Monday, May 05, 2008

Pecah Rumah



"Tolongggg" terkejut aku.. membuatkan aku tersedar dari tidur ku lalu bingkas bangun utk melihat di luar tingkap.. apa yang telah berlaku.. sempat aku melihat jam di tanganku.. pukul 5.30 dah.tiba2 aku terlihat dari tingkap ku 3 lembaga sedang melari ke arah apartment ku.. 2 orang mengejar seseorang yang berlari di hadapan.Lalu aku bergegas membuka pintu depan.. untuk melihat.. sekali zuuupppp mereka melintasi lorong di depan pintu aku.. dapat aku melihat kelibat orang di depan skali dan juga 2 org yang mengejar orang tersebut.Tiba2 lintas lagi dua orang pakcik yang agak tercungap2.. terus memberitahu aku berkali2 "kejar dia kejar dia" aku pun turus meluru.. mengikut 2 orang yang sedang mengejar laki depan mereka itu.. dlm hati ku berkata.. "apa kes ni.. "

Terus kami bertiga mengejar hingga ke hujung blok dari jauh aku melihat lelaki itu bagai tidak perasan di depan dia ada sebuah pagar..lalu melanggar pagar tersebut.Aku bajet dia nak panjat or something.. dan dalam masa aku mengejar dia.. aku melihat 2 lelaki yang mendahului aku keduanya2 terbang dgn tinggi sambil melayangkan kaki dan tangan lalu hinggap di badan dan muka lelaki tersebut.. aku melihat org itu melawan.. aku yang lewat sedikit dari mereka.. apabila melihat begitu dengan automatiknya terbang juga lalu kaki ku hinggap di badanya lalu tergolek.. aku melihat 2 pakcik tersebut berulang kali menumbuk muka mamat tu.. sebab mamat tu cuba melawan.. truk jugak kena dgn abg2 rukun tetangga tu



Bila di periksa.. rupanya kes pecah rumah.. akhirnya aku dgn 2 orang lagi yang rupanya ahli rukun tetangga yang berjaga malam itu berjaya menangkap indon tersebut.Aku dgn 2 org pakcik itu membawa dia ke depan blok apartment.. terkejut aku bila lagi ramai org yang menunggu di depan.. turut membelasah.. aku ingat cukup laa dah belasah kat belakang tadi .. ada yang hempuk dgn pasu tu kira pakcik yang tua buat tu.. but ini laa first time aku lihat orang2 dekat situ really betul2 blasah sampai nyawa2 ikan.. bayangkan 2 biji pasu bunga kena hempuk di kepala.. tu belum org tumbuk muka sepak terajang.Hmm itu laa zaman sekarang ni.. tau la macam mana jadi tengok dlm surat khabar pun kita tau even kes ragut pun boleh mati.. kes rogol kes bunuh.. so benda2 macam tu buatkan orang bukak mata orang tak bagi can dah sebab dari benda teruk jadi .. baik dorang take action dulu.Tapi alhamdulilah bila dapat tau tuan rumah dgn anak2 nya cuma diikat dan tak diapa2kan.Heran laa aku apasal laa nak pecah rumah orang yang susah..apa la yang ko dapat.



Kadang2 aku terpikir balik.. kenapa laa orang boleh bertindak membelasah dia sampai nyawa ikan cukup laa sekadar kita membelasah dia then bagi Polis yang handle aku belasah pun sebab bergelut nak tangkap dia jaa.Tu pun nasib baik bertiga..takde senjata kalau dia ada parang ke pisau kaa aku pikir jugak 2,3 kali.Tapi tu laa kadang2 terpikir kenapa Allah taala turunkan bala kat dia sampai org ramai takde belas kasihan.. mungkinkah dia banyak buat benda2 yang lebih truk.. bunuh org.. rogol .. maybe. Ko pun satu.. dah datang ke Malaysia Allah taala beri rezeki dapat datang ke Malaysia dapat berniaga bekerja kerja jalan begini jugak yang ko pilih.. maybe sebelum ni banyak ko dah pecah rumah terlepas.. tapi ko kena ingat lambat laun ko terima padahnya.. so jadi laa macam ni.





hmm polis dan ambulan datang selepas someone contact .. akhirnya dibawa ke hospital...dalam aku duk menunggu polis dan ambulan menguruskan orang tu.. aku perasan.. ada beberapa awek dgn maknye.. duk gelak dekat aku.. aku pun heran jugak.. last2 baru aku perasan.







aku cuma memakai boxer .

2 comments:

Anonymous said...

wow,
kiranya jadi hero jgk la ni
hebat betul

mun-e said...

AHAHAHAHA. lawak la :'D (sori lps setahun baru aku bace entry ni :p)

emmm gamba tu x clear ar tapi suar pencuri tu kena bukak ke? huhuh

mmg x patut belasah die ramai2 tapi kalo aku pon dah sebab dh penah experience benda2 camni tah2 aku pon turut lps geram skali.

hehehe.