Monday, June 14, 2010

Ride To Work - Daily Stats 14/06/2010



Route : Puncak Jalil - Bukit Jalil TPM
Distance : - 5.52
Avg Speed : - 15.1
Max Speed: - 49.8
Time: - 0:24:30
Tire setting :
Knobby tires Continental Vapor
Number of doggies : -
Riding Mood :
Relax



Dah lama sebenarnya aku meninggalkan blog ini tanpa hasil coretan mahupun sebarang artikel yang sengal. Life lately agak busy sedikit di hujani dengan kerja2 yang bertimbun2 dan juga mak ayah aku yang datang ke rumah aku.So most of the time spend masa dengan family. Bagi aku nak menulis sesuatu memerlukan ruang masa yang tenang yang sunyi.. kena pada masanya.. baru laa dapat aku menulis dengan sempurna.. err lebih kepada ayat2 sengal ku seperti selalu. Rindu sebenarnya nak menulis seperti selalu.. walaupun satu masa dahulu di bangku sekolah.. menulis karangan merupakan satu benda yang paling hampeh aku perlu lalui.. sampai sanggup mengira berapa patah perkataan untuk mencukupkan karangan tersebut


Jadi hari ni sempat aku mencatat kembali Ride to work logs pada hari ni. Hari ni memerlukan aku bekerja di sebelah petang... ada change yang perlu aku lakukan.. kena modify config syslog untuk 200 server. Ride sebelah petang, cuaca agak terik dan panas.. terasa bahang yang mencucuk-cucuk di lengan.. muka terasa pedih nasib baik aku pakai kain menutup muka aku semasa kayuhan. Kayuhan agak santai melalui bukit puncak jalil terus ke TPM. Suasana di petang hari agak sunyi sewaktu melalui puncak jalil.. jarang ada kereta melalui kawasan tersebut. So far trafik agak ok.. hari ni.. dari segi fitness aku takde masalah apa2...walau bagaimana sekalipun cuaca  aku tetap nak ride to work.. memang seronok bila dapat berkayuh ke tempat kerja.


Sampai di ofis aku park bike aku dalam opis trus pegi shower.. memang segar bugar dalam opis lebih fokus untuk melakukan kerja hari ni.. damn.. I love my ride to work everyday..



2 comments:

thanezra said...

wan reta kata ada video sedang disebarkan ketika kor mandi di tandas

Mak Su said...

seb bek bab gi kerja tak mcm buat karangan :)