Monday, May 03, 2010

Ride To Work - Daily Stats 03/05/2010


Route : Puncak Jalil - Bukit Jalil TPM
Distance : - 5.52
Avg Speed : - 15.1
Max Speed: - 49.8
Time: - 0:24:30
Tire setting :
Knobby tires Continental Vapor
Number of doggies : -
Riding Mood :
Relax

Hari ni adalah Ride to work yang pertama bagi bulan May. Ride malam ni agak santai.. kemungkinan juga di sebabkan hari ni adalah hari Isnin.. hari yang paling bosan dalam segala hari.orang puteh kata Monday Blues lately ni bila fikir pasal kerja yang berlambak di opis.. rasa malas saja nak bekerja. Tapi disebabkan Ride to work.. hati aku senantiasa enjoy untuk ke opis.. itu lah satu2 nya mekanisme yang menguatkan aku untuk ke opis. Tak sabar pulak menunggu habis kerja sebab nak layan kayuh balik ke rumah haha.


Trafik malam ni agak serabut.. banyak kereta yang macam kelam kabut, laju macam terburu2 mengejar sesuatu.. hari ni juga jalan di penuhi dengan bas bas.. express kemungkinan di sebabkan oleh Stesen Bas Pudu sementara yang di tempatkan di kawasan Stadium Bukit Jalil.. jadi mungkin ini laluan mereka keluar masuk. laluan simpang keluar  untuk melintas ke seberang di kawasan esso rumah aku ditutup. Penuh dengan tali rentang dan juga kon kon menutup laluan situ bagi pembaikan jalan. Hari ni aku tak perlu berkongsi jalan untuk melintas ke seberang.. jalan memang aku conquer habis. Hari ni juga aku di hon dua kali.. aku tak pasti sapa.. tapi memang aku bukan berada di laluan bertentang atau menganggu lalu lintas. Mungkin juga geng2 yang berbasikal.

Fitness level so far so good aku masih lagi memanjat bukit Puncak Jalil masih lagi mengikut route yang sama.Penurunan berat badan tak se agresif tahun lepas kemungkinan juga metabolisme aku lembap nak pickup di sebabkan faktor umur yang meningkat ?.. hari ni aku start weight training balik.. cuba untuk boost kembali metabolisme. Standard chartered KL Marathon tak lama lagi.. closing date lagi beberapa hari.. aku still tak decide lagi samada nak go for 20KM run or 10KM run. Running and cycling adalah dua situasi yang berbeza.. fitness level yang berbeza.. 20KM di atas basikal mungkin dirasakan kacang.. tapi 20KM running..? perghh.. 10KM siemens run dulu pun kejung habis satu badan. Aku perlu decide .. .. tak lupa juga.. aku perlu training.. damnn i need a new pair of running shoes.


4 comments:

Mak Su said...

mcm biasa lalu kat bawah jembatan tu

BPS said...

sapa amik gambar tu? pergh ada tokoh macam Ip Man basikal

Unknown said...

show tengok ko gi keje kayuh beskal ...satu hari aku pon mesti jadi cam ko gak ....

akmalhizam said...

all the best utk 10km run kau.
aku beli running shoes brooks hydroflow apa ntah, kat kedai bundle rm40. tapi kat pasir gudang la der...
boleh laa buat lanyak.