Fuhh lama aku tinggal blog ni. Tak sempat nak update segala benda yang aku buat. Trip MAHA 5 Dec still dalam draft mode. At last dapat aku update hari ni. Walaupun dah berkurun.. tapi still dalam bulan Dec hehe :). Dah ada draft. Rugi tak update.
Last week aku,wife dan family aku termasuk maklong dan nana ke MAHA di Maeps. Hari ni hari last MAHA. Sebelum ni aku pernah cuba nak pergi tapi memang betul2 pack dengan orang yang datang..even jalan menghala ke serdang pun jadi.. jadi tumpuan orang ramai.Highway kiri kanan sebelah maeps pun boleh orang bantai parking kiri kanan.Aku pun heran apa yang special sangat MAHAS ni...even aku pun tak pernah lagi ke MAHA.
Selamba jer pakai tractor
Mama,ayah and maklong naik buggy yang disediakan untuk sapa2 yang penat nak berjalan jauh
Dekat salah satu booth yang buat dekorasi menggunakan sayur sayuran dan buah buahan

Pelbagai peralatan dan jentera untuk pertanian
Ayah sempat berposing dengan Lobster hidup yang bakal dimasak
Food sample heaven. Dekat Bazaar makanan. Memang kenyang dengan makanan2 sample.
Dekat booth Kopi Hang Tuah. Siap ada gimmick letak mamat Hang Tuah ni depan booth dia.. tak bergerak pulak tu.Serius ja muka. Salah satu strategi pemasaran dorang.
Orkid heaven.. berlambak orkid yang dijual macam2 jenis.. khas buat Orkid lovers

Akibat kereta adik aku lowered terpaksa turun dari kereta..takut sangkut

Sempat lagi berposing tuu hahaa

Kawasan famous dengan tanaman labu air dan petola yang besar2 dan panjang

Tanaman tomato kecik Di kawasan yang mempunya Rumah2 semua Negeri. Tak de apa sangat lebih kepada mempromosi and memberi penerangan berkenaan apa aktiviti pertanian dan jenis2 pertanian di setiap negeri.
Apa pun memang layan Expo MAHA ni. Banyak teknologi baru yang boleh belajar and banyak benda yang aku sendiri tak tahu dan tak pernah belajar.. staf2 pun bagus dalam memberi penerangan.. banyak yang aku belajar hari tu.Lepas ni boleh laa aku add dalam project list aku. Another passive income project.. Mana tahu insyallah rezeki mendatang boleh aku cuba masuk bidang pertanian pulak.













4 comments:
pertanian adalah satu perniagaan.. :)
Untung hang bro, dapat jumpa Hang Tuah, aku dapat minum kopi saja.. hahaha...
Encik Shino/
aku stuju bang haha
$uNmeloN/
Takpa.. jaa hang minum.. kalau hang jumpa Hang tuah ni pun bukan dia cakap pun.. duk senyap jaa kaku smacam hahah
Post a Comment