Showing posts with label financial hacks. Show all posts
Showing posts with label financial hacks. Show all posts

Sunday, April 04, 2010

Consolidating your debt





Cuti adalah masa untuk berehat.. tapi ini laa jugak masa untuk kita membuat sesuatu yang bermanfaat. Pejam celik dah masuk bulan April dah tahun ini. Cepat masa berlalu.. aku tak pasti samada target untuk aku dapatkan lagi sebuah rumah lelong untuk investment pada tahun ini akan tercapai. Modal aku masih tak mencukupi.. masih lagi berusaha untuk menyimpan sebaik yang boleh. Kalau tahun ni tak dapat target.. insyallah akan ku bawa ke tahun hadapan.. mungkin by tahun hadapan modal aku dah cukup untuk aku turun padang membida rumah2 lelong untuk di jadikan sebagai satu instrument investment untuk aku.

Hari ni.. sebelum aku keluar ride di petang hari. Aku ambil kertas dan pen mula duduk di meja mengumpulkan segala fail2 dan juga statement berkenaan hutang piutang credit card, personal loan, loan kereta, loan rumah. Aku mula mencatitkan semua senarai hutang2 yang ada. Berapa lagi baki yang masih ada, berapa lagi tahun yang masih tinggal berapa kadar faedah yang dikenakan untuk setiap loan dan credit card.

Dengan catitan yang ada ini boleh la aku review satu persatu loan2 yang masih ada. Boleh aku tackle mana2 loan yang boleh dipercepatkan tempoh pembayaran supaya habis cepat.
Bagaimana kita nak consolidate segala loan2 ini ?. Dengan berpandukan financial Calculator yang aku jumpa di YAHOO Personal Finance. Kita dapat target atau jangka bila sesuatu tempoh loan itu akan habis.




Berdasarkan calculator yang aku dapat dari Yahoo Personal Finance, Letakkan Baki loan anda  sebagai contoh RM5000, kemudian kadar faedah setahun yang di kenakan 12% dan juga bayar bulan yang anda perlu bayar 240.


Dengan membayar RM240, kita dapat lihat kita perlu membayar sebanyak 24 kali atau bersamaan dengan 2 tahun untuk menghabis kan loan tersebut dan juga Kadar faedah yang dikenakan adalah sebanyak RM635

Di sini kita boleh bermain2 dengan input current Monthly payment itu dengan meletakkan amount yang lebih. Berapa lama tempoh yang di ambil untuk menyelesaikan hutang tersebut jika kita membayar sebanyak RM400 sebulan ?


Dengan RM400 sebulan tempoh pembayaran adalah cuma 14 kali atau bersamaan 1.2 tahun dan kadar faedah yang dikenakan adalah RM368. Jadi dengan membayar sebanyak RM400 sebulan anda dapat jimat sebanyak RM267 untuk kadar faedah.

Jadi dengan menggunakkan tool ini. Jika ada duit lebih kita tahu laa macam mana nak menggunakannya untuk mengurangkan hutang kita.Sekurangnya kita dapat menguruskan loan2 yang ada dengan lebih teratur..

orait.. time to ride.. chow ...



Wednesday, May 20, 2009

Make your additional ASB investment through M2U today!




Aku ke bank tadi, semasa menunggu turn untuk masukkan duit ke ASB. Aku terpandang satu pamplet regarding "Make your additional ASB investment through M2U today!. Bila check2 balik go thru pamplet to whoaa.. Maybank have done it again. Kita boleh top up ASB kita melalui Maybank2u.Paling minimum kita boleh masukkan adalah RM 1 ringgit.

Memang aku rasa really convenient dan juga praktikal bagi aku sebab.. lebih senang lepas ni kalau nak masukkan duit ke account ASB. Tak perlu lagi nak ke bank, cari parking lagi dengan masa lagi dengan minyak kereta lagi.. ambil no kena tunggu turn pulak. Kini sambil korek idung pun anda boleh masukkan duit ke ASB direct dari account Maybank anda. Even kalau kita nak top up ASB adik beradik or family kita pun senang.

So bagaimana kita nak buat tambahan ke ASB melalui Maybank2u ?


Pertama sekali, Login ke maybank2u anda




Selepas anda berjaya login ke M2u anda Click pada Investment tab



Click pada ASNB Unit Trust




Selepas anda click link tersebut, Baca segala term/declaration apa semua dan make sure and check box dibawah seperti yang dibulatkan dan click Next



Selepas itu anda dibawa ke screen di mana anda boleh meletakkan amaun yang ingin di masukkan ke account ASB and juga disini anda perlu mengisi No account/No Ahli ASB anda.Dan selepase itu click Product Name dan pilih ASB.Anda boleh merujuk pada buku account ASB anda.



Jika masih ragu2 anda boleh click view sample. Di bawah adalah contoh no ahli dari buku ASB.





Setelah segalanya sudah diisi click continue dan anda di bawa ke page seterusnya. Disini, click pada request TAC untuk memohon TAC. Setelah TAC di terima melalui sms di phone anda.Isikan dan click confirm.


Peringatan : Setiap transaksi akan dikenakan caj sebanyak 1 ringgit oleh maybank




Walaaaaa siapppp.. untuk memastikan jumlah wang yang di masukkan telah selamat dicreditkan, sila pergi ke bank yang berdekatan untuk mengemaskini buku anda.

Semasa proses ini Maybank2u ini dijalankan, pastikan anda cuba mengorek idung bagi memastikan pengudaraan hidung tidak tersumbat supaya ia dapat membantu anda bernafas lebih sempura

Friday, May 08, 2009

Property Investment



Dah lama aku nak update pasal pembelian apartment Gambier Heights di Penang. Alhamdulillah at last apartment aku selamat disewakan.. waktu aku letak iklan sewa hari tu tak sampai beberapa hari dah ramai orang call.. memang aku nampak dah.. tempat tu strategik. Memang laku macam pisang goreng area tu.. kalau laa aku ada 2,3 biji lagi kat situ pergh.


Kachinggg $$$

So at last after screening beberapa orang penyewa, at last dapat sorang penyewa yang kerja sebagai lecturer. So aku sewakan RM650 untuk apartment tu. Time aku sewakan tu aku ada tengok jugak Rata2 rate sewa dekat situ dah naik jadi RM700.. fuhh memang cepat rate sewa dah naik . Then aku sediakan tenancy agreement itu pun cilok dari agreement owner rumah yang pernah aku menyewa dulu.Kira nampak laa skit organized and formality tu.. tapi kalau diikutkan memang perlu ada tenancy agreement.. so that we can state apa yang boleh dia buat apa yang tak boleh dalam rumah tu.. even dalam tenancy agreement tu kalau hangpa nak bubuh lepas kul 10 malam kena tutup lampu pun boleh haha.


Tenancy agreement

Once dia dah go thru the agreement yang panjang berjela aku tu.. then dia turunkan tandatangan. For the first time, aku ambil 1+1 including RM 200 for air dengan letrik. Alhamdulillah merasa laa masuk cash sebanyak 1,500 kachingggg!! boleh joli ni.. soping ni.. takpun upgrade component beskal..? anda silap.. mari kita breakdown untuk apa RM 1,500 tu

so 1+1+ 200 for letrik and air = 650 + 650 + 200

RM650(sewa apartment) untuk bulan ini akan dibayar untuk loan rumah aku yang sebanyak RM746 So beza yang aku perlu tambah 746 - 650 = RM96 .

RM650( deposit 1 bulan) - 1 month deposit ni reason dia.. adalah untuk standby.. contohnya kalau owner lari tak bayar untuk bulan depan or keluar dari rumah.. tanpa inform tenant. At least kita masih cover duit sewa untuk bulan hadapan sementara nak tunggu penyewa baru. Itu sebab kita tengok dalam newspaper or dalam net kalau orang offer sewa rumah diletakkan syarat 1+1, 2+1, even deposit sampai 3 bulan pun ada.. gila bapak depa buat duit macam tu... kalau 3+1, 650+650+650+650 = RM 2600 perghh ana kaya.. tu belum masuk bill aku.. tapi dalam situation economy skang.. sapa buat 3+1 or 2+1 memang penyewa pun fikir 2,3 kali jugak nak membayar sedebuk untuk masuk rumah.. kesian jugak coz aku pun satu masa dahulu melalui benda yang sama.. mana nak cari duit sebanyak tu beb.. nak sewa pun dah jadi susah.
So 650 ni terpulang laa samada simpan dalam ASB or guna duit ni topup untuk pembayaran rumah.

RM 200 ( letrik and air ) - ini pun sama.. boleh buat saving. Takpun.. buat laa kenduri skit makan2 sedekah barang 50 ringgit kaa baru laa berkat investment kita :)

So dari gaji aku.. untuk apartment tu aku cuma perlu membayar RM 96 menarik bukan..?. So kita nampak dekat sini tak banyak yang perlu kita keluarkan untuk membayar rumah ini. Penyewa yang sebenarnya membayar untuk rumah aku.So dekat sini.. terpulang pada aku samada aku nak topup lagi.. aku masih boleh lagi topup RM100 or RM200 untuk pembayaran rumah tu.. so aku dapat memendekkan lagi loan rumah aku dari 30 tahun ke 10tahun macam mana boleh dipendekkan tempoh loan rumah tersebut? . Basically pada peringkat awal pembayaran loan rumah tersebut kita cuma duk membayar interest/faedah saja.. jadi skit sangat kita membayar untuk harga rumah tersebut.

Dari pemahaman aku yang tak seberapa, concept loan rumah berbeza dengan loan kereta. Loan kereta memang dah fixed.. sebagai contoh kalau monthly kita bayar sebanyak RM550 tapi kita decided untuk bayar lebih tiap2 bulan contohnya 700 laa katakan.. in the end kita still masih membayar untuk full amount maknanya termasuk interest yang dikenakan. Tapi bagi loan rumah berbeza.. lebih banyak kita bayar untuk rumah.. lebih rendah faedah/interest yang dikenakan.. so disini boleh nampak.. kat mana priority or keutamaan.. better duit lebih yang dibayar untuk kereta tu.. dibayar untuk rumah bagi menguranngkan interest. Monthly payment untuk kereta menten macam biasa coz buat laa macam mana pun either way still kena caj yang sama.. so planning laa dengan bijak.

Moga2 pelaburan yang aku lakukan ini senantiasa diberkati Allah insyallah.


So remember planning is the key.. " FAILING TO PLAN IS PLANNING TO FAIL"

Thursday, March 19, 2009

Investment finally :)




Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi coz loan rumah yang aku apply untuk membeli apartment di penang telah approved. Macam tak sangka.. coz ulang alik aku ke bank islam sebelum ni punyalaa slow.. ntah pesal apa penat dah aku. Tapi aku tengok officer yang menguruskan pun macam lembap terkial2.. aku pulak terpaksa push dorang...last last aku decide cari loan kat bank lain.


Maybank cawangan Gelugor


So dua minggu lepas aku turun ke penang lagi untuk cuba apply home loan thru maybank. Aku berjumpa dengan Ms Ong officer Maybank from Tanjung bunga. Call dia dan owner aparment tu :) dan buat keputusan untuk berjumpa di Maybank Gelugor so that tak payah aku nak pi jauh2 sampai Tg Bungah.So far aku dengan owner rumah berbincang dengan Ms Ong, submit segala dokumen2 yang berkenaan.. so dia buat skit calculation dan juga check on komitmen aku.. apa hutang yang aku ada loan2 lain kalau ada so dia nak list kan.




Then dia listkan package2 for the home financing.Aku ambil skali dengan MRTA so nanti kalau terjadi apa2 dekat aku tergolek bawah lori ke meninggal ker at least anak2 aku or isteri aku tak perlu tanggung satu sen pun untuk apartment tu.Insurance will take over and bear all the cost.Aku pun tenang dalam kubur nanti.BLR pun rendah skang aku dapat BLR +5.55% p.a.




Aku buat maximum 30 tahun. Monthly payment aku adalah RM746.00. So if aku dapat sewakan apartment tu RM650 sebulan, aku cuma perlu membayar RM96 hengget jaa untuk apartment aku.. whoaaa bulan2 96 ringgit jer..?.Macam mana pulak dengan tahun depan..? kalau rata2 owner2 di sekeliling blok apartment aku dah naikkan sewa sebanyak 20-50%? .. so katakan sewa naik 700 to 750, Aku dah tak perlu bayar apa2 dah start tahun depan. Penyewa yang tiap2 bulan bayar rumah aku. Nak earn positive cash flow..? upgrade apartment, fully furnished, masuk aircon, redesign balik ala2 IKEA ker and buat sewa dalam 1k untuk foreigner. habis saja cover balik kos redesign and upgrade, aku dah buta2 earn 200++ which is a positive cash flow tiap2 bulan.



Tapi kalau aku fikir dari segi keberkatan..tak menindas orang yang menyewa, aku menten rate sewa rumah yang sama confirm penyewa still nak duduk lagi kat situ. Mana nak dapat dah dengan rate macam tu.. ada swimming pool lagi facilities lagi. So aku dah secure tenant for long term.

Aku ambil loan selama 30 tahun bermakna harga rumah tu boleh cecah 500k .. so dekat situ apa yang aku nampak.. aku kena rempitkan payment lebih sedikit so aku boleh selesaikan dalam sepuluh tahun or less. Aku kena study pasal OD and other investment untuk aku manipulate supaya aku dapat merempit membayar rumah ni.. selain tu aku tak perlu risau sangat since value rumah macam mana pun akan naik within few year.. and sewa rumah pun turut akan naik.. so disitu dapat speedup the payment process insyallah.

Fuh.. slalu time2 nak celebrate ni tangan musti pelekat rokok di celah jari ni menandakan victory.. nampak gayanya kali ni aku sumbat Tic Tac jaa dalam mulut.. damnn.. laki kalau idung mulut tak keluar asap memang ilang kemachoan.. tapi takpe.. aku tengah mempraktikkan skill baru ala2 Rajnikhan dalam filem Tamil.. tentang cara2 membuka kotak tic tac.. melambung memakan tic tac supaya aku senantiasa menten macho deyyy apa yang aku merepek dahhhh




Saturday, March 14, 2009

A Confessions of an ex-smoker Part 5

Wang yang terselamat dari kebakaran



Sedar tak sedar.. kepingan2 duit di atas telah terselamat dari kebakaran. Aku jimat sebanyak RM 480 selama 20 hari tidak merokok. Tak penah aku sangka betapa kroniknya masalah aku yang membakar duit setiap bulan yang sudah semestinya tiada pulangan balik mahupun keuntungan pada diri ku.Bayangkan itu baru 20 hari.. sehari 3 kotak.. bayangkan dengan 480 ringgit tu macam2 boleh dilakukan..saving, Unit trust Investment, Buy stocks, modal untuk berniaga.. aku serahkan pada korang untuk decide. Insyallah duit ni setengahnya akan dibelanjakan utk barangan yang ingin aku beli sebagai satu sistem untuk reward diri aku yang berjaya untuk tidak smoking... dan selebihnya akan aku simpan dan juga sedekah... well i'm one step ahead to restructure my financial...how bout you..? :)

Thank you for not smoking

Friday, February 06, 2009

Balik Kampung + Jalan2 Survey property DAY 2



Lepas subuh aku tak sambung tido.. dah lama sebenarnya aku tak jadi bodyguard n driver mak aku gi pasar pepagi.. kalau tak dulu pagi ahad saja aku dah jadi drebar and angkut barang2 pasar.. acctually niat tu lain.. haha pasal ade sorang awek tu tolong mak dia niaga kat pasar tu.. tu yang semangat pepagi tu.. tapi tu dulu laa zaman bujang2 aku tuuu hmm lama dah cerita tu ntah dah kawin minah tuu..haha..

Lama gila aku tak turun pasar Taman sardon.. brader yang jual ikan.. yang slalu aku join dia petang2 panjat bukit Jambul tu pun dah expand bisnes dia.. bukak dua meja jual ikan.. salute...tengok bisnes dia pun rancak .. ramai customer. Really love the environment kat situ..agak classic.. macam ala2 Sicilian Town of Corleone dalam Filem Godfather Part 2.. gerai2 kat situ tetap menten macam dulu.. walau pun dah beberapa tahun aku meninggalkan Penang mencari rezeki di KL.

Balik rumah, aku jadi plumber tak bertauliah kejap.. ntah macam mana2 kedua2 adik aku ni.. ntah laa.. repair paip bocor sampai patah sekerat..punya duk merengkuh paip tu.. aduhhh macam mana depa duk pulun buat aku tak tau.So keluar beli barang2 paip dekat Sg nibong hardware.. then settlekan.. payah jugak mula2.. sebab separuh paip yang patah tu tak boleh nak keluarkan kira last resort aku nak kena pecahkan tiles dinding tu sebab nak cari penghujung dia tukar abis semua.. aku cuba pecahkan2 skit demi skit paip tu at last boleh jugak.Kira balik kali ni at least jadi jugak keja.. fix kan itu ini.. cuma water heater rumah tu yang aku tak dapat nak settle sebab PCB board dia tu aku takdak idea nak cari mana.Maybe jalan pasar kat pudu tu mungkin ada...

Petang... aku bawak ayah mak aku keluar jalan2 pusing2 area penang dan pi survey apartment kat gambier heights tuu.... dah lama kot depa tak keluar jalan2.. So last aku singgah gi tengok apartment Gambier heights kat blakang usm tu..since owner dia dah ada :)... aku gi check rumah tu.. tempat dia quite nice dekat dengan semua facilities.. membuatkan aku lagi confident nak angkat rumah ni.. buat sewa. Sewa pulak boleh up sampai 600-700 standard tanpa fully furnished..facilities yang ada di apartment tu Gym,Swimmingpool, sauna,Surau pun ada yang paling penting easy access to Tesco,kedai makan,banking,Petrol station, laluan bas, Universiti.

Bayangkan.. aku amik loan maximum dengan umur aku yang masih muda ni.. 30 Tahun max. Harga rumah dalam 160K belum finalised and nego lagi.. monthly most probably dlm 800++. So
kalau aku sewakan, dalam 700 sebulan, Monthly secara logiknya.. aku cuma perlu bayar rumah aku sebanyak 100++ jer.. whoaa.. bulan2 bayar rumah seratus jer..?.Yup.. sebab.. monthly rumah tu penyewa yang bayar rumah aku.. bukan aku.. aku cuma fork out 100 jer bulan2.. pelaburan yang ok..?. Nak untung lagi..? insyallah tunggu lagi 5 tahun.. or 10 tahun.. value rumah dari 160k maybe naik jadi 170k.. so refinance balik.. anda dapat another 10k dalam tangan boleh invest mana2 simpan dalam ASB.. cagar sijil ASB buat lagi OD utk maksimumkan ASB.Macam2 boleh buat.... planning is the key

aku survey jugak umah dekat flat hamna dekat sg 2 tu.. gilos.. flat hamna tu fully furnished paling Koman(bahsa penang macam paling teruk) pun 700 beb.. itu flat tuu.. kawasan pun macam tak brapa ok.. tapi location dia yang dekat dgn Universiti Sains Malaysia tu yang membuatkan value dia naik.. bayangkan how the properties value di penang cepat gila naik.. flat tu dua bilik jaa.. square feet pun kecik.

So aku amik few pics dari survey aku



Swimming pool area, ada BBQ area



Mari masuk



Hall balcony depan


Kitchen area..hmm next projet leh letak kitchen cabinet


Master bedroom..quite luas


Toilet ada dua



View from the balcony

Facitilies lain sekitar Apartment tu

New building dekat entrance apartment.Not quite sure what it is tapi macam Plaza or shoplots in future kedai bukak, lagi dekat.. lagi value naik..


Plaza Ivory.. few minutes walk from the apartment.. macam2 kedai apa lagi mau


Kedai mamak Nasi kandaq itu sudah semestinya


20mins walk 5 minutes by car to USM


Wednesday, January 28, 2009

Potential Investment





Dalam keaadan economy yang tak tentu hala ni.. ramai prefer to cut down their spending ada juga yang stop doing investment to make sure their cash always liquidify ada juga yang mula restructure balik financial masing2.... because during this time saving tu suatu benda yang sangat penting perlu kita lakukan.... and always make a habit of saving.. saving saving.. itu yang aku selalu tekankan.. coz u never know hari2 yang mendatang yang perlu kita hadapi mungkin kelak hujan ditengah jalan.. dengan skang ni kita tengok every company yang masing2 berlumba2 utk cut cost lalu dengan secara tidak langsung manpower or tenaga pekerja pun di kurangkan... so sapa2 yang berada dalam sektor swasta.. korang sure terasa bila masa laa turn aku pulak nak dibuang.. bagi sektor kerajaan.. memang tak nafikan laa during this crucial moments.. dorang tak effect sangat.. malah dorang patutnya bersyukur.. dalam keaadaan global crisis ni korang tak diberhentikan keje..

So bagi kita yang in the private sector ni..? apa yang korang dah buat .. is there any backup plan in case kita dibuang ?.. dah takde keje?.. hmm thats where saving tu play important part.. kalau ikutkan.. kita sekurang-kurangnya perlu save 3 months gaji kita or more just in case something happen kalau kita dibuang keja.. at least.. during that time.. duit 3 bulan tu insyallah dapat digunakan sebaik-baiknya utk mencari pekerjaaan baru.. utk survive buat sementara.. tapi tu 3 bulan sebagai base jer.. im sure korang save more than that even ada lagi side investment yang korang buat.. or memang korang tak terpikir langsung ker..?


Bagi yang belum sedar tu.. aku suggest ko buat laa .. pay yourself first....tak rugi.. line macam kita ni.(private sector) our job is always on the line.. prinsip idup aku.... jangan selalu letakkan diri dalam comfort zone.. bila kita dah selesa dgn apa yang kita ada im sure kita mula abaikan benda2 yang kita tak pikirkan akan jadi pada kita.. agree dengan aku?. So mari laa sama2 memantapkan lagi financial kita review balik kewangan korang restructure balik kewangan korang.. mana yang boleh kita jimatkan.. jimat laa.. apa2pun.. aku mengingatkan diri sendiri aku jugak.. saving laa utk masa depan anda..dan anak2 anda

Hmmm minggu depan aku maybe balik ke Penang.. utk ushar potential properties .. gila gak aku dalam keadaan macam ni aku still nak beli properties.. tapi tu laa advantage skang bank offer interest rendah.. and bagi aku.. aku rasa tak rugi kita invest dalam properties since harga rumah/apartment value dia appreciate dengan cepat... and apa yang aku nampak skang Penang properties memang ada value.. aku ngah survey apartment Gambier Heights di blakang USM tu.. apa yang aku nampak.. potensi untuk disewakan samada utk student foreigner or student USM sendiri adalah tinggi takpun aku buat ala2 homestay utk sapa2 yang nak lepak kat penang.. :) or lecturer2 USM yang nak cuti2 bawak anak2 mandi swimming pool kaa rilek2 lepak2 :) amacam :)

Ok jugak tempat dia..facilities pun bagus ada Swimming pool,tennis court ada security guard.. in term of location, 15 min to Tesco Extra, kedai makan, Clinics, Dobi,Banking, petro station semua ada sana.. tapi tu laa masih dlm perancangan.. aku kena survey lagi...umur aku masih muda.. so loan aku boleh pegi up to 30 tahun at least umah tu nanti bukan aku yang bayar.. but penyewa yang bayar :). Selagi USM dekat situ selagi tu demand should always be there.. :) project aku still dalam initial stage.. but insyallah dengan rezeki yang Allah taala beri dan hikmah dan hidayah.. kalau ada rezeki.. rezeki aku laa tu nanti :).Apapun always be ready for all the possible outcome yang mendatang..

So perancangan aku yang lain.... maybe start meniaga.. never never never underestime orang yang berniaga pasar malam, jual kuih ditepi jalan, berniaga nasi lemak ayam berempah di penjuru2 rumah korang.. coz daily income dorang for a day boleh cecah 700 sehari even 2k per day.. itu baru sehari..? kalau sebulan..? aku dah tengok sendiri.. even sahabat2 aku brader2 yang aku kenal sendiri.. keuntungan sebulan boleh cecah 7-8k


. Even aku pun pernah merasa berniaga di kaki jalan waktu Company aku paksa aku cuti 2 minggu memang gila company aku.. reason dia sebab aku tak penah amik cuti.. cuti berlambak kena clear.. kena pulak aku ni gatai degil jugak aku gi kerja company aku kasi cuti 2 minggu.. gelabah gak beb..tetiba mana tau cakap suh aku takyah mai keja trus.. masak! aku.. so dalam masa 2 minggu tu laa aku berkecimpung dalam dunia perniagaan.. Aku buat simple jer niaga buah potong.. depan skolah .. bayangkan sehari leh dapat 50 ringgit.. untung bersih.. aku cuma duk 4 hari dapat 200 ringgit duk tak sampai 3 jam..duk dua jam waktu bebudak sesi pagi balik.. then balik.. petang jap lagi duduk 2 jam waktu sesi petang balik.. tak lama mana tu pun aku syok2 jer niaga..tak all out dapat duit buat belanja makan aku dgn tunang aku buat isi minyak.. .. 200 tuu sapa nak bagi beb.. kalau mintak kat member pun muka member dah berkerut beratus2 line kat dahi ni.. muka cam tahan taik jer. Pokoknyaa.. rezeki tu ada dimana2 selagi kita usaha selagi tu Allah limpahkan rezeki pada Hambanya


gambar bisnes buah potong aku.. :) di Damansara Damai satu masa dahulu

So korang pulak.. apa perancangan anda or backup plan korang incase sesuatu terjadi pada job korang? Jom bincang..

Saturday, November 03, 2007

dipetik dari paparich forum BJ.For my reference

Formula Bagaimana Untuk Keluar Dari Beban Hutang

Saya mohon maaf sebab lambat sikit, ada masalah dengan PC hari ni. Saya berikan tip ini untuk dikongsi bersama. Sekiranya ada idea nak tambah, dialu-alukan.

Lebih ramai dan ramai orang telah ditelan oleh beban hutang. Saya yakin anda telah membaca dan mendengar banyak statistik dan cerita mengenainya di media massa dan sebagainya.

Salah satu kunci kepada kebebasan kewangan ialah dengan menghapuskan hutang tidak baik (bad debt) anda dan mendapatkan hutang baik good debt). Hutang tidak baik ialah hutang yang menjadikan anda miskin , seperti hutang kad kredit, pinjaman kereta, pinjaman pendidikan – ini semua adalah dipanggil hutang pengguna. Anda perlu keluarkan wang dari poket / pendapatan anda untuk membayarnya. Hutang baik ialah hutang yang anda perolehi di mana sebenarnya ia bekerja untuk anda. Contoh terbaik ialah pinjmana perumahan bagi hartanah yang anda sewakan di mana ia memberikan aliran tunai positif setiap bulan. Hutang baik ialah wang yang anda pinjam untuk membeli asset yang boleh memasukkan wang ke dalam poket anda.

Tetap dengan formula
Ini adalah formula terbaik yang boleh digunakan untuk menyelesaikan hutang anda. Anda akan dapati bahawa jika anda ikut formula ini anda akan bebas daripada hutang lebih cepat daripada yang anda bayangkan. Sebahagian besar orang ramai mendapati mereka bebas hutang tidak baik dalam masa 5 ke 10 tahun . Kunci utama di sini ialah kekal dengan formula ini. Anda tidak akan berjaya jika anda berkata,”Saya Cuma tingggalkan ia sebulan,” kemudian dua dan kemudian tiga. Jika anda kekal denfgan formula ini, ia akan kemudian akan menjadi satu tabiat yang anda akan ikuti sepanjang hayat.

Berikut adalah formulanya:

Langkah 1 : Berhenti mengumpul hutang tidak baik. Apa sahaja yang anda beli melalui kad kredit perlu dibayar dala mjumlah penuh pada setiap hujung bulan. Tiada pengecualian dan alasan tentang ini.

Langkah 2 : Sediakan satu senarai kesemua hutang pengguna (hutang tidak baik) anda. Ini ternasuk semua kad kredit, pinjaman kereta, pinjam,an pendidikan, pinjaman pembaikan rumah dan lain-lain hutang tidak baik yang telah anda buat selama ni. Malahan pinjaman perumahan bagi tempat tinggal sekarang pun perlu dimasukkan dalam senarai ini.

Langkah 3 : Disebelah setiap item yang disenaraikan, buatkan 3 kolum:-
-Jumlah yang dipinjam
-Bayaran bulanan yang minimum
-Bilangan bulan bagi tempoh bayaran

Langkah 4 : Berdasarkan betul-betul di atas Bilangan Bulan, mula letakkan kedudukan setiap satu hutang berkenaan. Letakkan ‘1’ di sebelah bilangan bulan yang paling rendah, no.’2’ di sebelah kedua paling rendah dan teruskan kepada bilangan bulan yang paling tinggi. Ini adalah susunan yang akan anda selesaikan bagi jumlah pelbagai hutang anda.

Pastikan Yang “Pertama Anda Menang!”
Sebab mangapa anda perlu mulakan dengan hutang yang bilangannya bulan paling rendah ialah anda mahu pastikan yang pertama anda “menang” atau berjaya di dalam proses ini secepat mungkin. Bila mana anda telah selesai membayar kad kredit (atau hutang lain), anda akan mula melihat sinar cahaya di hujung terowong.

Langkah 5 : Usahakan untuk dapatkan tambahan RM600 ke RM800 setiap bulan. Jika anda benar-benar serius untuk keluar dari bebanan hutang –dan lebih penting mencapai kebebasan kewangan, cara untuk menjana wang tambahan ini tidaklah sesukar mana. Secara spontannya, jika anda tidak dapat menjana menjana pendapatan tambahan sebayak itu maka peluang anda untuk mencapai matlamat kebebasan kewangan adalah tipis.

Langkah 6 : Bayar jumlah minimum pada setiap hutang yang terlah anda senaraikan KECUALI pada yang anda tealh tandakan dengan “1”. Pada hutang ni, untuk dilangsaikan , bayar jumlah minimu yang dituntut dan ditambah dengan jumlah tambahan RM600 ke RM800. Terus lakukan ini setiap bulan sehingga hutang pertama anda langsai. Seterusnya, keluarkan hutang pertama tersebut daripada senarai anda.

Langkah 7 : Tahniah kepada diri sendiri!

Langkah 8 : Bayar jumlah minimum hutang anda yang wajib pada setiap bulan KECUALI terhadap hutang yang anda telah tandakan sebagai “2”. Pada hutang ni, bayar jumlah minimu yang dikehendaki, TAMBAH keseluruhan jumlah yang telah anda bayar pada hutang #1. Sebagai contoh, jika pada hutang #1 jumlah minimu anda adalah RM160 dan anda tambahkan tambahan RM600 maka anda telah membayar satu jumlah sebanyak RM780 setiap bulan. Pada hutang #2, jika jumlah minimum yang dikehendaki ialah RM200, anda sekarang akan bayar sebanyak RM200+RM760 atau jumlahnya ialah RM960 setiap bulan.
Setelah satu hutang telah langsai, maka kemudian ambil jumlah yang telah anda baayar ke atas hutang tersebut dan tambah ia ke atas hutang anda seterusnya bagi mendapatkan bayaran bulanan yang baru. Anda akan kagum dengan bagaimana cepatnya jumlah ini bertambah dan juga betapa cepatnya kad kredit, pinjaman kereta dan lain- lain dapat diselesaikan. Teruskan proses ini sehingga kesemua hutang tidak baik di dalam senarai anda dapat dilangsaikan.

Langkah 9 : Pada saat ini jumlah bulanan yang anda bayar ke atas hutang terakhir anda menjadi agak besar. Teruskan membayar jumlah tersebut setiap bulan sehingga selesai. Kecuali sekarang – berbanding membayar kepada pemiutang, anda membayarnya kepada diri sendiri untuk hanya satu jenis pembelian : asset yang memberikan anda aliran tunai positif setiap bulan. Anda akan keluar daripada Rat Race (perangkap hutang) lebih cepat daripada yang anda pernah bayangkan!

Saturday, September 01, 2007

quoted from The star 16 April 2007

Spending money wisely

Securities Industry Development Centre

When is the best time to teach your children about the value of money? There is no definite timeframe, but it is always good to start as early as possible.

EDUCATING,motivating and empowering children to spend money wisely at a young age would inculcate healthy financial habits. To get your children started on the road to financial responsibility, here are six simple tips.

Give them allowance: Giving children an allowance helps develop their ability to make spending decisions. To decide how much to give them, consider carefully the types of expenses that should be covered by the allowance. For example, for a school allowance, it helps to go to the school canteen to survey the prices of food and drinks sold there before deciding how much allowance your children will need. If possible, give the allowance money in different denominations to encourage savings. For instance, if the allowance is RM2, give your child a RM1 note and some loose change, so that he can set aside some coins for savings.

Set a realistic goal: Talk to your children about their goals, because it is the key to successful saving. Your children’s savings goals could be a special toy, a book, a bicycle, or the latest Play Station. Whatever it is, it should be realistic and should motivate them to save.

However, discuss it with them first. It should be their “goals”, not yours. Then find out the cost and figure out how much your children will have to save each week in order to buy the item by a certain date.

For a younger child, a visual aid will be useful. Cut a picture of the desired item and tape it on a glass jar. As the child puts money into the jar daily, he can see the money in the jar growing towards achieving his objective. An older child can keep track of his savings in a notebook and do the calculations each week.

Teach them the value of investing: Inculcating the savings and investing habit early is the key to successful financial planning. If you can, whenever you visit a bank to conduct banking transactions or to invest in a trust fund, bring along your children and open savings accounts for them. Invest some of their savings in a trust fund and watch the money grow with your children.

However, never deny your children the right to withdraw some of their savings or investments for a purchase, because if you do, it may discourage them from saving or investing at all. The idea is to let them know that if they withdraw their money before reaching their goals, it will mean taking a much longer time to reach their desired goals.

If they withdraw the money after reaching their goals, then it is their choice, too. The bottom line is, whether they want to withdraw it before reaching their goals (in case an emergency arises or there are some items that they may urgently need) should be entirely up to them. It is for them to understand the consequences of withdrawing their money at that particular time

Keep good financial records: Encourage your children to place receipts for the purchase of toys, books and other stuff in an envelope or to keep a simple journal entry that tracks spending and savings. This is to instil a habit of keeping track of their spending so that they will learn to systematically manage their finances in the future.

They can record using a grid comprising five vertical columns. The first column is for day of the week, while the rest are for daily allowance, products bought that day, amount spent and money saved.

Allow children to make spending decisions: Learning to spend wisely involves a certain amount of trial and error. Whether their spending decisions are good or bad, they should learn from their spending choices. As parents, you can initiate an open discussion of the benefits and pitfalls before the spending takes place.

Encourage your children to do some research before making major purchases or wait for the right time to buy (for instance, during a sale).

Set good examples: Lastly, as parents you must set good examples by managing your finances well and wisely. Avoid unplanned or impulse buying. Avoid having too much unnecessary debt (for instance, credit card debts). For better or worse, children learn how to handle money from their parents. As the saying goes, “An apple will not fall far from the tree.”

Therefore, teaching your children how to manage their money well and setting good examples will surely set them on the right track to financial success. So begin now!


The Securities Industry Development Centre (SIDC), which was established in July 1994, is the training and education arm of the Securities Commission.
Its mission is to build human capital, guide investors in the capital market and develop investor education programmes to meet the objectives of the Malaysian Capital Market Masterplan and address national development needs. It is recognised as a premier training centre for capital market participants and regional regulators.

Log on to SIDC-Malaysian Investor website: www.min.com.my for information on how to be a wise investor.

UPCOMING FREE INVESTOR EDUCATION SEMINAR

Title: Secrets of Savvy Investors III: Understanding Corporate Proposals
Date: Saturday, May 19, from 9.30am to 5.00pm.
Venue: Securities Commission, Kuala Lumpur
To register, visit www.min.com.my or call (03)6204 8889
pick from bj forum.

Kesilapan Kewangan Umum
- berapa yang anda lakukan??


Kesilapan 1 : Sentiasa menangguh untuk memulakan system perancangan.
Tidak syak lagi inilah kesilapan yang paling besar sekali. Tanyalah diri anda sendiri sudah berapa kali perkataan seperti “Tak apa”, “Nanti dulu”, “Lepas kahwin”, “Bila anak dah besar” sering dijadikan alasan untuk tidak memulakan pelan kewangan seperti tabungan untuk pendidikan anak, insurance perubatan atau membuat temu-janji dengan perancang kewangan bagi membaikpulih pinjaman anda.

Kesilapan 2 : Gagal menetapkan matlamat kewangan dan cara mencapainya.
Kita sendiri sedar yang tiada orang yang merancang untuk gagal tetapi kebanyakannya gagal untuk merancang. Mungkin sibuk dengan pelbagai tugas dan tanggungjawab anda tidak mempunyai masa untuk menulis di atas kertas jawapan kepada soalan-soalan seperti :
i- Apakah 3 matlamat kewangan anda?
ii- Bila jangka masa pencapaiannya?
iii- Berapa yang perlu diperuntukkan setiap bulan?

Kesilapan 3 : Kekurangan disiplin untuk menabung secara sistematik.
Media massa sekarang ini dipenuhi dengan iklan dan propaganda bertujuan mengalakkan kita berbelanja lebih dari yang sepatutnya. Tetapi patutkah media massa dipersalahkan? Apakah ada system atau rahsia yang boleh menyelamatkan wang kita daripada lanun-lanun seperti kad kredit, jualan murah, desakan rakan sebaya dan gaya hidup serba glamour?

Kesilapan 4 : Kejahilan tentang konsep nilai masa (time value) wang.
Semua orang tahu pasal hutang kad kredit, hutang along dan hutang punjaman perumahan yang seolah-olah tak pernah habis dibayar dan kalau dapat dibayar pun akan mengambil masa yang lama. Berdasarkan prinsip yang sama (iaitu konsep nilai mata wang) simpanan RM100 sebulan selama 20 tahun pada kadar faedah 10 peratus setahun (kadar kad kredit ialah 18 peratus) akan menghasilkan harta RM72000. Tetapi malangnya masih ramai yang lebih suka “menyimpan” dengan syarikat kad kredit dan sentiasa merungut tidak cukup wang.


Kesilapan 5 : Perlindungan Insurance yang tidak mencukupi.
Apabila memulakan satu system simpanan untuk tujuan tertentu contohnya deposit pembelian rumah, tabung pendidikan anak, ada risiko yang boleh menyebabkan wang simpanan tersebut tiba-tiba hangus. Contohnya sepeti belanja perubatan, hilang upaya bekerja , kemalangan. Bolehkah kita berserah kepada takdir semata-mata untuk memastikan matlamat kewangan kita tercapai?

Kesilapan 6 : Kegagalan menangani “musuh” wang yang utama iaitu inflasi
Bayangkan harga sebuku roti 10 tahun dari sekarang, atau segelas teh tarik. Kajian KWSP telah pun menunjukan bahawa duit simpanan yang diambil oleh pencarum sewaktu usia 55 tahun habis dalam jangka masa 3 tahun sahaja. Anda bagaimana, apa senjata yang ada untuk melawan inflasi, kanser kewangan nombor satu?

Kesilapan 7 : Keengganan menggunakan perkhidmatan penasihat kewangan bertauliah.
Kesilapan ini telah digunakan oleh pihak-pihak tertentu memperkenalkan skim cepat kaya, pembelian insurans dan unit trust yang tidak sesuai dan penggunaan wang KWSP yang tidak berpadanan dengan profil penyimpan. Semua orang tahu bila sakit harus jumpa doktor bukan peguam. Begitu juga kalau ada kes undang-undang jumpa peguam bukan doktor. Tidakkah logik untuk meminta khidmat nasihat seorang penasihat kewangan bagi mengatasi dilemma kewangan anda?

TINDAKAN SUSULAN!!!
Wahai pembaca budiman, diharapkan anda sekarang tahu di mana kesilapan anda. Seterusnya saya cadangkan supaya anda betulkan sebarang kesilapan di atas dan ambil tindakan sama ada merancang sendiri atau membuat temu janji dengan seorang penasihat kewangan bertauliah.