Saturday, February 16, 2008

Sesuatu yang tertunda



alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana pada hari ini apa yang dapat aku katakan, aku berasa sangat lega dan tenang kerana akhirnya persoalan yang menghuni di sudut minda ku selama 2 tahun.. sesuatu yang patut ku terangkan keadaan yang sebenar kepadanya pada malam aku meninggalkan Penang 2 tahun lalu akhirnya dapat ku luahkan kesemuanya pada hari ini pada si dia.

Walaupun kita hanya bersua di YM, entah bagaimana hati ku tergerak untuk menegur dia kembali.Setelah aku berterus terang dgnnya baru lah dia tahu keadaan sebenar yang terjadi antara dia dan dan diriku.baru lah dia tahu..insan yang pernah bersamanya bersahabat dgnnya menjadi tempat utk meluahkan segala masalah keluhan mu.. bukan yang seteruk yang kau sangkakan.... bukan yang seburuk dan sejahat seperti sangkaan mu...2 tahun aku pikul persoalan ini.. 2 tahun aku menyepikan diri..selama 2 tahun siang dan malam aku memikirkan apa salahku hingga membuatkan diri mu membenci diriku...

apakah dosa ku sehingga dirimu sanggup meminggirkan diriku tanpa sebab.Aku masih ingat lagi di majlis perpisahan yang di anjurkan oleh Jabatan yang kita sama2 berkhidmat dan juga hari aku mengangkat kakiku dari bumi Penang utk meneruskan sisa sisa hidup ku di Kuala Lumpur.. dirimu tidak langsung menegur or mengucapkan selamat tinggal pada ku...Diriku juga tidak penah kau beri peluang utk aku menerangkan keaadan sebenar pada diri mu pada waktu itu.Aku tahu pada waktu itu ko lebih mempercayai insan lain yang ko anggap kawan.tujuan ku bukan utk memburukkan kawan yang kau panggil kawan itu.Tujuan dan niat ku cuma utk di beri peluang utk aku menerangkan apa sebenarnya yang berlaku.

tapi aku redha terima segalanya .. benda dah berlalu.. Ya Allah aku bersyukur pada mu.. kerana di beri ruang ...di beri peluang..diberi nafas untuk aku membetulkan keaadan.. apa yang aku tahu.. aku masih mampu tersenyum.. utk meneruskan sisa sisa hidup ku ini :).Ya Allah aku bersyukur atas pemberian mu.

dia: rezal
dia: A minta maaf yer
aku: yup
aku: dah lama maafkan A
dia: tq


Selamat Pengantin Baru buat dirimu.. aku doakan ko bahagia bersamanya.

0 comments: