Tuesday, November 17, 2009

Koleksi Balada Skitch Terhebat

Sedar tak sedar.. tinggal lagi sebulan untuk kita langkah masuk ke tahun 2010. Bila aku review balik blog aku.. belek entry2 lama aku baru sedar.. part skitching waktu aku Ride to work.. dah boleh buat collection menatang2 yang pernah aku skitch haha.. sepanjang aku berkecimpung dalam skitching.. Aku rasa lepas ni route Ride to work aku dah berubah mungkin kurang dah melayan skitch. So mari kita imbas kembali menatang2 yang pernah aku skitch sepanjang tahun ini.


Hilux



Ni first menatang yang membuatkan aku mula2 berjinak dengan skitching.. berderau darah bila start pegang kereta laju2.. pegi pun laju. Reason aku start skitching adalah disebabkan aku keluar rumah lewat ke office.. so disebabkan nak cepat, aku mula start pegang menatang2 ni.. time ni main pegang lepas pegang lepas lag masih kurang confident.. bila traffic mula slow aku start pegang balik.. bila aku rasa terlalu laju aku letgo


Kato The Crane



Aku jumpa crane ni waktu subuh slow jer lalu pekan serdang menghala ke bukit jalil. Sepanjang jalan aku skitch. Bila dah biasa ride to work.. kadang2 kita akan rasa up n down bila setiap hari ride ke office kadang terlalu penat.. kadang rasa ride to terlalu suckss.. so dengan ada sesuatu yang baru setiap hari membuatkan aku senantiasa rasa enjoy riding ke tempat kerja.


The Yellow Truck





Aku tak pasti truck apa ni.. macam lori simen... tapi aku rasa bukan. Skitch yang aku rasa paling safe .. jumpa lori ni waktu climbing puncak jalil. Driver tu perasan aku pegang lori dia. Trus dia slow. Lepas turun bukit aku lalu sebelah dia.. dia angkat tangan senyum.. what a nice guy. Kalau perasan time ni aku dah pandai ambil gambar sambil pegang lori.. bermula time ni aku rasa rasa selesa dengan skitching.. takde dah rasa cuak macam skitch sebelum2 ni.



Rapid KL Bus




Aku skitch bus ni waktu lalu pekan serdang.. pengalaman yang tak dapat aku lupakan. Waktu pegang pintu blakang, senyum jer awek dua orang yang duduk tepi tingkap. Siap melambai lambai lagi. Ada juga yang macam pelik cuba untuk memahami apa kejadah budak ni sedang buat. Ada jugak yang tersenyum2 sambil menunjuk2 pada kawan dorang. Dan time ni jugak aku kantoi dengan Kereta Polis yang lalu sebelah bus tu. Kena paksa berenti tepi.. tapi mujur aku lepas. Boleh baca disini


Lori Tong Gas AH SENG



Skitch yang paling suwey dan paling cilaka aku penah layan.Driver lori sengaja bawak melelong since dia dah tahu aku pegang lori dia. Kadang2 dia bawak slow kadang2 dia speeding.. sambil member cina tu gelak2 kat aku.. pergh memang melelong jugak aku time tu.. sebab speeding mengejut..


Lori Bawak cermin



Aku jumpa lori bawak cermin ni dekat Pekan serdang. Memang layan. Driver pun ok tak marah.. siap angkat tangan lagi sambil senyum lepas aku overtake dia waktu sangkut dalam jem.Antara semua pic aku paling suka angle dan warna pic ni..


Long heavy truck



Aku skitch truck panjang ni dekat Serdang raya on da way balik office .. Lori yang paling panjang yang pernah aku skitch ..berkali2 owner hon aku. Aku tak salahkan dia.. aku paham dia risau terperosok bawah lori.. haha..



Motor Roda Tiga




Jumpa Motor Roda tiga ni waktu climb bukit serdang.Selalunya permulaan skitch berlaku di traffic light taman universiti disitu laa aku dapat memilih pontential skitch :). Aku rasa ni laa first time skitch motor. Terkejut beruk jugak owner motor ni bila tengok aku duk sebelah dia :). Tapi lenguh jugak sebab skitch motor kena bongkok skit badan.



Lori Tong gas Fully Loaded



Skitch lori gas lagi.. jumpa lori ni melalui pekan serdang.kali ni lori gas yang penuh dengan tong gas.Driver bawak agak slow. Aku rasa skitch yang safe pada hari tu. Driver bawak slow and steady..


Bas Sekolah



Kali ni skitch advance skit. Aku dapat live video macam mana daily life aku skitching to work. Jumpa bas sekolah ni masa nak pergi kerja.. tengah lalu taman universiti menghala ke bukit serdang. Sudah menjadi kebiasaan aku skitch di bukit serdang. Kena hon dengan driver bas hari tu :)




3 comments:

Mak Su said...

hahahah, macam2 pengalaman. lepas ni lain plaks kot jenis kenderaannya :)

Yana Ismail said...

Bro!huhu leh tak tlg dgn asap nya hntr address pd barbie1706@gmail.com..yana nk hntr kad..huhu thanks bro :D

Gmbr2 tu cm scary je hiks :P

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. said...

broooo!! terel nye!! nti ajr aDam wat mcm tuh. jimat skt kina..x yh beli kan dia motor bila dah bosa nti. nek basikal mcm ko je bro!!