Sunday, January 10, 2010

BBQ makan2 kenduri kesyukuran,House Warming, AJL



Assalamualaikum, lama betul aku tinggalkan blog ni. Lepas kahwin trus senyap menghilangkan diri.. reason aku tak sempat nak update adalah disebabkan.. rumah baru aku masih takde net access di office pulak memang sibuk dengan kerja2 yang menimbun2.. tambah2 baru masuk tahun baru. Rindu sebenarnya nak blogging balik.. tapi apakan daya masa tak mengizinkan.

Hmm banyak entry yang lama2 yang aku simpan dalam palm aku.. hanya tunggu nak dipublish saja. So dalam 2,3 hari ni maybe akan 2,3 entry yang lama2 akan di publish walaupun dah basi..

10 Haribulan Januari merupakan hari lahir aku pada Tahun 2010. Aku bersyukur pada Allah SWT kerana masih lagi meminjamkan aku nafas dan nyawa padaku untuk kecapi kehidupan ini dan jugak untuk beribadat pada Nya.. Aku bersyukur kerana di pertemukan jodoh.. dapat mengecapi alam berumahtangga.. aku bersyukur ya Allah..

Dah lama sebenarnya aku nak buat makan2 dekat rumah aku.. ikutkan aku cuma plan nak buat BBQ untuk kami bertiga saja.. Wife aku, adik aku yang tinggal dengan aku.. dan aku.

Naim pulak dapat text from nana.. cousin aku.. ajak lepak rumah dia.. layan AJL. Kebetulan pulak malam tu ada AJL( Anugerah Juara lagu). Naim dah sengih2 dah confirm si nana tu lone renjer sunyi sebab Namin dah kahwin.. so sure most of the time akan spent time berdua saja. Kebetulan pulak nana bagitau Farid dengan Namin tido rumah mom in law dia kat selayang. So kesian pulak Maklong dgn nana berdua jaa.. kat rumah jadi aku suruh naim jemput depa semua mai rumah aku layan BBQ sama2 sambil melayan AJL kat sini.

Alhamdulillah Maklong dengan nana datang petang tu makan sama2 then suddenly maklong bagi tau Namin n Farid ada ja kat rumah.. apa lagi aku ajak jer semua datang.. seronok bila tengok ramai2 makan sama2... family sendiri.. get together.Rugi Ayah mak aku takdak sini ada kat Penang. Takpa tak lama lagi dorang nak datang sini.. kita ripit BBQ lagi.


Maklong sedang sibuk duk membakar jagung

Aku perap ayam untuk BBQ petang tu.. mem rebus jagung, buat jagung bakar.. naim nana jadi tokey bancuh air. Aku buat Pisang Chocolate Bakar.. haha satu resepi yang Sarjen bagi waktu aku melayan BBQ kat rumah dia kat bagan lalang dulu. Maklong pulak buat tropikal punch. Perghh memang banyak betul makanan..


Limau, Jagung bakar, jagung rebus, Besday kek Jalan Tar aku Ayam bakar penuh meja :)

So sambil makan sambil melayan laa AJL.. fuhhh memang tak rugi buat makan2.. habis.. semua. Aku consider buat makan2 ni sebagai kenduri kesyukuran.. bersyukur umur aku tua setahun lagi.. bersyukur aku dah selamat mendirikan rumahtangga bersyukur Mak ayah aku sihat.. adik2, Maklong dan seupup aku sihat2 .. berjaya dalam pelajaran dan pekerjaan.. bersyukur Namin pun dah selamat mendirikan rumahtangga baru2 ni. Aku bersyukur kerana rezeki aku murah.. ada rumah untuk berteduh suami Isteri.


Muka syur Naim melayan Tropical Punch Maklong :)


Maklong cuba improvised Choc banana bakar dgn menambah kandungan choc dgn lebih banyak.






Gila badan bulat lepas kahwin.. kena workout balik lepas ni


Kepala nana di edit akibat tak pakai tudung.. sian nana.. hehe :)


Semua khusyuk melayan AJL


Waktu Iklan.. naim siap tunjuk bilik baru dia.. semua duk tengok gambar2 waktu namin kawin hari tu


Gila punya khusyuk mentang2 Awek dia(kunun) duk nyanyi hah


Penuh keta depan rumah aku

6 comments:

Martuis.Martapau said...

Ha ha ha jangan lupa exe balik tu. Nanti kayuh beskal pun lupa. Ha ha ha...

Mak Su said...

happy belated besday, wishing you all the best....

best ler ghumah kat sinun tu, boleh buat bbq, jeles plaks. ghumah maksu kat sini tak selesa, huhuhu

LiFe Is BeAuTifUl LyRiC said...

ahha..giler bulatt...

aik..bila pulak naim adik ko tuh kawen..

jasmine said...

hahahaha...xtahan aa tgk rambut nanna di-sensored kan..hohohooho..

haa tadik mak long ckp korang wat bbq lagi ek smlm..waaaaa..jelesnya dakuuu.. huhuhuhuhu...sob sob sobb :(

ruzanna a.k.a nanna said...

oyeahhhh rambut ku yg berkaler kelabuuu..wahhh..dah tua dennn...hhohoho =p

nway oyeah kite tlh berbbq kali kedue..oyeah sile lah bercerite tmbhn psl bbq 2nd time uhhuuh =p

waiem said...

Oh besday 10 Jan sama ngn mak saya. Happy belated besday :)