
Alhamdulillah di dalam bulan Ramadan yang mulia ini.. aku berpeluang untuk menyertai kerja amal di Rumah anak2 yatim bertempat di Pertubuhan anak anak Yatim Miskin Kuala Langar, Kg Sungai Buaya Banting, Selangor.Aku dan sahabatku mewakili projek kerja amal ini bersama dengan ahli2 Suria FM, Selangor FC dan juga artis.First time laa aku dapat berbuka puasa dengan anak2 yatim.Seronok juga dapat berbuka dengan mereka..bila mengenangkan mereka tidak ada tempat untuk menumpang kasih.Aku berasa syukur kerana aku masih lagi mempunyai ibu dan ayah.Bila aku berada dekat dengan mereka.. aku usap kepala mereka.. aku penah dengar Ustaz penah bercakap.. bila kita usap kepala anak2 yatim, seluruh dosa2 kecil kita dihapuskan.Tidak dapat aku membayangkan saat2 bila mereka memerlukan kasih sayang ibu ayah.Apatah lagi menjelang hari raya tidak lama lagi.
Hari itu aku membantu mengecat asrama mereka,dewan2, bergotong royong membersihkan kawasan asrama and pada masa yang sama.. bergaul mesra dgn mereka.Memang boleh terasa betul2 penat hari tu.. bermakna sungguh berbuka dengan cuma air kosong.. tuhan saja yang tahu.. betapa nikmatnya air kosong waktu berbuka :).Artis pun turun utk menjayakan majlis berbuka and bergotong royong.Antara artis and club lain yang hadir ari tu, Shanie,Mix apa ntah,zaibo,Hamid Gurkha,Nash,Kristal,Ahmad Busu,Betty Banafe,Aziz satar,yazer,bob,Sarimah and club selangor FC ,Suria FM and of course.. our club PMC






0 comments:
Post a Comment