Monday, March 10, 2008

majlis pertunangan jidah dan Majlis perkahwinan si dia



aku kekurangan tido pagi tadi, semuanya disebabkan gara2 ingin mengetahui keputusan pilihanraya yang telah diadakan semalam.Sempat juga aku keluar berjumpa dengan bebudak saga and geng2 PMC puchong di Puchong.Aku melepak dengan mereka sehingga pukul 4.30 pagi.Pagi tadi, sempat juga aku melelapkan mata ku di kala menunggu untuk bersiap ke majlis pertunangan jidah.hmm family ku juga berada disini atas jemputan toksu.Pada pukul 11, family aku sudah pun bersiap, aku pula, masih lagi melayan lalok tido ku...so family ku bersama maklong and namin bertolak dulu ke shah alam.Memang aku tidak pergi bersama diaorang.. since aku akan ke majlis si dia di selayang selepas aku menghadiri majlis pertunangan jidah.

Dalam pukul 11 lebih .. aku bangun, mandi bersiap.. ntah macam mana hari ni aku berasa ingin memakai shirt merah yang tergantung rapi di dalam almari tu.. sambil mengenakan butang baju, aku memerhatikan saja hadiah yang telah ku beli yang terbungkus rapi di atas kerusi.Aku masih lagi teringat ... baru saja semalam aku membeli hadiah ini sewaktu aku membawa keluarga ku keluar ke Jusco di Equinne Park berjalan dan bershopping.Lalu ku capai hanset and kunci kereta terus aku ke Shah alam.

Once dah sampai.. aku membantu ajon menyusun meja dan kerusi makan untuk tetamu di depan rumah sambil meletakkan alas meja.Aku pun turut duduk menyertai dan melihat majlis pertunangan itu berlangung sesudah selesai.Waktu itu fikiran aku menerawang hinga ke pelusuk minda ku ini... semakin lama.. semakin tidak dapat aku mendengari apa yang mereka bincangkan.ntah laa kenapa aku kerap memikirkan agenda kedua ku itu.. tiap kali aku membayangkan aku akan menghadiri majlisnya selepas ini, hatiku kian berdebar..normal kah itu..? kenapa macam tu..? aku pun tak paham.. kenapa aku berdebar.. mungkinkah di sebabkan dah lama aku tak berjumpa..? mungkin juga.. since dah 2 tahun kita tidak bersua.Macam mana laa dia sekarang... mungkinkah kerana ini kali pertama aku akan melihat dia berhias sebagai pengantin..? mungkinkah disebabkan aku akan melihat sendiri siapakah insan yang menjadi pasangan hidupnya ? mungkin jugak.hmmmmmmmmmmm ntah laa.. apa yang aku tahu.. aku ingin tunaikan permintaannya.. yang ingin diri ku menghadiri majlis persandingannya.Insyallah bila masa ku tiba pula.. akan ku jemput dia ke majlis ku pula.

Lamunan aku terhenti seketika apabila bahu ku di cuit oleh ayahanda ku..tanda majlis sudahpun selesai.. sambil dapat ku lihat pihak tuan rumah mengiringi pihak rombongan meminang keluar dari rumah menuju ke meja makan.Dalam hati ku.. bertanya.. "lama kah aku mengelamun tadi..?" fuhh.. sampai tak sedar mana.Aku membantu serba sedikit. melihat apa2 yang perlu ditambah atau perlukan sesuatu.. setelah keadaan reda, baru aku mengambil giliran ku utk makan.Setelah selesai.. aku meminta diri dulu.. dengan alasan aku masih ada satu lagi kenduri yang perlu aku hadiri jadi, aku bertolak menuju ke Selayang.

agak mengelirukan sewaktu aku sampai di kawasan batu caves.hmm.. itu laa hari tu dia nak bagi kad jemputan kahwin, ko eksyenn!! sambil aku berkata pada diri ku.pada waktu itu sudahpun pukul 4.30.Aku memikirkan.. sure org dah kemas khemah semua.Tapi takpe laa memang niat ku hanya untuk menyampaikan hadiah padanya.Aku bertekad juga mencari rumahnya.. lalu aku menyusuri setiap kawasan dengan penuh kesabaran.Aku menyusuri kawasan Sg tua di mana terdapat banyak Kg.. kg nakhoda,laksamana.. dan lain2 tetapi tidak aku menjumpai Kg bahtera seperti yang dia sebutkan padaku tempoh hari.Aku berhenti di setiap kawasan untuk bertanyakan kepada orang2 di satu kawasan yang aku ingin mencari.. namun ramai yang tidak tahu... dalam hati ku berkata. maybe bukan kawasan yang betul.Lalu aku mendapat petunjuk dari seorang peniaga di kawasan itu yang tahu kawasan tersebut.Akhirnya aku sampai ke Sri Gombak..cuma aku masih mencari kawasan berkhemah so.. aku cuba menghubungi Farahzeeda yang merupakan ex collegue aku sewaktu di USM dahulu.. rupanya dia sudahpun pergi ke majlis dia.. so aku meminta panduan ke rumahnya.At last sewaktu aku menyusuri jalan yang telah diberitahu..aku terlihat khemah hijau seperti yang diberitahu farah.Lalu ku memberhentikan kereta ku di kawasan itu.Aku melihat sudah tidak ramai lagi org.. cuma pekerja2 yang sibuk mengemaskan meja2.

Aku turun dari kereta lalu mencari dia dengan pasangannya.. hmmm.. tak pulak aku nampak.aku cuba bertanyakan pada salah seorang pekerja di situ "Dik, mana pengantin..?" aku bertanya, "ohhh pengantin ada kat rumah.. abg gi kat umah dia lalu ikut belakang umah ni.." sambil dia menunjuk arah yang perlu ku lalui."thanks dik" aku menyapa balik.Hmmm kalau di lihat kawasannya.. rumah2 agak2 rapat2 dgn satu yang lain...kira macam setinggan.tak sangka aku.. dapat juga akhirnya melihat di sini laa rumahnya.. kampungnya.. yang tiap kali disebutnya bila dia ingin balik bercuti.Lalu aku menyusuri di celah2 rumah since rumahnya berada di belakang sekali.. lalu aku memberi salam..di muka pintu sambil dapat aku melihat ada seorang makcik dan seorang lagi yang dapat aku mengagak dia itu adalah seorang jurugambar duduk di ruang tamu."Assalamualaikum, makcik, pengantin ada? " sambil aku menguntumkan senyum sewaktu bertanya."W,salam adaaa pengantin tukar baju kejap kamu duduk dulu yer" ujar makcik tu.Lalu aku duduk di kerusi di luar rumahnya yang dapat ku lihat isi rumahnya melalui tingkap sambil menunggu dengan penuh debaran.. aku boleh merasakan.. debar itu bagai nak tercabut jantung ku semakin lama aku menunggu semakin kuat debarnya.. silap2 aku tinggal kan saja hadiah tu disitu dan aku terus blahhhh.

Lama juga aku menunggu.. ku mengeluarkan kotak Surya yang ku dapat percuma hasil tangkapan dari muden yang merupakan kakitangan staff kastam dari poket seluarku semalam .. lalu ku nyalakan ia..sambil menyedut lalu ku hembuskan perlahan2.. sambil mata ku liar memerhatikan kawasan di situ.tatkala itu, di celah2 tingkap aku cuma dapat melihat baju pengantinnya wajahnya di lindungi oleh tirai langsir tersebut... aku masih tidak berganjak dari tempat ku.. lalu dapat ku lihat dia cuba mencari tempat yang tidak terlindung utk melihat diri aku melalui celah jendela lalu... dapat laa dia melihat aku.. dia mengukir senyuman terhadap ku...dia yang berseri...ceria dgn pakaian pengantinnya debaran ku pada masa itu terlalu kencang tapi aku masih cuba sebaik mungkin untuk tidak gelabah dan cuba berlagak selamba.Dia muncul di muka pintu.. dengan keadaan tergamam lalu aku pun bangun dari kerusi ku menuju ke arahnya.. sambil memberi salam dan memberikan senyuman.. "Assalamualaikum" ku memberi salam, dia masih lagi tergamam.. apa yang keluar dari mulut nya pada waktu itu cuma "sama warna baju rezal dgn baju pengantin aina." baru aku terperasan.. walaupun pada masa yang sama sisa sisa blur masih mengerumuni pala otakku.lalu aku menjawab kembali "haa jawab salam tu dulu" sambil aku menghulurkan hadiah.. kepadanya yang masih lagi tidak percaya aku berada di depannya.. aku cuma senyum dan memberikan hadiah..dan aku mengucapkan "Selamat pengantin baru" lalu muncul laa pasangannya dari dalam bilik.. buat kali pertama aku melihat lelaki tersebut.. aku berjabat tangan dengan dia so ini laa dia lelaki yang sudahpun bergelar suami kepada mu."ehh sorang jer.. mana mem?" dia menyapa."oooo dia balik ngundi .. ikutkan memang nak datang dgn dia :)".Jawab ku. "Balik pahang laa yer?" dia cuba mengsahihkan :)."A'a mana lagi kan :)" aku tersenyum.Di saat itu aku terfikir, alangkah bagusnya ieda dapat mengikutku..dan berada bersama ku pada waktu itu tidak aku berasa sunyi dan dapat juga aku kenalkan dgn si dia dengan insan yang paling penting dalam hidupku :)


Mereka ada sessi bergambar jadi aku dia dan kamu keluar berjalan menuju ke khemah depan kembali.. sewaktu berjalan bersama mereka.. aku berasa segan dan kekok pada waktu itu since.. dia berjalan dengan ku..sedangkan abg nya berada jauh di depan sambil kerap kali memerhatikan gerak geri pasangannya mengikut tempo gerak jalan ku itu.Sambil berjalan, "Tak sangka.. datang jugak rezal ke umah aina" dia menegurku... aku, sambil mengukir senyum cuba menukar topik sambil mengisyaratkan tangan ku menyuruh dia berjalan bersama pasangannya itu "dah dah.. tuu abg dah tunggu tu.. gi jalan dengan dia nanti rezal follow.. gi cepat" .Aku memerhatikan saja mukanya yang seolah2 rasa bersalah.Sampai saja di khemah dia menegurku kembali, "rezal taknak makan ker... ada macam2 daging kambing.. daging lembu ikan.. macam2 adaaa" sambil ketawa."Thanks aina, rezal dah makan tadi.. sebelum ni ada kenduri lain" aku membalas jawapan nya kembali."Sampai ati rezal.. datang kenduri aina tak makan apapun". Aku hanya mampu tersenyum.. "baiklah.. rezal jamah skit nanti orait" sapa ku.

aku menuju ke meja buffet yang masih disediakan dan pasangan mempelai itu menuju ke meja pengantin.. utk sessi bergambar sambil memotong kek.Selepas makan,aku yang duduk jauh di meja belakang,mengeluarkan sebatang surya duduk sambil memerhatikan gelagat kedua mempelai itu yang sedang bergambar.Sekali sekala dapat aku perhatikan wajah si dia berubah.. kadang2 aku dapat melihat matanya memandangku sewaktu bermesra dgn sedara maranya aku cuma tersenyum.. sambil melihat mereka memotong kek dan memberinya kepada kanak2 yang sedia menunggu di hadapan meja pengantin.

Dari jauh si dia menunjukkan kek kepada ku.. memberi syarat sambil menunjukkan gaya....gaya ingin bertanya samada aku ingin kan kek itu.Aku cuma mengelengkan kepala.. sambil tersenyum tanda aku tidak mahu.... lalu melihat ke tempat lain sambil menyedut tembakau surya yang masih belum habis itu.. tidak ku jangka.. tiba2 dia sudah terpacul di depan ku.. dengan kek perkahwinannya di tangannya utk diberikan pada aku.. "makan laa kek ni.. rasa" dia mempelawa. "baiklahh.. banyak nii.. lagi pun dah kenyang sgt" aku berkata.. Selepas makan kek,aku melihat mereka berdua buat kali terakhir.. aku pun berjumpa dgn kedua ibu bapa si dia lalu mengucapkan terima kasih and memohon diri utk pulang... bila melihat mereka sudah disatukan.. aku berdoa.. moga mereka senantiasa berbahagia. selepas itu aku trus menuju ke kereta.. dan trus pulang ke rumah.. "Selamat pengantin baru untuk mu semoga berkekalan dan berbahagia hingga ke anak cucu".KES sudah selesai.Giliran ku pula untuk membina mahligai bersamamu my muffin.Insyallah...susah senang jatuh bangun... kita harungi bersama.Kangen sama muu! hahaha



1 comments:

Zamzariena said...

udah jadi macam novel a samad said dah..apakata aku bagi tajuk..Cinta Sang Programmer Kontrak Jalanan.