Sabtu pagi lepas kerja, aku, tunangku dan kedua2 adik ku gerak balik ke Penang. Since hari ni merupakan hari pertama berpuasa, aku decide nak balik berbuka bersama family.Lama dah tak berbuka bersama.. lagi pun depa berdua jaa di Penang.Ini laa masanya nak berbuka bersama keluarga tersayang.Driving pagi tadi agak mengantuk bagiku.. since smalam bersengkang mata agak lewat settlekan issue di office. Aku redah jugak mulanya drive since semangat nak balik hometown. Tapi dalam keadaan lalok ngantuk.. aku terpaksa akur akan sifat semulajadi tubuh badan kita yang penat selepas seharian bekerja. So stop tepi jalan, Aku pass kat adik aku drive pulak. Sepanjang perjalanan memang aku lelap saja.. sekali skala terjaga bila adik aku melayan merembat dengan kereta aku.. aku celik jaa aku sound "HAIPPPP!!!"
Aku balik kali ni jugak untuk uruskan baju kahwin sebelah aku nanti. Serius lama dah tertangguh kak kiah yang merupakan wed planner aku pun dah lama tak jumpa last jumpa pun waktu aku mintak extend kan tarikh perkahwinan since aku perlu uruskan hal kesihatan Ayah aku pada waktu tu. Insyallah aku berdoa agar kali ni semua akan berjalan lancar. Doakan aku kawan2.
Alhamdulillah disebabkan driver merupakan driver F1 jadi kami semua selamat sampai dalam pukul 11 lebih. Lama dah aku tak balik kampung ku.. kalau balik pun sebab nak jadi driver mak ayah aku jer ke KL. Kira cuma tadi import driver. Pegi naik bas..sampai Penang angkut semua jadi driver dorang ke KL pulak. Kali ni merasa laa dapat berbuka bersama family.
Tapi kali ni agak special skit coz ni pertama kali tunang aku berbuka bersama family aku.Bagi sapa2 yang masih ada mak ayah tu bawak2 laa balik ingat mak ayah.. kesian berbuka berdua.. skali skala kalau kita dapat berkumpul ramai2 terubat rindu depa hilang rasa sunyi tu.. aku akui memang sapa2 pun akan berasa sunyi.. kebiasaan dari kecil kita berbuka bersama2 mak ayah sanggup sediakan juadah untuk kita sanggup beli itu ini semata2 kerana kita berpuasa.Membaca doa berbuka bersama2.. riuh rendah di dapur meja makan dengan suara anak2. Kalau nanti mak ayah dah takdak tak guna dah time tu.. so masa depa ada laa kita patut buat semua tu. Aku cuba mengingatkan kawan2 tak lupa juga pada diri aku sendiri. Selalu aku ingatkan diri aku.. anything FAMILY 1ST!!. Itu satu2nyaa anugerah Allah Taala pada kita. Cuba bayangkan brapa ramai tahun ni yang menyambut ramadan tanpa mak ayah. Bagaimana mereka rasa.. apakah perasaan mereka pada waktu itu.. Ramadan takkan sama.. seperti tahun2 yang lain. Begitu jugak apa yang aku rasa.. Tahun lepas aku kehilangan Tokwan yang disayangi. So tahun ni maybe tak sama dengan tahun2 yang lain. Kurang satu Ahli keluarga.. yang pasti tahun ni sure rasa kehilangan arwah tokwan.
Once dah balik berehat dulu dekat rumah then lepas zuhur shoot ke kedai kak kiah di area PISA.Nak pegi discuss and decide bout wedding aku. Fuhh.. memang lawa kedai kak kiah skang lepas berpindah macam butik dah haha.. neway kagum aku tengok org melayu yang berjaya dalam business dalam Penang. Rata2 nak tengok orang melayu betul2 maju susah since apapun kena compete dgn Cha nun alif tuu.

Di butik kak kiah.. haha masih lagi belum decide which colour
Aku still tak decide lagi apa kaler nak pakai haha.. belah pompuan dah confirm.. aku ni part2 benda2 camni serius mana tau sgt. So hari ni aku dengan tunang aku membelek2 laa baju2 and also decide dari segi catering apa semua. So far alhamdulillah dah dapat decide hari tu. Finally.

MERE NAM' .. Inspektor SAHABBB BOMBAY POLICE STATION HEYY
Waktu berbuka pun makin hampir.. lepas uruskan hal kahwin, masa yang ditunggu2 telah tiba.. dah lama tak menjenguk suasana pasar ramadan di Penang. So we all shoot ke Pasar Ramadan kat Masjid Bayan baru. Yeah bila tiba bulan Ramadan like we all expect memang macam2 laa makanan yang ada.. ni laa masanya nak merasa makanan yang lama ni duk ngidam haha :) Lets check out apa makanan yang menarik di Bazar Ramadan di Masjid Bayan Baru :)
Macam biasa setiba di perkarangan Masjid menuju ke Bazaar Ramadan.. kami di sambut dengan asap2 yang membawa bau bauan yang mampu mengoyah iman.. yaaa Ayam percik.. banyak betul aku tengok dorang panggang hari tu. Terdapat berbagai2 saiz dan bentuk harga bergantung pada size ayam.. ada kepak, ada dada bermacam2 lagi.

Krohhh... krohhh naim.. abg perlu cari popia dan karipap giant ini soal hidup dan mati ni... krohh krohhhh
Macam biasa setiba di perkarangan Masjid menuju ke Bazaar Ramadan.. kami di sambut dengan asap2 yang membawa bau bauan yang mampu mengoyah iman.. yaaa Ayam percik.. banyak betul aku tengok dorang panggang hari tu. Terdapat berbagai2 saiz dan bentuk harga bergantung pada size ayam.. ada kepak, ada dada bermacam2 lagi.

Krohhh... krohhh naim.. abg perlu cari popia dan karipap giant ini soal hidup dan mati ni... krohh krohhhh

Popia Goreng
Finally jumpa salah satu faveret aku haa kalau belah utara.. especially penang.. memang fames dgn popia.. slalunya ada dua jenis.. satu basah satu goreng.. kalau yang basah tu means.. dia raw dari kulit popia tu dan inti dia ussually inti dia taugeh,udang bawang goreng. Kalau yang goreng macam biasa laa digoreng. Perghh dahsyat aku tengok dia goreng popia betapa banyaknya..

Ini pulak dia panggil kuih onde2.. maybe ramai yang biasa tengok kan. Ussualy kuih ni luaran dia disalut dengan parutan kelapa dan isinya pula diisi air gula. Best makan kuih onde2 ni.. kalau makan depan membe2 pastikan anda mengunyah perlahan2.. kalau tak bila kunyah nanti dia CREETTT!! air gula kena member hangpa

Ini pula kuih yang di panggil pan cake atau pun habuk2. Kerana bentuknya seperti debu2 habuk2.. sapa2 yang tak pernah cuba aku suggest korang cuba.. inti dia disalut dgn isi kelapa dengan gula.. slalu waktu aku kecik2.. aku slalu cakap kuih ni kuih yang ala yang makcik2 slalu duk make up2 tempek2 muka tu .

Mana chef punya topi dia kebas waktu masak murtabak

Ini orang belah utara orang panggil Tepung talam. ada tepung talam ubi kayu, tepung talam keladi. Seri Muka pula ada kaler hijau which is pandan n kaler brown.

ayam2 yang telah terkorban. maka jadi laa ayam golek

Ini pulak serabai . Sejenis makanan yang diperbuat dari tepung.. agak nipis skit dari lempeng. Ussually jarang nak nampak time bulan biasa. Time ramadan laa baru menjelma kuih ni. Kuih ni biasanya di makan dgn kuah sirap gula melaka or kuah durian. Memang layan serabai ni. Teringat dulu time keja USM aku slalu beli dekat area Taman sardon tu.

Haa ni pulak kuih koci. Kuih yang diperbuat dari tepung jugak tapi dalamnya mempunyai inti kelapa manis. Then disalut pulak dengan santan sebelum di balut dengan daun pisang. Slalunya orang takdak gigi boleh laa makan gonyeh kunyah jgn tak kunyah..

krohhh krohhh makanan sudah berada didalam tangan.. ada tunggu apa lagi.. mari balik berbuka.. krohhh krohhhhh Selamat berbuka geng..






13 comments:
Aiyak, aku rindu kat Penang la pulak. Rizal, abg aku bulan posa meniaga kat masjid tu la.
Sunshine Square tu tempat aku selalu melepak masa Bukit Jamboi belum bukak lagi.
Ha ha ha...
Woii apa ni tayang2 kuey utagha ni...meleleh ayaq lioq aku weii..huhuh...popis seri muka segala tu dh la fav aku..hhuhuhu rindunya...nak balikkkkk
marts/
laa yeker.. aiseh awat tak habaq awai abg hang niaga.. leh mintak pree.. jual nama marts jer hahaha.. abg ko niaga apa ?
ola/
siang hang lia.. aku bukan apa memang tingat kat hang.. tu yang layoqq segala mak nenek kuih so that hang leh buat .. tp tu laa kalau laa dekat skit aku leh tolong hantaq kat hang sian oo dapat tengok jaa.. dah laa duk di negara orang.. insyallah nanti balik boleh laa hang sentai abis2 semua :)
nasib baik baru lepas bersahur tgk gambar makanan2 sume ni. huhu. kuih serabai?? tapi rupe die x serabai pon? hahaha
wah banyak kuih aku xkenal ni. kena p penang study sume kuih2 ni ;p
MERE NAM' .. Inspektor SAHABBB BOMBAY POLICE STATION HEYY -- sesuai sangat tengkolok tu ngan inspektor sahabb :D
memang aku minat gile lah kat popia basah tu. kat jb ada dua tempat je yang aku tahu (punya la tak rajin nak round2 carik makan).
kau pilih kaler biru muda la jadik theme colour. sesuai dgn kau, aku rasa.... :)
hahaha...takpa..motivasi nih...kekeke..kalu kat mesia tk kuasa nk cuba buat kueh2 melayu ni kan..kat sini baru aku tau..hehe..padan muka aku..tp takpa..nanti aku balik aku sentai la..kekek
mun-e
isk isk.. ko orang mana ni mun-e .. kena turun penang ni mai cuba kuih2 kat sini.. dia yang penting kena rajin mencuba rajin try new food.. sure takde hal..
tengkolok tu sesuai.. haha sesuai jadi inspector sahabb ker :)
Akmal/
ko pun suka popia basah ker.. cantekk!! ada geng haha nanti aku turun jb leh pekena popia basah sana .. bout the baju pengantin thanx for the sugesstion .. boleh jadi image consultant ni.. bro :)
ola/
Liaa.. takpa laa advantage tu.. bayangkan semua kuih hang tau buat.. balik Penang.. bukak satu gerai jual kuih confirm meletup lia haha.. confirm punyer.. :) aku support hang.. all the way..
huhu...cantik warna tu..cream ke kuning ke gold tu?ahaks;)
tolonglla..nasib dah buka puasa..tak terliur dah..kalau bc blog ni pg td..adoiii teringat2 ;P
Princess Liyana/
haha.. aiseh.. awat baca time ni.. patut ko baca waktu belum berbuka baru tergugat iman tu.. haha.. by the way.. kaler tu cream :)
buah melaka..sedapnyerrr...
eii..area sg nibong tuh kat belakang balai polis sg.nibong dulu ada fun fair kan..tapak pesta..th tempat main aku tuh..
aku selalu pi situ masa kecik2.. naik roller coaster sampi terpelantin cekak rambut..
Post a Comment