Wednesday, September 08, 2010

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin


Hari ni last aku berkerja. Esok dah cuti.. malam ni lepas kerja start pack barang untuk balik kampung beraya. Kali ni first time aku beraya dengan keluarga baru sebelah wife aku. Confirm aku rindu kampung tok aku di parit buntaq.. rindu malam sebelum raya.. rindu takbir dari rumah ke rumah.. rindu suasana pagi raya.. rindu tok,ayah,mama,adik2, rendang tok aku.. rindu nak kayuh basikal pusaka Arwah tokwan aku kayuh dalam taman. Apapun.. ini adalah satu fasa baru dalam hidup aku yang perlu aku lalui sebagai seorang suami.. aku dah ada dua keluarga sekarang yang betul2 aku kena jaga dan sayang. Insyallah mudah-mudahan setiap apa yang aku lakukan Allah senantiasa permudahkan.

Di kesempatan ini aku ingin memohon maaf buat sahabat2 handai yang mengenali aku.. pembaca2 blog aku.. rider2 yang hardcore yang penah bersua dan juga tidak pernah bersua.. andai tersalah tutur kata mahu pun terkasar bahasa maafkan laa aku.. Insyallah andai aku masih lagi bernafas kita berjumpa lagi selepas raya. Ya Allah kau panjangkan umur ku sehingga dapat aku kecapi ramadan Mu yang yang akan datang Insyallah.

Buat sahabat2 dan juga pembaca2 blog aku diluar sana yang akan balik beraya di kampung.. pastikan la rumah-rumah anda dikunci dengan baik semua diperiksa sebelum pulang beraya. Lakukan solat hajat sebelum keluar dari rumah mohon diberi perlindungan semasa dalam perjalanan dan juga rumah kita diperlihara dari di masuki pencuri. Pandu la dengan cermat. Senantiasa menghargai nyawa.. dosa kita masih banyak.. masih banyak lagi masa yang kita perlukan untuk memperbaiki diri ini..sebelum kita mengadap Allah. Fikir-fikirkanlah



Ok laa aku nak dah nak gerak balik ke Berserah. Doakan aku suami isteri selamat pulang dan selamat balik.





8 comments:

thanezra said...

aku ingatkan songkok hang ada bunga yg besar tertepek di atasnyer cam fesyen..

Ajonz said...

Sronok arr ang balik pahang tol free hahahah.. ape pon slamat hari rayers! aku gak berayaa dia "perantauan" ye laa solat aidilfitri kat masjid negeri di kelilingi bangla indon dan warganegara lain hahah..

Muhammad Khalid said...

Salam, Selamat Hari Raya n Maaf kalau ada salah dan silap.

Anonymous said...

Rezal,

Selamat Hari Raya bro!

Unknown said...

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

en_me said...

ja’alanallahu minal ‘aidin wal faizin wat abang riezal itteww, maaf zahir batin dr me yg jauh dimata..

lydia said...

Selamat Hari Raya Bro~

9W2OCC SHAM aka Misai Tanglooong said...

Selamat hari raya aidilfitri,,,
maaf zahir batin,,,