Hmm.. lama dah aku tinggalkan travelog aku yang tak sempat aku habiskan.. untuk trip aku ke chiang mai. sayang kalau aku tak update pasal trip ni.. since trip ni memang betul2 aku enjoy.. walaupun dah basi haha gua belasah jer.
SAAWAA DEE KAPPP ....a-roon-sa-was Good morning... alhamdulillah sekali lagi Allah memberi nafas kepada kami hari ni untuk meneruskan kehidupan.. untuk mengecapi keindahan yang dikurniakan. Pagi kami dimulakan dengan aktiviti yang menenangkan dengan menunaikan solat subuh. Selepas solat subuh kami turun ke bawah untuk bersarapan. Hari ni kami akan check out dari Guest house ni. Target kami adalah mencari tempat penginapan yang dekat sekitar kawasan masjid dekat dengan perkampungan orang islam dan juga bersolat jumaat di Masjid Hidayatul Banhaw.
Bergambar dengan Owner Vanilla Guesthouse Mr Kem dan wife. Layanan superb di tempat mereka.
On the way to Chang Klan Road heading to perkampungan islam dekat Masjid Hidayatul Banhaw
Alhamdulillah lepas dah survey2 dekat kawasan masjid tu kami jumpa satu hotel Night Bazaar Place yang betul2 berdekatan dengan masjid. kawasan ni terletak di Changklan Road.Fuhh dekatnya memang dekat laa.. memang port terbaik yang kami jumpa. Memang dekat betul masjid dengan kedai makan yang kami makan sebelum ni. Harga semalam di hotel ni untuk untuk bilik Standard double bed adalah 700 baht ( RM70) fuhh dah jimat kami. bilik pun lebih besar dari Vanilla guesthouse, peti ais bapak punya besar macam peti ais rumah haha. Memang dah jimat rm20 untuk setiap hari..boleh guna untuk makan and beli souvenir. Yang paling best azan berkumandang setiap waktu.. macam rasa di tempat sendiri.
Port baru kami Night Bazaar Place
Lokasi di sini memang strategik, easy access berhadapan dgn Shopping complex The plaza, bila malam saja sekeliling kawasan sini depan kaki lima penuh dengan bazaar malam. Even keluar depan hotel saja trus dah ada bazaar.. famous Anusarn market pun bersebelahan hotel yang kami duduk. 2 minit ke masjid.. masjid sebelah belakang hotel, satu lorong tempat makanan islam, 10 minit ke Warorot market/flower market/fruit market, 20 minit berjalan ke tha pae gate. Boleh dikatakan center point untuk segala bazaar di sini.
Lodging Details :
Lodging : Night Bazaar Place Hotel - http://nightbazaarplace.com/
Harga per night: 700 Baht per night ( RM70)
Condition Bilik :
ada Tv, Peti ais besar, Hot shower, katil king size standard room, aircond
Facilities:
Free PC with internet access di lobby , air mineral , breakfast included. Water heater takde tapi boleh mintak di kaunter untuk air panas.
Masjid Hidayatul Banhaw dari tingkap bilik kami yang sedang dalam pengubahsuaian. Sebelah saja.
Rezeki kami memang baik hari tu kebetulan pula waktu itu ada pasar pagi jumaat untuk warga islam yang bertempat di kawasan itu. Alhamdulillah dapatlah merasa berbagai makanan mereka. Pasar pagi mereka kecil jer. Pasar yang menyediakan berbagai sayuran, buah-buahan dan juga makanan... seronok bila dapat explore tempat2 macam ni. Orang dekat sini pun friendly.. ramah walaupun aku tak paham sepatah haram pun apa dorang cakap.aku lebih suka meredah, membelasah kawasan macam ni.. dapat tengok keadaan sebenar life mereka dekat sini...rasa macam kita ni bukan pelancong.. lebih kepada orang biasa. So far aku berpuas hati sebab stok makanan kami mudah untuk di dapat kat sini.. macam2 beli simpan dalam bilik.. buat makan malam.. harga pun harga local since tanda harga dah letak siap2 dekat situ.. so memang tak boleh tipu.Pasar Pagi Jumaat di belakang hotel kami
Suasana pasar pagi di tempat orang
Strawberry fresh.. musim strawberry kat sana.. dah macam cameron highlands
Masak lempeng pisang. ni berhadapan masjid.
Selepas ke pasar..memandangkan waktu solat jumaat pun belum masuk lagi, kami berehat dan minum di restaurant auntie Sophia sambil tu wife aku ambil peluang untuk membasuh baju layan diri yang disediakan di restaurant tu. Selepas berehat kami explore ke dalam lagi kawasan islam di sini cuba untuk melihat segala kedai yang berada disini sepanjang jalan kawasan masjid tu.. banyak lagi kedai2 makan dekat sini.. ada kedai fotostat, warung rotee yang jual rotee canai versi chiang mai, kedai jahit baju islam, travel and tour boleh dikatakan kami jelajah sampai ke hujung jalan. Sampai di hujung jalan kami terjumpa satu lagi kedai yang menarik.. kedai western yang dimiliki oleh orang islam.. macam2 jenis burger ada.. sempat kami berjumpa dengan owner kedai ni. Mr naseruddin.. ramah dan friendly orang dia.. siap menjemput kami makan di kedai dia.. kami cakap next time kami datang since kami baru jer makan di kedai aunti sophia tadi.Mesin basuh layan diri di kedai aunti sophia berdekatan dengan tempat kami duduk
Kedai makan berhadapan kedai auntie sophia

Jalan2 di sekitar kawasan masjid. Safe... bebas ronda ke mana2

Jalan2 di sekitar kawasan masjid. Safe... bebas ronda ke mana2
Kedai fotostat
Next story.. pengalaman aku solat jumaat di Chiang mai

2 comments:
Tak sabo den nak baca next story ekau ni... copek sket.. mcm baca novel plak dahhh... hahaha
jah I suka gambo banner u tuh!
meriah uols!
Post a Comment