Thursday, April 01, 2010

Weekend Ride FRIM, Jalan-jalan sungai Buloh Nursery



Rover Track

Last week aku dan wife ke FRIM.Since adik aku berada dengan maklong nana and da geng spent time dekat sana.... so berkapel kembali la aku dengan wife.Dah lama sebenarnya aku tak ride ke FRIM. Rasanya last ride di FRIM adalah sebelum aku berkahwin. Ride kali ni berteman.. bawa Isteri tersayang berkayuh bersama dan juga dalam proses memupuk wife aku untuk sama2 melayan mountainbiking. So far nampaknya racun mengena nampak macam ada minat untuk berkayuh hehe


Layan climbing

Next time aku nak keluar ride boleh laa ajak dia ride bersama.Aku suka bila dapat spend time dengan dia tambah2 bila sesuatu aktiviti atau hobby dapat dilakukan bersama.Bila sama-sama boleh layan.. senang skit.Nasib baik wife aku takde hobby menjahit ke hapa.. mau tertido aku dibuatnya. Hmm boleh laa aku start recce bike untuk wife aku nanti. Tapi hari ni aku terpaksa la beralah.. bagi dia ride dan aku pula berjogging. Ride kali ni aku cuma bawa dia melayan Rover Track. Track yang biasa jogger atau pejalan kaki lalu. Ramai juga hari tu. Suka wife aku dapat berbasikal.. senyum aku bila tengok dia climb bukit selamba jer mentang2 body ringan :). Sesekali bila jumpa downhill berdesup ke depan meninggalkan aku yang berjalan ni.. ntah berapa aku duk jerit pesan suruh jaga brek.. sebab dah khusyuk layan downhill :).




Serius aku tenang... tenang dengan bau-bauan hutan... udara yang sejuk dilitupi dengan pokok2 besar yang bukan saja meredupkan diri tapi jugak dapat meredupkan hati. Melayan sungai, air terjun.. tenang beb..hilang serabut keje waktu ini buatkan kita senantiasa memuji kebesaran Allah.. betapa hebatnya setiap ciptaan Allah dari sekecil2 zarah hingga sebesar2 kejadian.



berhenti di tempat air terjun

Bukan main seronok bila dah jumpa air terjun

Waktu panas2 kena pula dengan air sejuk macam ni perghh

Mem dengan posing peace tak pancit .Kacang jer track ni :)


Alhamdulillah Lepas aku dan wife buat selesai satu loop di Rover Track, giliran aku pula layan satu round lagi. Puas dapat melayan offroad kali ni.. cuma kali ni tak melayan steriod hill dgn dream trail. Takde hal nanti boleh repeat lagi.. maybe kali ni dengan wife aku dengan bike baru dia pulak.

Selepas tu aku dengan wife ke masjid berdekatan untuk menunaikan solat zuhur.. membersihkan diri.. shower pun ada kat masjid tu.. segar bila dah kena air.. then lepas tu shoot pula ke Sungai Buloh since wife aku meminati part2 landskap dan gardening ni..ini pun salah satu dari hobby dia juga. Di sungai buloh terdapat deretan nursery2 yang menyediakan berbagai-bagai jenis pokok dari pokok bunga hinggakan ke rumput pun dorang jual.Memang ramai orang time tu.. macam2 pokok dorang beli.. anak pokok mempelam, cili, semua ada.

Terdapat banyak kedai2 Nursery di Sungai Buloh yang dipanggil LOT

Pokok Bonsai

Pokok cili yang dah berbuah pun dah ada. Tak perlu tunggu sampai berbuah nak dapatkan hasilnya

In terms of harga.. better pegi lot yang hujung skit selepas traffic light.. harga memang berbeza berbanding dengan yang kedai2 awal2 kita jumpa.. dulu pun pernah terkena bila pegi lot yang hujung.. harga lebih murah.

Mini Bonsai RM12 each


Selepas dah memilih dari berpuluh2 bonsai, aku ambil yang ini. Aku suka struktur bentuk batang pokok yang condong dan akar-akar yang menimbul menyerlahkan lagi bentuk bonsai tu.

Berbagai pilihan pokok Orkid.

Wife aku beli batu2 nak buat rock garden kat rumah.. bila tanya ikut design mana ni..dah refer dalam website ker or majalah.. dia cakap semua design dalam kepala dah.. haha.. harga sepeket batu sungai tu dalam 10 ringgit. Selain tu aku beli pasu untuk tanam pokok palm yang pak mertua aku kasi dalam poly bag tu. Tak lupa juga.. benda yang dah lama aku idam.. beli pokok bonsai.. hehe..



5 comments:

Armetz Muchikito said...

aku nak jual scott ransom aku...ada mau ka kawan?

ola said...

mmg racun hang berkesan. org yg jauh berbatu2 pun leh terkena racun hang..ehehe...
weih aku penah pi la tmpt juai pokok tu..hihih...mmg byk gile pokok tu..tp kompem tiap kali aku pi kena ketit nyamokkkk...

AdzRa said...

racun.. jangan tak racun ... tersengih la sam tengok hang bawak customer baru untuk dia lepas ni ... mesti best dpt ride ngan wife lepas ni....

oitgal said...

raaaacuuun kuunuuuuunn...

SharolNaja said...

arhhhkk...aku pun dah teracun dgn blog ko ni rizal..nanti kan kemunculan..balada si kayuh dan kail...hehehe soon....duit tok cukup..