penuh dgn barang2 depan pintu lif ada sorang lagi member dia pun bantu dia.. badan tegap aku ingat dia nak bawak geng cari pasal dengan aku.. tapi diam jer dorang sibuk duk angkat barang.. walau pun ada depan pintu lif tegur aku pun idak.. aku selisih dgn dia yang nak masuk lif aku menuju ke apartment aku.. sampai saja aku tengok pintu grill aku dah berkunci.. cilakak main2 kunci pulak.. aku tak nampak pun wife dia dan mak dia dah.. time ni.. aku pusing balik.. kebetulan laki dia still tak turun lagi duk angkat barang masuk lif cepat2 aku gi jumpa dia mintak kunci aparment aku.. dia pulak cam teragak2.. tanpa banyak soal bagi ja kunci tu kat aku.. then depa turun.. fuhhh.. gila.. kalau aku tak terselisih dengan budak tu.. confirm aku menunggu jaa depan apartment aku sendiri.. yang paling aku risau.. macam mana kalau dia balik trus... barang2 tu esok dia sambung balik.. since dah penat..  tak ke naya aku pulak yang terpaksa tunggu sampai ke pagi.. Alhamdulillah Allah tu maha adil.. so tanpa buang masa sementara dorang duk mengangkut barang2 keluar, aku dan wife aku start cuci tandas, mop lantai tiap2 bilik.. bersih dinding dapur yang berminyak.


Sesi membersih rumah di tengah malam

 Aircon yang ditinggalkan penyewa

Aku pesan kat suami dia.. since dia pegang access card apartment aku.. suruh dia pulangkan kat aku lepas dia dah settle pindah barang.. memandangkan itu last trip dorang.. dia cakap jap lagi dia datang balik pulangkan access card tu. Aku tunggu dekat 12 lebih haram dorang tak datang lagi.. nampak macam kes nak buat naya aku .. seolah olah dorang sengaja buat aku menunggu lama.. aku call no laki dia.. tapi phone dia off, aku call wife dia pulak tak angkat.. 2,3 kali aku kol.. bengang punya pasal aku cakap kat wife aku kita balik jer. kunci apartment tu elok2 kami balik.. aku rasa dia bajet dengan access card tu dia boleh buat leverage untuk dia nak dapat kan aircon dia balik esok.. big mistake laa..  brapa sgt la access card tu kalau dibandingkan dengan aircond dia.. silap2 jadi harta aku ..tolak dari sewa tertunggak yang dia tak bayar. Alhamdulillah misi malam ni sukses tenant aku berjaya keluar dari rumah.. lega skit rasanya.

Keesokan pagi still takde call dari dorang.. gila bangun pagi  macam rasa taknak bangun jer lagi rasa penat tak ilang lagi dah la drive dari KL lepas tu basuh rumah lagi... tapi nak tak nak paksa jugak bangun awal.. nak ke apartment aku settlekan hal2 lain.. repair apa2 yang patut. Sebelum ke apartment , kami ke pasar pagi taman sardon dekat situ ada macam2 gerai makan.. sini port yang terbaik kalau nak try macam2 makanan. Port aku satu masa dahulu waktu kerja kat USM, roti canai sini memang layan.. tapi ada satu benda yang aku suka kat sini.. Mee sup Sri buana pergh.. kalau member aku Rohaizal  mai sini siap dengan kaki ayam penuh satu mangkuk lagi tu.. haha.. sorry aku takleh layan kaki tu.. tapi mee sup dia memang best.







Lepas makan kami shoot ke kedai hardware dekat sungai nibong.. beli tombol pintu baru dengan kunci grill baru, dan 2 biji mangga baru. Aku nak tukar kunci baru utk rumah aku bagi elakkkan dorang masuk balik.. sebab takut dorang buat duplicate. Then shoot ke apartment aku tu.. sambung bersihkan apa2 yang patut.. then aku tukar kunci baru untuk grill depan dan tombol baru..kalau panggil tukang kunci mau kena jugak dalam 20,30 upah pasang.. jimat duit aku buat sendiri ja.  then dalam kul 4 lebih kami selesai bersihkan rumah tu.. perut pun dah lapar.. dalam perjalanan balik.. pekena tomyam dekat husin tomyam dia sungai ara.. teringat zaman2 aku duduk di Penang dulu.. then shoot balik ke KL..


Barang2 yang di beli






Alhamdulillah syukur Allah permudahkan urusan kami kali ni..dah jadi lumrah asam garam dalam bidang hartanah kena issue2 macam ni.. nak tak nak aku kena berdepan jugak.. jangan putus asa..jangan serik..sebelum ni aku tak pernah lagi ada penyewa bermasalah..selalu dengar jer cerita2 member2 lain yang lalui masalah ni ..at last aku pun tak kecuali.. lambat laun akan dapat jugak penyewa bermasalah...yang penting bila berdepan masalah macam ni.. kalau boleh settlekan cepat2.. dan redha apa yang jadi and move on cari penyewa baru dan jangan lupa filter penyewa dengan sebaik2nya.. sebelum accept. Manusia ada macam2 perangai.. even aku dapat yang family pun boleh buat hal.

Lepas ni aku nak prepare untuk next penyewa pulak.. oh yaa.. Rate sewa unfurnished  skang kat apartment ni dah naik jadi RM950 sebulan.. gila.. baru dua tahun. dari mula rate sewa aku 650.. market situ dah cecah RM950.  Alhamdulillah dah +ve cashflow kat sini.. mudah mudahan dapat laa penyewa yang bagus.. paymaster yang bagus.. yang boleh jaga property aku dengan baik.. insyallah mudah mudahan.