Showing posts with label investment. Show all posts
Showing posts with label investment. Show all posts

Friday, September 23, 2011

Teratak baru


Semalam aku bangun lewat...pala masih berpusing2 . Bangun jer pagi mandi terus shoot pergi tengok rumah yang dah dibeli.Kali ni beli untuk duduk bukan untuk di sewa haha. Alhamdulillah rumah ni aku dah riki sebelum raya lagi segala urusan SNP semua dah diuruskan sebelum tu .Hari ni datang sebab nak tengok orang maintenance pasang segala kepala paip air. Semua kepala paip maintenance yang simpan.. memang kena inform dorang dulu kalau nak pasang paip air tu...then baru dorang datang pasang..bagi mengelakkan dari kena curi.

Sampai sana tengok jiran baru Abg zul ada kat sebelah.. duk jadi supervisor kat indon yang tengah duk buat tembok utk pasu rumah dia. Abg zul lak keje half day hari ni so ada laa rumah.Sempat la aku duk bersembang dengan dia..tanya pasal location ni ..komuniti disini. Aku tengok rumah aku takde sapa lak datang rumah tak nampak pun pintu terbuka.. tanya abg zul dorang pun tak perasan maintenance datang. Aku rasa maybe petang skit dorang datang. So aku masuk dulu rumah tu.. sebab nak ambik gambar segala defect2 utk aku submitkan ke maintenance untuk repair since rumah ni masih lagi under waranty so segala repair masih lagi ditanggung oleh pemaju. Masuk2 tengok segala paip dah siap pasang wooohoo bila pulak dorang buat.. maintenance cakap hari ni baru nak buat.. aku rasa smalam kot dorang dah start buat. So aku test tiap2 paip, tandas check kalau ada leaking ada tersumbat , air slow ker. Alhamdulillah pemasangan memuaskan... lawa pulak kepala paip2 yang dorang pasang stylooo. Lepas tu aku shoot ke maintenance office ambil borang defect.. nak kena isi then pulangkan balik. So rumah ni paip air dah settle air dah masuk.. cuma tinggal letrik jer lagi. Insyallah tak lama aku akan berpindah ke teratak baru. Mudah mudahan segala urusan aku dipermudahkan

lepas dah settle masuk rumah ni.. baru aku leh fokus nak survey2 cari property untuk investment pulak. Hmm aku still.. tengah fikirkan solution utk apartment aku di penang.. since family aku pun dah pindah ke sini.. xde sapa boleh uruskan kat sana.. pening jugak bila nak cari penyewa terpaksa aku ulang alik ke penang.  Fuhh ada sapa2 nak jadi property manager utk aku kat sana hahaha.. market value dekat sana dah cecah 250k dari waktu aku beli 2 tahun dulu 165k atau aku jual beli property dekat sini.. senang aku nak menten..

Orang cakap tak leh sentimental dgn property yang kita suka.. tapi aku memang sayang apartment ni .. tu saja alasan aku untuk turun ke penang makan nasi kandaq.. hhahaha..

 
 


Tuesday, January 11, 2011

Awal tahun baru, Kerja cuci dan cat rumah sewa Gambier Heights Part 2



Sebelah malam lepas makan,aku, wife and adik aku naim..datang lagi ke apartment nak setelkan mengecat bilik2 pulak. Ada satu bilik ni penuh dengan lukisan abstrak kat dinding. Penuh conteng2 dekat dinding. Aku beli cat siap2 dekat kedai hardware kat KL. sampai sini dah tak perlu buang masa gi mencari semua bahan2 mengecat. Peralatan mengecat yang lama ayah aku punya pun ada lagi so pakai la.



Adik aku duk mengacau cat bagi sebati.. try color baru untuk bilik ni. Antara tiga2 bilik.. bilik ni yang paling teruk contengnya.


Hasil2 kreatif dari tenant yang sebelum ni. Penuh betul dalam bilik ni

Bila bekerja bertiga cepat la siap skit bilik ni. Bilik ni tinggal nak pasang kipas jer.




Walaaa ruang depan yang dah siap.


Monday, January 10, 2011

Awal tahun baru, Kerja cuci dan cat rumah sewa Gambier Heights Part 1


Malam tahun baru lepas kerja aku dan wife dengan adik aku shoot balik ke penang. Bertolak malam tahun baru.. kira celebrate tahun baru atas jalan la. So far menuju ke penang banyak jugak kereta malam tu dengan lori. Banyak jugak mat rempit atas highway merempit dengan gaya superman.. gila betul. Celebrate tahun baru dengan menempah maut.. bekalan ilmu pun masih tak cukup.. apa laa nak jadi.. Sampai Penang waktu subuh.. aku tak inform pun mak ayah aku nak balik.. yaa memang bertuah aku ni.. kira bajet suprise laa.. haha..

Acctually balik ni saja balik tengok parents aku.. since aku masih ingat lagi pasal peristiwa tahun baru tahun lepas waktu ayah aku kena stroke. Malam tahun baru celebrate dalam Hospital besar Pulau Pinang. Allah saja yang tahu macam mana keaadan masa tu..dengan kelam kabutnya.. dengan hospital besar Penang yang boleh tak tahu apa punca.. sampai tahap semput ayah aku dengan overdos ubat batuk yang diberi.bila diingatkan kembali memang trauma.. fobia semua ada laa.. bila aku fikir pasal tu.. bila masuk tahun baru mula aku fobia.. takut jadi benda yang sama.. tu yang aku shoot balik ke penang. Dulu waktu jadi tu aku tak de di Penang cuma adik aku yang kecik dengan mak aku jer.dorang la yang bawak ayah aku pi hospital.. bila ingat balik jauh betul aku tak dapat nak membantu.

Satu hal lagi.. alang2 dah balik ke penang, aku nak uruskan rumah sewa aku since penyewa lama aku dah bagi notis keluar dari rumah. Penyewa aku tu cikgu.. dah dapat tukar ke seberang. So dia nak cari rumah sewa sana pulak. Acctually few weeks back aku balik uruskan cuci rumah Apartment Gambier Heights ni. Tapi aku tak sempat nak blog pasal ni.


Cuci-cuci services haha satu family datang

Waktu tu datang utk bersihkan rumah.. cuci rumah tandas repair kerosakan yang ada. Paip pun tersumbat hari tu tak tau apa yang buatkan tersumbat ..apa yang dia sumbat. Cat hall depan.. hari tu family aku pun join skali bantu cuci rumah sewa aku tu.Mula parents aku cakap upah jer bangla basuh rumah tu.. aku pikir biar basuh sendiri puas hati.. duit pun tak keluar.. benda leh buat sendiri.. so takde hal laa muda lagi.. sekali skala kerah tenaga.. balik pun tak risau sebab tak payah drive waktu tu..balik naik bas.. apa susah naik bas aku bantai tido jer. Tapi still tak complete lagi dalam bilik masih tak cat lagi. So kali ni balik sambung mengecat la.

My wife dengan naim

Pasal rate rumah sewa, dulu waktu aku sewakan RM650 sebulan.. skang bila aku survey area rumah kat situ.. rata2 semua dah naik jadi RM700 ke 900 pehhhh gila rate sewa kat penang ni. RM900 tu kira consider fully furnish.. tapi dalam 800 tu ada yang takde apa dalam tapi sewa dah naik jadi RM800 dahsyat. Value rumah pun dah naik.. waktu aku beli dulu 160K tahun 2009 sekarang dah cecah ke RM195k  dah increase 35k pehh..belum lagi 5 tahun.

repair lubang tersumbat. Aku tak tau apa yang di sumbat.. anak kucing kot.

 
Dengan Mak aku dan wife bersihkan balcony depan dekat master bedroom gila berlumut

Jamban yang dah dicuci lupa pulak ambil gambar sebelum basuh kang tak lalu pulak makan

Terbongkang penat.. ayah masih steady

Dah siap bersihkan hall depan..berkilat thanks to mama ayah wife and adik aku yang dengan rajinnya membasuh

Penyewa lama tinggalkan almari.. dah jimat ada satu almari dah haha dinding kotor kena cat balik

Sessi mengecat ruang tamu depan the next day


Kali ni cover kaler putih pulak dekat hall depan


Ayah fokus bab touch men touch up


Touch up tembok balcony luar

Thursday, April 15, 2010

Jumpa Penyewa dan Ziarah Tok di Penang



Lama aku nak update pasal entry ni tapi tak berkesempatan. Last week aku, wife dan adik aku balik ke Penang. Tujuan aku balik ke Penang adalah untuk menjenguk tok aku yang baru selesai menjalani pembedahan mata buang catarac ganti dengan lense yang baru.Dalam masa yang sama menziarah Ibu bapa aku di sana. Sehari sebelum dapat call from mak aku tanya samada balik ke tidak.. aku cakap tak balik.. tapi saja nak surprise dorang.. tup tup.. petang hari sabtu .. Alhamdulillah kami muncul di depan rumah family aku di Penang :)

Bukan main gembira dan ceria family aku .. even tok aku pun tak menjangka aku dengan wife serta adik aku balik berjumpa dengan tok dan keluarga aku. Alhamdulillah syukur .. sebab kesemua adik beradik aku turun.. even fadzil adik kedua aku pun turun sekali.. berkumpul beramai2 melihat tok mendengar cerita tok di saat2 melakukan pembedahan.

Bagi aku family always comes first.. walau macam mana sibuk sesak sekali pun aku cuba sebaik mungkin untuk berada bersama mereka.Bak kata Don Corleone dalam Filem GodFather "A man who doesn't spend time with his family can never be a real man" Aku masih ingat lagi sahabat lama aku pernah berpesan pada aku.. "Bro.. masa Orang tua ko ada laa ko kena hargai.. luangkan masa sama dorang.. bila dorang dah takde tak guna lagi masa tu...". Aku pegang kata2 dia. Sesekali kita balik berjumpa dengan keluarga.. terubat rindu mereka terubat sunyi mereka. Jadi pada sapa2 yang masih mempunyai keluarga tu balik2 la jenguk mak ayah.. dapat balik sekejap pun dah cukup bagus.. besar pahalanya kalau kita berbakti kepada mak dan ayah kita.

Condition tok hari tu pun ok.mata tok masih merah.. maklong belikan Spek itam  untuk protect mata tok dari cahaya silau ..perghh dah macam lady gaga tok aku.. tok kena warded sehari just incase.. So Acu dan maklong laa jadi Personal Staff Nurse menjaga tok hari tu...hehe macam2 cerita laa sepanjang menjaga tok tempoh hari

First day sampai aku tak sempat ke mana mana.. spend time di rumah berbual2 bersembang dgn family sebelah malam nyer aku terbongkang sebab drive from KL to Penang.. maaf buat member2 penang aku yang membaca entry ni.. sebelum aku kena getah.. aku mintak maaf banyak2 laa sebab tak kontek hangpa ajak minum berbual2.. sebab masa suntuk. Kedai nasi kandaq pun aku tak sempat nak pi belasah.

The next day misi aku dan wife aku adalah untuk melawat penyewa Apartment sewa aku di Gambier Heights. Sebelum aku ke sana aku call penyewa rumah aku tu.. aku cakap nak jumpa dia.. ada hal skit nak bincang. Nada dia pun lain macam.. kemungkinan risau aku nak ambil balik rumah tu :). Kami shoot ke sana.. lama sebenarnya aku tak turun tengok rumah sewa yang aku beli.. So far facilities masih terjaga.. swimming pool, gym, lif dalam keadaan yang baik.


Tapi tujuan sebenar aku nak berjumpa dengan penyewa aku adalah sebab.. aku nak bagi hamper dekat dia. Kenapa aku bagi hamper dekat penyewa aku..? Sebagai penghargaan kerana dah menyewa apartment aku selama setahun dan juga secara tak langsung membayar rumah aku selama setahun.Tak lupa juga sebagai tanda terima kasih kerana membayar sewa rumah on time. So sapa yang menyewa rumah aku. Tiap2 tahun dia akan dapat hamper dari aku :). Insyallah next rumah sewa yang aku beli aku akan buat benda yang sama.

Cuba mencari hamper tapi tiada. Jadi aku cuma mix and match barang2 di tesco untuk diberi kepada penyewa

Antara barang2 yang di beri

Melalui bubble lift




Friday, March 12, 2010

Property Investment : Merempit pembayaran loan rumah



Apartment Gambier Heights

Dah lama sebenarnya aku tak update pasal Apartment Gambier Heights yang aku beli tahun lepas. Alhamdullilah dari mula aku sewakan tahun lepas hingga sekarang masih ada penyewa. So setiap bulan tak terasa la teruk untuk membayar loan kerana setiap bulan penyewa aku yang membayar. So far penyewa aku ok. Payment pun cantik tak penah delay dan tak pernah miss payment. Penyewa pun tak banyak ragam takde komplen itu ini mintak tukar itu ini. Cuma last aku dapat sms dari penyewa adalah untuk minta kebenaran nak pasang water heater hehe.. sejuk sangat kot pagi2.

Sejak beli sampai sekarang aku tak pernah lagi melawat apartment aku tu.Mana taknya aku jauh di KL, property pulak di Penang.Saja aku nak tengok macam mana keadaan rumah aku tu. Terjaga ke tidak, ada apa2 kerosakan ke tidak. Cepat masa berlalu rasa aku dah setahun penyewa tu membayar loan rumah aku. Aku pun tak check lagi berapa rate sewa sana sekarang. Mungkin rate sewa lagi naik sebab kawasan tu makin sibuk dan rancak dengan pembangunan. Condo di jalan keluar menghadap Apartment Gambier Heights pun dah beroperasi rasanya. Tapi buat masa ni aku kekalkan lagi rate sewa yang sama. Penyewa pun dah selesa duduk situ. Tunggu penyewa keluar nanti baru aku upkan ke rate sewa semasa.

Kali ni aku nak cerita tentang teknik merempit atau habiskan cepat pembayaran loan rumah. Aku ada terbaca pasal ni.So aku rasa better aku update di blog aku untuk rujukan dan pembacaan aku. Mungkin tak apply pada aku since setiap pakej loan perumahan mungkin berbeza dari segi kadar interest yang di kenakan. Banyak lagi yang perlu aku pelajari dan pahami. Aku pun perlu refer balik loan agreement aku check balik dari segi interests samada ada fixed rate atau pun berubah2.

Salah satu caranya adalah dengan menggunakan concept pembayaran secara bi-weekly. Maksudnya kita boleh bayar loan rumah setiap 2 minggu instead of bayar sebulan sekali. Apa kelebihan bayar 2 minggu sekali ?

Dalam setahun ada 52 minggu

Kalau kita bayar 2 minggu sekali bermaksud dalam setahun kita membayar 26 kali yang bersamaan dengan nilai 13 bulan.

Sebagai contoh :

Monthly payment : RM700 Sebulan

Kalau kita membayar secara bulanan, kita akan membayar sebanyak

12 payment x RM 700 = RM8400.00 Setahun


Tapi kalau kita membayar 2 minggu sekali dengan kadar RM350 sekali bayar,

26 payment x RM350 = RM9100.00 Setahun

Bermakna ada Extra RM700 Setahun yang kita bayar secara kita tak sedar. Fuhh pelik bukan. Kalau di fikir balik. Payment tetap bayar 700. Tapi ada extra RM700.

Jadi kalau loan 30 tahun, secara kasarnya kita mungkin cuma membayar 27 Tahun 6 bulan . Maybe lebih. Itu kiraan kasar. Kena ambik kira dengan interest pulak. Ambil kira interest yang kita dah jimatkan. Even kita maybe dapat jimatkan lebih lagi dah juga tempoh loan kita mungkin lagi berkurangan kerana the power of compounding interest yang telah kita dapat jimatkan

Sebagai contoh

Rumah Encik Ahmad yang berharga RM90,000 dengan loan amount RM82,000. Interest rate 5% selama 30 tahun. Base on calculation, monthly payment encik Ahmad adalah sebanyak RM440.19. Kalau kita ikut cara biasa. Encik Ahmad akan serve loannya selama 30 tahun dengan bayaran tersebut.

Tapi kalau Encik Ahmad ikut cara bayar 2 minggu sekali dengan bayaran RM220.95, satu pada 1hb and satu lagi pada 15hb, Encik Ahmad akan menamatkan loan selama 27 tahun 5 bulan. Atau mungkin 25 tahun 5 bulan disebabkan pengiraan compounding interest yang dikenakan.

Satu lagi cara nak mempercepatkan habis loan adalah dengan membayar lebih jikalau monthly payment anda RM440.19 anda bundarkan kepada RM500. Jadi dengan ini sedikit sebanyak dapat memendekkan tempoh pembayaran dan juga dapat jimat beberapa tahun.



Tuesday, May 19, 2009

Investment - Rumah lelong



Lately ni.. aku agak berminat untuk invest dalam rumah2 lelong. Maybe aku bercadang nak tambahkan lagi asset aku.. tambahkan property dalam tangan aku.. dan juga untuk generate passive income by renting the properties.Rata2 aku tengok semua price rumah lelongan adalah under market. Basically rumah lelong ni mungkin disebabkan owner tak mampu nak service loan rumah bayar bulanan or maybe owner sendiri bangkrupt/muflis. So dari apa aku paham.. kadang2 rumah lelong ni memang kita tak boleh nak agak macam mana condition rumah sebab pintu berkunci... maybe because of the previous owner so susah nak agak condition macam mana.

So once kita berjaya bid rumah tu, boleh laa kita pecah rumah tu.. check apa2 yang patut check condition rumah tu.
Kalau nasib kita baik dapat laa rumah yang tak banyak kita nak repair tandas, piping apa semua. Kalau dapat yang teruk standby skit cash untuk repair segala kerosakan. Tapi still berbaloi.

Apa yang paling aku suka pasal rumah lelong? satu murah.. kadang2 kita dapat yang betul2 below market price.. contohnya.. satu apartment lelong tu harga reserve waktu lelongan 54K dan current value( nilai semasa) apartment tu 70K. So bila dah berjaya bid rumah lelong tu dengan harga 54K kita ada option samada menjual balik rumah tu atau disewakan. Kalau kita jual rumah tu balik tentu skali kita akan menjual dengan harga market which means.. 70K. So buta2 kita dapat keuntungan sebanyak 16K apa yang kita nak buat dengan 16k tu..? beli lagi 2 biji rumah lelong.

Kalau tak nak jual, Kita masih boleh sewakan kalau harga reserve yang kita dapat 54K loan bulanan roughly cuma dalam 250. So kalau rata2 rumah lelongan berada di location yang HOT, dengan cukup segala kemudahan seperti BANK, kedai, dekat dengan LRT,Komuter tempat bas, kedai makan.. maybe kita mampu untuk sewakan 400 keatas.. even kita boleh survey brapa current rate sewa di satu2 apartment tu.. dan dari situ kita boleh tahu brapa nilai sewa semasa di kawasan itu. Kalau kita berjaya sewakan sebanyak 700 untuk apartment tu.. dengan loan bulanan kita yang cuma 250. Kita dah berjaya generate passive income sebanyak 450 sebulan.

So far aku masih blur lagi dalam macam mana process untuk bidding auction house ni. Aku kena study selok belok proses untuk masuk dalam bidding ini. Apa yang aku pasti aku kena sediakan cash sekurang-kurangnya 5% - 10% dari harga rumah tu.

Hmm rata2 kita perlu juga tahu sebanyak mana hartanah yang kita boleh perolehi dan sejauh mana kita layak untuk memohon untuk pembelian rumah bergantung pada komitmen hutang kita

Dari apa yang aku study/baca/paham, Aku buat kesimpulan dari pemahaman aku untuk rujukan dan panduan aku sendiri.Bank menetapkan limit commitment kita pada tahap maksimum 75% dari pendapatan bulanan kita.

Kita ambil contoh En Sadiq sigaraga seorang Programmer yang bergaji 3K

Honda akod jerung SV4 : 600/month
Personal Loan 9K : 237/month
Credit Card outstanding 5k : 250/month (min payment)
Apartment medium cost 80k : 400/month

Total comitment = 1487/month

( rokok, beras , susu anak, bil air , bil api, pegi meronggeng, melancong tidak termasuk dalam pengiraan komitment)


So total comitment sebanyak 1487/month dibahagi pulak dengan 3k pendapatan bulanan sadiq segaraga so total comitment bagi En Sadiq segaraga adalah 45%

If Sadiq segaraga planning untuk beli sebuah lagi apartment, dengan value yang sama iaitu 80K dengan monthly payment yang sama 400/month, Komitment En sadiq akan bertambah menjadi 1887/month dari komitmen asal 1487/month coz bulan 400 di tambah ke komitment asal 1487 tadi. Dan kita bahagikan lagi komitment baru 1887 dengan gaji bulanan En Sadiq sebanyak 3k tadi dan commitment baru En sadiq akan menjadi 63%

Masih lagi dibawah 75%. So bank still consider lagi untuk pembelian property kedua untuk En sadiq. Then En sadiq decide untuk sewakan rumah yang dibelinya itu dengan harga sewa 650/month kepada Abdul Wahub so dengan ini menambahkan income buat En sadiq daripada 3k kepada 3650/month. So untuk legalize pendapatan 650/month itu. En sadiq perlu membuat Tenancy agreement dengan Abdul Wahub.. macam aku buat untuk apartment yang aku beli tu dan matikan stem di pejabat LHDN dan duit sewa perlu dikreditkan ke akaun simpanan sebagai bukti income.

Jika En sadiq dah gila harta lagi nak menambahkan hartanahnya lagi ulangi proses yang sama seperti diatas sekiranya peratus commitment masih lagi dibawah 75% then En Sadiq masih layak untuk membeli hartanah yang ketiga.

Kalau pandai manage rumah2 sewa tu dengan pendapatan yang kita dapat dari sewa tu selagi kita tak joli katak.. insyallah kita dapat kurangkan hutang2 kredit card,personal loan dan loan kereta.. dan boleh fokus untuk merempitkan pembayaran rumah dan juga mencari lagi potensi rumah2 yang boleh dibeli lagi ;)

Itu sedikit dari pemahaman aku yang ditulis balik untuk pemahaman aku dan rujukan bagiku. my credit goes to bro faridzaswadi.

Hmm.. kena geng dengan geng2 yang duk beli rumah lelong.. baru boleh citer panjang :). Moga2 Allah senantiasa permudahkan rezeki ku..



Friday, May 08, 2009

Property Investment



Dah lama aku nak update pasal pembelian apartment Gambier Heights di Penang. Alhamdulillah at last apartment aku selamat disewakan.. waktu aku letak iklan sewa hari tu tak sampai beberapa hari dah ramai orang call.. memang aku nampak dah.. tempat tu strategik. Memang laku macam pisang goreng area tu.. kalau laa aku ada 2,3 biji lagi kat situ pergh.


Kachinggg $$$

So at last after screening beberapa orang penyewa, at last dapat sorang penyewa yang kerja sebagai lecturer. So aku sewakan RM650 untuk apartment tu. Time aku sewakan tu aku ada tengok jugak Rata2 rate sewa dekat situ dah naik jadi RM700.. fuhh memang cepat rate sewa dah naik . Then aku sediakan tenancy agreement itu pun cilok dari agreement owner rumah yang pernah aku menyewa dulu.Kira nampak laa skit organized and formality tu.. tapi kalau diikutkan memang perlu ada tenancy agreement.. so that we can state apa yang boleh dia buat apa yang tak boleh dalam rumah tu.. even dalam tenancy agreement tu kalau hangpa nak bubuh lepas kul 10 malam kena tutup lampu pun boleh haha.


Tenancy agreement

Once dia dah go thru the agreement yang panjang berjela aku tu.. then dia turunkan tandatangan. For the first time, aku ambil 1+1 including RM 200 for air dengan letrik. Alhamdulillah merasa laa masuk cash sebanyak 1,500 kachingggg!! boleh joli ni.. soping ni.. takpun upgrade component beskal..? anda silap.. mari kita breakdown untuk apa RM 1,500 tu

so 1+1+ 200 for letrik and air = 650 + 650 + 200

RM650(sewa apartment) untuk bulan ini akan dibayar untuk loan rumah aku yang sebanyak RM746 So beza yang aku perlu tambah 746 - 650 = RM96 .

RM650( deposit 1 bulan) - 1 month deposit ni reason dia.. adalah untuk standby.. contohnya kalau owner lari tak bayar untuk bulan depan or keluar dari rumah.. tanpa inform tenant. At least kita masih cover duit sewa untuk bulan hadapan sementara nak tunggu penyewa baru. Itu sebab kita tengok dalam newspaper or dalam net kalau orang offer sewa rumah diletakkan syarat 1+1, 2+1, even deposit sampai 3 bulan pun ada.. gila bapak depa buat duit macam tu... kalau 3+1, 650+650+650+650 = RM 2600 perghh ana kaya.. tu belum masuk bill aku.. tapi dalam situation economy skang.. sapa buat 3+1 or 2+1 memang penyewa pun fikir 2,3 kali jugak nak membayar sedebuk untuk masuk rumah.. kesian jugak coz aku pun satu masa dahulu melalui benda yang sama.. mana nak cari duit sebanyak tu beb.. nak sewa pun dah jadi susah.
So 650 ni terpulang laa samada simpan dalam ASB or guna duit ni topup untuk pembayaran rumah.

RM 200 ( letrik and air ) - ini pun sama.. boleh buat saving. Takpun.. buat laa kenduri skit makan2 sedekah barang 50 ringgit kaa baru laa berkat investment kita :)

So dari gaji aku.. untuk apartment tu aku cuma perlu membayar RM 96 menarik bukan..?. So kita nampak dekat sini tak banyak yang perlu kita keluarkan untuk membayar rumah ini. Penyewa yang sebenarnya membayar untuk rumah aku.So dekat sini.. terpulang pada aku samada aku nak topup lagi.. aku masih boleh lagi topup RM100 or RM200 untuk pembayaran rumah tu.. so aku dapat memendekkan lagi loan rumah aku dari 30 tahun ke 10tahun macam mana boleh dipendekkan tempoh loan rumah tersebut? . Basically pada peringkat awal pembayaran loan rumah tersebut kita cuma duk membayar interest/faedah saja.. jadi skit sangat kita membayar untuk harga rumah tersebut.

Dari pemahaman aku yang tak seberapa, concept loan rumah berbeza dengan loan kereta. Loan kereta memang dah fixed.. sebagai contoh kalau monthly kita bayar sebanyak RM550 tapi kita decided untuk bayar lebih tiap2 bulan contohnya 700 laa katakan.. in the end kita still masih membayar untuk full amount maknanya termasuk interest yang dikenakan. Tapi bagi loan rumah berbeza.. lebih banyak kita bayar untuk rumah.. lebih rendah faedah/interest yang dikenakan.. so disini boleh nampak.. kat mana priority or keutamaan.. better duit lebih yang dibayar untuk kereta tu.. dibayar untuk rumah bagi menguranngkan interest. Monthly payment untuk kereta menten macam biasa coz buat laa macam mana pun either way still kena caj yang sama.. so planning laa dengan bijak.

Moga2 pelaburan yang aku lakukan ini senantiasa diberkati Allah insyallah.


So remember planning is the key.. " FAILING TO PLAN IS PLANNING TO FAIL"

Thursday, March 19, 2009

Investment finally :)




Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi coz loan rumah yang aku apply untuk membeli apartment di penang telah approved. Macam tak sangka.. coz ulang alik aku ke bank islam sebelum ni punyalaa slow.. ntah pesal apa penat dah aku. Tapi aku tengok officer yang menguruskan pun macam lembap terkial2.. aku pulak terpaksa push dorang...last last aku decide cari loan kat bank lain.


Maybank cawangan Gelugor


So dua minggu lepas aku turun ke penang lagi untuk cuba apply home loan thru maybank. Aku berjumpa dengan Ms Ong officer Maybank from Tanjung bunga. Call dia dan owner aparment tu :) dan buat keputusan untuk berjumpa di Maybank Gelugor so that tak payah aku nak pi jauh2 sampai Tg Bungah.So far aku dengan owner rumah berbincang dengan Ms Ong, submit segala dokumen2 yang berkenaan.. so dia buat skit calculation dan juga check on komitmen aku.. apa hutang yang aku ada loan2 lain kalau ada so dia nak list kan.




Then dia listkan package2 for the home financing.Aku ambil skali dengan MRTA so nanti kalau terjadi apa2 dekat aku tergolek bawah lori ke meninggal ker at least anak2 aku or isteri aku tak perlu tanggung satu sen pun untuk apartment tu.Insurance will take over and bear all the cost.Aku pun tenang dalam kubur nanti.BLR pun rendah skang aku dapat BLR +5.55% p.a.




Aku buat maximum 30 tahun. Monthly payment aku adalah RM746.00. So if aku dapat sewakan apartment tu RM650 sebulan, aku cuma perlu membayar RM96 hengget jaa untuk apartment aku.. whoaaa bulan2 96 ringgit jer..?.Macam mana pulak dengan tahun depan..? kalau rata2 owner2 di sekeliling blok apartment aku dah naikkan sewa sebanyak 20-50%? .. so katakan sewa naik 700 to 750, Aku dah tak perlu bayar apa2 dah start tahun depan. Penyewa yang tiap2 bulan bayar rumah aku. Nak earn positive cash flow..? upgrade apartment, fully furnished, masuk aircon, redesign balik ala2 IKEA ker and buat sewa dalam 1k untuk foreigner. habis saja cover balik kos redesign and upgrade, aku dah buta2 earn 200++ which is a positive cash flow tiap2 bulan.



Tapi kalau aku fikir dari segi keberkatan..tak menindas orang yang menyewa, aku menten rate sewa rumah yang sama confirm penyewa still nak duduk lagi kat situ. Mana nak dapat dah dengan rate macam tu.. ada swimming pool lagi facilities lagi. So aku dah secure tenant for long term.

Aku ambil loan selama 30 tahun bermakna harga rumah tu boleh cecah 500k .. so dekat situ apa yang aku nampak.. aku kena rempitkan payment lebih sedikit so aku boleh selesaikan dalam sepuluh tahun or less. Aku kena study pasal OD and other investment untuk aku manipulate supaya aku dapat merempit membayar rumah ni.. selain tu aku tak perlu risau sangat since value rumah macam mana pun akan naik within few year.. and sewa rumah pun turut akan naik.. so disitu dapat speedup the payment process insyallah.

Fuh.. slalu time2 nak celebrate ni tangan musti pelekat rokok di celah jari ni menandakan victory.. nampak gayanya kali ni aku sumbat Tic Tac jaa dalam mulut.. damnn.. laki kalau idung mulut tak keluar asap memang ilang kemachoan.. tapi takpe.. aku tengah mempraktikkan skill baru ala2 Rajnikhan dalam filem Tamil.. tentang cara2 membuka kotak tic tac.. melambung memakan tic tac supaya aku senantiasa menten macho deyyy apa yang aku merepek dahhhh




Friday, February 06, 2009

Balik Kampung + Jalan2 Survey property DAY 2



Lepas subuh aku tak sambung tido.. dah lama sebenarnya aku tak jadi bodyguard n driver mak aku gi pasar pepagi.. kalau tak dulu pagi ahad saja aku dah jadi drebar and angkut barang2 pasar.. acctually niat tu lain.. haha pasal ade sorang awek tu tolong mak dia niaga kat pasar tu.. tu yang semangat pepagi tu.. tapi tu dulu laa zaman bujang2 aku tuuu hmm lama dah cerita tu ntah dah kawin minah tuu..haha..

Lama gila aku tak turun pasar Taman sardon.. brader yang jual ikan.. yang slalu aku join dia petang2 panjat bukit Jambul tu pun dah expand bisnes dia.. bukak dua meja jual ikan.. salute...tengok bisnes dia pun rancak .. ramai customer. Really love the environment kat situ..agak classic.. macam ala2 Sicilian Town of Corleone dalam Filem Godfather Part 2.. gerai2 kat situ tetap menten macam dulu.. walau pun dah beberapa tahun aku meninggalkan Penang mencari rezeki di KL.

Balik rumah, aku jadi plumber tak bertauliah kejap.. ntah macam mana2 kedua2 adik aku ni.. ntah laa.. repair paip bocor sampai patah sekerat..punya duk merengkuh paip tu.. aduhhh macam mana depa duk pulun buat aku tak tau.So keluar beli barang2 paip dekat Sg nibong hardware.. then settlekan.. payah jugak mula2.. sebab separuh paip yang patah tu tak boleh nak keluarkan kira last resort aku nak kena pecahkan tiles dinding tu sebab nak cari penghujung dia tukar abis semua.. aku cuba pecahkan2 skit demi skit paip tu at last boleh jugak.Kira balik kali ni at least jadi jugak keja.. fix kan itu ini.. cuma water heater rumah tu yang aku tak dapat nak settle sebab PCB board dia tu aku takdak idea nak cari mana.Maybe jalan pasar kat pudu tu mungkin ada...

Petang... aku bawak ayah mak aku keluar jalan2 pusing2 area penang dan pi survey apartment kat gambier heights tuu.... dah lama kot depa tak keluar jalan2.. So last aku singgah gi tengok apartment Gambier heights kat blakang usm tu..since owner dia dah ada :)... aku gi check rumah tu.. tempat dia quite nice dekat dengan semua facilities.. membuatkan aku lagi confident nak angkat rumah ni.. buat sewa. Sewa pulak boleh up sampai 600-700 standard tanpa fully furnished..facilities yang ada di apartment tu Gym,Swimmingpool, sauna,Surau pun ada yang paling penting easy access to Tesco,kedai makan,banking,Petrol station, laluan bas, Universiti.

Bayangkan.. aku amik loan maximum dengan umur aku yang masih muda ni.. 30 Tahun max. Harga rumah dalam 160K belum finalised and nego lagi.. monthly most probably dlm 800++. So
kalau aku sewakan, dalam 700 sebulan, Monthly secara logiknya.. aku cuma perlu bayar rumah aku sebanyak 100++ jer.. whoaa.. bulan2 bayar rumah seratus jer..?.Yup.. sebab.. monthly rumah tu penyewa yang bayar rumah aku.. bukan aku.. aku cuma fork out 100 jer bulan2.. pelaburan yang ok..?. Nak untung lagi..? insyallah tunggu lagi 5 tahun.. or 10 tahun.. value rumah dari 160k maybe naik jadi 170k.. so refinance balik.. anda dapat another 10k dalam tangan boleh invest mana2 simpan dalam ASB.. cagar sijil ASB buat lagi OD utk maksimumkan ASB.Macam2 boleh buat.... planning is the key

aku survey jugak umah dekat flat hamna dekat sg 2 tu.. gilos.. flat hamna tu fully furnished paling Koman(bahsa penang macam paling teruk) pun 700 beb.. itu flat tuu.. kawasan pun macam tak brapa ok.. tapi location dia yang dekat dgn Universiti Sains Malaysia tu yang membuatkan value dia naik.. bayangkan how the properties value di penang cepat gila naik.. flat tu dua bilik jaa.. square feet pun kecik.

So aku amik few pics dari survey aku



Swimming pool area, ada BBQ area



Mari masuk



Hall balcony depan


Kitchen area..hmm next projet leh letak kitchen cabinet


Master bedroom..quite luas


Toilet ada dua



View from the balcony

Facitilies lain sekitar Apartment tu

New building dekat entrance apartment.Not quite sure what it is tapi macam Plaza or shoplots in future kedai bukak, lagi dekat.. lagi value naik..


Plaza Ivory.. few minutes walk from the apartment.. macam2 kedai apa lagi mau


Kedai mamak Nasi kandaq itu sudah semestinya


20mins walk 5 minutes by car to USM