Thursday, April 16, 2009


Flashback...



Berlaku sekitar 90 an.. di Sekolah Menengah Seberang Perak di Kedah bersebelahan dengan loji taik... ntah mengapa aku tetiba non volatile memory ku berlegar mengingati kembali kenangan lama...

Loceng sekolah berbunyi.. menandakan masa mengajar untuk sesuatu subjek telah pun tamat.Aku merupakan seorang murid yang handal kerana meja ku berada dihadapan sekali mengadap di papan hitam.. cikgu BM pada masa tu gua rasa Cikgu johari yang berbaju2 kotak dengan spek tebal yang aku rasa mampu menampakkan berpuluh2 ribu planet mahupun juga alam semesta.

Itu merupakan kelas pertama ku.. kelas pertama ku di Sekolah itu.. di sebelah kanan meja.. aku dah lupa amoi tu punya nama.. di sebelah kiri aku pulak.. meja awek yang aku belum kenali.. tapi nampak gaya macam sweet orangnya.. aku memandang nya pada waktu itu.. dia menguntumkan senyum pada aku.. ntah kenapa.. aku pulak dengan muka yang agak serius... tidak membalas senyumannya lalu tunduk mengadap kembali ke papan itam.. sambil meramas2 kedua2 belah tangan kemungkinan jugak pada waktu itu aku agak gagal skit dengan perempuan.. dalam ati.. mau cair aku dibuatnyer.. satu kuntuman senyum itu bisa membuatkan seolah2 keseluruhan meja dah kerusi dan juga aku terapung ke siling sekolah itu.

"Baru masuk hari ni.." Aku tergamam seketika bila dia menyapa aku.. segala khayalan aku yang terapung di siling itu beserta meja dan bangku sekolah ku jatuh ke tanah seolah2 seperti Sebijik Crane jatuh ke tanah..

"Ahh yer.." aku menjawab pertanyaan dia..

" Saya rozaini nama awak pulak" sambil menguntumkan senyuman

Aku terasa macam nak berdarah idung masa itu bila melihat senyum itu..

" Saya Afrezal " aku menjawab kembali dengan segala kudrat macho yang aku ada

"Kamu semua bawak kertas balut buku yang saya suruh bawak semalam?"

Suara Cikgu Johari yang agak macam lalok seolah2 baru menelan dua botol ubat batuk.. membuatkan seluruh kelas senyap..

Semua menjawab pertanyaan cikgu pada waktu itu..

"Kamu semua dah beli kan buku2 latihan dan juga buku teks yang saya pesan suruh bawak smalam kan.. hari ni saya nak kamu balut semua buku2 latihan saya dan juga buku teks"

Aku pada masa tu hanya mengikut saja apa yang disuruh.. mungkin akal pada waktu itu tidak panjang seperti sekarang.. apa yang aku dapat katakan pada waktu sekarang .. memang nampak sangat time tu cikgu aku tu nak habiskan masa mengajar dia dengan membalut buku haha..

Aku peratikan semua mengeluarkan brown paper untuk membalut buku.. aku juga turut tidak ketinggalan.. bila aktiviti ini dilakukan, ramai laa yang akan mundar mandir.. mencari selotep, gunting, apa2 yang kebiasaan bebudak lelaki yang seperti biasa tidak akan ada segala peralatan itu semua...

Aku melihat kembali gadis disebelah aku itu.. tenang membalut buku.. segala yang dibuat amat cermat dan kemas.. dia menoleh kepada ku..

"Ok semua..? "

"errrr beressss"

aku mengiyakan.. tanda semua beres.. tapi aku agak terkial dalam balut membalut buku ini.. mana kan pernah dalam hidup aku membalut buku ni.. satu satunya ilmu yang aku tak penah tau dan tak penah amik tau... lalu aku memberanikan diri.. sibuk meredah ke meja belakang.. meminta gunting meminta selotep.. aku bertungkus lumus menyiapkan balutan buku aku itu.. aku merasakan pada waktu itu.. hasil kerja dan balutan aku lah yang paling kemas dan bagus.. kalau dia bandingkan dengan yang lelain.. gadis di meja sebelah aku itu mencuri pandang bila aku amat sibuk menghabis kan balutan ku itu..

Aku terasa seolah2 dia kagum melihat aku bekerja.. pergh.. apa lagi yang seorang laki mahu pada waktu itu.... aku memang hebat.. aku siap awal dari kesemua orang.. aku harap semua perasan dengan ketekunan dan dedikasi yang aku berikan terhadap kerja ku aku pasti sekelompok gadis2 yang menghiasi meja2 jauh di hujung sebelah kanan.. tersenyum2 melihat aku hanya duduk bersenang kerana cepat menghabis kan balutan ku itu.. pergh.. aku takbur.. gilaa aku takbur.. tak dapat aku bayangkan.. kembang kempis idung aku pada waktu itu sambil tangan menyandar di bangku sekolah yang tertera SMSP itu.


"Kamu dah siap semua..? " Cikgu Jo bertanya kepada semua.. aku tersenyum takbur pada waktu itu..

Lalu cikgu melalui tiap2 meja melihat hasil2 balutan buku2 latihannya itu.. lalu setibanya di meja aku.. cikgu Jo membelek buku2 aku..

Aku menunggu dia memuji.. aku dapat merasakan.. i can feel it bebeh.. aku mula perasan kerutan di dahi nya membelah beberapa jalut didahinya... lalu cikgu Jo bersuara.... aku menanti...







"Ni yang hang balut satu buku ni macam mana hang nak buka buku latihan... habis semua hang balut baguih punya duk ada"


Aku baru perasan akan hal itu.. aku yang semulajadinya macho tiba2 menjadi gelabah waktu itu...


Tak dapat aku bayangkan tatkala itu betapa meriahnya kelas 1Kuning itu seolah2 sedang menyambut juara AF konsert Final... berdekah2 aku di gelak.. dapat aku peratikan.. ada yang sampai mengalir air mata duk bergelak sakan... di belakang kelas ramai yang memicit2 perut berguling2 atas meja gelakkan pada aku....


Tak dapat aku bayangkan tekanan perasaan yang aku hadapi pada waktu tu... itu laa akibatnya idup bertakbur...


"awak"


dengan mata yang redup ...
gadis sebelah ku menyapa ku kembali..


"yerrr "


pipi aku yang terasa merah tetapi tidak dapat dikenal pasti kerana struktur kulit ku agak legam menyapa kembali.


"meh saya balutkan untuk awak... "


"errrrrr"


"meh laa saya balutkan ... "


dia menguntumkan senyum ...


"Tima kasih yer"


saat itu aku merasakan seolah2 Seorang Warrior yang ganas yang mampu membelasah segala haiwan2 yang buas terpaksa menyerahkan seluar yang terkoyak itu pada adindanya untuk dijahit.. aku harus mengalah.. harus aku mengalah.. kerana.. kerana.. sampai sudah aku tak dapat bukak buku latihan itu..



Ohh Cik rozaini.. aku rasa time ni confirm hang dah kawin dah ada anak.. apa2 pun thanks coz tak gelak kan aku time tu thanks balutkan buku aku.... aku mengaku aku cacat skit part tu.. Terima kasih sekali lagi..


Moral of the story:
Jangan bersifat takbur kerana Allah Taala membayar cash pada anda.

13 comments:

Ryehanna said...

Alahai.. sweetnyer kenangan lalu...

i dont really remember my childhood times.. :]

Encik Shino said...

HAHAAHHAHAAA.. hero ganas pun manje dengan heroin kan??? :D

INTAN said...

wakakkakakakkaka....wkakkakakkaka....citer hang ni telah memulihkan semangat aku ari ni...wakkakakak

tingkatan berapa masa ni?...wakakkaa...siot betoi lawak ni..nyaris aku x jatuh kerosi..wakkakaka

marts said...

wa ka ka ka...

Boleh bagi Yasmin Ahmad buat iklan ni.

"Awak, meh saya balutkan"

Ditaja oleh Silky Girl!

Yana Ismail said...

hu hu hu...sweetnye;)

bro, napa tk ngurat cik rozaini?ehehe

Asz Azmi said...

hehe.. lawaknya.. tu lah.. sombong lg.. hikhik.. indahnya zaman sekolah.. =)

Mak Su said...

hah? kuang kuang kuang.... aiyo, sangat pelik tau, balut buku dengan penuh gigih

p/s: anak buah maksu dah passed away, yg masuk sepital ampang tu.

ola said...

haahha hang memang lawak la...ayat takbur yg aku tak tahan tuu..hahaahahaha

ProgrammerWifeDaughterSister said...

eekekekekek akakakakak

lawo siuttt~~~~

aku gelak depan PC siutt~~~

Anonymous said...

hehe~
so sweet..
nice n3 dude =D

LiFe Is BeAuTifUl LyRiC said...

HAHAHA..kalau kiter jadi bdk perempuan tuh..sure kiter gelak tergolek2..
MUAHAHAHHA..

@ku bukan blogger said...

sweetnyer die,,,,,

belacan said...

muahahhahaaaa
lu mmg ganazzzz la Bro