Tuesday, December 28, 2010

Annual Dinner Night of 1001 Jobs



Seperti biasa..setiap tahun, company aku tak pernah miss anjurkan annual dinner setiap tahun dan juga seperti tahun-tahun yang lepas bila annual dinner diadakan, confirm punyer akan ada sesuatu menatang pelik yang depa suruh buat or pakai. Contoh masa waktu Happy Halloween dulu haih.. terpaksa pakai tema halloween ke pejabat. Aku memang tak paham motif company ni.. memang sesuatu .

Kali ni pulak Tema dinner adalah berkenaan 1001 pekerjaan laa pulak. Bila aku fikir balik, gila depa ni takde kejer. Pulak tu bagi syarat. Syaratnya tak boleh pakai yang ala nerdy or geeky office attire macam biasa ke pejabat. Dorang yang yang beruniform atau lain dari biasa pakai ke pejabat. Aku pun tak pasti apa nak pakai. Dah ujung tahun ni ada jer benda yang nak kena keluar duit. Ada yang suggest aku jadi Scuba Diver, Askar, Polis, Bomba masalahnya mana aku nak cari uniform semua tu. Mau kena belasah dengan Abg polis kalau aku tanya. Team member aku pun duk pening nak pakai apa.Semua duk fikir nak bajet tak nak membazir tapi nak smart..tambah2 gaji pun belum masuk lagi..last2 aku decide suruh dorang pakai semua saja. Aku belasah jer time tu Apakah pakaian itu..?

Mempersembahkan .....


Balada Construction Sdn Bhd. Confuse staff hotel ingat ada maintenance paip pecah mana2 dalam hotel.


Cost kelengkapan Helmet contractor RM6 + Glove RM2 + Vest Keselamatan RM 4  TOTAL = RM12
Yaa RM12 untuk set kelengkapan yang hensem macam bangla.. hahah..Seumur hidup aku ni laa first time aku pakai macam contractor masuk dalam hotel. Dekat lobby orang dah pandang pelik dah adehh..

Annual dinner hari tu bertempat di Maya Hotel berhadapan Zouk. So far malam tu happening la since macam2 jenis costume dorang pakai. Ada yang jadi Petani, SWAT, Polis,Pilot,Doctor. Food pun quite ok. Paling orang duk tunggu malam tu adalah Lucky draw company buat lucky draw utk GPS, LCD TV, Mac Book, IPAD auction fuh riuh rendah malam tu.


SWAT, Banduan( aku tak pasti tu Pekerjaan adeh). Polis, Lawyer

Dari kiri: Askar, Tokey Kedai Sushi, Contractor, FBI, Awek Moto GP, Stewardess Kapal mana ntah, Pilot

Ada jugak yang mai pakai jadi Cikgu Sekolah, Leftenan Pilot

Staff US yang jadi Toy seller, Polis Hong Kong, Polis jugak , Doctor , Nurse, Orang gaji atasan :)


Chef , Contractor


Engineer Oil and Gas

Petani, Doctor, Petani berjaya, Contractor( Gila malam tu ramai pesaing) Pilot, Chef

Alhamdulillah malam tu aku dapat gak Lucky Draw. GPS Garmin Nuvi 1250 .





Lepas ni boleh layan mountainbiking dengan GPS baru hehe :)






Monday, December 27, 2010

Trip to Expo MAHA



Fuhh lama aku tinggal blog ni. Tak sempat nak update segala benda yang aku buat. Trip MAHA 5 Dec still dalam draft mode. At last dapat aku update hari ni. Walaupun dah berkurun.. tapi still dalam bulan Dec hehe :). Dah ada draft. Rugi tak update.
Last week aku,wife dan family aku termasuk maklong dan nana ke MAHA di Maeps. Hari ni hari last MAHA. Sebelum ni aku pernah cuba nak pergi tapi memang betul2 pack dengan orang yang datang..even jalan menghala ke serdang pun jadi.. jadi tumpuan orang ramai.Highway kiri kanan sebelah maeps pun boleh orang bantai parking kiri kanan.Aku pun heran apa yang special sangat MAHAS ni...even aku pun tak pernah lagi ke MAHA.


Beratur panjang

Selamba jer pakai tractor
Mama,ayah and maklong naik buggy yang disediakan untuk sapa2 yang penat nak berjalan jauh 

Kebetulan pulak Maklong aku memang kerja Mardi so dia la yang bawak kami ke sana. Dah nama pun staf Mardi, memang terasa diri ni special sebab maklong aku ada pass Maha tak perlu nak queue panjang terus bypass masuk ke dalam kawasan maeps hehe. even siap bawak laluan short cut yang berupa offroad ke kawasan sekitar maeps. Banyak booth di MAHA berkenaan agro pertanian,perternakan. Macam2 jenis teknologi yang dipamerkan. Since Maha dua tahun sekali, aku ambil peluang ni untuk collect seberapa banyak contact dengan company2 yang ada mana tahu tetiba kepala aku gila nak venture dalam pertanian atau perternakan waktu aku nak dekat pencen nanti.

Dekat salah satu booth yang buat dekorasi menggunakan sayur sayuran dan buah buahan


Tembikai 4 segi. Memang first time aku tengok bentuk tembikai macam ni


Pelbagai peralatan dan jentera untuk pertanian

 
Ayah sempat berposing dengan Lobster hidup yang bakal dimasak

Food sample heaven. Dekat Bazaar makanan. Memang kenyang dengan makanan2 sample.

Dekat booth Kopi Hang Tuah. Siap ada gimmick letak mamat Hang Tuah ni depan booth dia.. tak bergerak pulak tu.Serius ja muka. Salah satu strategi pemasaran dorang.


Suasana di luar dewan expo yang makin sesak dengan orang

Orkid heaven.. berlambak orkid yang dijual macam2 jenis.. khas buat Orkid lovers


Then Maklong bawak ikut shortest route ke next Maeps location laluan offroad hehe..sempoii


Akibat kereta adik aku lowered terpaksa turun dari kereta..takut sangkut


Sempat lagi berposing tuu hahaa


Kawasan famous dengan tanaman labu air dan petola yang besar2 dan panjang


Tanaman tomato kecik Di kawasan yang mempunya Rumah2 semua Negeri. Tak de apa sangat lebih kepada mempromosi and memberi penerangan berkenaan apa aktiviti pertanian dan jenis2 pertanian di setiap negeri.
Apa pun memang layan Expo MAHA ni. Banyak teknologi baru yang boleh belajar and banyak benda yang aku sendiri tak tahu dan tak pernah belajar.. staf2 pun bagus dalam memberi penerangan.. banyak yang aku belajar hari tu.Lepas ni boleh laa aku add dalam project list aku. Another passive income project.. Mana tahu insyallah rezeki mendatang boleh aku cuba masuk bidang pertanian pulak.






Wednesday, December 01, 2010

Cedera Parah

 Kecederaan yang memeritkan hati.. dunia gelap seketika.


Kecederaan yang parah di Hati dan juga di poket..Valve bengkok, Rocker arm patah.. memang confirm timing belt. Gigi timing belt dah haus Bak kata P.ramlee dalam Filem Pendekar Bujang Lapok

COBAAAAAAAAAAANNNNN!!!!!




Monday, November 29, 2010

Godspeed





California is a place produced a really great video about Brandon Correia, owner of the San Francisco bike messenger service Godspeed Courier.Awesome vids. I'm inspired.




Thursday, November 25, 2010

Car Broke Down - Ride to work The Unsangkarable



Aku kerja petang. Waktu kerja aku adalah pukul 3. Seperti biasa aku melewatkan diri coz aku drive ke tempat kerja.. life agak rilek.. masih lagi boleh melepakan diri di rumah. Paling koman pun keluar rumah pukul 2.30. Aku tengok jam di dinding..baru pukul 2 petang .Ahhh awal lagi.. aku ke dapur masak air.. nak buat tea..then lalu menuju ke sofa melepak sambil layan tv. Dalam aku nak ke sofa, aku perati bike aku yang tersusun kemas di suatu sudut rumah aku. Aku perati dengan terperinci, Dengan sepasang glove camouflage yang kemas jer duduk di atas handle bar, dengan bike pump yang masih terletak di frame, dengan meter cat eye velo 8 yang menghiasi ruang cokpit handle bar aku.. fikiran aku menerawang.. terbayang zaman2 ride to work dulu.. skitching lori2 yang besar dan apa jua dinosaur yang berada di atas jalan.

Fuhh dalam hati terdetik.. bila laa aku nak start ride ke pejabat kembali..Rindu dengan suasana yang real di atas jalan.. bukan macam drive kereta.. tak rasa kita bersatu dengan suasana sekitar.. tak rasa angin di jalanan yang menyapa segenap pelusuk tubuh kita.Menuruni bukit dengan laju...dengan penuh ketenangan.. tanpa perlu berfikir apa2.. radio aku adalah bunyi2 sumbang di jalanan. bunyi exzos RXZ yang membingkitkan telinga,bunyi hon2 ahli2 yang tak sabar yang sangkut dalam jem. Aku pejam mata seketika.. lalu terus lepak di sofa sambil melayan tv

Aku melihat kembali jam Ikea biru yang terlekat di dinding rumahku. Dah 2.30.. sambil lewa aku mengemaskan barang2 utk di bawa ke office. Laptop,charger laptop dan segala peralatan lain. Keluar dari rumah.. pergh terasa kedudukan matahari berada beberapa kilo dari aku.. terlalu panas cuaca..hari ini. Aku memasukkan kunci ke ignition lalu aku memulas kunci. Engine dihidupkan......masuk gear ..terus jalan menuju ke office. Perjalanan hari ni agak slow mo..mungkin disebabkan mood cuti keesokan harinya.. yaa aku cuti.. cuti panjang.. kehidupan kerja aku seolah2 aku berada di US. Disebabkan Thanksgiving day di US.. maka aku turut bercuti.. aku tidak seperti warga Malaysia yang bercuti mengikut cuti Malaysia.. Raya Haji, Raya Aidilfitri.. tak punya cuti.. tapi cuti perlu diambil maka di tolak laa Annual leave aku. Aku tetap bersyukur.. aku yakin setiap kemudahan yang di beri adalah rezeki buat ku.



Aku melalui kinrara. Menuruni bukit dengan Iswara LMST ku.. menyertai gugusan kereta yang sangkut di traffic light. Kereta bergerak slow.. aku melayan kebosanan dengan mendengar ThunderStruck dari ACDC. Lepas traffic.. aku mula rasa tekanan pedal minyak aku tak berapa memberi respon dengan kereta. Then terdengar bunyi pelik2 dari engine bay.. macam ada benda longgar..kereta masih bergerak..ahhh sudah tak penah2 engine aku meragam.. mula aku cuba memikirkan apa masalah... tetiba Tingg..engine mati..  kereta aku meluncur melepasi traffic light dan aku memberhentikan kereta di bahu jalan. Blur aku kejap.. then tak fikir panjang..aku terus keluar bukak bonet blakang ambil yang emergency tiga segi tu.. trus letak dekat atas jalan. Dugaan betul hari ni.


Brader Nara tengah ejas untuk naikkan kereta aku atas lori


Aku ke kereta balik, check meter.. Temperature tak naik, meter bateri menyala, minyak pun ada lagi.. aku cuba start engine. Bunyi dah lain macam..ahh takkan timing belt putus.Ahh jgnn..... jgn buat main.. timing belt putus abis semua piston bengkok..Trus aku ke belakang kereta capai tool box aku. Aku try bukak cover timing belt just nak confirm samada putus ke tidak. Bila check tak putus.. aku confuse.. cuba start balik.. sama juga. Mula start troubleshoot satu2.. alternator belt ke yang putus. Jam pulak menunjukkan pukul 3 dah haih.. sepatutnya aku dah masuk kerja.. aku call bos aku cakap emergency my car broke down. Bos cakap ok settle dulu.. lega keja..satu masalah dah settle. So since dah try troubleshoot tak boleh. Aku call tow truck angkat kereta aku balik ke rumah dulu. Esok laa aku check kereta tu.. aku nak kena masuk office dulu.



Then Nara Brader Tow truck tu bawak balik aku dengan kereta aku balik ke rumah. Seumur hidup aku ini lah first aku naik tow truck dengan kereta aku sendiri dekat belakang

Sampai rumah turunkan kereta aku depan rumah then sign surat insurance untuk tow truck tu.Then aku masuk ke rumah balik. Wife aku call nak balik ke rumah nak tolong hantarkan aku ke office. Aku cakap tak yah la since jauh la pulak jam pun dah dekat pukul lima lagi sejam nak balik.. by now pun confirm org dah siap2 nak balik kerja.Lagi pun aku ni memang degil haha. Aku rehat kejap dalam rumah..malas ikutkan nak call taxi.. kena tunggu lagi taxi sampai.. last2 aku terpandang sesuatu yang membuatkan aku tersengih... trus aku cakap.. "Baru jer aku cakap pasal hang tadi". Dalam hati aku cakap.. Why not.. :)

Tanpa melengahkan masa, aku keluarkan beg segala kelengkapan ride to work aku satu masa dulu. Lampu, bike tool, extra tube, waterproof pouch,buff .. benda2 yang mesti aku bawak tiap kali ride to work..


Bag yang menyimpan segala kelengkapan ride to work aku.. hahaha

 Glove dah pakai.

Bike dah ready.. All set to go..
Selama berbulan2 aku tak..ride... at last aku ride kembali ke tempat kerja.. memang fitness aku agak berterabur.. pancit ..semput .Heart beat memang tinggi.. mungkin dah lama aku tak exercise. Kali ni aku kalah panjat bukit jalil.. terasa fitness level memang merudum.. terasa macam mula2 ride dulu..  malu beb bukit jalil turun basikal tolak.. haih..aku kena kerap ride balik.


Sampai office.. curi2 park dalam stor since dalam office dah tak leh parking.


Gila pancit.. rest kejap dalam stor.. Thanks buddy for the ride.. walaupun macam mana sekali pun tahap gaban aku pancit.. Memang layannn ride hari ni.. Heart Beat aku ambil masa setengah jam untuk meredakan degupan yang kencang.Mungkin di sebalik apa yang terjadi hari ni ada hikmah. Allah tu Maha mengetahui.



Confirm esok sengal satu badan !!!




Wednesday, November 24, 2010

Celebrate Anniversary at Naili's Place


Memandangkan ini our first wedding anniversary, aku decide utk bawa wife aku keluar dinner.Celebrate anniversary bersama. Sebelum tu aku pun tak sure mana aku nak celebrate. So aku buat homework try google cari suitable restaurant nak suprise wife aku. Wife aku pulak duk tanya mana aku nak bawak.. last2 bocor gak rahsia sebab dia tak sabar nak tahu kat mana aku nak bawak dia makan. So aku celebrate makan2 dengan wife aku di Naili's Place Sentul.

Sebelum ke sana kami singgah di Equinne Park beli Cake untuk diri sendiri dekat Baker's cottage. Tersenyum jer aku dengan wife sebab beli Chocolate cake yang tertulis Happy 1st Anniversary utk diri sendiri.Then kami shoot ke sentul.. jalan agak jem.. rata2 ramai pulak orang dalam KL. Aku bawak gps aku set ke Nailis since aku tak pernah lagi sampai ke restaurant ni.


Naili's Place entrace
Aku belum pernah lagi makan dekat Naili's. Ni kira first time.. since aku banyak baca from blog2 blogger2 lain pasal restaurant ni aku decide nak cuba. Restaurant ni terletak di Sentul. First impression bila sampai dari luar sebelah restoran ada car wash, depan ada gerai orang jual lemang, kiri kanan semua gerai2 biasa. Tapi bila masuk dalam pergh.. kawasan agak luas. lawa..dengan decoration lampu2 bertemakan village concept. I'm impressed. Even wife aku pun senyap sebab tengok kawasan yang diterangi lampu.. landscape kawasan yang cantik.. terasa macam ada dekat tempat lain..bukan lagi di dalam KL.Sampai wife aku boleh kata "kita macam duk dalam alam spongebob jer bang" hahah.


So kami cari port ternyata ramai malam tu.. sehari sebelum aku dah call..nak buat reservation kot kot penuh..skali aku cakap dua orang jer trus dia cakap datang jer.. tak perlu buat reservation. Malam tu siap ada family buat reunion dengan jamuan buffet ..kira consider banyak kawasan yang occupied. Aku suka tempat makan dekat sini.. macam2 style. ada yang japanese style, ada yang boleh makan di pondok dua tingkat, makan atas bot. makan tempat yang boleh tengok tv. Mostly kawasan dia memang privacy... memang sesuai utk sapa2 yang nak candle light dinner..sukakan privacy.


Alhamdulillah beberapa minit mencari ada satu tempat yang customer dah nak beredar. Tempat pun cantik. Meja besar boleh muat dalam 4-5 orang. Tapi waiter cakap boleh jer duduk situ. Aku belasah jer dah orang cakap boleh. Tempat yang aku duduk tu kiri kanan ada screen projector malam tu Arsenal lawan Tottenham ada laa beberapa meja yang memang ada tv so ramai laa yang duk melangut.Dekat situ pun ada jugak DJ.


Wife aku bukak kotak cake dulu sementara menunggu makanan sampai. Then tetiba DJ datang dekat meja aku tanya aku dengan wife "Ni birthday sape". Wife aku cakap Wedding anniversary. Terus DJ tu bagi kertas suruh aku isi nama and ucapan. Lepas tu balik ke meja DJ dia.. then waktu aku dengan wife nak potong kek DJ tu wish Happy Anniversary sekali dengan tuju lagu.. lagu Siti Nurhaliza pulak.. sudahhh lagu apa..? Cinta Luar biasa hahaha.. adehh layankan jer beb.... .. Alhamdulillah suprise yang tak diduga utk aku dan wife aku..



Pondok makan 2 tingkat


Overall servis cepat eventho ramai customer. Food ok.Tempat menarik. Memang aku rekemen sapa2 yang nak mencuba.