Showing posts with label weekend ride. Show all posts
Showing posts with label weekend ride. Show all posts

Thursday, April 01, 2010

Weekend Ride FRIM, Jalan-jalan sungai Buloh Nursery



Rover Track

Last week aku dan wife ke FRIM.Since adik aku berada dengan maklong nana and da geng spent time dekat sana.... so berkapel kembali la aku dengan wife.Dah lama sebenarnya aku tak ride ke FRIM. Rasanya last ride di FRIM adalah sebelum aku berkahwin. Ride kali ni berteman.. bawa Isteri tersayang berkayuh bersama dan juga dalam proses memupuk wife aku untuk sama2 melayan mountainbiking. So far nampaknya racun mengena nampak macam ada minat untuk berkayuh hehe


Layan climbing

Next time aku nak keluar ride boleh laa ajak dia ride bersama.Aku suka bila dapat spend time dengan dia tambah2 bila sesuatu aktiviti atau hobby dapat dilakukan bersama.Bila sama-sama boleh layan.. senang skit.Nasib baik wife aku takde hobby menjahit ke hapa.. mau tertido aku dibuatnya. Hmm boleh laa aku start recce bike untuk wife aku nanti. Tapi hari ni aku terpaksa la beralah.. bagi dia ride dan aku pula berjogging. Ride kali ni aku cuma bawa dia melayan Rover Track. Track yang biasa jogger atau pejalan kaki lalu. Ramai juga hari tu. Suka wife aku dapat berbasikal.. senyum aku bila tengok dia climb bukit selamba jer mentang2 body ringan :). Sesekali bila jumpa downhill berdesup ke depan meninggalkan aku yang berjalan ni.. ntah berapa aku duk jerit pesan suruh jaga brek.. sebab dah khusyuk layan downhill :).




Serius aku tenang... tenang dengan bau-bauan hutan... udara yang sejuk dilitupi dengan pokok2 besar yang bukan saja meredupkan diri tapi jugak dapat meredupkan hati. Melayan sungai, air terjun.. tenang beb..hilang serabut keje waktu ini buatkan kita senantiasa memuji kebesaran Allah.. betapa hebatnya setiap ciptaan Allah dari sekecil2 zarah hingga sebesar2 kejadian.



berhenti di tempat air terjun

Bukan main seronok bila dah jumpa air terjun

Waktu panas2 kena pula dengan air sejuk macam ni perghh

Mem dengan posing peace tak pancit .Kacang jer track ni :)


Alhamdulillah Lepas aku dan wife buat selesai satu loop di Rover Track, giliran aku pula layan satu round lagi. Puas dapat melayan offroad kali ni.. cuma kali ni tak melayan steriod hill dgn dream trail. Takde hal nanti boleh repeat lagi.. maybe kali ni dengan wife aku dengan bike baru dia pulak.

Selepas tu aku dengan wife ke masjid berdekatan untuk menunaikan solat zuhur.. membersihkan diri.. shower pun ada kat masjid tu.. segar bila dah kena air.. then lepas tu shoot pula ke Sungai Buloh since wife aku meminati part2 landskap dan gardening ni..ini pun salah satu dari hobby dia juga. Di sungai buloh terdapat deretan nursery2 yang menyediakan berbagai-bagai jenis pokok dari pokok bunga hinggakan ke rumput pun dorang jual.Memang ramai orang time tu.. macam2 pokok dorang beli.. anak pokok mempelam, cili, semua ada.

Terdapat banyak kedai2 Nursery di Sungai Buloh yang dipanggil LOT

Pokok Bonsai

Pokok cili yang dah berbuah pun dah ada. Tak perlu tunggu sampai berbuah nak dapatkan hasilnya

In terms of harga.. better pegi lot yang hujung skit selepas traffic light.. harga memang berbeza berbanding dengan yang kedai2 awal2 kita jumpa.. dulu pun pernah terkena bila pegi lot yang hujung.. harga lebih murah.

Mini Bonsai RM12 each


Selepas dah memilih dari berpuluh2 bonsai, aku ambil yang ini. Aku suka struktur bentuk batang pokok yang condong dan akar-akar yang menimbul menyerlahkan lagi bentuk bonsai tu.

Berbagai pilihan pokok Orkid.

Wife aku beli batu2 nak buat rock garden kat rumah.. bila tanya ikut design mana ni..dah refer dalam website ker or majalah.. dia cakap semua design dalam kepala dah.. haha.. harga sepeket batu sungai tu dalam 10 ringgit. Selain tu aku beli pasu untuk tanam pokok palm yang pak mertua aku kasi dalam poly bag tu. Tak lupa juga.. benda yang dah lama aku idam.. beli pokok bonsai.. hehe..



Sunday, April 26, 2009


Weekend Solo Ride : Genting Sempah Ride Edisi Melecet Telur
DONE!!!




View Larger Map

Date : 26 April 2009 Sunday
Start : 8.00 Hospital Orang Asli Gombak
Route : Hospital Orang Asli ---> RnR Genting Sempah
Distance : Approx. 16.1 KM
Tire setting: 2.1 Continental Vapor Offroad Tires
Objective : Stamina ride


Aku bangun seawal pagi. Contact adi since adi text aku dari smalam dah ajak ride ke Genting sempah.Tapi haram budak tu tak bangun tido lagi.. aku dah macam berbelah bagi dah nak ride ke genting sempah since jauh.. aku pikir nak ride within area rumah aku jaa.But at last aku fikir.. why not try skali.. layan bukit ke genting sempah... So pack barang2 aku.. bike aku.. turun ke car park pasang bike rack then dapat msg from adi. Dia msg mahazam cirit birit laa pulak.. so dia pun tak join.. cess apa barang.. sorang cirit sorang lagi tak mau layan.. ahh busan.

So aku decide redah sendiri ride solo ke genting sempah.Mujur Adi kasi guide jugak kat aku kat mana starting point untuk ride. It turns out.. tempat tu adalah dekat area gombak nak menghala ke kuantan tapi masuk ke jalan menuju ke UIA dan ambil jalan yang signboard menunjukkan ke bentong... drive sampai jumpa Hospital Orang Asli... dalam perjalanan ke sana.. aku dapat perhatikan rider2 lain yang dah mula mengayuh kat sana.. So park dekat area Hospital tu.. deploy bike aku.. mula mengayuh.. memang serius sejuk pagi tu.



Mula jalan agak mendatar lama kelamaan aku perasan jalan dah makin menaik.. agak sunyi jugak laluan kat situ... kereta pun kurang sgt.. sesekali bebudak roadies selisih menuruni bukit.. aku pusing jugak blakang tengok kot kot sapa2 panjat bukit jugak.. tapi haram sekor pun tak nampak.. mental jugak time tu.. sebab aku ride solo.. jalan pun agak lengang dan sunyi... aku continue ride jugak rugi beb dah datang takkan nak patah balik paling kurang biar complete sampai genting sempah. So far waktu ride.. aku stop 2 kali.. average speed waktu climbing dalam 15kmh .. so far aku tak rasa mengah or semput.. since pegi balik kerja aku memang climbing puncak jalil tu.. tapi for 16km pure hill.. fuh.. memang mencabar jugak bagi aku yang first time ni... tambah dengan tayar offroad pakai mountainbike saja.. aku tengok bebudak roadies selamba jer panjat.. aku boleh bajet bebudak2 ni semua hari2 duk layan bukit ni.



Aku dah berada tinggi dah kat atas since aku boleh nampak highway karak kuantan sayup2 jer dari bawah.. kedengaran jugak bunyi2 nyaring deruman superbike duk melayan corner kat highway kat bawah tu.. sedar tak sedar tinggi jugak aku dah panjat.. tapi time tu.. aku still tak pasti ending dia kat mana..dan brapa kilo untuk sampai ke Genting sempah... so aku still continue kayuh... lawan mental aku yang meminta2 aku untuk pusing balik. Aku lalu satu corner tu.. aku perasan ramai geng2 india duk melepak kat situ.. cuak jugak aku.. since dorang duk tengah2 jalan risau kena pau ke apa ker.. so aku just lalu.. angkat tangan apa semua.. kat dorang.. so far dorang tak buat apa.. Alhamdulillah.. aku meneruskan ride yang aku tak prepare ni.. dekat meter aku.. dah menunjukkan 12kilo dah.. still aku tak nampak jalan turun.. so aku bajet sure jauh lagi.. mula aku terpikir untuk patah balik melayan downhill.. so aku fikir since aku pun tak sure brapa jauh.. aku ambil keputusan untuk end ride tu dengan berpatah balik menuruni bukit yang aku panjat. Dalam aku menuruni bukit dalam 1kilo lebih tiba2 aku terserempak dengan brader roadies yang tengah memanjat.. trus aku tanya dia.

"bro jauh lagi ker genting sempah" , aku bertanya

"ohh tak jauh dah.. skit lagi nak sampai apsal patah balik" Bro yang menunggang Colnago tu bertanya

" mental dah ni bro.. tak tau mana penghujung" , Aku menjawab..

" Kalau macam tu follow skali laa rugi beb.. tak complete.. bru best citer kat org ko dah sampai genting sempah" Dia kasi support kat aku..

" Ok cun.. aku kasi complete"



So aku ride dengan dia.. ntah aku dah lupa nama dia.. once dah turun genting sempah.. fuh macam tak sangka aku dah sampai genting sempah.. ikut jalan blakang.. brader yang tunjuk jalan tu siap continue ke Janda baik.. pergh.. salute .. siap ajak aku lagi join dia.. aku dah give up dah.. cukup laa kat sini haha. So part yang paling best.. lepas dah mengerah tenaga dah keringat.. tiba masanya part yang paling best..... yeah.. melayan turun bukit..fuh.. memang puas turun bukit.. yang sepanjang 10 kilo tu.. lama gila rasanya :). Apapun next time.. memang kena pegi in group.. memang aku rasa tak sesuai ride solo in case something happen..