Showing posts with label chiang mai travelog. Show all posts
Showing posts with label chiang mai travelog. Show all posts

Monday, October 10, 2011

Chiang Mai Trip - part 5 - Berbasikal di Kota Chiang Mai

Baru la rugged bila berbasikal :)

Salam to all.. agak slow sedikit untuk aku kembali menulis disebabkan kerja2 luar yang semakin hari semakin sibuk.

Hari ni kami bersiap sedia untuk keluar ronda2 di pekan. Takde tour yang kami lakukan hari ni.. lebih kepada free and easy.. bebas untuk kami ronda ke mana2 tanpa perlu mengikut jadual yang disediakan kalau kita mengikuti tour. Itulah satu kelebihan bercuti tanpa mengikuti pakej tour...dapat jalan sesuka hati..aku lebih suka macam ni.. dapat jelajah explore sesuatu tempat yang urban yang tour pakej tidak dapat bawak

Sejak pagi tadi lagi aku dah study city map. aku bawak juga Garmin GPS aku install skali map Chiang mai. Cuba nak cari tempat2 local. Local market tempat2 menarik.. kebiasaannya bila kita kita dapat pergi ke tempat yang bukan tumpuan pelancong.. harga barang semuanya ikut harga local.. barang2 yang dijual setiap hari untuk penduduk setempat bukan untuk pelancong. Jadi harga jauh lebih murah. So target hari ni cuba untuk survey lokasi Sunday Night Market di Tha Pae Gate. Sunday night market ni adalah yang terbesar pada hari Ahad untuk local. Hmong Market, Warorot market, fruit market.

Homework yang sudah dilakukan setahun yang lalu.

Bagi aku cara terbaik sekali untuk explore bandar Chiang Mai adalah dengan berbasikal. Ini disebabkan kebanyakan jalan di Chiang Mai sehala. Jadi kalau menaiki motosikal memang kita perlu mengikut traffic ikut peraturan jalan di sana. Kalau dengan basikal kita boleh meredah sana sini sesuka hati. Rasa silap jalan boleh patah balik melawan arus. Rasa nak ke seberang jalan, turun basikal tolak angkat ke sebelah. Rasa nak masuk ke celah2 market2.. turun tolak basikal seperti rakyat2 Chiang mai di sana yang best di sini ada bicycle lane. Satu lagi kelebihan berbasikal.. cost adalah murah. Kos untuk menyewa basikal biasa adalah dalam 50 bhat bersamaan RM5 Cuba cari yang tak perlu untuk meletakkan deposit. Ada kedai basikal yang bagi sewa tanpa perlu bagi deposit. Kalau kena deposit pun dalam sekitar 1000 bhat ( RM100). Dalam pemilihan basikal pun cuba survey yang elok2.. ada juga kedai yang bagi basikal2 dalam keadaan yang tak berapa elok.

Memang enjoy berbasikal di tempat orang.. sini memang terasa safe tak seperti yang kita jangkakan. tempat yang teruk berbahaya.. sini penduduk nya hidup.. dengan aman damai.. jauh dia kesibukan kota seperti di bangkok. Dalam ronda2.. di dalam pekan Chiang mai.. first stop kami terjumpa Hmong Market village Handicraft di mana tempat Hill tribe hmong berniaga barangan kraftangan mereka untuk penjual2 di sekitar kawasan tu.

Then sambung ride mencari  wororot market tapi tak jumpa. tapi dalam GPS bawak kami ke sini.. Apa yang kami jumpa adalah Fruit market dengan Flower market.. lepak kejap layan beli buah buahan di fruit market.. macam2 buah ada di sini.. harga pun untuk local.. musim kali ni buah straw berry banyak. The  kami meneruskan perjalanan lagi untuk mencari tembok Tha Pae Gate yang merupakan Pintu gerbang masuk zaman di raja dulu dalam kawasan tu merupakan Pekan Chiang Mai lama.. di luar kawasan merupakan Pekan Chiang Mai baru. Pekan Chiang Mai Lama di pisahkan oleh parit dan tembok yang mengelilingi Pekan Lama Chiang Mai ini. Dahulu kala dalam tembok ini adalah kawasan kerabat di raja. Rakyat biasa tak dibenarkan masuk kini ia cuma sebagai sejarah.. tiada lagi pintu ditutup di sekeliling pekan.Di sini laa tempat akan di jadikan Sunday Night market pada hari ahad ni.

Dah nak masuk maghrib kami ride pulang ke hotel .. malam tu pulak melayan Anusarn market yang berdekatan kawasan kami duduk.

Navigator gua yang paling cekap membaca map
 Hmong Market, tempat pertama yang kami jumpa dalam perjalanan. Market Puak hmong yang menjual segala kraftangan

Barangan hand made.. masa yang di peruntukan untuk membuat tidak berbaloi dengan harga yang dijual. Orang tengah masih meraih untung yang tinggi untuk dijual pada pelancong




 10 bhat - RM1 setiap satu.
 Gerbang cina di sini.. mungkinkah ada penduduk kaum cina di sini

 Menjelajah setiap kawasan di sini.

 Kawasan market pertama yang kami jumpa.. sibuk dengan urusan jual beli

 Strawbery yang manis2

 Mencari buah2 untuk dibuat bekalan ride

Garmin Nuvi menjadi peneman mencari lokasi2 POI yang telah dimuatkan oleh para pengembara yang lalu

 Singgah melihat temple yang ada setiap kawasan di dalam pekan. Terjumpa seorang pekerja tourist guide yang friendly mendapatkan segala info dari dia.

 Selamat Sampai di Tae Phae Gate lokasi yang menjadi misi kami untuk scout area ni..untuk persiapan awal untuk pergi ke Night market hari ahad ni.


Aku suka tempat2 macam ni....old skool.. kena dengan jiwa aku

 Di sekitar kawasan tae phae gate.. aman damai..


Rugi kalau tidak bergambar di sini.. jarang2 dapat aku mengembara.. dan berbasikal di luar negara.. sesuatu yang memberi kepuasan pada aku.


Dan ada kalanya.. kami seperti kanak2 ribena..



Sapa pun tak peduli.. aku masih lagi kanak2 ribena

Berehat di tepi kolam di Tae Phae Gate.. suasana aman.. tenang.. cuaca yang baik.. pemandangan yang indah ..membuatkan kayuhan kami berbaloi.

 Pengangkutan awam yang masih berkuasa kan tenaga kudrat diri.
 

Monday, October 03, 2011

Chiang Mai Trip - Part 4 - Solat Jumaat di Masjid Cina Hidayatul Banhaw



Aku bersyukur dan bertuah kerana hari ni pada waktu ini aku berpeluang untuk menunaikan solat jumaat di masjid hidayatul Banhaw di Chiang Mai.Wife aku pulak memang confirm dah tak join aku. So melepak jer dalam hotel yang betul2 bersebelahan masjid Seronok sekali bila dapat bersama umat2 Islam di Chiang mai, dapat bersolat sekali, bersalam salaman sesama saudara Islam yang kita tak kenali. Khutbah jumaat yang sudah semestinya di dalam bahasa thai membuatkan aku terlopong seketika...cuba cuba untuk memahami pengisian khutbah hari tu namun aku gagal beb. Rata2 raut wajah mereka kebanyakannya macam cina. Paling menarik perhatian aku waktu khutbah itu, ada seorang ahli masjid yang membawa bungkusan yang berisi kopiah yang diedarkan pada sesiapa yang tidak memakai kopiah. Bagus betul...jarang2 aku lihat di tempat kita buat macam ni.

Pintu masuk masjid yang masih lagi dalam dalam pembinaan

Ruang wuduk

Muazin yang sedang bersiap sedia untuk azan


azan di chiang mai

Ahli masjid yang sedang mengedarkan kopiah untuk jemaah yang tidak memakai kopiah


Benda lain yang menarik perhatian aku.. adalah kemudahan untuk warga tua yang uzur untuk menunaikan solat. Di hujung kiri dan kanan masjid dorang sediakan kerusi untuk warga tua solat. Tetapi bukan kerusi yang biasa kita tengok dia malaysia. tapi kerusi yang custom untuk mereka solat.. yang ada sekali dengan tempat sujud.. bagi aku ni laa first time aku lihat design macam ni.. kreatif dan pratikal.

Tempat duduk solat untuk warga tua yang uzur

Tempat duduk yang masih membolehkan kita untuk sujud.

Keaadan surau agak lama.. tapi sekarang dalam renovation.. ada pelajar tahfiz yang tinggal di sini. Bangunan baru yang bersebelahan memang agak besar. ramai juga ahli jemaah di kawasan ni. Rata2 dekat sini walaupun ada yang miskin.. tapi semua berpakaian smart huh.. malu pulak aku yang cuma memakai baju putih pagoda. ada yang datang berkot berkemeja hehe..

Lepas Solat jumaat, aku siap dijemput oleh ahli-ahli masjid ke dewan makan. Ternyata memang dorang ada jamuan makan. Fuhh semua ahli jemaah dijamu dengan Nasi ayam chinese style tu. Memang sudah menjadi kebiasaan di sini selepas solat jumaat disediakan jamuan makan utk para jemaah secara percuma. Aku tak join dorang since aku plan nak makan dengan wife aku yang ada di hotel cuma bersebelahan saja.

Selesai Solat Jumaat menuju ke dewan makan. Bangunan belakang tu hotel yang aku duduk :)

Dewan makan. Jamuan makan yang disediakan untuk para jemaah secara percuma

Nasi ayam hainan chiang mai.. pergh rugi tak rasa heheh

next story, berbasikal di bandar Chiang Mai




Friday, September 30, 2011

Chiang Mai Trip - Part 3 - Lodging baru dan jalan2 di pasar pagi perkampungan Islam


Hmm.. lama dah aku tinggalkan travelog aku yang tak sempat aku habiskan.. untuk trip aku ke chiang mai. sayang kalau aku tak update pasal trip ni.. since trip ni memang betul2 aku enjoy.. walaupun dah basi haha gua belasah jer.
SAAWAA DEE KAPPP ....a-roon-sa-was Good morning... alhamdulillah sekali lagi Allah memberi nafas kepada kami hari ni untuk meneruskan kehidupan.. untuk mengecapi keindahan yang dikurniakan. Pagi kami dimulakan dengan aktiviti yang menenangkan dengan menunaikan solat subuh. Selepas solat subuh kami turun ke bawah untuk bersarapan. Hari ni kami akan check out dari Guest house ni. Target kami adalah mencari tempat penginapan yang dekat sekitar kawasan masjid dekat dengan perkampungan orang islam dan juga bersolat jumaat di Masjid Hidayatul Banhaw.

Bergambar dengan Owner Vanilla Guesthouse Mr Kem dan wife. Layanan superb di tempat mereka.

On the way to Chang Klan Road heading to perkampungan islam dekat Masjid Hidayatul Banhaw


Alhamdulillah lepas dah survey2 dekat kawasan masjid tu kami jumpa satu hotel Night Bazaar Place yang betul2 berdekatan dengan masjid. kawasan ni terletak di Changklan Road.Fuhh dekatnya memang dekat laa.. memang port terbaik yang kami jumpa. Memang dekat betul masjid dengan kedai makan yang kami makan sebelum ni. Harga semalam di hotel ni untuk untuk bilik Standard double bed adalah 700 baht ( RM70) fuhh dah jimat kami. bilik pun lebih besar dari Vanilla guesthouse, peti ais bapak punya besar macam peti ais rumah haha. Memang dah jimat rm20 untuk setiap hari..boleh guna untuk makan and beli souvenir. Yang paling best azan berkumandang setiap waktu.. macam rasa di tempat sendiri.


Port baru kami Night Bazaar Place




Lokasi di sini memang strategik, easy access berhadapan dgn Shopping complex The plaza, bila malam saja sekeliling kawasan sini depan kaki lima penuh dengan bazaar malam. Even keluar depan hotel saja trus dah ada bazaar.. famous Anusarn market pun bersebelahan hotel yang kami duduk. 2 minit ke masjid.. masjid sebelah belakang hotel, satu lorong tempat makanan islam, 10 minit ke Warorot market/flower market/fruit market, 20 minit berjalan ke tha pae gate. Boleh dikatakan center point untuk segala bazaar di sini.

Lodging Details :

Lodging : Night Bazaar Place Hotel - http://nightbazaarplace.com/

Harga per night: 700 Baht per night ( RM70)

Condition Bilik :
ada Tv, Peti ais besar, Hot shower, katil king size standard room, aircond

Facilities:
Free PC with internet access di lobby , air mineral , breakfast included. Water heater takde tapi boleh mintak di kaunter untuk air panas.



Masjid Hidayatul Banhaw dari tingkap bilik kami yang sedang dalam pengubahsuaian. Sebelah saja.
Rezeki kami memang baik hari tu kebetulan pula waktu itu ada pasar pagi jumaat untuk warga islam yang bertempat di kawasan itu. Alhamdulillah dapatlah merasa berbagai makanan mereka. Pasar pagi mereka kecil jer. Pasar yang menyediakan berbagai sayuran, buah-buahan dan juga makanan... seronok bila dapat explore tempat2 macam ni. Orang dekat sini pun friendly.. ramah walaupun aku tak paham sepatah haram pun apa dorang cakap.aku lebih suka meredah, membelasah kawasan macam ni.. dapat tengok keadaan sebenar life mereka dekat sini...rasa macam kita ni bukan pelancong.. lebih kepada orang biasa. So far aku berpuas hati sebab stok makanan kami mudah untuk di dapat kat sini.. macam2 beli simpan dalam bilik.. buat makan malam.. harga pun harga local since tanda harga dah letak siap2 dekat situ.. so memang tak boleh tipu.



Pasar Pagi Jumaat di belakang hotel kami

Suasana pasar pagi di tempat orang


Strawberry fresh.. musim strawberry kat sana.. dah macam cameron highlands


Masak lempeng pisang. ni berhadapan masjid.
Selepas ke pasar..memandangkan waktu solat jumaat pun belum masuk lagi, kami berehat dan minum di restaurant auntie Sophia sambil tu wife aku ambil peluang untuk membasuh baju layan diri yang disediakan di restaurant tu. Selepas berehat kami explore ke dalam lagi kawasan islam di sini cuba untuk melihat segala kedai yang berada disini sepanjang jalan kawasan masjid tu.. banyak lagi kedai2 makan dekat sini.. ada kedai fotostat, warung rotee yang jual rotee canai versi chiang mai, kedai jahit baju islam, travel and tour boleh dikatakan kami jelajah sampai ke hujung jalan. Sampai di hujung jalan kami terjumpa satu lagi kedai yang menarik.. kedai western yang dimiliki oleh orang islam.. macam2 jenis burger ada.. sempat kami berjumpa dengan owner kedai ni. Mr naseruddin.. ramah dan friendly orang dia.. siap menjemput kami makan di kedai dia.. kami cakap next time kami datang since kami baru jer makan di kedai aunti sophia tadi.

Mesin basuh layan diri di kedai aunti sophia berdekatan dengan tempat kami duduk

Kedai makan berhadapan kedai auntie sophia


Jalan2 di sekitar kawasan masjid. Safe... bebas ronda ke mana2

Kedai fotostat

'ROTEE' Roti canai versi chiang mai

Orange House Muslim western food


Pemilik kedai western food ni. Mr Naseruddin

Next story.. pengalaman aku solat jumaat di Chiang mai