Wednesday, May 05, 2010

Weekend Happenings


Last weekend aku balik Beserah rumah mertua aku. Lama sebenarnya tak jumpa anak2 buah aku. Rindu pulak kat dorang. Selalu juga kadang2 call tanya bila ayahde dan makde nak balik sana. Jumaat malam lepas settle hal2 rumah. Aku dengan wife bertolak ke beserah. Kami bertolak agak lewat dalam pukul 12 lebih baru bertolak. Ikutkan plan nak balik keesokan paginya. Kebetulan pulak aku mc hari jumaat tu. Aku demam tak pasti apa sebabnya.. tapi aku suspek sengatan lebah tu yang merenjat sistem imun badan aku. Masuk keje malam tu pun seram sejuk.. tapi alhamdulillah pekena antibiotik dan beberapa lagi ubat.. demam aku dah kebah.

Wife aku pun malam tu tak brapa sihat.. asyik penat dan mengantuk.. memang awal2 lagi dah cakap kat aku memang dia surrender nak drive malam tu.Kalau ngantuk suruh aku berhenti rest tido di RnR. So far malam tu alhamdulillah aku boleh drive. Shoot sampai dalam pukul 4 pagi. Mak abah pun dah bangun awal buat solat sunat apa semua.


Day 1:
Lepas solat subuh aku sambung tido balik. Terbongkang penat di campur dengan demam yang beransur pulih. So far hari ni digunakan sebaik-baiknya untuk aku recover demam aku. Anak2 buah aku Aleeya dan Ateerah pun ada pagi tu..sibuk kejutkan aku heh.. aku memang dah tak sedar mana...sorry aleeya ateerah.. ayahde penat skit hari tu.

Petang skit dalam pukul 3 aku dengan wife keluar ke pasar Atap biru kat sebelah Kg jambu. Pukul 3 merupakan waktu nelayan baru naikkan ikan.. ini laa masanya untuk membeli ikan. Selalu kebiasaan kita ke pasar waktu pagi beli ikan.. tapi kat sini.. ikan yang fresh adalah waktu petang. Bayangkan ikan2 yang masih baru.. turun dari bot terus atas pasar. Dan sememangnya rasa ikan2 baru memang berbeza.. lebih segar dan lebih sedap. Aku paling suka Pari Lang( Pari Biru) pergh kalau dibakar makan dengan nasi cicah dengan air asam.. memang tangkap leleh. Abg ipar aku cekapla membakar ikan dengan ramuan yang dia pakai.

Sebelah malam pula aku buat Trifle untuk family mertua aku especially anak2 buah aku bagi dorang merasa... dibantu pula oleh Wife aku yang waktu tu amik peluang untuk belajar buat trifle. Tapi ingredient kali ni berbeza sebab aku tak dapat nak cari perfect ingredient yang biasa aku pakai. Cocktail Buah jenis lain, Swiss roll pulak tak dapat cari yang Strawberry end up pakai yang orange punya. Alhamdulillah the next day aku buat dua tray first tray dah clear sekali harung.. seronok tengok dorang makan..tengok anak2 buah aku suka.. bagi aku satu kepuasan bila dapat tengok dorang puas and enjoy apa yang aku buat.

Day 2:
Sebelah pagi aku dengan wife membantu abah mencuci kolam ikan abah. Perghh bau.. dengan ikan2 yang mati dengan sisa makanan dan berlumut.. memang stock fear factor.Mak pun sibuk membantu membakar sampah2 .Kami bersihkan dua kolam ikan untuk make way untuk stok ikan2 baru abah. Dengan plan nak masuk ikan haruan..pulak.

Sebelah petang aku dan wife dan juga anak2 buah aku ke Pasar kembali untuk membeli stok2 ikan untuk di bawa balik ke KL. Lepas tu bawak anak2 buah aku berjalan ke Pantai Batu Hitam....layan bersantai menikmati udara nyaman di tepi pantai.



Pantai Batu Hitam , Beserah

Aku bersama anak2 buah ku Aleeya dan Ateerah bukan main suka bila jumpa pantai sibuk mencari kulit2 kerang

my wife bersama anak2 buah

posing akak dengan angah

"Layang2 ayah de!! Burung2.." Riuh rendah budak kecik ni bila tengok orang main layang2.. ada jer benda membebel







10 comments:

Martuis.Martapau said...

Peberet aku ikan haruan tu.

Goreng best, gulai sedap, masak lemak lagi best.

Tapi tak boleh tahan kalau bakar cicah air asam. Terliur.

Mak Su said...

waaaa......! dah tunjuk muka :)

good good (maksu jer masih dok main sorok-sorok, hahaha)

beserah? bukan penang ker? oh, wife org beserah ek?

9W2OCC SHAM aka Misai Tanglooong said...

bro,,,
berubah betul pantai batu hitam,,,
dulu teman dok di Gebeng dan Sg Ular,,, 91-93,,,
laluan dr Beserah smpai ke Pelabuhan,,, tpt teman bintoh ketam nipah,,,
cari kepah kat belakang Kem Bina Semangat,,, lupa dah nama Kem tu,,,
skrang ada gerai Gulai Kawah kat depan tu,,,
Nostalgia,,, kalau tak teman pun jadi org PAHANG,,, he,,,he,,,he,,,

mamaeesya said...

beserah tu kat mana?

macam best jer makan ikan bakar.. adess.. apsal asyik lapa jer aku nih.. haiihh..

Mat_Yoe said...

Woo...bestnyer makan ikan bakar bro! Kawan dulu masa jadi orang Pahang kejap,selalu gak layan ikan bakar petai kat Tg Lumpur...sedap jugak.
Nasib baik je tak sangkut dgn awek sana(takpun awek sana yg tak sangkut dgn Kawan pasal tak hensem...hehe):)

Afrezal Karim said...

Martuis.Martapau/

fuh.. ko suka haruan rupanya.. aku jarang makan haruan.. lebih suka lagi keli.. tapi kalau di goreng.. masak lemak tu.. perghh memang tak lepas laa

kecur air liur beb kalau ada air asam hehe :)

Afrezal Karim said...

Mak Su/

Mak su.. memang sebelum ni penah tunjuk muka.. cuma kadang2 tak kerap pun.. jarang2.. kadang kadang :).

Mak su pun apa kurang laa ni.. pendekatan baru yang berani keluar dari nyorok2 blakang pasu :)

Beserah belah wife.. :)

Afrezal Karim said...

9W2OCC SHAM/

oohhh rupanya lama dah duduk kat sana.. tahun 91-93 tuu.. confirm teringat nostalgia lama ni.. haha

teman minat jugak ketam.. kepah pun suka.. tapi lebih suka siput lala haha..

hehe tak jadi orang pahang pun .. janji dapat travel makan2 angin sana.. pun dah ok tuu :)

Afrezal Karim said...

Are_shie/

Beserah tu kat Kuantan nak menghala ke Cherating tuu..

hang tu memang manjang jer lapaq.. shie haha

Afrezal Karim said...

MaT_Yo/

ooo Ko pun pernah jadi org pahang. memang betul cakap ko.. memang layan ikan bakar ni..

hehe.. hensem tak hensem blakang kira bro.. janji dalam hati ada taman hahaha :).