Piping aircon yang perlu di balut
Aku suka diy.. lately ni aku rasa dalam bulan puasa ni petang2 sebelum berbuka.. aku suka cari benda2 yang boleh di DIY. Maybe sebab bila kita sibuk dengan DIY.. kita dah lupa pasal lapar dan dahaga haha.entry ini rentetan dari peristiwa Compressor Kenari tunang aku yang lingkup hari tu. Alhamdulillah dah sejuk sekarang. Tapi akibat dari sifat manusia lumrah hidup manusia yang tidak pernah puas dengan apa yang ada. Aku rasa tak puas hati dengan kesejukan yang ada sekarang. Aku come up dengan DIY untuk menambahkan lagi kesejukkan aircon kenari itu.. haha..
So basically DIY kali ni kita akan buat insulation untuk cooling systems kenari. So mari kita bukak bonet kenari yang comel itu.
Kebiasaannya piping aircon Kenari memang takde langsung insulation.. bermakna piping aircon itu langsung tidak berbalut. So bila tak berbalut, piping aircon yang berada dalam engine bay akan terdedah kepada bahang kepanasan engine jadi apa bila cuaca panas terik, di tambah pula dengan kepanasan engine, piping aircon turut menjadi panas sekaligus menyebabkan kurang sejuk. Aku pun tak pasti kenapa dorang tak buat siap2 haih..
Senarai barang-barang yang diperlukan dalam DIY ini.

Barang2 yang diperlukan
1 - Tube aircon Insuflex . ( Boleh di dapati di kedai2 aircon dengan harga 2/sebatang) Terdapat pelbagai jenis saiz. Untuk ini aku pakai 19x9.
2- Cable ties. Untuk mengikat tube tersebut. Boleh didapati di mana2 kedai hardware.
3- Gunting - Boleh di dapati di dapur2 berdekatan.. perlu diingat jgn mencari gunting disekitar waktu petang kerana anda mungkin menyebabkan mak atau bini anda mengamuk kerana kemungkinan mereka tengah memasak.

Then ditempat yang telah di gunting tadi, masukkan ke piping aircon pastikan tube tadi di balut dengan kemas

Contoh bila dah diletakkan tube insulflex

Pastikan side yang telah di gunting mengadap ke belakang.bagi mengelakan direct contact dengan bahang panas engine.


Selepas tube insuflex telah dibalut. Dengan menggunakan cable tie. Ikat dengan kemas tube2 tersebut.

Waaalaaaaa siapp... cuba laa sure sejuk balik raya tahun ni hahaha







5 comments:
waalaweh....bagus aa DIY ko ni.kebetulan wife aku pakai kenari, bleh la aku mempraktikkannya nnt. thanks for sharing this.
rajinnyeee..kete kenari je ke buleh nie??
compem jimat minyak kenari bini ang naik genting sempah haha x yah pakai ekon pasal sejuk giler hahahaha..
mau mod kat keter aku laa cam nih.. had aku nyer dah lusuh dah.. kasi tukor baru.. will mod sabtu nih hahah
uii..susah nyaaa
*kalo dh namanya pompuan..bab enjin semua nampak ssh
ahahhaha
wahh...hg mmg tera no bab2 pomen ni...
haiii betuah sunggoh la bakal bini hg tu noooo~~~~
alhmdulillah :)
Post a Comment