Showing posts with label loan reduction. Show all posts
Showing posts with label loan reduction. Show all posts
Friday, March 12, 2010
Property Investment : Merempit pembayaran loan rumah
Dah lama sebenarnya aku tak update pasal Apartment Gambier Heights yang aku beli tahun lepas. Alhamdullilah dari mula aku sewakan tahun lepas hingga sekarang masih ada penyewa. So setiap bulan tak terasa la teruk untuk membayar loan kerana setiap bulan penyewa aku yang membayar. So far penyewa aku ok. Payment pun cantik tak penah delay dan tak pernah miss payment. Penyewa pun tak banyak ragam takde komplen itu ini mintak tukar itu ini. Cuma last aku dapat sms dari penyewa adalah untuk minta kebenaran nak pasang water heater hehe.. sejuk sangat kot pagi2.
Sejak beli sampai sekarang aku tak pernah lagi melawat apartment aku tu.Mana taknya aku jauh di KL, property pulak di Penang.Saja aku nak tengok macam mana keadaan rumah aku tu. Terjaga ke tidak, ada apa2 kerosakan ke tidak. Cepat masa berlalu rasa aku dah setahun penyewa tu membayar loan rumah aku. Aku pun tak check lagi berapa rate sewa sana sekarang. Mungkin rate sewa lagi naik sebab kawasan tu makin sibuk dan rancak dengan pembangunan. Condo di jalan keluar menghadap Apartment Gambier Heights pun dah beroperasi rasanya. Tapi buat masa ni aku kekalkan lagi rate sewa yang sama. Penyewa pun dah selesa duduk situ. Tunggu penyewa keluar nanti baru aku upkan ke rate sewa semasa.
Kali ni aku nak cerita tentang teknik merempit atau habiskan cepat pembayaran loan rumah. Aku ada terbaca pasal ni.So aku rasa better aku update di blog aku untuk rujukan dan pembacaan aku. Mungkin tak apply pada aku since setiap pakej loan perumahan mungkin berbeza dari segi kadar interest yang di kenakan. Banyak lagi yang perlu aku pelajari dan pahami. Aku pun perlu refer balik loan agreement aku check balik dari segi interests samada ada fixed rate atau pun berubah2.
Salah satu caranya adalah dengan menggunakan concept pembayaran secara bi-weekly. Maksudnya kita boleh bayar loan rumah setiap 2 minggu instead of bayar sebulan sekali. Apa kelebihan bayar 2 minggu sekali ?
Dalam setahun ada 52 minggu
Kalau kita bayar 2 minggu sekali bermaksud dalam setahun kita membayar 26 kali yang bersamaan dengan nilai 13 bulan.
Sebagai contoh :
Monthly payment : RM700 Sebulan
Kalau kita membayar secara bulanan, kita akan membayar sebanyak
12 payment x RM 700 = RM8400.00 Setahun
Tapi kalau kita membayar 2 minggu sekali dengan kadar RM350 sekali bayar,
26 payment x RM350 = RM9100.00 Setahun
Bermakna ada Extra RM700 Setahun yang kita bayar secara kita tak sedar. Fuhh pelik bukan. Kalau di fikir balik. Payment tetap bayar 700. Tapi ada extra RM700.
Jadi kalau loan 30 tahun, secara kasarnya kita mungkin cuma membayar 27 Tahun 6 bulan . Maybe lebih. Itu kiraan kasar. Kena ambik kira dengan interest pulak. Ambil kira interest yang kita dah jimatkan. Even kita maybe dapat jimatkan lebih lagi dah juga tempoh loan kita mungkin lagi berkurangan kerana the power of compounding interest yang telah kita dapat jimatkan
Sebagai contoh
Rumah Encik Ahmad yang berharga RM90,000 dengan loan amount RM82,000. Interest rate 5% selama 30 tahun. Base on calculation, monthly payment encik Ahmad adalah sebanyak RM440.19. Kalau kita ikut cara biasa. Encik Ahmad akan serve loannya selama 30 tahun dengan bayaran tersebut.
Tapi kalau Encik Ahmad ikut cara bayar 2 minggu sekali dengan bayaran RM220.95, satu pada 1hb and satu lagi pada 15hb, Encik Ahmad akan menamatkan loan selama 27 tahun 5 bulan. Atau mungkin 25 tahun 5 bulan disebabkan pengiraan compounding interest yang dikenakan.
Satu lagi cara nak mempercepatkan habis loan adalah dengan membayar lebih jikalau monthly payment anda RM440.19 anda bundarkan kepada RM500. Jadi dengan ini sedikit sebanyak dapat memendekkan tempoh pembayaran dan juga dapat jimat beberapa tahun.
Labels:
investment,
loan reduction,
properties
