LOVE
Aku terpanggil nak blog pasal apa yang aku tengok dekat TV3 pagi tadi.. pasal rancangan Motivasi dari seorang Ustaz lepas subuh tadi..aku rasa kagum.. and tak sangka.. betapa unik nya air yang kita minum setiap hari, yang kita basuh, yang kita mandi and now baru laa aku paham.. kenapa selalunya air menjadi medium utk perubatan.. utk berubat, contoh macam orang kena rasuk,air penerang hati.. air yang selalu ustaz jampi... rupanya memang ada effect.
Ustaz tu menceritakan ada seorang pakar saintis Jepun bernama Dr Masaharu emoto yang mengkaji pasal struktur molekul air... yang membuktikan kata2 yang kita ucapkan kepada air itu.. molekul nya akan berubah bentuk mengikut apa yang kita ucapkan.. jika kita mengucapkan benda2 baik seperti Zikir, menyebut nama Allah.. ia akan menunjukkan corak bentuk yang cantik.. indah berseri2.. tapi kalau diucapkan sesuatu yang buruk seperti 'syaitan', 'aku nak bunuh dia' ia akan membentuk molekul yang hodoh.. tidak teratur.. dan membentuk seperti corak2 api.
This photograph of beautiful crystal show the effect that Holy Qur’an has when recited to distilled water.
"you make me sick" is spoken to the water
So kalau kita pikir balik.. badan kita sendiri mengandungi air... betul tak..? So apa yang kita ucapkan memberi kesan pada kandungan air di dalam badan kita.. so banyak2 laa berzikir.. membaca Al Quran... and now we know the truth.. Al Quran itu Penawar Jiwa.
Aku google at last terjumpa artikel ini. Selamat membaca. Courtesy of zahirhomp.blogspot.com
For more reading, try google for "Hidden messages in water".
Dr. Masaru Emoto, seorang doktor perubatan alternatif di Jepun telah mengkaji air bagi membuktikan bahawa pemikiran dan emosi memberi kesan fizikal ke atas molekul-molekul air. Dengan memperdengarkan pelbagai jenis bahasa, perkataan dan latar muzik pada sampel air yang sama, molekul-molukul air tersebut menunjukkan pelbagai rupa bentuk. Dr. Emoto membangunkan satu teknik yang menggunakan mikroskop berkuasa tinggi di dalam bilik yang sangat sejuk dan gambar foto berkelajuan tinggi untuk menonjolkan pembentukan kristal air daripada sampel air yang dibekukan.
Penemuan ini menunjukkan pembentukan kristal air berubah apabila fikiran ditumpukan secara langsung kepada air tersebut. Justeru, air
yang didedahkan pada perkataan "sayang" atau "cinta" menghasilkan bentuk yang sempurna, berseri-seri dan sangat indah berbanding molekul air yang datang dari sumber tercemar.
Perkataan negatif seperti "syaitan" memberi bentuk molekul air yang tidak teratur, berselerakan dan kelihatan hodoh. Seterusnya pendedahan terhadap pemikiran, emosi dan sikap memberi impak terhadap molekul-molekul air.Hasil kajian ini dimuatkan dalam buku Messages from Water 1 and 2. Buku T
he Hidden Messages in Water yang diterbitkan di Jepun telah terjual sebanyak 400,000 naskah di seluruh dunia.
"Maka hendaklah manusia memerhatikan dari apakah ia dijadikan. Dia dijadikan daripada air yang terpancar. Yang keluar dari di antara tulang punggung lelaki dan tulang dada perempuan." (Surah At-Thariq ayat 5 hingga 7)




6 comments:
hey yaw~
Thanks 4 da kumen!!!
keep in touch..=p
wow...
i never know about this thing...
thanx for sharing!!
thanx for sharing. ku pong baru dengar cerita neh dari ceramah moticasi dato fadzilah kamsah hari tuh ;).
wow..sngt interesting..i penah dgr gak psl air ni tp tak pnh tgh gambarnyer..neway, thnks for visiting my blog :)
waaaa...masha'Allah! eh..apsal ku tak nmpk pneyubiru's comment kat sini?
emmm.. good article and interesting.. never heard before..
Post a Comment