Terlampau gila dan terlampau lama aku meninggalkan blog ni tanpa sebarang coretan mahu pun nukilan.. mahupun catatan idup aku. aku rasa dah berbulan2 aku tak menulis.Aku agak sibuk dengan projek gerekgear aku.. sampai banyak masa aku peruntukkan untuk memajukan projek aku tu. Bila lama dah tak menulis kepala pun dah jadi blur nak menibai ayat2 dalam post aku ni. Tiap kali aku terbaca komen2 lama blogger2 lain.. lagi terasa stress.. lagi bertambah terbantut aku nak menulis.. ntah laa maybe disebabkan dah lama aku tak menulis membuatkan aku rasa susah nak memulakan sesuatu. Tapi aku perlu mulakan balik mula ringankan jari aku utk menulis kembali.. buatkan otak aku cargass. Aku rasa by now confirm dah zero reader2 aku kat blog ni hehe.. fine ..i can live with that.. since dari aku mula blogging pun aku dah biasa takde reader.. just me and my blog.. tempat aku melampiaskan nafsu aku menulis.. masalah aku.. life aku.. insyallah aku perlu mula menulis balik.. menulis dgn lebih agresif.
Sabtu lepas aku terpaksa balik ke Penang.. untuk uruskan penyewa yang bermasalah di Apartment sewa aku di Penang.. hari tu aku kena kerja sekerat hari..agak lewat jugak aku bertolak dari KL.. dalam pukul 4 macam tu baru nak shoort ke Penang.. kali ni aku balik dengan wife aku...bawak kenari dia balik.Aku drive dulu then sampai di Sg Perak aku pass kat wife aku drive sampai masuk Penang. So far sepanjang perjalanan memang penuh dengan kereta macam cuti sekolah jer. Heran jugak aku dengan wife aku.. tiap RnR pun penuh.. maybe orang sibuk lagi duk beraya sana sini.. ada yang jauh sampai ke Ipoh pun maybe ada.
Berbalik pada masalah penyewa tu.. kali ni aku balik untuk settlekan masalah penyewa aku. Masalah dengan dorang ni.. dah tak bayar sewa rumah aku dah masuk 2 bulan. Background penyewa aku ni adalah berkeluarga suami isteri and mak dia juga tinggal sekali. Mula2 masuk ok.. payment memang cantik on time.. tapi lama kelamaan payment sewa makin delay.. sampai aku dah kena call depa remind untuk bayar.. depa dah mula buat2 lupa.. bila aku bising2 dorang bankin juga at last. Tapi tiap2 bulan masih lagi menten buat hal yang sama.. tapi dah mula beri alasan ..yang si isteri ni baru tukar kerja payment gaji tak masuk lagi. Aku pun bagi masa kat dorang .. then aku call dorang balik bila still dorang tak bankin kat aku payment sewa. Bila aku call dia bagi alasan gaji dia tak tau bila masuk.. aku pun sound laa takkan tak tau bila exact date gaji masuk.. dia tetap bagi alasan itu ini dia pun susah laa apa laa. Then untuk tidak bagi aku bising, dia bankin kat dulu 300 ke account aku.. itu pun pandai nak tipu aku kata dia cuma boleh bankin pakai cimb.. dengan harapan aku bagi masa kat dia lagi.. tapi kebetulan aku ada cimb account.. terpaksa laa dia bank in jugak.. then dia sms aku cakap yang tertunggak tu dia akan settlekan lepas Raya.
Aku dah rasa macam dorang ni dah biasa buat kerja ni. Tergerak hati aku nak survey kat facebook.. mana tau dia pun ada facebook account.. boleh aku tengok status dorang.. kebetulan memang ada.. tapi status2 update dia di FB dia memang buatkan aku rasa menyirap bengang.. sebab boleh lagi dorang berniaga.. jual itu ini.. then beli barang mewah2.. update makan tempat mewah2.. sedangkan cakap kat aku ada masalah kewangan skang. Bila aku tau macam ni terus aku kol dia bagi tau lepas raya aku nak dia keluar dari rumah aku memandangkan dia takleh nak bayar....mula2 tu rayu kat aku jangan buat macam ni kat dorang.. ada anak , mak kat rumah.. susah dorang nak cari rumah sewa lain.. apa2 pun aku kena tegas dengan dorang.. dah banyak tolak ansur dengan dorang...aku tak peduli dah macam mana pun by hook or by crook.. aku nak dorang keluar on the exact date yang aku agree.
Sehari sebelum aku nak gerak ke Penang, aku dah inform penyewa aku tu.. yang aku nak turun ke penang jumpa dia ambil kunci dari dia. Boleh lagi dia nak berdolak dalih dengan aku.. and bagi alasan.. dorang tak sempat lagi nak kemas2 barang2 utk pindah. Aku macam nak mengamuk jer then aku sound balik aku dah bagi reminder 2, 3 kali dah sebelum raya untuk keluar hari tu... kenapa korang tak prepare awal2. Alasan dorang sibuk dengan kerja.. tak dapat nak uruskan itu ini. Sempat lagi dia suruh aku bertimbang rasa.. fuhhh memang dugaan betul bila dah involve dalam bidang hartanah ni. Aku cakap kat dorang... aku tak nak tahu macam mana hangpa nak settle kan. yang penting.. on 10th sep aku nak hangpa keluar dari rumah aku fullstop.
So on that day.. kami sampai ke penang dalam kul 7 lebih.. kami shoot dulu ke Anggerik Lodging singgah register bilik dan solat dulu.. aku dah booking satu bilik awal pagi tadi alhamdulillah ada laa bilik satu untuk kami.. rate bilik untuk dua orang baru RM80. Bagi aku agak mahal kalau dibandingkan dengan kualiti keselesaan bilik..even di KL pun dalam rm50 pun facilities pun bagus... ahh belasah saja.. aku book sini pun sebab yang penting dekat dah dengan apartment aku senang aku nak pergi.. satu lagi makan senang kat situ.. kalau belah pagi breakfast xde masalah kat situ.. port aku makan dulu sewaktu aku kerja dulu..kat USM Taman Tun sardon.. sebelah jer anggerik Lodging tuu..
Lepas Solat.dengan keadaan kami yang dah penat.. dan lapar. kami shoot ke apartment Gambier Heights untuk check apartment tu dan jumpa penyewa aku untuk collect kunci daripada dorang. Aku sampai jer depan apartment aku.. tengok pintu masih terbukak.. lepas tu nampak penyewa aku duk terduduk kat dalam penuh dengan barang2 yang tak berbungkus.. haihh tak abis lagi pindah.. aku ingatkan by 9pm tu semua dah settle.. ambik kunci then boleh aku basuh rumah tu terus. Kami masuk dalam jumpa dengan penyewa. Isteri dia dan mak dia ada dalam rumah.. suami dia langsung takdak. Dia bagi tau depa tengah duk pindah sikit2... barang2 dari rumah tu.. so far tiap2 bilik dah kosong cuma dekat hall jer penuh lagi barang depa. Sempat lagi mak dia dan dia cakap.. dorang tak berapa sihat macam nak demam.. mana tak nye demam.. buat keje last minute.. confirm punya laa akan penat... benda ni planning aku bagi masa dalam sebulan untuk settlekan.. bila last minute buat kerja ni laa jadi nya.
Saki baki barang2 penyewa yang belum angkut habis duk ulang trip hantar barang
Aku masuk dalam check tiap2 bilik check apartment aku.. tengok apa2 kerosakan... then wife dia cakap kat aku.. "err Encik rezal... kami tak sempat lagi nak bawak turun aircon dalam bilik master bedroom." dalam hati aku.. wow.. sesak2 aircon mampu beli lagi.. sewa rumah aku tak reti nak bayar. Aku cakap balik.. panggil laa malam ni... datang bukak.. depa cakap nak panggil pagi tadi sepanjang hari hujan.. malam dah takde orang nak datang. Aku cakap.. nak tak nak esok panggil orang datang bukak aircon tu.. aku tengok muka dia dan mak dia macam blur2.. tak tau sapa nak panggil or maybe duk fikir kos yang nak kena bayar bila nak bawak turun balik aircon tu.
Aku tanya depa kenapa tak masuk dalam lori sekali harung jer.. tau tak saya ada tenant nak tengok rumah ni malam ni. "Tadi pakai lori.. tapi lori cuma angkut sampai kul 6 saja.. lepas tu kami duk buat trip pindah barang dengan kereta". Aku musykil jugak dengan dorang ni.. tak logik benda2 sikit2 takleh muat satu lori. Aku rasa dorang duk jimat guna kereta pindah keluar barang2 dorang. Then wife dia tanya aku "so macam mana ni rasa kena buat banyak trip lagi ni...kami pun dah penat sangat ni.. kalau tak kami sambung esok or En rezal mai esok ambil kunci dekat saya" fuhh boleh lagi nak kawtim dengan aku selepas dua bulan korang duduk free.. wife aku yang tak tahan dengan perangai dorang.. trus cakap.. takpe laa settlekan malam ni jugak.. kami tunggu.. tengok muka2 dorang macam tak puas hati jaa.
Tengok banyak lagi kena buat trip.. perut aku pulak dah lapar gila.. aku inform penyewa aku yang duk sibuk pindah barang.. aku keluar kejap.. gi makan.. then kami shoot ke Kayu Nasi kandar dekat area bukit jambul tepi vistana tu..gilaaa aaa terubat hati aku yang dah lama tak pekena nasi kandaq...ilang kejap penat aku.. ni pun isi perut siap2 sebab kejap lagi nak shoot balik ke apartment nak basuh cuci rumah. Walaupun penat janji dapat settlekan secepat mungkin hal ni.Aku dah malas nak pening2 pala ni hal ni..settle cepat case closed..

Gila punya ramai beratur.. tengah tunggu turn
Pekena nasi kandaq ilang rasa penat hehe
Kami shoot balik ke apartment..bawak siap2 baldi, mop, penyapu ..barang2 untuk cuci rumah. naik lif ke tingkat 17 .. buka jer pintu lif terserempak dengan suami dia.. penuh dgn barang2 depan pintu lif ada sorang lagi member dia pun bantu dia.. badan tegap aku ingat dia nak bawak geng cari pasal dengan aku.. tapi diam jer dorang sibuk duk angkat barang.. walau pun ada depan pintu lif tegur aku pun idak.. aku selisih dgn dia yang nak masuk lif aku menuju ke apartment aku.. sampai saja aku tengok pintu grill aku dah berkunci.. cilakak main2 kunci pulak.. aku tak nampak pun wife dia dan mak dia dah.. time ni.. aku pusing balik.. kebetulan laki dia still tak turun lagi duk angkat barang masuk lif cepat2 aku gi jumpa dia mintak kunci aparment aku.. dia pulak cam teragak2.. tanpa banyak soal bagi ja kunci tu kat aku.. then depa turun.. fuhhh.. gila.. kalau aku tak terselisih dengan budak tu.. confirm aku menunggu jaa depan apartment aku sendiri.. yang paling aku risau.. macam mana kalau dia balik trus... barang2 tu esok dia sambung balik.. since dah penat.. tak ke naya aku pulak yang terpaksa tunggu sampai ke pagi.. Alhamdulillah Allah tu maha adil.. so tanpa buang masa sementara dorang duk mengangkut barang2 keluar, aku dan wife aku start cuci tandas, mop lantai tiap2 bilik.. bersih dinding dapur yang berminyak.
Sesi membersih rumah di tengah malam
Aircon yang ditinggalkan penyewa
Aku pesan kat suami dia.. since dia pegang access card apartment aku.. suruh dia pulangkan kat aku lepas dia dah settle pindah barang.. memandangkan itu last trip dorang.. dia cakap jap lagi dia datang balik pulangkan access card tu. Aku tunggu dekat 12 lebih haram dorang tak datang lagi.. nampak macam kes nak buat naya aku .. seolah olah dorang sengaja buat aku menunggu lama.. aku call no laki dia.. tapi phone dia off, aku call wife dia pulak tak angkat.. 2,3 kali aku kol.. bengang punya pasal aku cakap kat wife aku kita balik jer. kunci apartment tu elok2 kami balik.. aku rasa dia bajet dengan access card tu dia boleh buat leverage untuk dia nak dapat kan aircon dia balik esok.. big mistake laa.. brapa sgt la access card tu kalau dibandingkan dengan aircond dia.. silap2 jadi harta aku ..tolak dari sewa tertunggak yang dia tak bayar. Alhamdulillah misi malam ni sukses tenant aku berjaya keluar dari rumah.. lega skit rasanya.
Keesokan pagi still takde call dari dorang.. gila bangun pagi macam rasa taknak bangun jer lagi rasa penat tak ilang lagi dah la drive dari KL lepas tu basuh rumah lagi... tapi nak tak nak paksa jugak bangun awal.. nak ke apartment aku settlekan hal2 lain.. repair apa2 yang patut. Sebelum ke apartment , kami ke pasar pagi taman sardon dekat situ ada macam2 gerai makan.. sini port yang terbaik kalau nak try macam2 makanan. Port aku satu masa dahulu waktu kerja kat USM, roti canai sini memang layan.. tapi ada satu benda yang aku suka kat sini.. Mee sup Sri buana pergh.. kalau member aku Rohaizal mai sini siap dengan kaki ayam penuh satu mangkuk lagi tu.. haha.. sorry aku takleh layan kaki tu.. tapi mee sup dia memang best.
Lepas makan kami shoot ke kedai hardware dekat sungai nibong.. beli tombol pintu baru dengan kunci grill baru, dan 2 biji mangga baru. Aku nak tukar kunci baru utk rumah aku bagi elakkkan dorang masuk balik.. sebab takut dorang buat duplicate. Then shoot ke apartment aku tu.. sambung bersihkan apa2 yang patut.. then aku tukar kunci baru untuk grill depan dan tombol baru..kalau panggil tukang kunci mau kena jugak dalam 20,30 upah pasang.. jimat duit aku buat sendiri ja. then dalam kul 4 lebih kami selesai bersihkan rumah tu.. perut pun dah lapar.. dalam perjalanan balik.. pekena tomyam dekat husin tomyam dia sungai ara.. teringat zaman2 aku duduk di Penang dulu.. then shoot balik ke KL..
Alhamdulillah syukur Allah permudahkan urusan kami kali ni..dah jadi lumrah asam garam dalam bidang hartanah kena issue2 macam ni.. nak tak nak aku kena berdepan jugak.. jangan putus asa..jangan serik..sebelum ni aku tak pernah lagi ada penyewa bermasalah..selalu dengar jer cerita2 member2 lain yang lalui masalah ni ..at last aku pun tak kecuali.. lambat laun akan dapat jugak penyewa bermasalah...yang penting bila berdepan masalah macam ni.. kalau boleh settlekan cepat2.. dan redha apa yang jadi and move on cari penyewa baru dan jangan lupa filter penyewa dengan sebaik2nya.. sebelum accept. Manusia ada macam2 perangai.. even aku dapat yang family pun boleh buat hal.
Lepas ni aku nak prepare untuk next penyewa pulak.. oh yaa.. Rate sewa unfurnished skang kat apartment ni dah naik jadi RM950 sebulan.. gila.. baru dua tahun. dari mula rate sewa aku 650.. market situ dah cecah RM950. Alhamdulillah dah +ve cashflow kat sini.. mudah mudahan dapat laa penyewa yang bagus.. paymaster yang bagus.. yang boleh jaga property aku dengan baik.. insyallah mudah mudahan.








14 comments:
fuhh.. seb baik diorang tak bawak kaki pukul ataupun buat keras kepala taknak pindah.
susah juga yer kalau dpt penyewa camni.
pepehal aku doakan moga penyewa terbaru nnt jenis paymaster.
nice sharing bro!
Nasi Kandaq Vistana tu peberet aku. Telor sotong paling aku suka. Dulu masa sekolah aku part time kerja kat USM, duduk Tmn Tun Sardon. Ha ha baca entry ni banyak memori pulak.
akhirnya.. berupdate gak blog ko ni yer.. hahaha... dah ler citer pasal penang.. soka2...
welcome back pakcik.. dari aku pregnant smpi anak aku dah 6 bulan...baru berupdate blog ko...heeeheheheheh
Kena take note nih, mana tau masa2 depan saya pon ada masalah ngan penyewa! :) welcome back bro! Saya rindu sama bro muahahaha...
hehehe... update pon..
good info la rezrake.. makoyah aku dok sewa kan 2 bijik umah pon macam2..
jgn sewakan kat pendatang asing silap2 bulih ada kes bunuh.. lagi la penin..tp kan drp ko sewakan keta..baik sewakan umah.. bg aku la.
Sbb umah org x leh bwk lari except terbakar..
huish...mmg la tenant mcmni cam hampagas..wah itu bihun sup taman sardon adalah terbaikk
U sir own the most expensive second/third hand aircond... cost u 1300 hahaha
Assalam bro.
sajer je buat kunjungan hormat.
apa jadik ngan aircond tu? owner dia amik claim balik pas tu?
Nice sharing bro..
Aset kekal cam tanah bangunan ni memang pelaburan menguntungkan.. :)
Salam bro Rizal...
Waaa...dah update pun blog peberet gua ni. Walaupun bukan pasal beskal,tapi tetap layan...
Btw,aku ada cedok artikel dari blog hang haritu:
http://gatihsikal.blogspot.com/2011/09/berkulat-dah.html
Mintak halalkan la ye! :)
Welkam back bro!!
Mr PenyuBiru/
Syukur alhamdulillah dorang tak bawak kaki pukul or keras kepala.. kalau ada masalah macam ni lagi pening kepala aku nak setel
apa pun thanks doakan moga2 dapat penyewa yang bagus kali ni. Insyallah
Martuis.Martapau/
huhuh.. peberet ko ker.. hehe.. acctually aku suka Line Clear lagi.. ni tempat port mak ayah aku suka pi laa.. tapi memandangkan jauh nak gi line clear lepas tu ada keje sini pun dah ok.. . Ko pun part time keje USM ker hehe.. adeh sama laa kita
mamaeesya/
heheh.. berkurun.. tu pun dah kena sound dgn hang.. citer pasal penang laa best.. penang rawks.. demm bila nak balik lagi.
Madam Amie/
Adoiii kalau yer pun jgn laa ko cakpa camtu.. dari pregnant sampai anak 6 bulan.. gila lama tuuu.. heheh.. hows life amie..
$suNmeloN/
hahaha.. tenkiu tenkiu.. hows life bro.. masih jadi tengkorak di jalanan ka.
LiFe Is BeAuTifUl LyRic/
oiii orang kampung aku.. hehe.. insyalllah aku tak planning pun utk cari foreigner.. silap2 dalam peti ais ada potong badan pulak haha. ari tu terbaca post hang balik bandaq baharu.. jalan2 cari bazaar ramaddan.. bestt!!!
julie@julianamnoor/
yess.. taman sardon food memang terbaik :)
theArchitect/
heheh takpe bro.. either way aku tak bayar apa2 pun... tenant tak tuntut balik.
Led/
aircond tu still ada.. owner tak tuntut balik.. consider burn laa sebab 2 bulan tak bayar sewa.
Encik Shino/
salam bro shino.. demm lama tak nampak ko.. maybe aku jer tak rajin berblog.. hows life bro. Ada org cakap.. pecahlaa camne umah tu still ada dinding.. nampak depan mata.. kalau benda lain.. sure dah ilang. boleh repair balik.
Mat_Yoe/
Salam my pren.. haha aku pun tak tau apa yang ko suka baca. biasa jer bro.. apa yang layan pun.. apa khabar bro.. brapa lama dah tak ride..? hehe..
Cedok..? takde hal amik laa bro.. aku halalkan hehe.. benda yang baik dikongsi2 kan..
Ha'ah masih tengkorak! muahahaha...
Post a Comment