Monday, March 09, 2009

A Confessions of an ex-smoker Part 4

Salam Maulidur Rasul 1430H


Aku bangun seawal pagi, bangun dari katil lalu duduk di birai katil seketika... aku memandang meja di tepi katil ku yang terletak beberapa barang, hanset, jam,car keys and Tic Tac.. yeah.. pandangan aku mengagau mencari satu benda yang sengaja dipaksa utk tidak berada di atas meja tersebut.. dan aku tahu kotak hikmat itu memang tiada disitu.. aku menarik nafas sedalam yang mungkin sambil melurut dahi ku.. aku merasakan.. di dalam kranium tempurung kepala ku yang diselaputi kulit dahi ku.. berdenyut kuat dan aku merasakan satu sharp pain di antara kedua2 kening ku.

Aku paham.. maksud itu.. dan aku sedar...otak ku yang masih mempunyai reseptor2 Nikotin cuba mempengaruhi ku meronta2,cuba mencipta alasan2 yang munasabah dan juga dejavu utk mendapatkan dosage sebanyak 20miligram TAR dan 1.5 miligram Nikotin.Yeah.. itulah sifat otak ku.. yang telah di program setiap pagi bila bangun dari tido.. untuk mencapai kotak rokok lalu di nyalakan.. disedut..asapnya yang melalui trakea lalu terus ke paru2 ku.. lalu reseptor2 Nikotin di otak mula menerima nikotin2 yang dilepaskan.. membuatkan seseorang itu merasakan dirinya tenang..migrain mula hilang sekelip mata.. aku kembali menarik nafas..lalu menghembusnya perlahan2

Ku pejamkan mata seketika bila mengingatkan kembali azam ku yang telah ku kotakan.. untuk tidak lagi menjadi seorang perokok yang tegar dan macho. Menjalani hidup tanpa rokok bukan laa sesuatu yang mudah bagiku.. sedar2 tak sedar.. aku dah masuk sebulan tidak merokok.. tetapi simpton2 seperti cold turkey.. tangan mengeletar dan migrain masih ku lalui.. hmm aku dah lupa macam mana rasanya bila disedut asap itu lalu dipamkan ke peparu ku.. memang aku dah terlupa.. macam mana rasanya.. yang pasti kesedapan itu yang ketara.. itu lah ubat penenang ku bila ku dilanda stress..

Ahhh ku capai Tic tac beperisa oren sebelah hanset ku.. yang menjadi satu rutin bagiku untuk mengantikan kotak rokok itu.. lalu di goncangkan kotak tic tac itu terbit 2 butir tictac dan aku mula menghisap sambil memejamkan mata.. cuba utk melayan feel.. yang aku pasti tidak sama seperti penangan nikotin Marlboro Merah, Dunhill Merah.. dan juga Winston light.

Alhamdulillah.. aku berjaya lagi hari ini.. berjaya mematahkan batalion2 dan rejimen2.. Nafsu serakah ku utk tidak merokok.. dan pada waktu itu.. terdengar laungan2 selawat2 yang memuji Nabi Muhammad S.A.W.. ku cuba menahan nafas .. untuk mendengar lebih jelas.. dari mana bunyi itu datang.. lalu ku pasti ia datang dari hadapan rumah...



Aku melihat dari tingkap.. ternyata ada perarakan di luar.. dan pada masa tu baru gua teringat.. hari ni adalah Maulidur rasul... dengan rambut yang ala2 Goku dalam dragon ball dan mulut masih mengulum Tic Tac, aku tersenyum.. lalu ku capai digicam aku dan trus meluru keluar untuk mengambil gambar dan juga sama2 melaungkan selawat..sejuk hati aku... time melihat sejumlah budak2 yang aku tak pasti dari sekolah rendah mana.. berarak sambil melaungkan selawat nabi dihujani dan dibasahi embun2 pagi... yang tatkala ini aku confirm ramai yang masih lagi menarik selimut dan juga memeluk bantal panjang..





Aku mula mengambil gambar2 mereka.. merakamkan ekpressi ekpressi wajah mereka dalam menyambut lahirnya junjungan kita Nabi Muhammad SAW..( aku harap bila membaca ini korang juga turut berselawat). Wajah2 kanak2 yang ceria.. membuatkan.. aku melayan blues seketika di pagi hari... di tambah pula.. respon yang diberikan oleh bebudak2 yang melintasi lensa ku di pagi itu.. dengan pose2 yang berbagai2.. tetapi mempunyai.. ciri yang sama.. sambil mengangkat 2 jari lalu membentuk PEACE .. yeah.. hati aku berdetik lagi.. dalam hati ku berkata.. Alhamdulillah.. syukur negara kita masih lagi aman.. di hari ini kita berarak.. dengan penuh kegembiraan.. tetapi di negara lain.. mereka berarak sambil menggengam batu ditangan.. utk berperang.. seperti di Palestin..



Sedang aku asyik melayani lensa ku cuba utk mengambil seberapa banyak pose2 shot2 yang hebat, aku mula sedar.. insan2 yang melintasi lensa ku itu adalah beberapa guru2 perempuan yang tersenyum2.. sambil menutup mulut.. menguntumkan senyuman padaku.. tatkala itu.. rupaku yang ala2 Goku telah di belasah oleh Fliza dirasakan seperti Hero tamil Rajnikan dalam filem Sivaji Da Boss lalu kurasakan masa tiba2 berada dalam keadaan slow mo sambil kedengaran di dalam kepala otak ku suatu soundtrack tamil yang ku tak pasti apa tajuk nya.. kelipan mata ku dirasakan seolah2 slow.. sambil kelipan mata guru2 tersebut juga turut menghadapi simpton yg sama.. aku khayal pada masa itu.. pada masa itu aku peratikan juga bebudak yang bersama2 guru2 yang cute2 itu cuba menudingkan jari cuba.. utk menunjukkan sesuatu sambil senyum2 menceritakan pada guru mereka.. aku masih tidak pasti apa yang mereka berbualkan.. tapi aku mula memahami dari sudut koordinasi mata mereka yang ke menuju arah kain pelikat ku itu..




lalu ku melihat kembali kain pelikat ku itu.. lantas sekelip mata lagu tamil yang bermain agak rancak dengan dentuman drum.. terhenti seketika.. masa kembali dari slow mo ke normal.. apa yang aku pasti.. dari penglihatan aku yang menunduk kan kepala sedikit sambil memegang kamera itu.. aku perasan.. kain pelikat ku tersinting sebelah lalu menampakkan paha... tetapi tidak menampakkan khazanah negara ku itu baru ku sedar kenapa dari tadi paha sebelah ku sejuk tak terkata ... dan juga kasut opis yang ku pakai matching dgn kain pelikat jenama Gajah duduk pada masa itu memang tidak sama sekali akan di approve oleh mana2 Pakar runding imej.. bahkan mereka mungkin menggangapkan aku adalah salah seorang dari satistik mangsa fesyen.. ahhh demit.. aku kaku di pasak bumi time tu.. apa harus ku buat.. mujur mata aku masih melekat di kamera ku..melindungi struktur muka ku yang agak hensem dan comel.. jadi aku masih selamat dari muka ku dicam utk 20KM radius kawasan itu.. aku mula mengundurkan diri.. secara perlahan2.. lalu..









ku lari berdesup umpama 7 petala langit.. dan halilintar.... never look back... mujur kain pelikat ku.. masih melekat..

7 comments:

Encik Shino said...

bro... aku try sehari...

sepi siol xde rokok. Mcm hilang arah je. Aku buntu, xleh buat keje dan mcm nak meronta-ronta. Last2 aku sedut gakkkk.. payah wey nk stop smoking..

mun-e said...

hahahaha. kelakar.. sebbaik xjatuh kain tu :p

Asz Azmi said...

kuatkan smgt ek.. bgs2.. bhenti rokok tu..

Afrezal Karim said...

shino, serius bro.. confirm memang sepi gila bila takdak rokok.. ko jgn ikut aku benti mengejut.. aku nekad trus nak berhenti.. tapi memang part sunyi tu memang aku lalui.. rasa ada jer tak kena.. hidup pun tak best.. kalau ko try dalam masa 2,3 hari tak smoke.. confirm ko akan rasa depression.. so ko kena buat something kasi ilang or do some activity.. tapi masalahnya.. kita ni bila nak buat activity.. mulut musti pelekat sebatang sambil buat keje..

Memang aku sendiri tak nafikan.. itu laa teman kita.. sampai ke tandas pun dia teman.. ye dak.. nak cuba pelan2 laa aku pun still ada rasa ketagihan.. cuma skang ni dah berkurang.. skit Alhamdulillah

Nani said...

hehehe... nasib tak terlondeh.

Tapi bermakna sungguh rasanya kita mengimarahkan hari yang mulia itu dengan laungan selawat.

P/s: Teringat zaman dolu2 berarak kat bandar Labuan sambil bawak sepanduk dan laungkan selawat...wish if I cud turn back time

Mak Su said...

hohohho, sila sekarang juga buat tarian padaiyappa seperti kumpulan LNJ dah buat.

fiezabaiduri said...

hehe.. lawak plak di akhir cerita.

ada pantun untuk mu. chewah!
ayam berkokok diatas batang
isap rokok penyakit datang.hehe..

jangan maraaa aaa..