Showing posts with label my ride. Show all posts
Showing posts with label my ride. Show all posts
Wednesday, December 01, 2010
Thursday, November 25, 2010
Car Broke Down - Ride to work The Unsangkarable

Aku kerja petang. Waktu kerja aku adalah pukul 3. Seperti biasa aku melewatkan diri coz aku drive ke tempat kerja.. life agak rilek.. masih lagi boleh melepakan diri di rumah. Paling koman pun keluar rumah pukul 2.30. Aku tengok jam di dinding..baru pukul 2 petang .Ahhh awal lagi.. aku ke dapur masak air.. nak buat tea..then lalu menuju ke sofa melepak sambil layan tv. Dalam aku nak ke sofa, aku perati bike aku yang tersusun kemas di suatu sudut rumah aku. Aku perati dengan terperinci, Dengan sepasang glove camouflage yang kemas jer duduk di atas handle bar, dengan bike pump yang masih terletak di frame, dengan meter cat eye velo 8 yang menghiasi ruang cokpit handle bar aku.. fikiran aku menerawang.. terbayang zaman2 ride to work dulu.. skitching lori2 yang besar dan apa jua dinosaur yang berada di atas jalan.
Fuhh dalam hati terdetik.. bila laa aku nak start ride ke pejabat kembali..Rindu dengan suasana yang real di atas jalan.. bukan macam drive kereta.. tak rasa kita bersatu dengan suasana sekitar.. tak rasa angin di jalanan yang menyapa segenap pelusuk tubuh kita.Menuruni bukit dengan laju...dengan penuh ketenangan.. tanpa perlu berfikir apa2.. radio aku adalah bunyi2 sumbang di jalanan. bunyi exzos RXZ yang membingkitkan telinga,bunyi hon2 ahli2 yang tak sabar yang sangkut dalam jem. Aku pejam mata seketika.. lalu terus lepak di sofa sambil melayan tv
Aku melihat kembali jam Ikea biru yang terlekat di dinding rumahku. Dah 2.30.. sambil lewa aku mengemaskan barang2 utk di bawa ke office. Laptop,charger laptop dan segala peralatan lain. Keluar dari rumah.. pergh terasa kedudukan matahari berada beberapa kilo dari aku.. terlalu panas cuaca..hari ini. Aku memasukkan kunci ke ignition lalu aku memulas kunci. Engine dihidupkan......masuk gear ..terus jalan menuju ke office. Perjalanan hari ni agak slow mo..mungkin disebabkan mood cuti keesokan harinya.. yaa aku cuti.. cuti panjang.. kehidupan kerja aku seolah2 aku berada di US. Disebabkan Thanksgiving day di US.. maka aku turut bercuti.. aku tidak seperti warga Malaysia yang bercuti mengikut cuti Malaysia.. Raya Haji, Raya Aidilfitri.. tak punya cuti.. tapi cuti perlu diambil maka di tolak laa Annual leave aku. Aku tetap bersyukur.. aku yakin setiap kemudahan yang di beri adalah rezeki buat ku.

Aku melalui kinrara. Menuruni bukit dengan Iswara LMST ku.. menyertai gugusan kereta yang sangkut di traffic light. Kereta bergerak slow.. aku melayan kebosanan dengan mendengar ThunderStruck dari ACDC. Lepas traffic.. aku mula rasa tekanan pedal minyak aku tak berapa memberi respon dengan kereta. Then terdengar bunyi pelik2 dari engine bay.. macam ada benda longgar..kereta masih bergerak..ahhh sudah tak penah2 engine aku meragam.. mula aku cuba memikirkan apa masalah... tetiba Tingg..engine mati.. kereta aku meluncur melepasi traffic light dan aku memberhentikan kereta di bahu jalan. Blur aku kejap.. then tak fikir panjang..aku terus keluar bukak bonet blakang ambil yang emergency tiga segi tu.. trus letak dekat atas jalan. Dugaan betul hari ni.

Brader Nara tengah ejas untuk naikkan kereta aku atas lori

Aku ke kereta balik, check meter.. Temperature tak naik, meter bateri menyala, minyak pun ada lagi.. aku cuba start engine. Bunyi dah lain macam..ahh takkan timing belt putus.Ahh jgnn..... jgn buat main.. timing belt putus abis semua piston bengkok..Trus aku ke belakang kereta capai tool box aku. Aku try bukak cover timing belt just nak confirm samada putus ke tidak. Bila check tak putus.. aku confuse.. cuba start balik.. sama juga. Mula start troubleshoot satu2.. alternator belt ke yang putus. Jam pulak menunjukkan pukul 3 dah haih.. sepatutnya aku dah masuk kerja.. aku call bos aku cakap emergency my car broke down. Bos cakap ok settle dulu.. lega keja..satu masalah dah settle. So since dah try troubleshoot tak boleh. Aku call tow truck angkat kereta aku balik ke rumah dulu. Esok laa aku check kereta tu.. aku nak kena masuk office dulu.

Then Nara Brader Tow truck tu bawak balik aku dengan kereta aku balik ke rumah. Seumur hidup aku ini lah first aku naik tow truck dengan kereta aku sendiri dekat belakang
Sampai rumah turunkan kereta aku depan rumah then sign surat insurance untuk tow truck tu.Then aku masuk ke rumah balik. Wife aku call nak balik ke rumah nak tolong hantarkan aku ke office. Aku cakap tak yah la since jauh la pulak jam pun dah dekat pukul lima lagi sejam nak balik.. by now pun confirm org dah siap2 nak balik kerja.Lagi pun aku ni memang degil haha. Aku rehat kejap dalam rumah..malas ikutkan nak call taxi.. kena tunggu lagi taxi sampai.. last2 aku terpandang sesuatu yang membuatkan aku tersengih... trus aku cakap.. "Baru jer aku cakap pasal hang tadi". Dalam hati aku cakap.. Why not.. :)
Tanpa melengahkan masa, aku keluarkan beg segala kelengkapan ride to work aku satu masa dulu. Lampu, bike tool, extra tube, waterproof pouch,buff .. benda2 yang mesti aku bawak tiap kali ride to work..

Bag yang menyimpan segala kelengkapan ride to work aku.. hahaha
Glove dah pakai.
Selama berbulan2 aku tak..ride... at last aku ride kembali ke tempat kerja.. memang fitness aku agak berterabur.. pancit ..semput .Heart beat memang tinggi.. mungkin dah lama aku tak exercise. Kali ni aku kalah panjat bukit jalil.. terasa fitness level memang merudum.. terasa macam mula2 ride dulu.. malu beb bukit jalil turun basikal tolak.. haih..aku kena kerap ride balik. Glove dah pakai.
Bike dah ready.. All set to go..

Sampai office.. curi2 park dalam stor since dalam office dah tak leh parking.

Gila pancit.. rest kejap dalam stor.. Thanks buddy for the ride.. walaupun macam mana sekali pun tahap gaban aku pancit.. Memang layannn ride hari ni.. Heart Beat aku ambil masa setengah jam untuk meredakan degupan yang kencang.Mungkin di sebalik apa yang terjadi hari ni ada hikmah. Allah tu Maha mengetahui.
Confirm esok sengal satu badan !!!
Labels:
car broke down,
life,
my ride,
ride to work logs
Monday, August 30, 2010
DIY : Repair Power Window Saga LMST
Lama betul aku tak update blog.. sedar2 dah 16 hari aku berpuasa.. so far life Alhamdulillah semua dipermudahkan...puasa pun alhamdulillah. berat..? aku masih musykil masih di tokok lama.. tapi nak kata aku craving sgt makanan2 dekat bazaar ramadan.. jarang rasanya.. most probably ambil masa lagi untuk turun.. tapi kira bersyukur laa sebab tak naik masih menten.
Confirm memang bracket power window yang patah.Tak tahan betul proton punya part.. kena laa dengan harga dia.So memang confirm kena tukar.
Buka bracket yang patah tadi dari cermin.
Bracket yang patah yang telah dibuka
Lepas tu buka motor power window dari bracket lama

Selepas dah grease, masukkan kembali bracket ke dalam pintu tadi.
Motor power window tadi dipasang kembali dekat bracket baru tadi
Final adjustment.. insyallah bila dah adjust betul2.. harap2 smooth laa naik turun nanti
Alhamdulillah... its working.. wohooo

Sementara menunggu untuk berbuka.. aku update la kejap blog ni.. Saga aku, power window pulak meragam kereta dah nak masuk 7 tahun.. mula la satu persatu dah mula buat hal biasa laa tu wear and tear aku suspek bracket power window ni dah patah sebab cermin takleh naik. Acctually costing nak upah tukar power window aku kat kedai aku tanya roughly 100 lebih.. gila aku rasa.. bazir aku rasa bagi kat apek2 accessories yang gila duk caj upah pasang yang merepek.
Basically aku cuma beli bracket ni since aku suspek benda ni jer yang rosak atau jem. Motor power window aku akan pakai balik.
Power window pintu sebelah drive yang bual hal.
Alat2 yang diperlukan
Grease
Bracket Power window yang baru. Aku beli dekat kedai spare part kereta. kos cuma 35 ringgit. Kedai accessories caj aku 80 .. gila
Cabut cermin checking on the bracket.
Confirm memang bracket power window yang patah.Tak tahan betul proton punya part.. kena laa dengan harga dia.So memang confirm kena tukar.
Buka bracket yang patah tadi dari cermin.
Bracket yang patah yang telah dibuka
Lepas tu buka motor power window dari bracket lama
Bracket lama mengantikan bracket baru yang akan di pasang
Sapu grease untuk bracket baru
Selepas dah grease, masukkan kembali bracket ke dalam pintu tadi.
Final adjustment.. insyallah bila dah adjust betul2.. harap2 smooth laa naik turun nanti
Alhamdulillah... its working.. wohooo

Tuesday, September 15, 2009
DIY - Insulation for Kenari cooling systems
Piping aircon yang perlu di balut
Aku suka diy.. lately ni aku rasa dalam bulan puasa ni petang2 sebelum berbuka.. aku suka cari benda2 yang boleh di DIY. Maybe sebab bila kita sibuk dengan DIY.. kita dah lupa pasal lapar dan dahaga haha.entry ini rentetan dari peristiwa Compressor Kenari tunang aku yang lingkup hari tu. Alhamdulillah dah sejuk sekarang. Tapi akibat dari sifat manusia lumrah hidup manusia yang tidak pernah puas dengan apa yang ada. Aku rasa tak puas hati dengan kesejukan yang ada sekarang. Aku come up dengan DIY untuk menambahkan lagi kesejukkan aircon kenari itu.. haha..
So basically DIY kali ni kita akan buat insulation untuk cooling systems kenari. So mari kita bukak bonet kenari yang comel itu.
Kebiasaannya piping aircon Kenari memang takde langsung insulation.. bermakna piping aircon itu langsung tidak berbalut. So bila tak berbalut, piping aircon yang berada dalam engine bay akan terdedah kepada bahang kepanasan engine jadi apa bila cuaca panas terik, di tambah pula dengan kepanasan engine, piping aircon turut menjadi panas sekaligus menyebabkan kurang sejuk. Aku pun tak pasti kenapa dorang tak buat siap2 haih..
Senarai barang-barang yang diperlukan dalam DIY ini.

Barang2 yang diperlukan
1 - Tube aircon Insuflex . ( Boleh di dapati di kedai2 aircon dengan harga 2/sebatang) Terdapat pelbagai jenis saiz. Untuk ini aku pakai 19x9.
2- Cable ties. Untuk mengikat tube tersebut. Boleh didapati di mana2 kedai hardware.
3- Gunting - Boleh di dapati di dapur2 berdekatan.. perlu diingat jgn mencari gunting disekitar waktu petang kerana anda mungkin menyebabkan mak atau bini anda mengamuk kerana kemungkinan mereka tengah memasak.

Then ditempat yang telah di gunting tadi, masukkan ke piping aircon pastikan tube tadi di balut dengan kemas

Contoh bila dah diletakkan tube insulflex

Pastikan side yang telah di gunting mengadap ke belakang.bagi mengelakan direct contact dengan bahang panas engine.


Selepas tube insuflex telah dibalut. Dengan menggunakan cable tie. Ikat dengan kemas tube2 tersebut.

Waaalaaaaa siapp... cuba laa sure sejuk balik raya tahun ni hahaha













