Monday, December 30, 2002

Win XP to the rescue

Assalam.

Recently I had a little bit unstable problem in my Win XP. I assume it was from the software that I've installed and uninstalled recently. But the unstable feeling isn't that troublesome for me. I can do many thing as I always do like design in Photoshop, make a web layout in Dreamweaver etc etc. But since I had a feeling of unstable (sometime I feel like the computer is freeze - but its not). So I think I should update my Win XP with Win XP Service Pack 1.

I put the cd in and run the installation (not to mention I got to change my Win XP serial number due to FCKGW serial number thingy are detected as PIRATED version). Everything seem so ok. Then I reboot (well reboot is restart - the same thing that Microsoft OS require to fulfill any changes that been made to a system file). It boot back so well but it stop there with black screen. I just had my mouse cursor to play around. I dont update my Win XP just because to play around with my mouse cursor (ONLY!). After several time of reboot (including boot in safe mode) but no luck, still stuch in the same black screen. Then I realise, what can I do - Format is only the way.

I put up my Win XP cd and boot using the cd. I choose fresh installation and select which partition to use and select option to quick format and using the NTFS filesystem. Ofcourse its work lah!

I just feel weird because I cant install the SP1 update. Is there something wrong with my hardware ? Or my software. Dont know what to say. Since I cannot update, just wait for the next release of the "GREAT" Micro$oft O$.

Anyway good thing that I do is I put win xp system file in its own special partition. So even though I format the system my download file, my web design is save in the another partition (actually I got 6 partition - not including Linux partition). Not just that I also had backup of my download file. So it come in handy again. No need to download those warez, crackz, etc etc again. Just put the cd and run the file. Easy. Save time, save resources, save money too!

So what I want to say here is ... WHERE THE HELL IS THE OTHER WRITER!!!

Wednesday, December 25, 2002

Assalam.

New design utk web nih dah aku siapkan. Cuma tak slicekan lagik jerk. Malas sikit lately sbb tak lama lagik nak masuk balik kolej so rasa cam tak best gituh.

Untuk pengetahuan korang semua, blog nih ada 4 orang writer tak silap aku. So kalau2 korang rasa sedikit pelik kekadang blog nih tak sama ... Ini disebabkan writer lain2. jangan konfius pulak :)

Thats all for today. Tengah slicing design utk web nih. Nantikan :P

Monday, December 23, 2002

Nak e-book ?

Assalam.

Aku ada bukak site utk korang download e-book. Setakat nih baru sikit ja e-book yang ada. Aku pun uploadkan ke server aku tambahan pulak aku pakai dial-up jerk mana larat nak tunggu beb. Tapi apa2 hal pun go to this site alternative : e-book to download the available e-book.

Sesetengah dari e-book tuh aku parkingkan kat server local so kalau korang download akan terasa sikit kepantasannya :)

Enjoy the e-book.

ps : kalau korang ada e-book yang best2 and bermurah hati nak upload boleh mail dekat aku so aku leh kasik akses utk korang upload e-book tuh. Orait!

Friday, December 20, 2002

Old RAM + New RAM = Auto Reboot (in Win XP)

Assalam.

Agak2 pukul 2 petang tadi (or kelmarin since aku blog kul 1 pagi .. heheh) datanglah mamat NationWide Express hantarkan aku RAM yang aku order ngan bro Faris since bro Rezdrake demam la plak takleh nak belikan RAM utk aku (heh!). Aku ngan tak pakai baju gik la ambik bungkusan tuh. Mamat NationWide Express tuh tengok aku semacam. Ingat aku orang gila kot ... Heheh. Aku ngan pakai tuala ja selamba ya ya gik kat dia. Lepas sign etc etc aku pun ambik la bungkusan tuh.

Masuk ja lam rumah aku bukak la bungkusan tuh. Mak ai berlapis2 bro Faris balut. Puhh! My new Kingston 256 mb PC 2100 DDR-SDRAM. Aku tau Kingston nih Cas Latency dia 2.5 sementara yang jenis lain mcm Corsair etc CL 2. Tapi ram yang aku pakai skang nih dah mmg Kingston kang aku mix ngan jenama lain tak matching plak. So aku beli ja la Kingston punya.

Aku pun cecepat masuk lam bilik aku and bukak casing (Peringatan! Cabut dulu kabel power kalau nak akses something inside casing). And slot DDR ada dua jerk. Since secara teorinya aku rasa RAM yang baru nih patutnya lebih pantas aku cabut la RAM lama kat bank 0 (slot 1) and aku letak RAM baru kat situh. RAM lama masuk bank 1 (slot 2) la jawabnya. Pasang balik power kabel and start. Alhamdulillah new RAM detected. 512 mb :)

Aku pun terus run several program (photoshop 6, multiple IE, winamp, macromedia dreamweaver, fireworks etc etc) at the same time and terbukti stabil. Tapi tak lama koz lepas tuh apa yang terjadi hanyalah nightmare. Sambil layan dengar lagu Rabiatul Adawiyah ngan Winamp tetiba kuar screen biru ... Tak sempat nak baca apa dia tulis terus reboot. It was a nightmare.

Sebenarnya nak prevent auto-reboot tuh kener masuk lam control panel > system > advanced > startup and recovery > setting > system failure > uncheck Automatically Restart. So korang leh baca apa dia punya error. Tapi selalunya error message dia tak membantu bila system failure berkaitan dengan hardware (tapi aku rasa kalau prob ngan software pun windows tak kasik mesej error yang friendly).

Mulanya aku rasa mungkin sebab virtual memory aku besar sangat kot (aku let windows specify - ada la dlm 3 gig dia autoallocate .. heh). Aku ubah spay jadik 1024 mb (2 X RAM capacity). And reboot. Masalah jadik jugak. Tapi yang peliknya bila aku main game dalam win 98 takder apa2 masalah pun. Mungkin Win XP nih base on Win 2k yg lebih secure so hardware failure biarpun sikit (tak efek system pun) tetap kena solvekan jugak. So pada pendapat aku kalau kat Win XP pun error malas aku nak boot masuk Linux pasal base pada pengalaman aku ngan Mandrake 8.0 dulu aku terpakai RAM yang 100% rosak. Win 98 leh boot tapi linux tak buleh :)

last skalik aku bukak casing and tukar balik RAM lama ke bank 0 (slot 1) and letak RAM baru kat bank 1 (slot 2). Boot and tawakkal. Alhamdulillah sampai aku tulis blog nih dah 2 jam system aku up and tak crash lagikdah. Apa yang silapnya ya ? Takkan ram kot. Tapi mungkin jugak ram sebab walaupun RAM lama aku tuh jenis Kingston tapi chip dia tak tulis Kingston ... That must be low-end Kingston RAM :P

Tapi lega la jugak koz aku dah ada 512 mb ram (which is my main target). And sekarang nak kumpul duit nak beli grafix kad :)

Lupa pulak nak mention aku dah ubahsuai sikit interface web nih. Tapi bro rezdrake nak kaler lebih gelap. Lebih GeEK katanya. Nanti2lah. Prob pasal archive link display tuh pun berejam nak solve :P Silap aku jugak pepandai edit tak backup. Next time i'll make this web more geek in look.

Wednesday, December 18, 2002

MyMandrake

Assalam.

Semalam aku boot in to MyMandrake (Mandrake Linux 9.0). Saja ja. Sebelum nih aku tak pernah try play vcd kat dlm Linux so semalam aku nak try. Tapi alangkah tensennya TAK BOLEH!. Aku pakai xine anyway. Aku dengan tensyennya klik berkali2 button vcd tuh. Pastuh tah mender aku klik dia kuar senarai error list. Error dia "/dev/cdrom not found". Aku pun heran gak camna leh takdak. Tapi maybe pasal aku ada dua drive kot ? (DVD & CD-RW).

Dengan MyMandrake aku just bukak jer Mandrake Control Center and check la hardware dia. Ntah2 DVD Drive aku tak detect kot. Mana la tau kan. Tapi pelik pulak bila tengok ada DVD Drive tapi bukan "/dev/cdrom" tapi "/dev/hdc". Wah! Camna nih ? Since xine carik VCD nyer file kat "/dev/cdrom" camna aku nak suruh xine carik kat "/dev/hdc" plak. Sampai time tuh aku give-up.

Tapi aku lom try DVD. So aku ambik DVD Wasabi aku tuh and letak la dlm DVD Drive aku. Pastuh aku klik button DVD. Ahhh ... Bolehpun. Dia kuar menu dia. Tapi camna nak play ? Kalau pakai PowerDVD (dlm windows) kita leh klik dlm screen tuh tapi dlm xine takleh la plak. So aku just klik next jer lah. Bolehpun. Tapi movie dia tersangkut2 and takder sound. So aku just stopkan ajerlah.

Lupa pulak semua aktiviti kat atas aku buat dlm root akses. Kalau as user biasa aku langsung tak buleh eject cd-rom dari dlm linux (which dlm root akses boleh la plak). Aku dah check permission dia, mmg dah set 777 (means all access la kan). Entahlah.

So bro rezdrake ada apa2 cadangan ker ? Tips ker pasal nih. Walaupun aku leh tengok VCD/DVD dlm windows tapi aku teringin gak nak show-off ngan kengkawan aku ngan pakai Linux (MyMandrake) tapi hampeh la kalau takleh play VCD or play DVD tersangkut2 ngan takder suara.

Sekian. Wassalam.

Monday, December 16, 2002

Assalam.

Well new post within ONE day, gosh I must be crazy!

Bukan apa. Aku jumpa satu interesting link. Tengok sini CPUKILLER. Gunanya software nih utk slowdownkan CPU anda. Berapa banyak ? Dikatakan 98% .... Hahah. Nih berguna kalau anda nak run old program yg selalu crash sbb CPU processing terlampau laju. Itulah kekadang benda yang baru nih ada kelemahan dia jugak :)
Lilo and Stich

Assalamualaikum warahmatullah,
Last night .. format my Win98se on my "Scarletdiva". Install back Win98se from scratch and not with GHOST. its been a year already i haven't format my WIn98. Downloaded the latest driver for my Mobo Gigabyte GA-5AX rev.5 ALi chipset Socket 7 at the ALi Chipset manufacturer site which is now using an Intergrated driver version 1.091. Looks cool and simple to setup.. no need for me to Install AGP driver, IDE driver, sound.. ALL IN ONE. Lots of software i haven't install yet, just the standard software.

Got problem with LILO plak, My lilo ilang .. lilo aku which is reside in MBR had been erased because aku format C: drive aku which had lilo reside on it. Gabra.. aku.. Relak relak..

-So i used Redhat CD1 , change the boot sequence in BIOS to start boot up with CD
- Then at the boot prompt aku type Linux rescue

Boot:Linux rescue

- once im in da console aku check what partition dah mount .. by typing

blah# mount

- Then aku make a temporary directory to mount root partition aku

blah# mkdir hampeh

- Aku mount root partition aku which is at /dev/hda5

blah# mount /dev/hda5 /hampeh

- Then aku run lilo dari situ

blah# /sbin/lilo -r /hampeh

skali ouput kluar daaaa lebih kurang macam nie
Added windows*
Added Linux Redhat*

pehtu dgn bangga nyer aku menunaikan sahur pertama aku.. dgn nasi tomato yang my mom buat waktu berbuka tuh. hehe

Maelzx, hang kat mana ..? TMNET tak bley connect? .. aku rasa pasal tempat tuh. Regarding to ATI Radeon 9500 Pro Vs Nvidia Geforce 4 TI 4600 .. kena tengok gak .. kengkadang website tuh buat promote on certain product.. biasala kan.. normally kalau site-site review nie.. memang banyak mempengaruhi.. kita. Bagi aku ATI Radeon 9500 still the best in terms of graphic dia. But dari segi support aku tak sure sgt. Kalau Nvidia nie.. driver support berlambak .. bertambun( sharul suka guna ayat nie) even driver Nvidia banyak up to date from time to time. Deyy.. Keyboard tu beli jaa laa bukan mahal pun.. sedih aku tengok ko nak tekan A tak terkuar kuar. Dulu pernah jadi macam ko masa zaman jahiliyah aku.. keyboard aku bila tekan N kuar R bila tekan A kuar S .. sampai aku kena bukak cube cube tu tukar tempat. Lepas tu beli keyboard baru.. dekat sebulan kena rehab .. balik.. seksa seksa.. :)
haii mana pi brader sharul kita nie.. confirm raya sakan nie..

Sunday, December 15, 2002

Assalamualaikum wbt.

Wah! Panjang benau ko blog yer rezdrake :P Jgn panjang sangat nanti besok tatau nak blog aper ... Heheh.

Aku belum ada awek la (single but not available - heh!). Aku pun layan blues gak la tapi takderla cam ko. Muahaha. Aku skang tangkap blues ngan games la brader. Tetiap malam mesti main game coz my tmnet dial-up buat hal kalau nak connect memalam. Timenet plak kejap2 line busy. Last2 connect sesiang jerla aku nih. Apsal eh ? Masalah ngan pc ker camner nih. Dah la external modem aku detected on linux jerk ... Hahha. Ntah camna winxp tanak detect modem external aku. Terpaksa pakai internal modem which is not detected by Linux. So skang aku pakai 2 modem :) Kalau orang tanya aku cakap aku buat dua dial-up connection. Hahah!

Anyway .. rezdrake mana da cakap nak mesej balik. Merugikan betul la mesej ngko nih. Kang aku sms-flood lak henpon ko tuh karang. Heheh!

Sekarang tengah download driver utk geforce 2 mx aku dari nvidia.com. Ambik driver terbaru v 41.09. Download pakai Timenet best siot. Maintain jerk 5kbps ++ kekadang naik sampai 8kbps ++. Maybe laju sebab semua org pakai TMNet ... Kalau pakai Time kener bayar mahal (bagi pengguna telekom malaysia - which is the majority) 4 sen semenet (local call charge). Aiii ... Aku nak balik Aloq Setaq karang nak apply Streamyx nih :) Uhuuu.

Wassalam.

Saturday, December 14, 2002

Assalamualaikum warahmatullah,
Syukur alhamdulillah mungkin dgn berkat dan kekuatan yang Allah taala beri kat aku.. , aku dah setel xm last ari nie.. walaupun demam, batuk , suara pun dah macam PAPA ROCK Ramli Sarip tuh. Lepas habis xm aku lihat time kat hanpon aku .. 3.45 dah.. alamak solat Zuhur belum kutunaikan lagi. Apa lagi aku pun turun laa dgn lif ke tingkat satu.. nak mintak kunci surau. "Surau key please" slamba jaa mamat cha tu jawab aku tak pulangkan lagi pastu bagi ilang. Muka plak duk buat over-over .. nasib baik aku demam .. kalau tak aku dah lama aku hempuk dgn CPU 486 yang ada atas meja tuh.
Aku tanya laa dier.. cuba check dulu samada kunci tu ada kat dier. Dia taknak dengar jugak .. duk kata aku yang bagi ilang.. pasal hari tu last dier keja dier tak nampak aku pulangkan kunci tu. Memang hari tu aku tak pulangkan kat dia.. pasal that day after aku finish solat Maghrib .. Counter 1 tu dah close so.. i had to give the key to the Ground floor punya counter. So aku turun laa bawah gi tanya kunci surau yang kononnya surau tapi bukan surau lagi. Harap waktu perasmian jaa letak Plet Surau punya signboard.. lepas tu buang balik signboard buat stor. Dlm stor tu laa tempat aku menunaikan solat aku.. bila aku tak berkesempatan nak gi solat kat masjid. Keadaan dlm tu memang sadis.. penuh dgn kotak kosong, dan satu singki.. tu jaa.. carpet tarak.. harap tikar dah sejadah yang senior sebelum ni bawak jaa.
Then bila aku gi Counter bawah.. memang ada kunci tu .. aku tunjuk kat dia.. tersengih-sengih cam kerang busuk.. kata sorry.

Hmm lama betul aku tak memblogkan diri kat sini. Thanx to Mael and Sharul pasal buang banner tu.. taklaa bersilau sgt mata aku. :)
sorry lama tak blog kat sini.. bukannya apa.. dah laa exam.. demam lagi.. Selamat Hari Raya aku ucapkan pada bro Mael and Sharul.. aku tengok sharul raya sakan.. memanjang pi raya sana sini :) Sharul, hari tu sms ko tak sampai laa kat aku. Aku pun lupa nombor last ko.

Aku still kat lab nie.. layan blogging.. "Scarletdiva" aku kena demam denggi kot.. WIndow98SE aku system file dah corrupt.. internet tak bleh connect, sound takdak.. but the best thing is.. my Linux still ok jaa sound seclear clearnyer.. so skang fully utilize ler Linux aku. So exam dah abih.. apa lagi start lerr balik R&D aku yang lama dah terbengkalai tuh.. hehe. PC wardina pun blum aku buat network lagi dgn Scarletdiva aku.. network card tarak. IBM Token Ring.. tuh..? perghh sudah ler.. memang lord sauron cari aku.. bila aku pakai Token Ring tuh... sampai lingkup WIn98se aku tuh. Pelix gak configuration Token Ring tu.. macam ada anasir-anasir tak baik dlm Token RIng tu. Baru tadi dapat dapat call from Helix.. ada kat KL dah.. to be specific kat Lowyaatt.. adeh awal dia tawaf kat sana.. sempat tanya aku .. nak pesan apa. Dia pun dah terpengaruh dgn Token Ring .. heran aku baru ni duk giler giler sgt kat Token Ring ..sampai suruh aku checkkan utk dier kat Http://www.linuxtr.net which Token Ring that are supported on Linux. Aku sejak tak pakai token ring .. nie.. ok dah skit .. tak der laa mereng macam dulu.. daripada malam sampai sahur duk configure Token Ring..

Sharul, banyak kejer ko skang yer sejak masuk firm baru nie.. takper laa janji rezeki masuk ilmu masuk.. hehe.
lama dah aku tak masuk Ittutor.net cam segan laa plak.. yer laa lama dah menghilang.

skang dah pukul 5.10 dah .. aku ingat stop sini dulu.. nak balik .. makan pun blum lagi.. jap lagi ingat nak bantai karipap dgn Teh ais kot kat tepi bas station tuh.. biasa laa bluess ....bluesss hahaha. Maelz.. ko dah ada awek ker blum..? Cari mael.. jgn jadi cam aku bluess jaa memanjang... hehe amoi ramai aa kat sini.. tempat ko sure ramai melayu nie.
.. Alhamdulillah aku dah Abih EXAMMMMMMMMMMM!!!!!!!!!

Friday, December 13, 2002

Assalamualaikum wbt.
Adehhh.. dah pukul 7 pm dah nih. Rasa cam serba salah lak nak balik.. kerja dah setambun. Jap nih baru diskas ngan project leader aku, nak kena siapkan 4 modul dalam masa 2 minggu nih.. tu pun mana cukup 2 minggu. Minggu nih dah miss 2 hari, cuti raya.. minggu depan ari isnin cuti lagi, birthday sultan.. hmmm, nampak cam kena gak datang isnin nih.. kalau tidak, tiap ari la kena stayback.. malas aahhh..

Pehtuh, pagi tadi "boss 2" aku call.. nak jumpa esok jugak. Ni pasal kerja freelance aku tuh laa.. alamak aii! Aku tak update lagi changes yang depa request tuh.. tapi nasib baik jumpa tengah hari, so sempat la malam nih aku modify. Malam nih? Erkkhh.. tak bulih lagi, pasal nak beraya.. hmmm.. kalut.. kalut.. Nampak gaya esok lepas subuh takde harapan la nak sambung tido.. :(

Ehh.. maelzx.. aku tak buat amenda pong kat template. Tapi aku rasa dah okay dah kot.. dah tak nampak dah banner tuh.. :) Brader kita si rezal tuh apa cerita ntah.. tengah pulun exam lah tuh kot.. heheheh! Pulun bang.. pulun..

"Eh! Dah masuk waktu maghrib la.. nak kena solat nih..". Hehehe! Tiru dialog iklan maxis jap.. :)

Wednesday, December 11, 2002

Assalamualiakum wbt.

Aku ada letak kod utk hidekan banner tuh .. hehe. Tapi masa aku test ariktuh tak jadik la pulak ... Liquid7 .. ko alter lain ker ? Ataupun ariktuh dia tak save lagik template tuh .. tah. Aku pun kurang pasti.

Sekarang nih dah abis main Medal Of Honor Allied Assault .. makasih kpd cheat code .. akhirnya aku menang mudah. Lepas nih naik main lain without cheat. Mesti susah gila babasnyerlah. Or maybe aku beli diernyer expansion pack ... Ntah mana satu pun aku tatau. Last2 aku beli game baru iaitu Hitman 2 : Silent Assassin ngan Tony Hawk's Pro Skater 3. Susah gak Hitman nih sbb gameplay dia slow sikit ... Nak kena sabar banyak nih. Si Tony Hawk's plak kener buat skill memacam. Skang dlm usaha nak unlock sumer track/park so aku leh main sukatie kat memaner track/park. Best gak main sk8 nih yer. Maybe satuhari nanti aku try yg realnyer.

Aku skrang dlm proses nak beli casing iCute yg ada 6 kipas casing tuh. Member aku jual yg barunyer tuh + 6 fan pada harga RM 165 (skalik ngan Shipping & Handling). Kalau nak ambik casing yg kaler itam dia mahal sikit. Aku ambik jerla yg standard (putih) ... Lagipun pc aku sumernyer kaler putih .. kang tak matching lak casing kaler itam :) Tapi ntah cukup ker tak duit nak beli casing tuh ... wargkhhh.

Wassalam.
Assalamualaikum wbt
Just came back from a long hari raya holiday. Masuk opis rasa cam tak best jek... mood raya tak abis? Tak kot, rasanya aku tak puas bercuti (rehat).. Mula hari raya sampai semalam, asyik beraya jek kerja aku.. heheheh! Umah aku pon baru 2 orang tamu yang datang.. ye laa, manjang takde kat rumah.. ada gak call nak datang, tapi aku dah nak keluar.. so, maybe kena jugak buat open house cam tahun sudah2.. senang jemput sekaligus..

Pening pala jugak nih.. kerja part time aku tak siap lagi.. malam esok dah nak kena masukkan kat server, Sabtu nih dah nak buat presentation + UAT (User Acceptance Test). Maybe malam nih nak kena stay up la jugak nampak gaya.. tapi semalam kakak2 aku ajak pegi beraya lagi malam nih.. adeh!! Kalau aku tak ikut kang, sah la aku tak pegi dah umah makcik2 aku tuh.. bukan apa... tak reti nak burak, kalau ikut kakak2 aku bulih laa depa jek melayan.. heheh! Ni la masalahnya kalau jadik pemuda pemalu nih.. :)

Hmmm.. sat gi nak serabut kan kepala ngan tagging plak.. adusss! Mabuk dah la pala otak nih..

p/s: rezal, aku hantar sms kat hang ari tuh ada dapat tak? amacam exam? gut lak le weh.. :)

Thursday, December 05, 2002




Assalamualaikum warahmatullah,
Hari ni aku kat CC di kampung aku Parit Buntar, Perak. Memang aku gelisah kalau tak dapat nak guna PC. Check my mail today.. got few new emails in my INBOX , from Mypenguin mailing list and Techrepublic . Hmm kali ni raya rasanya macam takdak mood jer.. coz lepas raya aku kena sit for exam..nasib nasib.. so tak bleh laa aku raya 100% terpaksa ler ingat subject-subject & topic -topic yang aku dah study. So bila ketupat lalu jer... aku kena ingat TCP/IP .. bila aku tengok Nasi impit jaa aku kena bayangkan 4 Network layers of ARPANET which is Interface layer, Transport layer , Network layer and also Application layer.

By the way.. blog kita sekarang dah ada 4 orang termasuk aku. Aku dah set admin for Maelzx and Liquid7 so feel free laa nak tukar template, add favourite links korang.

Ok laa chow dulu.. Selamat Hari Raya To all
jumpa lagi selepas raya
wassalam
Rezdrake was ere / Cyberzone Parit Buntaq

Wednesday, December 04, 2002

Assalamualaikum wbt

Masalah la pulak dengan keyboard arabic aku nih ... Key "A" kekadang kena tekan ngan kuat i mean dengan penuh perasaan baru boleh. Idak dia tak jadik apa2 ... Nak tukar balik pun takleh dah sbb dah kedai jauh tuh ... Aku beli masa diorang buat jualan ala pc-fair gituh (tapi bukan pc fair kot sbb takder tulis pc fair pun) kat Star Parade, Aloq Setaq. Tak kisahlah ...nanti aku beli logitechnyer yg wireless tuh... PUAS HATI!!

Since aku still tgh main MOHAA (Medal Of Honor Allied Assault) aku tensyen gila sbb satu stage tuh aku tak lepas lagik ... even pakai cheat :P Ada satu stage tuh yg kita kena tinjau dari bangunan tinggi tuh and snipe kan org yg letupkan jambatan tuh ... Kita kena snipekan sumer musuh yg cuba nak etupkan jambatan tuh. Yang tuh aku lepas tapi bila time keta kebal datang reramai serang King Tiger ... skalik bangunan yg aku duk tuh kena bom gak. So aku terpaksa terjun jer la (pakai cheat .. tak mati la.. haha). Tapi akhirnya king tiger termusnah gak sbb 3 lawan 1 la beb .. mana larat tahan. So camner eks nak lepaskan tahap nih. Aku dah tensyen tahap maksimum.

Skalik ariknih radio aku (mini hi-fi aku yg berusia 10 tahun itu) buat hal ... Takleh main kaset laks ... dia buleh main tapi suara yg kluar tuh suara alien ... aiseh. Camna nih ... dengar CD ajerlah raya nih ... terpaksa burnkan mp3 lagu raya as cd lagu :)

So dalam raya yg menjelang datang nih diharap sumer org bergenbira sakan. Wassalam.

Tuesday, December 03, 2002

Assalamualaikum wbt
Thanks to Rezal for inviting me..

Nothing much I can say for the beginning, but self introduction should be enough for a warm up..
I am Sharulnizam, preferable to be addressed as Sharul or Ijam.. but rezal knows me as "liquid7"..

Why? How?
We have the same interest (do we, rezal?) in IT, and for that reason we joint one local IT forum (http://www.ittutor.net). My nick is "liquid7" in that forum (I think, I might need not to explain why I chose "liquid7"). I cant remember who initiated the communication, but we start to chat through Yahoo Messenger. Then, a friendship developed. :)

Okay lah kawan ngan mamat rezal nih.. eventhough we never met physically, but I guess he is kind of nice person. Girls should not let this opportunity being wasted. Send an email to say "hi" to him, or if you dont have any, create one now. Hahahahah! Okay tak rezal? But, still available or not, it is ur "task" to find it out. :)

Okay.. panjang la pulak. I need to stop lah, kang tak siap kerja.. nayway, SELAMAT HARI RAYA.. MAAF ZAHIR BATIN! :)
Lord Of The Token Ring
Assalamualaikum warahmatullah,
pergh lama aku tak layan blog.. rasanya dah dekat seminggu kot.
best juga dah ada Maelzx join blog aku.. takder laa rasa sunyi ..

Pagi tadi macam biasa aku dah start lepak @ library study there.. coz exam aku dah dekat . Petang skit dlm kul 4.30 aku bergegas balik ke rumah amik sekotak Token Ring card yang Ms Mary (Tokey kedai Refurbished PC) beri pada aku utk test. Last week both of my Token Ring which i bought from her ada defect.. haram dua dua.. tak dapat detect either dlm Windows or dlm Redhat Linux aku.. then i went to see Helix at his server room ask him to check my Token Ring card since he had PCs that support ISA. Helix did PnPdump.. still not detected. Then aku amik keputusan hantar balik both of the cards to that shop. Apa lagi this time aku mintak sekotak kat dier.. ada 18 card giler .. aku kalau nak ulang alik tukar dua card dua card.. "Nevermind laa Ms Mary i'll help you check all the card.. " aku tengok Ms Mary sporting jaa dgn penuh confidennyer.. dier bagi aku sekotak Token Ring .. sampai Helix gelar aku LORD OF THE TOKEN RING.. har har..

So sampai di rumah aku terus ..test those card one by one.. sepanjang aku duk test card tuh.. still takder luck lagi.. pasal banyak yang tak detect. Dah masuk 10 card dah .. haram ..satu pun tak detect lagi. Until left only two cards.. dgn bacaan bismillah aku pasang Token Ring card tu dlm slot ISA dan aku start PC.. fuhhh menjadi .. dgn selamba Windows aku dapat detect . Then dia ask for WIN98SE punya CD lepas install .. restart.. skali lagi problem lain plak datang.. dlm system properties Token RIng tu still ada exclamation mark . argh penin penin. Lepas tu aku checkout IBM website for technical support and also some doc which related to this Token RIng Turbo 16/4 ISA. Baru lerr aku tahu pasal apa dia tak dapat detect ..rupanya.. Card ni.. dia simpan old punya configuration which is from PC sebelum nie.. pelix betul this is the first time aku jumpa menatang degil nie. So ..kena use the program called LANAID that was provided by IBM to set back the configuration to its manufacturer settings .. baru laa dia bleh detect.

So hari ni aku dah hantar balik 16 menatang tu balik kat tuannya. Still worried dgn incoming exam nie.. cam fobia jerk.. for subject NI aku tinggal 3 lagi chapter nak clear kan. Insyallah mudah-mudahan.
malam ni aku layan blog guna Mozilla version 1.0 on Redhat Linux 7.2 diiringi alunan sexsafon ( betul ker ejaan aku nie) Kenny G Track 7 on KsCD . My Babe , my PC still dibogelkan lagi tak tertutup pun casing.. maybe wanna let her cool . Banyak project aku dah terbantut sat. Ingat lepas exam baru bleh start balik. Squid proxy pun tak try lagi.. Squid.conf dlm disket yang Helix bagi pun aku tak sentuh lagi. What to do Exam first .. exam first.

Hmm aku terbaca blog yang Maelzx tulis regarding USB cable. Aku rasa kalau kat Penang ni.. aku nak kena survey dulu. Tapi kalau dekat KL boleh customize.. hari tu aku pegi seminar Ethical Hacking dgn Bro Helix.. singgah jap kat Lowyatt there is one shop which buat customize macam-macam jenis cable.. aku ada buat hari tu satu extension monitor cable .. 2 kaki kalau tak silap aku. pasal aku nak letak PC aku kat tepi meja.. tak mau letak under the table .. air flow pun cam tak bagus jer.

Mungkin lepas dapat duit raya nanti.. aku nak upgrade my babe to Duron kot :) .. best nie..

Hmm dah pukul 1.59 pagi.. better mandi and continue study.. Aku nak ucapkan Selamat Hari Raya and Maaf Zahir dan Batin to all people who knows me.