Tuesday, April 29, 2008

E-filing, Interview.



Damn.. aku mengalami sejenis penyakit yang dinamakan migrain.Kalau dah kena migrain, buat laa apa pun.. semua tak menjadi.. tanya lah pada pengidap2 migrain.. confirm depa cakap benda yang sama.

Aku MC hari ni.. tetapi tidak mematahkan semangat utk aku mengadap muka-muka management dan juga teknikal person di sebuah firma yang terkenal untuk proses temuduga.. saja aku mencuba nasib tak rugi mencuba.. satu lagi habitat aku .. aku suka pergi interview di mana2 pun.. from there, aku boleh tahu.. which benefit and perks yang lebih bagus.. what type of application theyre running.. OS, server.. time macam ni laa peluang bagi korang nak tanya apa2 pun kat dorang..yaa.. satu lagi.. bila korang dah biasa pergi interview ni.. rasa gelabah tu dengan sendiri hilang.Dan yang paling penting sekali reason aku pergi untuk temuduga.. ialah untuk aku evaluate brapa market value skill aku di dalam market sekarang.

Kepala aku makin berdenyut2 selepas temuduga tadi.. "tak boleh jadi ni.. confirm aku tak boleh drive lagi" fikir aku.. so lepak kejap kat mamak stall depan tu.. cari panadol, telan dan rest jap dekat situ.. kasi reda skit denyut tu.

Once rasa dah ok skit..aku gerak menghala ke LHDN.. di Jalan Duta dalam kes last minute utk settlekan E-Filling.. sekali lagi.. aku kecundang.. denyut pala aku makin kuat.. so aku singgah kejap di Masjid Wilayah persekutuan.. menunaikan solat asar yang tertunda lalu aku rebahkan diri menunggu masuknya waktu magrib.. selepas maghrib.. dapat call from Ieda kesian pulak aku dah susahkan dia slalunya kalau aku diam tak contact dia confirm dia tahu aku tak sihat or something..sanggup jumpa aku bawak pain killer and some food..thanx baby.

Once dah telan pain killer.. aku rasa dah ok skit pala aku.. trus aku gerak ke LHDN..settlekan E-Filling.. ramai sungguh orang malam tu.. since LHDN dah bukak kaunter E-Filling sampai ke 12 malam.. aku dah tension.. buat E-filling from Home.. slalu jer slow.. confirm congested.. so aku trus ke LHDN since confirm dorang setup Intranet.. so cepat laa skit.Alhamdulillah.. yang best.. aku tak kena bayar apa2.Yang best lagi.. aku ada cukai terlebih dlm 700 haha.. apa lagi LHDN.. bila lu mau bayar balik..


Wednesday, April 23, 2008

The TREO Jahanam Project® - Sebuah Pengembaraan Epik Ijan dan Zubir
(Coming soon to your nearest cinema)





Sinopsis

Mengisahkan tentang pengembaraan dua sahabat yang bernama Ijan dan Zubir ke Gunung yang bernama Lowyat dalam pencarian sebuah kotak Hikmat yang dikenali sebagai Treo 650.Akibat di pengaruhi oleh Ijan.... yang sudah mempunyai Kotak Hikmat Treo 600..setelah berminggu berhempas pulas mencari di Gunung Lowyat, Ijan sekali membawa Zubir menjelajahi kawasan itu untuk mencari kotak hikmat.

Berbagai2 halangan dan rintangan mereka tempuhi dalam penjelajahan mereka ke Gunung yang dikatakan mengungkap seribu Misteri dan juga KERAS. Telah ramai yang kecundang dan ternoda seterusnya gila apabila tiba di Gunung tersebut.Akhirnya setelah 3 jam mengelilingi sebuah taman yang disinari dgn kilau krystal, mereka telah menjumpai Kotak Hikmat yang lebih berkuasa dari Treo 600 yang di pakai oleh Ijan di satu lokasi yang dihuni oleh Kaum sepet yang menyediakan berbagai kotak2 hikmat yang masing2nya mempunyai kuasa yang berbeza apabila di pakai oleh orang2 yang tertentu.

Setelah mereka mendapatkan kotak2 hikmat tersebut.. mereka ingin cuba melatih kotak Hikmat tersebut supaya kotak2 itu dapat mengikut kata2 tuan yang memakainya.. tetapi.. setelah zubir membuka Kotak Hikmat Treo 650 itu.., .. satu cahaya terang terpancar dari Kotak itu lalu membuatkan belaan Ijan Kotak Treo 600 juga memancarkan silauan cahaya menyinari mereka berdua lalu mereka menjadi tidak tentu arah.. dan meracau bersama2....

Apakah yang akan terjadi kepada Ijan dan Zubir..? dapatkah mereka menundukkan Treo 650 untuk mengikut arahan Zubir.. apakah yang menyebabkan silauan tersebut berlaku..?. apa yang mereka inginkan dgn Kotak Hikmat Treo itu..? nantikan kemunculannya.

Things to do:
Documentation/Tutorial
Testing




Tuesday, April 22, 2008

Apa itu Core?


Adakah ia sespesis seakan akan sercuricor..? atau seperti majalah hardcore Playboy..atau juga filem "The core" di mana sekumpulan saintis cuba menembus kerak bumi? atau juga gadis bengali yang mempunyai nama hujung kaur seperti Gurmit Kaur,Ranjeet kaur tetapi di sebut dengan bunyi core..?

Anda salah...bukan kesemuanya di atas.. Core adalah sejenis menatang seakan cipan yang dicipta sewaktu program mengalaminya kejutan budaya dan mati mengejut disebabkan sesebuah program melakukan benda yang di luar tabii atau juga disebabkan oleh menatang yang bernama kumbang(bug).Apabila Tuan tanah kedaung iaitu OS membunuh program itu tanpa belas kasihan,maka sejenis menatang yang dinamakan "core" terhasil.. di mana menatang ini akan membantu mengenal pasti.. kenapa program tadi berada di luar tabii.. atau tetiba mati dgn mengejut.Jadi.. macam mana kita nak tahu dari program mana.. spesis core ni datang..?


so kita umpan dia dengan

$file core


kadang2..kita lupa yang menatang core ni sedikit sebanyak akan menyemakkan lagi server kita.. dan juga lama kelamaan bila menatang core ni berkumpul dan kumpul dan kumpul.. sehingga.. depa boleh buat rumah kongsi 5 tingkat.Jadi adalah elok lah dari masa ke semasa.. kita periksa.. menatang2 core ni... dan membuang sebelum.. server anda mengalami simpton demam malaria tapioca.Jadi.. bagaimana kita ingin membuang cipan2 core ini..? sudah mesti kita perlu memberi umpan.. apa umpan yang boleh di pakai..?

PROMPT> find ~ -name core -exec file {} \; -exec rm -i {} \;


sebagai contoh..

Cipan2 core yang bakal di hapuskan..

PROMPT> find ~ -name core -exec file {} \; -exec rm -i {} \;

/my/home/core: ELF 32-bit LSB core file of 'netscape-commun'(signal 3), Intel 8

rm: remove `/my/home/core'? y


Confirm.. aku kena reject kalau buat projek translation.. aku dah nampak.. isk isk
Ada apa dengan power supply




Power Supply failure detected

Apr 22 16:06:26 Kambing-gurun rmclomv: [ID 233339 kern.error] PSU @ PS0 fan is operating below its normal threshold.
Apr 22 16:06:30 Kambing-gurun rmclomv: [ID 974741 kern.error] PSU @ PS0 has FAILED.
Apr 22 16:21:30 Kambing-gurun rmclomv: [ID 974741 kern.error] PSU @ PS0 has FAILED.
Apr 22 16:36:32 Kambing-gurun rmclomv: [ID 974741 kern.error] PSU @ PS0 has FAILED.
Apr 22 16:51:34 Kambing-gurun rmclomv: [ID 974741 kern.error] PSU @ PS0 has FAILED.


#/usr/platform/sun4u/sbin/prtdiag -v

Fru Operational Status:
-------------------------
Location Status
-------------------------
SC okay
PS0 okay
PS1 okay
HDD0 present
HDD1 present
HDD2 present
HDD3 present

Cicak sangkut kat kipas ka hapa.. macam gampang!!

Monday, April 21, 2008

Busann...!!!

Baru abis keja.. keluar from opis.. hujan pulak.. parking dah laa jauh.. hmm lepak laa jap sambil layan tengok keta lain dlm jem.Updating my blog thru my Palm Treo.





Thursday, April 17, 2008

Ketenangan



besar kemungkinan aku akan berhadapan kembali dengan Kesemakkan,kekalutan,keserabutan dan kesibukan di dalam hidup ku untuk menguruskan sesuatu di dalam tugasan ku.Sungguhpun begitu...aku akur dan redha dengan dugaan dan ketentuanNya.. aku menganggap ini adalah satu cabaran dan dugaan bagi ku utk menempuh ke satu peringkat lagi.Insyallah walaupun cuma aku sorang saja yang berstatus warganegara Malaysia dan berbangsa Melayu akan ku cuba secepat mungkin untuk menyesuaikan diri dengan environment dan situasi yang aku akan hadapi nanti.Aku tahu.. insan yang penting dalam hidup ku akan rasa terabai.. tapi aku akan pastikan walapun sekelumit..masa..yang ada aku akan cuba luangkan bersamanya.. apa pun aku bersyukur ke hadrat Ilahi.. dengan segala pemberiannya.. aku bersyukur.. dikurniakan Insan yang memahami diri ku...yang selalu menenangkan jiwa kacau ku ini.Thanks darling.. thanks for everything..


15. Maksud firman Allah: Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula (kamu) bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang-orang yang beriman. (Ali Imran:139)

under a pale grey sky we shall arise.

Bring it On!!!

Saturday, April 12, 2008

Apek kedai letrik.

asap yang berkepul membentuk seakan-akan spring Sapura leda bergerak bebas... bermaharajalela di dalam rumah..aku yang terbaring di sofa cuma memerhatikan saja di dalam ashtray itu.Kipas yang meniup agak slow motion, membuatkan bara api rokok yang masih tinggal separuh itu menyala dengan lebih terang.

Aku bangun dari sofa dan
mengambilnya lalu..menyedut saki baki nikotin dan tar dari sekerat batang itu sambil aku membaca dokumentasi2 di Laptopku yang melibatkan projek2 di Account baru ku di ofis. Sesekali bau bauan harum yang terbit dari beans Arabica Nescafe yang datang dari mug bersebelahan laptop ku membuatkan aku berasa tenang seperti Bob marley yang melayankan lagu "No women no cry".. lalu ku tenyeh cebisan puntung itu di atas ashtray lalu menghirup nescafe O itu.. dgn riak wajah seolah2 tengah mengambil feel.. dari setiap hirupan itu.

Aku bertapa di rumah hari ini,...segala urat2 saraf.. periferi komponen2 yang melibatkan
otak ku yang mengawal motor di setiap pelusuk tubuh badan ku tidak ku rasakan mencapai tahap progresif seperti hari hari lain.. mungkinkah petanda seperti lagu Amy Search "AKU DAH BOSAN AKU DAH BOSANNNN"?

Hmm ntah laa.. aku terbongkang di atas sofa.. sambil aku memerhatikan.. kipas lama yang seakan2 kipas ala2 zaman british dulu.. memusing dgn perlahan.. aku cuba mengira.. brapa bilah kipas sebenarnya bila berpusing.. akhirnya.. aku yang pening..

"ahh tidakkk.. aku kena buat something hari iniiiiiiii "aku menjerit sorang di dalam rumah..ntah laa.. kalau sesiapa yang lalu lalang di depan rumah ku ternyata menganggap aku dah kena sawan babi...isk isk

Lalu ku bangun dari sofa menuju ke dapur mengambil sampah lalu keluar ke depan membuang sampah.. mengemas apa yang patut di kemas di dalam rumah..aku masih lagi merasakan kerja2 yang ku lakukan pada hari ini tidak produktif.Sewaktu aku melalui bilik stor ketika membuang sampah, langkah kaki bagaikan di tarik emergency brek.. aku terperasan.. sekujur tubuh tegap berdiri di dalam gelap.. bila aku amati,.. secara dekat2.. petandanya aku dah semakin rabun.... rupanya itu adalah kipas stand yang telah ku ambil dari Ieda sewaktu ieda memutuskan utk membuangnya.. aku bagaikan terlupa..untuk membelek kipas stand yang sudah rosak itu.


Aku suka membaiki benda2 yang rosak.. kadang2 aku pun tidak sedar aku dikurniakan bakat ala2 Micah di dalam "Heroes".sewaktu di rumah dulu.. aku suka.. membaraikan apa saja yang boleh di baraikan dan memasang balik... dari remote control tv.. hingga ke barang2 pc.. telephone,tv,video tape.. boleh dikatakan zaman kanak2 ku.. aku laah hero yang sering di tibaii.. di balun.. dicubit.. di jentik.. Kadang kala.. tidak semuanya benda yang di baraikan menjadi.. ada juga yang bila dibaraikan haram.. tak reti pasang balik :) dan di kala benda2 tidak menjadi maka terbit laa raksaksa raksaksa dari perut dapur dan bilik.. cuba menyerang Ultraman dari segala penjuru.. Ultraman cuba melarikan diri di ruang tamu.. lalu mengelilingi meja yang dibayangkan Kapal perang..tetapi di kepung.. oleh dua raksaksa di kiri dan kanan.. tetiba PAPPPP!!!.. Ultraman di tangkap.. aku pun menjeritt sekuat ati tidakkkkkkkkkkkkkkkkkkk!!!

ahh!!!!! CUTTTTTTT!!!!! demmm terbawak2 aku imaginasi Sinchan.. dalam cerita ku ini.


Aku membawa keluar kipas itu ke depan untuk aku memeriksa.Ternyata bila aku cuba memasang plug.Kipas masih tidak berfungsi.. lalu aku membaraikan kipas tersebut cuba utk memeriksa.. komponen motor di dalam nya.


Barang2 telah di baraikan


Step 2



step 3


Cuba membuka module box itam tu.. aku suspek yang tu


Replace with the new one



Taaaaaraaaa.....

Friday, April 11, 2008

YOU SUDAH KAWIN AHH..?

Di sekitar kawasan kubu kuat baru Unix ku di tingkat 2 di sebuah Firma yang di huni oleh berbilang bangsa dan negara


Selepas brief meeting pagi tadi,


Budak L1 baru bawah aku: "Hi boss amacam meeting tadi ok..?"

"Ok jer.. siap dapat gift pulak bila masuk team baru ni...." sambil aku menunjukan cover leather tag id special untuk team ni

"ooo sapa2 member baru join team ni akan dapat leather cover ni.. so orang akan tau we are from this team" sambil dia membelek queue incident2 yang terpapar di monitor dia.

"hmm not bad" aku melabuhkan beg notebook aku di bawah meja cubicle
aku dan duduk membetulkan kerusi yang telah di ejas tinggi sedikit petanda budak bangalore yang rendang telah berkampung dalam shift malam.

tetiba kedengaran di sebalik kubu kuat Wintel

"oit bro.. tak nak tengok kad kenduri kawin ni" aku berpaling melihat bucu kepala manusia yang agak tinggi sedikit dari cubicle memberi kad kawin tersebut pada Budak L1 aku..

Aku meneruskan keje ku.. membelek documentation2 baru di team ini..

kedengaran suara2 bebudak L1 yang samar2 membincangkan pasal kad kawin tu

"eehhh.. can i see that " terdengar pulak suara nicole yang berada sebelah aku ni.

ahh ntah apa dorang sembangkan.. tetiba..


"Ehhhh Freza.. you.. dah kawin.... ?" nicole menjengah aku dari cubicle sebelah sambil meluncurkan kerusi nya ke meja ku sambil menunjukkan kad kawin itu.

"Belum maaa.. i tunggu you" sambil mencorakkan raut wajah ku dgn muka yang amat serius tapi macho

"you tunggu i meh..? amoi tu mengangkat keningnya.. dengan mimik muka tidak budget aku akan bertanya begitu

"kalau macam tu.. you have to wait 10 years lorr." sambil melemparkan senyuman dgn wajah yang iras2 macam minah korea

"ohhh ok.. so consider now i still got time to buy house and car laa then we get married i buat kad lagi besar dari ni amacam..?" aku cuba bergurau dgnnya.. tetapi muka serius tahap cipan tetap ku tonjolkan

"No need maa.. you give me 1k every month.. i save it for you.. " dia membelek..kad kahwin tadi seolah-olah mencuba memahami struktur map ke rumah pengantin..

"aiyoooo mata duitan sungguh you ni"

"cannot laa macam tu.. kasi i simpan that money.. mana tau nanti i jumpa.. lagi cun more lengluii i cancel laa kawin sama you.." aku membelek2 mencari mp3 player aku di dalam beg

"eeeeee dasar buaya darat.. tak setia" dengan mimik muka korea yang macam geram..

"ehh I bukan buaya.. i manusia laa.. you sudah rabun niii"

"Cehhhh"