Alhamdulillah setahun aku menunggu untuk merealisasikan percutian aku ker chiang mai akhirnya terlaksana jugak.Kalau ikutkan perancangan sebelum kahwin lagi. Even ticket pun dah beli sebelum kahwin .Kebetulan waktu tu tiket murah utk 2 orang pegi dan balik dalam RM700. Tapi disebabkan hal hal yang tak dapat nak dielakkan akhirnya aku tunda ke tahun depan. Banyak sebenarnya dugaan dalam tahun lepas.. tapi Alhamdulillah dapat juga aku dan isteri harungi. Kalau dulu plan bercuti cuma 5 hari.. tapi disebabkan postpone.. aku dapat bercuti selama seminggu. Alhamdulillah rezeki kami berdua. Allah Taala pun pernah cakap.. "Dalam setiap kesusahan ada kesenangan" Aku pegang kata2 tu..
So dalam masa terdekat ni.. akan banyakla entry berkenaan travelog aku di chiang mai. So kalau rasa membosankan.. maafkan laa aku.. since blog aku bukannya seratus persen berkenaan basikal ada kalanya aku berblog berkenaan life aku.. . So jemput2 lah ke blog basikal2 yang lain yang lebih hardcore dari aku untuk mendapatkan daily dosage of cycling.
17 FEB 2011 - Khamis
Kami bertolak dari rumah sekitar jam 3.30 pagi. Aku mintak adik aku hantarkan.. memang agak awal .. terpaksa keluar awal disebabkan adik aku kerja pagi tu. So kira dari LCCT dia terus gerak ke ofis. Awal kami sampai di LCCT. Rata2 memang penuh umat di airport.Di setiap tepi dinding penuh dengan orang yang tidor di atas lantai. Besar kemungkinan menunggu flight keesokan hari atau pun flight delay. Dengan keuntungan berlipat ganda yang AirAsia dapat.. alangkah bagusnya dapat sediakan tempat berehat untuk penumpang2 yang kurang berkemampuan.. Aku rasa peruntukan untuk kemudahan tu tak banyak mana pun berbanding keuntungan yang dorang buat.
Flight kami delay sedikit atas sebab teknikal dengan kapal terbang. Aku mula cuak laa part2 ni.Sekuat mana pun Superman lembik jugak dengan kriptonite, segagah mana Ultraman.. kelip2 jugak lampu dia.. begitu juga dengan aku.. Sebesau mana pun aku ni kelemahan aku adalah naik flight haha. Tapi alhamdulillah dalam 7.15 flight AK762 pun berlepas. Perjalanan ke Chiang mai mengambil masa 2jam 45 minit.
Apa pun.. gua tetap menten...
selamat landing di Chiang mai airport
sempat berposing dengan Tuk tuk merah Vanilla Place ( Songtaew Daeng )
Suasana dalam tuk tuk yang selesa dan luas
Kami dibawa menaiki Red tuk tuk ke guesthouse yang kami tempah. kalau dalam bahasa siam depa panggil "Songtaew Daeng" yang bermasuk Tuk Tuk Merah. Suasana di bumi chiang mai agak dingin.. walaupun cuasa panas.. tetapi sejuk.. macam di cameron highlands best gila rasa.. sejuk dan nyaman. Aku paling suka tengok morning life di sini.. terasa tidak banyak beza dengan tempat kita.
Pandangan dari dalam tuk tuk
Kami sampai di Vanilla guesthouse.Mr Ting membantu mengangkat barang2 kami. Service agak bagus. Masuk jer dalam guesthouse dia terus bau Vanilla menusuk lubang hidung kami...serius memang relaxing. Akhirnya aku berjumpa jugak dengan Mr Kem owner guest house ni....memang friendly orangnya.. even wife dia Mrs Kat dan anak dia Miss Pim pun sama. Aku dapat tahu guesthouse ni daripada Tripadvisor. Rata2 ramai yang bagi good review tentang guesthouse ni..so aku rasa nak cuba jugak.Kami duduk di meja Mr kem. Dengan sabarnya dia explain pasal Chiang mai.. bersembang2 dulu. Guesthouse ni memang family run business. Mr kem dan wife dia dan juga anak dia yang uruskan. Rumah dorang dan pejabat adalah di tingkat bawah. atas semuanya bilik2.
Pemandangan depan Guesthouse yang kami duduk
Bagus Mr Kem ni.. walaupun kami cuma menginap sehari dia memang explain detail. Dia bagi kami map chiang mai dan explain dekat mana kami sekarang dan juga segala tempat2 yang menarik yang boleh kami lawati. Dia juga bagi kami map yang dia lukis sendiri dengan segala details dalam bahasa thai incase kalau kami tersesat kami just tunjuk dekat tuk tuk driver. Ada setengah tuk tuk driver yang masih tak boleh baca dalam bahasa english. Orang tua punya style.. cermat dan teliti dan very detailed
Mr Kem berbincang dengan Mr Ting driver Tuk tuk kami
Then kami dibawa oleh Pim anak Mr kem untuk melihat bilik-bilik yang ada di guesthouse ni sebelum kami membuat keputusan untuk memilih. Ada dua jenis bilik dekat sini.. standard room berharga 900 baht (RM90) dan superior room berharga 1100 baht ( RM110) . beza Standard dgn superior standard takde tingkap dan fridge dan Superior ada tingkap bilik. Bagi yang claustrophobic aku suggest amik yang superior sebab ada tingkap. Tapi yang standard pun masih ada tingkap.. cuma tingkap dekat tandas. So since target trip kami adalah utk versi budget kami decide ambil bilik yang 900 baht (RM90) cuba untuk jimat dekat bahagian lodging coz boleh dikatakan setiap hari kami akan menghabiskan masa dia luar.. balik cuma untuk tido dan berehat jer.
Hall di luar bilik kami. Masih lagi ada tempat duduk diluar untuk bersantai. Sepanjang laluan berbau vanilla. Dorang letak aroma burner yang berbau vanilla.
Once dah bayar kami check in, letak backpack kami, then turun ke bawah kembali since Mr kem jemput kami makan. dorang sediakan light refreshment dekat cafeteria dorang. ada laa buah buahan.. boleh bakar roti sapu dengan jem.. ada water heater, boleh buat instant milo,nescafe sendiri since semua dah disediakan.. sesuatu yang aku rasakan selesa buat kami sebagai orang muslim yang makan disana. Di guesthouse ni memang feel dia macam kat rumah.. itu concept yang Mr Kem dan anak dia cuba ketengahkan. Korang turun jer tempat makan tu. semua ada. Bahan bacaan novel, buku2 travel, ada dapur , ada peti ais yang kami boleh boleh letak air kami sendiri. ada Home theatre dengan list of DVD kalau malam rasa nak turun bawah nak layan movie, ada CD lagu kalau nak layan lagu, ada Internet station. Owner pulak senantiasa ada since dah memang dorang tinggal kat situ.. ramah pulak orangnya.. pulak tu membantu..waktu kami makan pun Mr kem datang lepak sembang2.. bagi info mana tempat2 best nak pegi, mana port nak shopping.. sesuatu yang aku rasa belum tentu dapat kalau duduk di hotel memang takkan dapat service yang sebaik ini.. memang cun laa port ni.
Ruang cafeteria dan juga tempat bersantai di Vanilla Guesthouse. Memang feel macam kat rumah sendiri
Melayan Roti bakar. Dekat sini juga boleh layan movie macam2 movie ada. Ada wireless access. Semuanya free.
Air dalam peti ais suka hati jer nak amik. tak perlu bayar dah cover sekali dgn harga bilik
Buah-buahan, Jem, butter, sachet milo,nescafe, tea.. semua self service. Simple dah lebih cukup untuk kami.
Toaster roti, air panas semua dah tersedia.
macam2 style meja makan.. dan tempat lepak.
Lepas makan misi kami seterusnya adalah untuk ke Bo Sang Home Industries.


4 comments:
tak bosan aihhh... skali skala layan travel log ok apa! Pablo garcia hari2 travel :D
Mana ada bosan plak....best ape. Aku sebagai pembaca tegar blog ni menyokong segala usaha bro dalam mempelbagaikan lagi contents kat dalam ni. silap2 haribulan blog bro mungkin masuk top 50 travel blog pulak lepas ni,aminn...hehe
perghh cantekk ni bro.. aku pun plan gak nak bawak isteri g jalan2 cne.. tp skrg dah nak masuk 3.. haih. Bawak budak kecik rumit tak ye?
mana ada bosan bro,,,
macam2 ada,,,
hahahaha
Post a Comment