Hmm bila di fikirkan balik, dah genap 2 tahun aku duduk di area ni.Aku suka area sini.Kawasannya yang seolah2 seperti small sicilian town of Corleone dlm filem Godfather 2 membuatkan aku rasa selesa berada di kawasan ini.
Kenapa aku cakap macam tu..? well.. sebab.. pusing2 kawasan tu mostly kita kenal orang2 dekat situ.Kadang selepas kerja..hari selasa and jumaat, aku slalu singgah pasar malam dia kawasan Tok yem mall tepi McD dan juga di Damansara Prima yang tidak jauh dari kawasan aku menetap.Hmm part yang best.. rata2 bila aku berjalan di pasar malam tu, ramai yang aku kenal and ramai yang kenal aku.. mana tidak nya.. mostly pomen keta yang selalu aku gi servis, tokey restoran, makcik pakcik yang biasa aku beli makanan kat gerai dorang, minah indon yang keje kat kedai dobi apples D orange depan umah aku tu.. sebab aku slalu buat laundry self service kat situ.Kadang2 bila di pikirkan balik.. rasa tenang.. and rasa duduk dlm kelompok yang kita kenal.. tiap kali pasar malam.. sure muka2 tu yang slalu ada.. so kita rasa selesa sebab most of org yang pegi pasar malam tu kita kenal :).
Hmm macam biasa kat pasar malam.. aku slalu beli barang basah.. utk masak, ikan,sayur,bawang.. apa2 yang aku planning nak masak ler.Kadang tu ada gak experiment new recipes Italian food, Morrocon cuisine... heh.ntah laa aku pun tak sure kenapa org cakap guys yang cook ni tak cool.. bagi aku.. cooking ni its like art.. kadang2 kita tengok every recipes ada procedure.. masuk itu dulu masuk ini dulu.. panaskan itu dulu goreng yang ni.. hmm ada gak org yang main campak2.. jer ingredients.Kadang aku thrill jer nak try new stuff.. kadang2 member aku ada gak suggest dari masak yang nak kena buat preparation yang lama tu.. baik beli kedai jer.. dah siap.. well ada setengah org camtu.. but bagi aku.. aku lagi thrill masak sendiri prepare all the ingredients.. make my own food prepare my own food.. at least aku tau level aku ni.. hehe mana tau nanti aku leh bukak restaurant ke bukak gerai char kueh tiow kaa.. haha .. oh yaa by the way.. "Not knowing how to cook.. its like not knowing how to fuck" haha..
Dah balik rumah.. parking tempat parking biasa aku.. macam biasa turun2kan barang2 basah tadi.. menuju ke apartment aku yang berada di tingkat bawah skali.Kelihatan akak jiran sebelah yang sedang menyidai baju anak2nya di hadapan rumah yang menyapa aku.. bertanya "lewat balik".Aku pun senyum dan mengganguk iyer sambil cuba membuka 2 biji pad lock dengan barang2 telah selamat di beli dari pasar malam tersusun rapi mengelilingi kakiku.Once dah buka.. aku meraba suis lampu.. lalu aku menyangkutkan tag Hp aku.. dan barang2 yang di beli di bucu peti ais.
Aku menuju ke ruang tamu utk menghidupkan cd player.. lalu aku memasang tracks from Luciana souza.Aku mengambil segelas air dan bekalan winston light aku dan melabuhkan diri ku di sofa sambil melayan Tracks bergenre soul and jazz itu yang bergema ke pelusuk penjuru apartment ku .."aaaahhh.. sok keje lagi.. " hati ku berkata sambil aku menyedut saki baki winston light aku yang dinyalakan tadi.
Aku memadamkannya di dalam ashtray lalu aku ke kitchen untuk menyusun dan mengasingkan barang2 yang di beli.. sambil memikirkan apa laa yang ingin aku masak hari ni.So decided buat yang simple2.
So sambil melayan tracks smooth jazz.. aku bersiang ikan,potong bawang,bawang putih,cili, rendam and basuh taugeh.Pintu dapur yang terbuka membolehkan aku melihat jiranku yang juga sibuk memasak.Sesekali jiran ku menegur"hoii org sebelah masak apa ari ini bau wangi jer" membuatkan aku tersenyum.. kadang2 bila aku melihat family dorang riuh rendah sewaktu makan ramai2 beratur untuk menceduk nasik.. membuatkan aku teringat family ku.. makan bersekeluarga.. :).Hmm so masak sambal ikan and taugeh masak kicap.Lets layan the pic


Preparation and making the sambal


Dah siap.. and dah kenyang layan tv


3 comments:
fuh
macam sedap je sambal tu
bila nak buat open house ?
aku nak makan
lapar ni
pergh bang..mantap masak..cam nih ler laki zaman moden. bagi aku cool apa tau masak.. :D
Damansara Damai.. a lot of memories tooo..
Post a Comment