Friday, May 16, 2008



Good news...



"jom turun sap kok" ........... satu msg yang berupa 4 patah perkataan tersembul keluar dari flat screen monitor aku melalui sejenis application bernama jabber.. yang tertulis Rody. 4 patah perkataan yang amat berpuaka yang mampu memukau dan membuatkan perokok2 tegar tidak penah hampa untuk turun dari tingkat 11 dan juga tingkat 3 ke loading bay di ground floor di satu bangunan yang megah berdiri di Bukit Damansara. "OK d.. bagi aku settlekan jap issue ni" aku membalas jabber nya.Once aku dah settle keje ku. Aku lalu turun ke ground floor utk sama2 menghirup dan menghembuskan gas2 nadir.Ternyata kelihatan fitri dan Roddy dari jauh sudah pun ada di bawah... sambil sengih2....

"Bro.. D nak bagitau berita baik ni.." ujar fitri sambil menyalakan rokok keduanya.

"oohh really.. patut laa aku tengok mamat ni duk sengih ja dari tadi" sambil aku meminta lighter dari fitri setelah puas aku meraba kedua2 poket seluarku ternyata aku tertinggal di office desk aku.

Kelihatan si roddy masih sengih senyum simpul yang di selang seli hembusan asap keluar dari dua lobang hidungnya persis sekor naga yang baru di simbah setan air.

"sooo apa cita D..? " aku bertanya...

"zal.. alhamdulillah.. aku dah dapat offer keje tempat tu.."

"Hmm tempat ko pegi interview hari tu..?"

"haa laa mana lagi.."

"Great .. Alhamdulillah.. murah2 rezeki kawan aku."

" Ko plak.. apa ceghita..? Interview kat company tu.. yang sampai 3rd Interview dah takde dengaq apa2 lagi" dia bertanya... dengan loghat utaranya..


Aku cuma tersenyum.... "ada rezeki ... ada laa tak kemana.. at least keje sini pun still ok lagi.. lau better offer aku cabut jer... ye dak.."

Roddy cuma mengganguk sambil menjentik puntung rokok membuang lebihan abu rokok.

"oittt jom minum kat kawan lama.." fitri menegur..

"jommmm"

So aku melepak dengan dorang di kedai yang biasa kitaorg minum.. sambil berborak.. tengah rancak berborak.. tiba tiba palm aku berdering.. uish sapa pulak kol ni... lain macam jer no.Lalu aku mengangkat.. sambil 2 budak depan aku ni.. rancang duk bersembang sesama mereka.

Sedang mereka rancak bersembang.. semakin lama semakin mereka memberi perhatian kepada aku yang tengah bercakap.Aku dapat lihat dorang dapat mengagak apa yang aku bincangkan di dalam phone pada waktu itu..

Bila aku mendengar kata2 di dalam phone tu.. terus aku mengucapkan rasa syukur.. Alhamdulillah.....

"Amacam ...?" aku di sapa oleh Roddy dan fitri seolah2 dapat mengagak.. jawapannya..

"Alhamdulillah D, fitri.. aku pun dapat offer dekat company aku pergi hari tu.."

"wahhh cayalah... sama sama laa kita belah.. " kata roddy sambil tersengih2..

"siannn aku.. sorang2 laa sap okok pas ni" fitri menyampuk ...

"takpe laa pelan2.. biar aku masuk sana dulu.. we'll see .. macam mana nanti.. lau ada peluang gua tarik lu pulak.. insyallah Roddy pun bantu sama..." aku menenangkan dia..

Syukur alhamdulillah.. kerana di kurniakan rezeki sebegini rupa.. apa yang aku tak sangka.. gaji yang di offer jauh dari apa yang aku expect and lebih pulak tu dari expected salary aku.. hehe.. bila dia tanya brapa expected salary.. lepas aku menjawab.. tiba2.. dia come up with a figure yang buatkan aku terdiam kejap... air liur ku yang begitu pekat pada masa tu.. tak dapat aku menelan.. tergamam aku seketika .. lalu membuatkan aku mengangguk saja dgn apa yang di beri.. Alhamdulillah.. maybe itu laa rezeki.. aku..

Bila difikirkan balik tak sia2 aku meninggalkan USM..... utk menyambung sisa2 hidup ku di KL.Apa apa pun.. aku dah buktikan even without a degree you still can earn more than what a degree holder would get :). To all of you who doesn't have any degree qualification yang tak seberapa.. tuu.. nasihat aku.. jangan rasa rendah diri.. masing2 mempunyai kelebihan masing2.. and jangan takut berdepan dengan risiko dalam hidup... dan yang penting sekali jangan sekali2 lupa pada Dia yang selalu memberi rezeki pada kita.. jadi.. jangan laa kita tinggalkan solat.To all my friends yang rasa sama senasib dengan aku.. All the best in ur career.. semoga senantiasa di bawah Lindungan Allah Taala.


"Do what you like, The money will follow"

0 comments: