Wednesday, August 11, 2010

Keindahan Ramadan


Alhamdulillah.. aku bersyukur..bersyukur ke hadrat ilahi.. kerana aku masih lagi diberi nafas di dalam jasad ku ini untuk mengecapi sekali lagi Ramadan yang telah tiba. Aku bersyukur pada mu Allah.. kerana masih lagi aku diberi peluang sehingga kini untuk aku beribadat kepada mu.. untuk aku menebus segala dosa2 ku... untuk aku meningkatkan tahap ibadat ku terhadap mu.. aku bersyukur kerana dikurniakan kesihatan yang baik untuk aku mengecapi kemuliaan Ramadan.

Tahun ni pertama kali dalam hidup aku menyambut bulan Ramadan dan juga berpuasa sebagai Seorang suami yang ditemani oleh Isteri ku yang tersayang. Aku bersyukur kerana dikurniakan seorang isteri yang baik,yang memahami diri aku,yang penyayang,yang senantiasa memberi sokongan terhadap apa jua yang aku lakukan. Love you dear.Aku bahagia dengan apa yang Allah berikan pada aku sekarang..segalanya cukup buat ku. Apapun.. tahun ni lebih bermakna buat aku.. kerana dapat aku berpuasa bersama isteri ku..berbuka bersama, mengerjakan terawih bersama... subhanallah.. tak dapat aku nak gambarkan macam mana perasaan aku.

Seperti setiap tahun.. apa yang pasti aku mahukan satu perubahan dalam hidup aku.. satu perubahan kearah kebaikan..satu perubahan baru di dalam diri ini. Insyallah dalam bulan Ramadan ini.. aku berazam untuk bangun malam melakukan qiamulail solat tahajudd , solat taubat, solat tasbih. Manfaatkan masa yang ada dengan selalu berzikir..tekun untuk belajar membaca Al Quran dengan lancar. Aku mengharapkan keampunan dari Allah atas dosa2 aku yang lalu.. yang pasti... Aku mengharapkan Ramadan kali ini penuh makna buat ku.. Insyallah..

Buat sahabat2 pembaca2 tegar blog aku.. aku ambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadan, Selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh kesabaran. Aku memohon maaf jika sekiranya ada salah dan silap.. salah tutur kata atau ada apa2 yang menyinggung perasaan sahabat2 yang membaca diluar sana.. maafkan laa aku..

Jom kita pulun beribadat :)

 

5 comments:

Super Nia Hana said...

perenggan kedua watashi rasa sgguh syahdu..ohhhh.....

"tahun ni bersama isteri yg baik,penyayang,memahami puasa ,berbuka and terawih sesama"

huhuhu..perkara yg sama watashi harapkan lorrr..ahakss

Madam Amie said...

selamat berpuasa bro..:p sama lah kita tahun ni first sambut dengan suami... sahur dgn suami... naseb baek dia memang kaki bangun sahur.. kalau x...sahurlah daku sensorang dgn baby dlm perut nih....ngeh3x...

Ajonz said...

tuu laa pasal org soh kawennn best oooo posa sama2. Leh masak sama² sahoq sama² pi pasar ramadhan al-murtabak sama²!

sunmelonz said...

yaaaa.. salam ramadhan! nak pulun beribadat jugak! :D

LiFe Is BeAuTifUl LyRiC said...

selamart berpuasa & beribadat.. !!..lama x jenguk blog hang!