Wednesday, April 07, 2010

Memancing di Sungai Long



Ahad lepas aku berjalan2 dengan wife aku di Giant beli barang2 dapur. Sekali dapat text from Sajen. Member lama se permotoran dahulu dan juga Bisnesman yang ada business Home deco dan juga Tinted kereta. Ajak aku memancing dekat area rumah lama dia.


My wife yang sama2 turun memancing. Haiii ngantuk tak tuu hehe 

Dah lama sebenarnya aku tak layan mancing. Satu masa dulu waktu aku duduk di Damansara Damai. Kolam memancing di Kg Desa aman itu sudah sememangnya menjadi rumah kedua aku di situ. Mana tak nya kerja dulu banyak cuti..malam tak boleh tidur saja terus aku capai kunci joran terus ke Kolam mancing. Damn.. aku rindu zaman tu.. Sebelum aku mengenali mountain bike...pada masa tu hobi memancing bagi ku adalah salah satu cara bagi aku untuk menghilangkan segala serabut mabut dan juga kekalutan dan jugak stress di pejabat. Bila balik kerja .. bila dapat tengok ikan.. dengan deruan air yang di jana dari pam air ... dalam keadaan serabut dan stress, secara automatik semuanya hilang.

 menyiapkan peralatan memancing, kelihatan sajen sibuk membancuh resepi umpan POWER

aku dan sarjen Bersiap untuk bertempur 

Dah lama tak spend time lepak2 dengan member2 lama..Wife aku yang sepatutnya kerja pagi keesokan hari pun turut sama menemani aku memancing. Kami memancing di Kolam Memancing Taman Rakan di Sungai Long. Lama dah aku tak datang sini..dulu2 kami layan siakap sebab kolam air masin.. sekarang dah downgrade main air tawar balik. Kira ok laa cost pun tak mahal compare dengan mancing air masin ni. Mancing air tawar dekat sini cuma RM5 sejam tapi perlu diletakkan deposit sebanyak RM20 takut2 korang terbabas tak dapat2 ikan lagi.

 memasang umpan

menunggu

Sampai di sana kami siapkan segala peralatan, memasang mata kail sebelum masuk memancing, sajen pulak bawak dedak dengan Kerisek POWER iaitu umpan special resepi yang di gaul dan di bancuh oleh dia. Malam ni tak berapa ramai orang memancing.. Mancing kali ni sangat teruja bayangkan dalam masa 3 jam saja kami dapat menaikkan 4 ekor ikan.Pertama balingan aku.. mengena .. dapat seeko rohu yang agak besar layan juga tarik.. kali kedua giliran wife aku pula memancing rezeki yang tak diduga.. naik lagi seekor... lepas tu aku mula bagi wife aku yang memancing ternyata rezeki menyebelahi dia..naik lagi seekor..Memang rezeki wife aku la malam tu :). Suka dia bila dapat rasa feel tarikan ikan.

Ikan pertama yang naik :)

Di ikuti ikan kedua oleh wife aku :). Bukan main suka.. ngantuk tak tuu hehe :)

Sajen sedang bertarung dengan ikan yang ketiga :)

At last dapat pun dengan rokok kat mulut lagi.. 

Hasil tangkapan pada malam tu


Total untuk semua ikan yang ditimbang.



Wajah2 kepuasan yang telah berpuas hati kerana masing2 dapat merasa tangkapan ikan. Aktiviti tamat pada pukul 3.30 pagi dalam keadaan yang mamai dan mengantuk. Yang buat peace kat tengah tu akhirnya kecundang di dalam office.. hehe..sorry sayang.Next time kita mancing awal skit :)




3 comments:

LiFe Is BeAuTifUl LyRiC said...

amboiihh..memancing la pulakk..Dulu pernah mengai ikan kat laut..nak bot kecik.. mengai kat tepi sangkaq ikan pon penah..tp dok dapat ikan belanak ja.. huhu..

mmg kena ada skill tarik ikan..klw tak terlepas... frust!!

SharolNaja said...

puas betul mlm tuu tak sia-sia mencuba kolam tuu...resepi umpan pulak menjadi hehehe thanks bro..lain kali leh repeat...

mun-e said...

hahaha asek ulang "ngantuk x tu.. ngantuk x tu"

:D kelakar la hang :P